We're Here

Nov 21, 2011

Pengalaman paling "rare" dalam donia

Amaran : Pengalaman ini amat mahal harganya, kau tak mampu miliki walaupun apak kau adalah Sultan negara Beringin Rendang..Sila baca sambil dengar lagu INI..

Cerita bermula dengan...

Pada suatu hari, aku lapar dan pastilah aku perlukan makanan untuk memenuhi nafsu serakah tersebut..Jadi aku pun memulakan langkah dengan memakai baju yang paling hensem dengan harapan aku dapat menawan hati tokey kedai seterusnya mendapat makanan percuma di kedai tersebut..Dalam pada mengenakan pakaian, aku mengajak kawan seangkatan untuk bersama sehala menuju ke arah puncak kekenyangan tapi malangnya mereka hanya terpana dengan godaan donia yang lain..Aku mengabaikan mereka dan terus terkinja-kinja ke arah motosikal kuasa besar (4000cc) aku kerana terlalu lapar..Bila aku lapar memang aku terkinja-kinja, semua tu adalah tindakan saka yang aku bela dalam badan ni..

Seakan beginilah aku terkinja-kinja
[klik gambar untuk kinjaan sejati]


Dengan kelajuan 320km/jam, aku terus menuju ke arah barat daya yang menunjukkan kedudukan mesin ajaib pengeluar duit..Setibanya aku di kedudukan mesin tersebut, dengan wajah yang bengis terus aku menjampi dengan ayat, "Wahai mesin ajaib, berikan aku patbelasribu sekarang!!"..Mesin tersebut meludah aku dengan panah beracun yang terlekat bersamanya sepucuk surat.. Mujur aku sempat mengelak  dan lantas membaca kandungan surat tersebut.."Duit kau tak cukup lahabau, ada tigabelasribusembilanratossembilanpulohsembilan jerr"..Mesin ni punya tegas mengalahkan along bukit beluntong, jadi aku cuma mengeluarkan doblasribu sahaja..

Melihatkan mendung yang berarak, aku terpaksa menunggang motosikal berkuasa besar aku dengan kelajuan bugati veyron, 470km/jam dan cuma mengambil masa kurang daripada 5 saat untuk sampai ke kedai makan yang aku impikan pada jarak 32 marhalah..Walaubagaimanapun, kedai tersebut tutup lantas aku berlari menekup muka ke arah batu besar di tepi jalan sambil menangis teresak-esak..Tindakan itu juga adalah daripada saka belaan aku..Tapi disebabkan saka yang menangis itu kecil lagi, maka saka yang lebih besar memujuk beliau dan terus memaksa aku untuk menggerakkan motosikal ke kedai makan yang lain..Saka dalam badan aku memang ramai, yang latest ni beranak kembar..

Aku gagahkan diri untuk sampai ke kedai makan lain pada jarak 18 marhalah daripada tempat aku menangis tadi dan berbaloi perjalanan tersebut kerana ia tersergam indah..Aku rancang untuk membawa balik saja makanan tersebut untuk santapan dengan aksi bebas di rumah..Kapasiti makanan yang aku perlukan tidak memadai duit doblasribu yang ada di tangan aku..Jadi aku cuba menggunakan ciri-ciri kehenseman aku agar brader tu baik hati menghadiahi makanan lebih untuk aku..Tapi gagal dan aku pasrah menggunakan kesemua duit tersebut seadanya..

Aku pulang dengan hati berbunga riang dan tidak sabar-sabar aku untuk menyantap hidangan tersebut walaupun pada hakikatnya tidak cukup untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah aku..Tidak mengapa, asalkan dapat aku makan dengan gaya bebas di rumah..Setibanya aku di rumah, isi perut rumah aku semuanya tiada dan kemuncaknya adalah aku tiada kunci rumah..Aku menggunakan bom c4 untuk meletupkan pintu rumah,tapi malangnya tidak berjaya kerana pintu rumah aku telah direka oleh pakar bom Rusia..Kekecewaan berganda menyeliputi diri aku, tapi semangat aku untuk beraksi bebas masih membara..Jadi aku meneruskan semuanya seperti dalam perancangan..

Aksi bebas tersebut memerlukan ketangkasan dan kecekapan tahap dubuk..Alat-alat yang diperlukan adalah motosikal berkuasa besar (4000cc), air basuh tangan dan makanan berharga doblasribu..Untuk menambah kesayuan ketika di perantauan, pastikan ada majelis kawen India di kawasan berdekatan rumah kau dan mereka perlulah berkaraoke..Ya aku ditemani nyanyian yang syahdu daripada mereka dan aku hampir hafal keseluruhan lagu kerana mereka memang suka menyanyi lagu yang sama dan didendangkan oleh orang yang sama juga..sampai sekarang, aku masih lagi terkumat-kamit menyanyikan lagu-lagu tersebut..

Inilah pengalaman paling rare pernah aku alami sepanjang 17 tahun hidup di muka bumi ciptaan Tuhan..Aku rasa Aleen Aiden macam pernah cerita pasal pengalaman rare beliau, tapi malas aku nak mencari balik..Aku pasti peminat beliau akan terkinja-kinja juga kerana menyangka aku meniru penceritaan beliau..Maafkan aku dan apa yang aku boleh katakan, cerita aku ini tidak ada kena mengena dengan beliau..Bak kata pepatah, "Jauh panggang dari punggung"..
.
.
.

Nov 17, 2011

Berkawan dengan Alam

Aku dalam perjalanan mencari Alam..

Walaupun niat aku hari tu cuma mengejar Matahari, tapi Bulan masih ada menunggu aku sebelum menghilang..

Bulan

Ya, kau cantik Bulan, sangat cantik..
Setia kau menunggu aku..
Setia kau teman aku sepanjang perjalanan..

Matahari

Dan kau Matahari, terima kasih untuk sinar kau kepada Bulan..
Tanpa kau, siapalah Bulan dan siapalah aku..

Kabus

Sayup-sayup aku hirup udara nyaman..
Berbalam-balam pandangan aku diselaputi Kabus pagi..

Dan terima kasih semuanya..

Awan

Batu

Bunga

Pokok

Terima kasih untuk semua keindahan alam yang ada..
Diri aku terbina daripada unsur alam, maka tenanglah bila aku bersama alam..
Harap aku lebih tenang bila bersemadi dengan alam suatu hari nanti..



Terima kasih Tuhan untuk keindahan alam semesta Kau..

Terima kasih kawan
.
.
.

Nov 9, 2011

Segmeng Bersama Abamat Hengseng Badang Ketak-ketak euww euuwww

Mudah saja syarat untuk segmeng nih :
  1. Aplod gambar paling euuwww maksudnya yang paling gewdikszz yang awok ada atau kata kasarnya gambar paling menjengkelkan umat manusia. Gambar dalam gym adalah digalakkan sebab selari dengan segmeng ni punya tema. Gambar paling menarik akan diletakkan di bloglist Abamat dan link-semula ke blog awok. Trafik awok musti up mencanak pasal pelawat blog Abamat ni 14ribu orang sehari. Gambar yang afdal adalah gambar bermuncung tikus dan berpipi kembung serta kamera berdarjah 45 dari paras laut.
  2. Buat satu entri bertajuk seperti di atas dan letakkan Abamat di bloglist awok sume serta tampal Abamat punya lencana comel bawah ni kat blog awok sume sekali ye..
  3. Semakin banyak hurup dabelyu (W) dalam entri semakin itteww cukeww cebab itteww raseww comeyyll cangat-cangat kalau guneww hurup dabelyu banyak-banyak awww auuww. Kalau guneww "huhu" banyak-banyak pon itteww cukeww taww cebab bileww itteww cebut "huhu" mulut itteww muncung-muncung cameww macam itteww guneww dabelyu banyak-banyak.

Ni Abamat punya lencana, comeyyll bukan??
Klik gambar untuk gambar beranimasi

Abamat harap segmeng ni dapat merapatkan ukhuwah sesama blogger huhu..
Target untuk entri ni adalah 4000 komen peminat atau lebih tepat lagi 4000 penyertaan, harap-harap Abamat berjaya menjadi blogger yang berjaya..huhu..Doakan kejayaan Abamat ok??
Abamat nak behenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa,huhu yela dengan blog ni kita boleh buat duit taw..Lagipon Abamat ni memang tadak life kat luar sana, kerja Abamat dok depan laptop jeww main blog nieww..
huhu~ ~ ~
.

.

.

Oct 29, 2011

Kawan-kawan

Aku seorang peminat irama kepop jepop, penggemar cekelat daim dan pengguna belekberi..

Ada seorang kawan aku diberi nama Jamal..
Seronok aku berkawan dengan Jamal ni pasal beliau ni layan lagu-lagu kepop jepop..Seong Bang Ngang, Mang Kok kiat, Chua Boon Siew, Wong Gee Lor, Luw Chee Bhai dan lain-lain penyanyi kepop jepop ni memang kami minat sangat-sangat taw.. Kami dah like banyak-banyak kat fan page pesbuk diorang ni..
Walaupun beliau ni bapok, tapi aku suka je berkawan dengan beliau ni sebab beliau je lelaki yang minat irama jepop kepop kat unibersiti aku ni..
Yela, bapok pon beliau masih manusia taw, ada hati dan perasaan.. Tak baik kita asingkan diorang dari hidup manusia normal.. Kita kena la paham perasaan diorang si bapok-bapok ni, support diorang untuk terus hidup..
Pernah satu hari tu beliau ajak aku buat pekerjaan meniup, aku terpaku terkaku tak tahu nak buat apa dah.. Jadi aku relakan saja la apa yang dia buat, yela kan kawan aku.. tak bestlah kalau kecewakan hati kawan sendiri.. Dah la selalu sangat beliau belanja aku makan kat kedai mahal-mahal seperti setarbak, pizahak-tuih, kayepsee dan lain-lain..
Aku pasrah dan sanggup aku berkorban apa saja untuk kawan aku sebab beliau sajalah teman seirama kepop jepop aku kat unibersiti aku ni..

Aku punya kawan lagi sorang namanya Milah..
Beliau ni pula penggemar cekelat daim sama macam aku..
Aku memang taksub sangat dengan cekelat daim ni pasal dia punya rasa memang boleh buat aku khayal macam kena kapal selam..
Kami selalu ke Langkawi bersama semata-mata nak dapatkan cekelat daim kat sana walaupun jarak Langkawi dengan unibersiti kami melebihi 750 batu..
Kami sanggup tak makan apa-apa seharian asalkan dapat makan cekelat daim yang lazat itu..

Ini cekelat daim yang kami gilai


Pernah sekali tu ada seorang kawan kami ambil kami punya daim seketul tanpa pengetahuan kami, akhirnya budak tu masuk sepital sebab kami lempang budak tu dari kiri membawa ke kanan serta dari atas meleret ke bawah.. Dipercayai dagu kawan kami tu beralih ketepi seiring tingginya dengan paras hidung..
Jangan main-main dengan daim kami ok?? 

Aku suka berkawan dengan Azmi sebab beliau mempunyai belekberi torch..
Kalau aku lepak dengan beliau, dari malam membawa ke pagi pon masih melepak lagi.. Kadang-kadang tu tak bercakap apa pon, masing-masing mengadap belekberi je maen pesbuk, tuihter, bibi'em.. Kami borak dalam laman sosialan je la.. Yela henpong canggih-manggih mahal-mahal membazir la kalau tak digunakan..
Kami merupakan teman sebilik di unibersiti..
Tahap keobsessan kami dengan belekberi sampai berak jamban sebelah-menyebelah pon bibi'em, nak tanya dah abes ke belom..takkan nak jerit-jerit plak kan..kalau nak ajak keluar makan pon kami bibi'em je walaupun jarak kami sejengkal cuma.. Bukan apa, kadang2 Azmi tengah pakai teleponkepala (headphone) melayan lagu-lagu belekmetal.. Aku taknak la ganggu beliau, sebab tu aku bibi'em je beliau.. Risaw juga kalau tengah si Azmi hentak-hentak kepala layan lagu, dia kokak kepala aku..
Tahap obsess Azmi dengan belekmetal ni kadang-kadang sampai bawak balik kepala kambing dalam bilik, pasang lilin, macam nak buat ritual..
Hah kalau bab lagu memang aku pesongkan terus nilai perkawanan aku dengan beliau..Mane boleh masok jepop kepop ngan kepala kambing kan?
Jauh panggang dari punggung..


ini contoh irama kepala kambing yang asas

*nama-nama diatas tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia..
*aku diatas juga hanya rekaan semata-mata..
.
.
 

Oct 23, 2011

Persamaan yang kabur

Kau kenal generasi Aliff iaitu Aliff Aziz dan Aliff Satar??
Aku tak pernah amek port pasal artis baru lagi sekarang ni tak kira dalam negara atau luar negara melainkan ada kawan2 yang suggest kat aku..
Jadi siapa dia dua Aliff itu aku tak kenal sehinggalah aku mendengar persamaan mereka dengan Bruno Mars..
Hebat mereka ni sehingga disamakan dengan artis yang genius dari luar negara itu..
Jadi aku pon carilah sedikit info pasal dua Aliff ini dan keputusannya aku pengsan 2 jam selepas muntah darah..



Jauh panggang dari punggung la kak oi..
Genre lagu dah tentu2 beza, cuma cara penyampaian catchy mungkin yang sama..
Bukan aku merendahkan martabat dua Aliff ini, tapi untuk disamakan dengan Bruno mungkin belum lagi..
Mereka hensem (kate kau) dan bergaya memang seperti Bruno tapi tak semestinya mereka sama dengan Bruno..
Maksud aku dua Aliff ini adalah artis yang hanya menyanyi, dan belum sampai tahap mereka diangkat menjadi orang seni..
Lagu mereka masih lagi ihsan pencipta lagu atau milik syarikat rakaman, video klip mereka pemberian orang..
Bruno berdiri dengan diri Bruno Mars dan kawan2 yang support beliau..
Itu beza yang sangat ketara..
Atau dalam erti kata lain jika mereka dicampak ke pulau yang tanpa siapa2, Bruno masih lagi mampu menghasilkan karya seni berbanding dua Aliff ini..
Kalau kau samakan Anuar Zain dengan Bruno Mars tak mengapa kerana mereka memang sama tahapnya..
Atau kau samakan Aizat dengan Bruno Mars, aku terima lagi..

Bukan masalah Bruno nyanyi lagu omputeh, tapi kekuatan lagu untuk mereka masih belum sampai..
Aku tak sekali-kali memandang rendah dua Aliff ni..
Mereka ada kekuatan sendiri, tambah2 pulak mereka hensem (kate kau) dan untuk jadi artis kat mesia ni cuma perlu hensem saja sebenarnya dan ada belekberi..
Kalau lagi 3 atau 4 tahun, mereka membesarbiak dengan baik seperti Aizat yg banyak cipta lagu sendiri tu, aku akan terima persamaan dengan Bruno Mars tu..
Sekarang ni, aku tak dapat terima 99.9999999999999% dengan persamaan tu..
Kalaulah ada fans dua Aliff yang baca tulisan ni, harap fikir betul2 sebelum kau maki aku atau kau yang bakal terima balik makian itu..

Sedikit cerita pasal Bruno Mars [more]

Aku bukan bercakap atas dasar aku ini orang yang seni keterlaluan..
Ini cuma pandangan kasar yang semua orang boley paham dan semua orang tahu..
Bagaimana artis yang mahukan duit dan bagaimana artis yang mahukan seni..
Memang sekarang ni ape pon yang kau buat perlukan duit, tapi kalau kau jadi hamba duit maka sekadar duit yang kau dapat..
Jujur sikit kalau kau cakap kau mahu jadi orang seni..
Duit itu perkara kedua..

Semakin kurang aku dapat dengar musik2 yang jujur sekarang ni..
Cuba kau dengar lagu Love daripada Pure Vibracion..




Itu jenis lagu cintan-cintun juga seperti dua Aliff punya lagu..
Tapi kau dapat rasa tak bezanya biler dengar lagu tu?
Tak dapat rasa ke kekuatan lagu tu?
Tak dapat? takpelah..
Ok selamat jalan kawan2..
Aku mahukan kesegaran udara dari puncak yang tinggi..
.
.
.

Oct 20, 2011

Signal strength - very good

Apakan daya Wireless Fidelity je kan..
Barang percuma susah nak dapat yang baik..
Sabar sajalah..




Sedangkan manusia yang sebaik-baik kejadian ni pun ada banyak salah silap..
Apatah lagi mesin-mesin atau teknologi-teknologi ciptaan manusia..
Terlalu banyak error yang ada..

Tapi Tuhan lain..
Syukurlah sekurang-kurangnya kau masih boleh bernafas percuma..
Terima kasih untuk kehidupan ini..
.
.
.

Oct 17, 2011

19 Zulkaedah 1432

Hari ini 19 Zulkaedah 1432 Hijrah
Ini tarikh keramat..
Tarikh hebat..
Terima kasih Mak!!!
Terima kasih untuk semuanya..



Esok 18 Oktober 2011 tarikh keramat juga bagi seorang sahabat..
Selamatlah kau sahabat..
Hidup baik2 saja..

23 Zulkaedah 1432 Hijrah..
Bersamaan 21 Oktober 2011..
Juga tarikh keramat buat sahabat..
Aku harap kau selamat dan sejahtera..



22 Oktober 2011 & 25 Oktober 2011 pasti tarikh bermakna buat beliau..
Semoga berjaya kelak..
Pasti ada kemanisan untuk kamu..


28 Oktober 2011 untuk mereka berdua..
Selamatlah kau berdua..
Sudah daftar mengundi??

Keesokannya 29 Oktober 2011 seorang lagi..
Hey aku baru tahu itu tarikh buat kau..
Selamat kau..

10 November 2011 dan 11 November 2011..
Ini tarikh berkembar yang cantik..
Hey kau dan kau, selamat hari kejadian..
Kau perlu gila seperti selalu untuk pastikan aku gembira..



Aku harap kamu semua dan semua kamu selamat untuk hidup..
Semoga berjaya dalam hidup di sini dan di sana..

Untuk bulan, aku minta maaf untuk purnama ini..
Cantiknya kamu tiada aku, menjadi tontonan ramai pada 12 Zulkaedah 1432 dan 27 Zulkaedah sekali lagi tanpa aku..
Aku di puncak bukit menyelesaikan permasalahan..
Tak mengapa, aku pasti ada lagi masa kita bersama, selamanya mungkin..

Ada sedikit tambahan untuk yang terlepas pandang..
27 September 2011..
Khas untuk kau yang bersusah payah menjumpakan aku dengan mahsuri..
Terima kasih dunia..
2 Oktober 2011..
Ada mengaitkan aku dan kau gay, adek beradek dan teman sepermainan..
Apa pun semua itu kau sahabat walaupun perangai kau macam musibat..
.
.
.

Oct 14, 2011

Instrumentalis dua tiga dan empat

Kecenderungan menulis kian merundum, jadi guwa pautkan bunyian yang terhasil dari petikan rambang..

Instrumentalis dua - Apis
Instrumentalis tiga - Guwa
Instrumentalis empat -Guwa

Hasilnya sudah pasti tidak memuaskan kerana audio dan visualnya kelas-rendah..
Tapi jika dimainkan di pemain MPCSTAR 5.3, ok saja..
Tambahan pula, pemain tersebut mempunyai kuasa untuk melebihi volume maksimum (100%)..
Mahukan pemain tersebut?
Dapatkan di SINI..
Pemain video GOM pun boleh tahan juga persembahannya..
Saja mahu berkongsi pemain video yg baik kepada semua..

Idea adalah satu anugerah singkat, jadi jika terfikirkan sesuatu teruslah mencatat di mana-mana agar tidak hilang anugerah tersebut..
Selamat menjalani hari-hari mendatang..
Teruskanlah hidup dengan baik..
Salam Keamanan dari bumi mahsuri..


Updated : instrumentalis empat untuk Yuyu Ali

Sep 26, 2011

Instrumentalis satu (muat turun)

 

************************
Pemetik gitar adalah Apis
Video diambil tanpa dirancang maka jauh sekali untuk di-edit..
Maafkan noise yang ada..
Disarankan menggunakan earphone/headphone untuk bunyi yang lebih jelas..
Klik di SINI untuk muat turun dan dengar dengan lebih jelas menggunakan pemain musik anda.. 

Sep 17, 2011

Perihal zakat

Terima kasih brader Karlboss atau apa saja nama beliau..
Guwa terbaca tulisan beliau dan teringat perihal berzakat yang rakyat negara kita amalkan..
Perihal zakat ini akan menjadi sebutan terutamanya pada hujung bulan Ramadhan..
Umat Islam berpusu-pusu mencari kaunter pembayaran zakat untuk menunaikan kewajipan tersebut..
Terbaru, bayaran zakat boleh dilakukan melalui internet atau sistem pesanan ringkas dan perkara tersebut sangat meragukan kerana akadnya menjadi gugur walaupun suatu masa dahulu mereka yang menetapkan bahawa akad itu sebahagian daripada rukun zakat..
Itu perihal lain kerana hukum ini ditentukan oleh mufti negara..
Siapalah guwa untuk mempertikaikan..

Seperti yang dikatakan brader Karlboss, kemana duit zakat yang beratus juta nilainya kerana masih lagi ada rakyat yang dianggap miskin?
Persoalan begini sering bermain dalam kepala guwa dan pada Ramadhan yang lalu, abang ipar guwa menjadi salah seorang wakil untuk mengutip wang zakat keluarga dan beliau agihkan wang zakat itu sendiri mengikut kiraan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima..
Pada Ramadhan sebelum-sebelum ini, kami sendiri berkira-kira dan menyalurkan sendiri duit zakat tersebut kepada saudara mara yang pada kami sangat berhak menerima seperti ibu tunggal dan anak yatim..

Jika ada yang berkata, mana ada fakir miskin lagi dalam negara ni kerana Felda dan orang asli telah dibantu kerajaan dengan pelbagai insentif dan bonus..
Jadi guwa sarankan supaya lu orang pergi ke Jasin, Melaka ; Tangkak, Johor ; dan perkampungan yang lokasinya di bandar besar seperti Johor Bahru, bahkan Kuala Lumpur sendiri..
Lu orang pasti berjumpa ibu tunggal yang anaknya lebih 5 orang dan bekerja sekadar cukup untuk nasi putih dan kicap dan ikan masin untuk sekali makan sehari..
Guwa pasti kerana guwa pernah jumpa..
Belum kira lagi seorang abang yang perlu menanggung 3 orang adik yang bersekolah dengan perkerjaan hanya sebagai operator kilang..
Ya, ini memang ada dalam negara Malaysia kita..
Pernah lihat bersamamu bukan?
Rancangan yang pada guwa agak hipokrit dan sama tujuannya seperti Imam Muda..





Setelah duit zakat dikutip oleh wakil-wakil yang diberi kepercayaan oleh kerajaan, duit itu dikumpulkan di pusat zakat setiap kawasan..
Lu orang pernah lihat bangunan zakat di setiap negeri?
Bagi guwa, bangunan mereka sangat gah dan mewah..
Pertikaian guwa ini mungkin salah tanggapannya, tapi guwa masih nak menyatakan bahawa bangunan itu dibina menggunakan duit zakat..
Jadi, apabila datang keraguan tersebut, keluarga guwa mengambil keputusan untuk menunaikan kewajipan tersebut secara manual dan lebih yakin dengan cara ini..
Terpulang kepada lu orang untuk menilai tulisan guwa ni..
Semoga amalan kita diterima dan tidak dimanipulasikan oleh pihak berwajib..
Amin..

Sep 13, 2011

Singgah sebentar

..cuma mahu bertanya khabar kamu semua..
Jadi, perkhabaran apa kamu semua?

Kalau kamu bertanya pada aku, aku akan menjawab "LUAR BIASA BAIK"

"THOUGHTS BECOME THINGS"
   
"Law of attraction" atau "Hukum Tarikan" ini sama saja konsepnya dengan "Kata-kata adalah doa"..
Cuma yang membezakan adalah bahasa dan gaya penyampaian..
Sama juga dengan "Karma", tak perlu bergaduh tentang maksudnya atau agama mereka..
Noktah
Jadi aku berdoa untuk sentiasa menjadi yang luar biasa baiknya..



Salam Aman dari sini untuk semua di sana..




... 
Boleh jadikan "The Secret", "Law of Attraction", "How to use your subconscious mind" dan yang berkaitan dengannya sebagai bacaan masa senggang kamu..




Aug 23, 2011

Busking

Busking itu maen gitar depan orang ramai kat tempat awam..
Kira macam pemusik jalanan la lebih kurang..
Takde ape sangat yang guwa nak cerita, cuma masukkan gambar2 member guwa busking haritu..


Si lelaki itu Ben namanya, kawan lama guwa..
Dia sekarang ni duk melepak dengan guwa, cuti panjang katanya..
Ahli perniagaan macam dia memang sibuk sikit..
Kat SINI ada maklumat lagi pasal Ben..

Si gadis itu Lea namanya..
Dia orang seni dan sangat berbakat dalam seni..
Dia tak single, rasanya la..
Kat SINI ada maklumat lain pasal Lea..


Terima kasih Anish kerana menolong guwa edit gambar..

Aug 14, 2011

Bulan - Ramadhan

Malam ni bulan penuh..
Ini bermakna dah hampir separuh bulan kita dalam Ramadhan..
Guwa nak berbelanja untuk raya nanti tapi malangnya ketidakcukupan wang untuk berbuat demikian..

Separuh bulan Ramadhan ni macam2 benda jadi..
Makin garang dugaan dalam bulan ni..
Itulah inilah, itu tak kena, ini tak boley..
Guwa bukan merungut, cuma takut..
Takut tak mampu nak teruskan hidup macam ni..

Mungkin dah jauh guwa menyimpang dari pencipta bulan sampaikan bulan pon ditarik semakin jauh..
Jauh terus-terusan menjauh..


Perjalanan masih jauh jika hidup lu masih panjang

Terus sajalah tabah untuk hidup..
Takkan nak tergolek terlentang dengan masalah..
Makan mesti cukup, minum mesti dapat..
Badan sehat dan kuat, baru boley bekerja..
Perihal makan, bulan ni jangan gagal untuk tahan nafsu makan..
Bukan tahan nafsu makan siang hari je, masa beli makanan untuk buka pon kene tahan nafsu jugak..
Waktu buka puasa bukan waktu yang sesuai untuk menelan sekaligus 3 jenis makanan utama, 2 jenis kuih, 5 jenis lauk, 3 jenis air dan lain-lain..
Tepewanjat pewot aww..!!!
Tak sampai 20 jam pon tahan makan minum tu..
Rilek2 sudah, rosak perot tu nanti..

Pernah cuba makan LAMP chop?

Semoga selamat semuanya sambut Syawal nanti..
Selamat semuanya..
Selamat semua..
Selamat..

~ Mat ~

Aug 11, 2011

Merdekakah kita???


Tajuk entri adalah tajuk puisi yang guwa tulis masa umur 15 tahun dulu..
Tapi malangnya banjir membawa semuanya pergi..
Hilang semua tak tinggal apa2..
Guwa dah tak rajin menulis puisi semua tu sebab kononnya dulu nak jadi penulis macam Usman Awang, Pak Samad dan lain-lain..
Tapi tergendala di tengah jalan..
Guwa bukan berbakat sangat pon menulis, cuma minat saja..
Akhirnya dah tak minat menulis, cuma membaca saja..
Tapi gatal2 jugak nak menulis, wujudlah blog ni walaupun bukanlah karya2 seni yang guwa masukkan..
Cuma tulisan secara rawak saja..

Merdeka?
Apa yang lu orang paham?
Secara umumnya kita bebas dari penjajah yang memegang tampuk pimpinan negara kita, negara MALAYSIA..
Tapi itu secara fizikal saja sebab mentaliti penjajah masih lagi menjadi pemimpin kepada minda rakyat negara ni termasuklah kanak-kanak, orang dewasa, remaja, pemimpin, hamba, dan semuanya..

Sebenarnya ketidakpuashatian guwa terhadap kepimpinan negara sejak kebelakangan ni agak tinggi..
Macam2 benda jadi, tak dapat nak dikawal..
Kalau Pak Menteri sendiri kelam kabut dengan hal sendiri, macam mana nak urus hal anak-anak buah?
Bukan nak menyalahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan, tapi semua rakyat dapat rasa dan mungkin bersetuju dengan guwa bila guwa cakap pemimpin yang bakal-bakal lepas ni makin lemah..
Maksudnya makin banyak kelemahan yang mereka tontonkan kepada rakyat..
Ini bukan masalah kerajaan atau pembangkang, ini soal negara kita, soal negara MALAYSIA kita..

BERSIH 2.0 : perjuangan mereka mungkin persis Bob Marley


Cuba lihat Jamaica, bagaimana pejuang-pejuang mereka melawan kuasa penjajah..
Robert Nesta Marley ; itu nama yang agung di sana..
Beliau sangat jujur bermusik untuk menyampaikan mesej keamanan kepada dunia, terutama penjajah..
Apa yang penting, jujur dalam kepimpinan..
Itu saja yang guwa pinta untuk sebenar-benar erti merdeka khas untuk negara MALAYSIA kita..
Selamatlah kita sama-sama memerdekakan negara MALAYSIA kita..

Jul 27, 2011

Beban yang nyata





Budak darjah 1 kena jawab soalan macam ni?
Guwa hangin betol..
Tukang buat soalan ni bebal ke hape??
Darjah 1 adalah bersamaan dengan 7 tahun..
Logik ke semua budak tahu maksud label, paham tricky question yang menggunakan perkataan bukan, kenal pokok keembung??
Dey pundek, budak umur 7 tahun, sebut keembung pon tak betol lagi tahu??
Budak umur 7 tahun, tak lancar lagi membaca tahu??
Budak umur 7 tahun yang lancar baca, tak paham semua perkataan yang diorang baca tu tahu??

Guwa cukup tak paham apasal pak menteri yang duk kat jabatan pendidikan tu boley lepaskan buku2 macam ni..Soalan exam budak umur 7 tahun pon macam celaka susah..Tak logik..
Tak belajar perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak2 ke??

Guwa ada tulis sket kat SINI..
Kalau siapa2 ada kenal pak menteri kat bahagian pendidikan negara ni, suruh dia baca apa yang guwa tulis kat sini..
Harap2 bakal che'gu dapat suarakan pendapat ke bahagian atas..
Ubahla bagi logik sket..
Masing2 belajar tinggi kan..
Buat yang terbaek che'gu!!!

Jul 23, 2011

Prenatal Development (updated)

MAKSUDNYA PERKEMBANGAN PRA-NATAL..SEMUA TU BERKAITAN DENGAN MANUSIA YANG BELUM DIKELUARKAN DARI DALAM PERUT..ISTILAH2 SEPERTI KROMOSOM, DNA, ALEL, ZIGOT, OVARI, OVUM, OVUL, GAMET,MITOSIS, DAN LAIN-LAIN LAGI..SEMUA NI PENTING UNTUK IBU-IBU MENGANDUNG, DAN BAKAL BAPA KEPADA FETUS YANG DIKENDONG OLEH IBU MENGANDUNG TERSEBUT..GUWA TAK BOLEY TEKAN "ENTER" DAN TERPAKSA MENGGUNAKAN HURUF BESAR SEMUA SEBAB MALAS NAK TEKAN SATU-SATU UNTUK HURUF KECIL..GUWA MENAIP HANYA UNTUK HILANGKAN NGANTUK DAN BOSAN..GUWA CUBA MUAT-NAIK GAMBAR JAP.................SETELAH 5 KALI CUBAAN, SEMUANYA BERAKHIR DENGAN TERPUTUS KONEKSI..NANTILAH GUWA MUAT-NAIK GAMBAR..BUKAN GAMBAR PENTING PON, GAMBAR NOTA GUWA TANGKAP, ADA TERANGKAN SKET PASAL PERKEMBANGAN PRA-NATAL NI..NASIB BAIK ADA KONEKSI INTERNET YANG TAK PERLU KATA LALUAN. KALAU TAK PASTI SANGAT2 MENGANTUK.. MEMBER GUWA DAH TERBARING KAT SEBELAH NI..GUWA JAGA GARIS (COVER LINE)..OK LAH, NAK PERGI JALAN2 KEJAP..KEJUNG DUDUK DALAM BILIK BERPENGHAWA DINGIN NI LAMA2..MEMBER GUWA PON DAH TERBANGUN..SELAMAT MENIKMATI HARI MINGGU..

 


Pendidikan Awal kanak-kanak.. 
Untuk keterangan lanjut, mesej peribadi guwa..

Jul 12, 2011

Rahsia gambar


Ini bukan taghashtanpakatarabu (baca : #wordlesswednesday) yang digembar-gemburkan banyak pihak..
Ini cuma perkongsian gambar secara membuta tuli..
Luahkan apa yang kalian nampak..
Lontarkan apa yang kalian rasa..
Nukilkan apa yang kalian selami dalam gambar tersebut..
Tanyakan apa yang musykil dalam perkiraan kalian..
Kerana ada sesuatu yang pastinya setiap orang berbeda pandangannya..



Jul 11, 2011

Stir It Up See All

Hi, name saye Mat.

Kepada pembacapembace saye yang saye sayangi,
mood blogging saye hampir hilang semenjak blogger naik taraf.

F
F
F
Yang ikhlas,

Jul 3, 2011

Liquor Store Blues - feat Damien Marley



Ada yang pernah kata musik reggae itu bosan, musik orang tua, musik lama2, musik zaman tok kadok..
Siapa2 yang anggap begitu, sila tarik balik kata2 lu orang..
Most of genre lagu Bruno Mars, Jason Mraz n etc adalah pop reggae..
Musik dancehall yang hangpa dok terkinja-kinja macam beruk dalam club tu asasnya reggae..

Pembaharuan musik reggae ini dipelopor oleh Damien Marley, anak Bob Marley..
Lagu yang melonjak nama Damien ni adalah lagu Welcome to Jamrock..
Di Indonesia, dikatakan jelmaan Damien Marley muncul dan beliau dipanggil Ras Muhammad..
Pergerakan musik reggae terutama di Malaysia masih di bawah tanah..
Musik reggae dipandang serong oleh masyarakat setempat..
Macam2 diceritakan buruknya..
Ganja, tatoo, dreadlock, bertindik, dan macam2..

Aku ini bukanlah makhluk asing, berkepala besar, punya kapal angkasa, aku ini bukanlah dari jupiter, sama seperti makhluk di bumi, kita ini tiada bezanya 

Itu petikan lagu "Orang Planet" by Republic of Briekfields..
Bukan guwa nak paksa lu orang minat lagu bergenre reggae..
Cuma rasa terkilan dengan mereka yang kononnya pemusik, tapi nilai musik tu mereka tafsirkan dalam bentuk kertas bernombor siri..

Selamatkan musik2 yang jujur..
Hapuskan musik yang hipokrit..

Selamatkanlah semuanya..
Selamat..

Damien Marley yang hebat

Jun 22, 2011

Imam Muda itu palsu . . . .


Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia

read more

********************

Malas nak mengulas, cuma nak tanya, pernah dengar ayat ni tak??
Ikhlas tu macam seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di tengah pekat malam
Jadi saya nak sambung tajuk entri saya ; Imam Muda itu palsu macam bulu mata palsu..

Sekian, terima kasih..

Jun 16, 2011

Terang bulan

Malam ini bulan terang..
Ini bukan nak cerita pasal lagu terang bulan..
Tak tau lagu terang bulan??
Pegi belajar sejarah cepat..
Taipan untuk entri ini sangatlah drastik..
Aku menaip pada lapan minit sebelum jam 12..
Bila jam 12, tarikh akan masuk ke 16.06.11..
Cantik tarikh tu macam cantiknya bulan malam ni..
Aku nak publish taipan ini sebelum jam 12 jugak..
Ada lagi 6 minit..
Apa lagi yang aku nak ceritakan??
Bulan cantik, terang, penuh..
Hati aku tenang melihat bulan walau badai melanda jiwa dan raga tatkala "kekasih-8-tahunku" sedang dirawat di "hospital"..
Aku ada 4 minit lagi..
Apa lagi ceritanya??
Cuma ucapan selamat buat semua umat manusia..
Hiduplah terus dengan cemerlang..
Perangai tu elok2 sket..
Jangan pentingkan diri sangat2, kalau sket2 tu ok la..
Lagi 3 minit..
Ok lah, selamat semuanya..
Selamat hari kelahiran kepada semua yang lahir pada tarikh cantik ini..
Aku terus menaip tanpa membaca balik apa yang ada kat atas..
Seminit lagi..
Ok, masa mencemburui kita..
Selamat, selamat semuanya..

Jun 12, 2011

Takutnya!!!

Jadi, saya meminta jasa baik mereka yang rajin untuk menolong saya menukar template blog saya ini menjadi yang lain..
Ini adalah kerana blog ini mempunyai  warna MEREKA..
Saya takut disaman..
Saya tidak mempunyai wang..
Kalau mereka mahukan saya duduk bersama mereka untuk minum secawan teh dan meminta maaf, juga wang saya tak mencukupi untuk secawan teh itu dan untuk perjalanan pergi balik..
Tolong saya, saya takut!!!

Tulisan istimewa :
1. Orang Bijak
2. Bijak-bijak





rilek2 layan lagu bob marley lagi bagus

Jun 2, 2011

Cermin Mimpi

[sumber]




*****************************
Fahamkan lirik lagu ni


Jangan obses sangat dengan kesilapan orang lain..
Nasihat untuk semua termasuk diri sendiri ; 
Dapatkan cermin dan pandang dalam2 siapa yang ada dalam cermin tu..
 
** Harap ada siapa2 boleh kongsi kord gitar lagu ni..
** M.Nasir 'live' - Cermin Mimpi   [terbaik]

May 27, 2011

d-major blues dalam hujan


hujan ini membuatkan ku menangis
terlantar sendiri di kerusi malas
suara radio tak menghiburkan
hampir habis rokok sebatang
hari ini membuatku bingung
terlunjur kaki ku di meja usang
siaran tv tak mengasyikkan
habis sudah rokok sebatang
tiada pernah ku bayangkan
seorang wanita itu
amat perlu bagi diriku
tiada pernah ku fikirkan
kehilangan dirinya
amat mengecewakan aku

malam ini membuatku bosan
terbaring longlai di ranjang dingin
suasana bilik tak melegakan
capai lagi rokok sebatang
tiada pernah ku bayangkan
seorang wanita itu
tiada pernah ku bayangkan
amat perlu bagi diriku
tiada pernah ku fikirkan
kehilangan dirinya
tiada pernah ku fikirkan
amat mengecewakan aku


*********************************************

~rastali~
ini band arwah Loloq

Takziah buat keluarga beliau 

May 22, 2011

Secawan kopi

Kopi ini pahit rasanya..
Kelat kurang rasanya..
Kopi cap tupai namanya..
Pak tua sedang menghirup..
Di warung usang hujung kampung..

Kopi ini sedap rasanya..
Cukup lengkap ;
manisnya, pahitnya, lemaknya, rasanya hebat..
Kopi latte namanya..
Pak menteri enak melayani kopi itu..
Di starbucks di tengah kota..

Secawan kopi ini menunjukkan darjat, pangkat dan kuasa..
Mana bisa kopi latte dihirup pak tua tanpa pertolongan pak menteri itu..
Tapi adakah sudi pak menteri duduk bersama pak tua menghirup kopi pahit itu??

Pak menteri pasti sibuk dengan "urusan" beliau..
Katanya ;
kau pakcik tua, duduk di situ jalankan tugas kau untuk berkebun di kampung saja.. Aku perlu bangunkan negara ini untuk kesejahteraan rakyat jelata termasuk kau pak tua..Jadi tunggu saja masa aku akan bersama kau untuk secawan latte nanti..  NANTI  ..  ..  ..

Pak tua itu sudah muak untuk janji itu..
Pak tua menghabiskan hirupan kopi pahit itu sambil menghitung beberapa detik lagi untuk dia pergi meninggalkan dunia nyata ini..
Dan berfikir, bila kata-kata pak menteri itu dapat ditunaikan..


May 19, 2011

Jarak bulan dengan bumi (GMT -08:00)

Hari ni 15 Jamadilakhir 1432 dan pasti ini cerita tentang bulan..
Bulan itu kita nampak cantik bercahaya..
Kita pandang bulan itu seperti berada beberapa langkah dari tempat kita berada tapi hakikatnya nun jauh di sana..
Guwa selalu sangat berharap, berangan supaya bulan itu boleyh sentiasa disentuh dipegang dipeluk dicium..
Tapi itu harapan, angan sahaja..
Bulan itu jauh, nun jauh di sana..
Cuma doa yang guwa panjatkan supaya bulan itu terus cantik bersinar..
Nun jauh di sana..


care of moon


hujan lebat mencurah kini..
maknanya bulan takde..
hilang terang terbit gelap..

May 17, 2011

Fenomena

Guwa melayan cerita abang dol dengan dak apis..
Ala cerita abang dol yang penggali kubur tu..
Lupa ke??
Mungkin tak ingat sangat kan??
Cerita tu tak di wayangkan sebab tu agaknya ramai yang tak ingat..
Tapi pernah jadi fenomena jugak buat beberapa ketika..
Cuma sekejap sangat fenomena tu..

Cerita adnan sempit keluar, hampir setiap baris ayat yang sam sebut tu jadik bahan bicara seluruh pelusuk bumi..
Terbaru cerita hantu kak limah, sampai sekarang ni masih disebut-sebut pasal usop wilcha tu tak kira siapa dan di galaksi mana mereka berada..
*hiperbola

Fenomena dan pengaruh cerita adnan sempit dan kak limah (lebih tepat usop wilcha) sangatlah besar sehingga pada mana-mana peringkat umur sekalipun mereka tahu tentang braDER sam dan usop WILCHA..

Apa yang guwa bimbang adalah kanak-kanak bawah umur yang kepaleotaknya belom mampu menapis mana yang baik dan buruk..
Depan mata guwa terjadi apabila seorang budak menyampok perbualan apaknya dengan ... "ayah kite bakor je kite bakor"..
Ye kita nampak seperti kelakar dengan telatah anak kecil itu..
Tapi rasionalnya, anak itu sangat biadab..
Bukan sekali dua guwa terserempak dengan perkara macam tu tapi banyak kali..
Itu belum lagi pasal seorang anak yang pada pengamatan guwa umurnya 7-8 tahun, memanggil apaknya dengan perkataan "DER"..

Sebenarnya fenomena adalah undian majoriti dan kita adalah pengundi dan penyokongnya..
Apabila ramai yang menyokong, maka bermacam provokasi dan propaganda yang akan berlaku..
Hasilnya juga kita yang tentukan..
Amat malang apabila terlalu sekejap fenomena abang dol ketika itu..
Fenomena yang baik seperti abang dol itu perlu diteruskan sebenarnya dan kita yang perlu mempromosikan..

Jadi semua mari bersama guwa ucapkan ;

Subhanallah wa Alhamdulillah wa La-ila-ha-illa-Allah
Allahuakbar 

Ucapkanlah sebanyak mana yang termampu seperti kita sering mengucapkan perkataan "DER" atau "ce cite ce cite"..

Abang dol yang tabah

Ketabahan Abang Dol menjadi pendorong kehidupan  
TERIMA KASIH ABANG DOL!!!

May 16, 2011

Musik Jamaica

Reggae dan ska sangatlah berkait rapat..
Musik reggae berasal daripada ska..
Musik ska terkenal sebab reggae..

Pada awal pembinaan musik ska, GAGAL..
Yang paling penting, irama dan tempo asal ska bukanlah seperti yang kita dengar sekarang..
"Skanking" yang kita banggakan di gig dan konsert bukanlah begitu asalnya..
Tengok kat SINI untuk joget asal ska..
Baca kat SINI untuk cerita asal ska..
Cuba dengar lagu Inilah ska ; by Gerhana Ska Cinta..
Ada cerita sket2 pasal ska..

[sumber]

Musik reggae asalnya daripada ska..
Lepas musik ska gagal menarik minat pendengar musik terutamanya di Jamaica, pemusik Jamaica kutip balik musik ska dan upgrade kepada rocksteady dan reggae..
Mereka mainkan musik ini sebagai musik lepak2 depan rumah bersama kawan2 sekampung..
Maka banyaklah alat2 musik yang bertaraf "kampung" diselitkan untuk musik reggae..
Musik reggae klasik penuh dengan bunyi2 pelik yang datangnya daripada alat2 musik "kampung" mereka itu..
Apabila reggae dah popular, barulah ska dipandang mulia sebab dapat cipta musik yang unik untuk reggae..
Masa tu, ska dah berkembang di luar Jamaica dan dah hybrid dengan genre lain seperti punk (ska-punk)..

Sejarah penuh pasal ska, rocksteady dan reggae ni lu orang google la..
Wiki pon banyak cerita pasal musik jenis ni..
Kat sini cuma asas pasal musik Jamaica sahaja..
Apa yang korang kena tahu, ska, rocksteady dan reggae ni berasal dari Jamaica sepenuhnya..

Kesimpulan :

Evolution of Jamaican popular music from Ska to Reggae
Ska: Late 50's to mid 60's
Rocksteady: Mid to late 60's
Reggae: Late 60's to present

All three utilize essentially the same rhythmic devices with different accents and tempos.

** Betolkan guwa kalau ada maklumat salah kerana maklumat bukan berasal dari internet semata tetapi dari bacaan majalah musik kira-kira 7 tahun lalu..   

May 2, 2011

Wasiat

Seruan alam memanggil..
Tak pernah aku menolak..
Aku pergi dulu..
Tak lama lagi jumpa kembali..

Kalau ada rezeki jumpalah..

Kalau..

Kadang-kadang boleh guna perkataan tu..
Tapi jangan selalu..
Bahaya..
Rugi..
Buang masa..

Seminggu??
Dua minggu??
Mungkin berminggu-minggu..

Siapa peduli??
Mungkin tiada lagi..






Kredit gambar untuk tuhan yang mencipta alam

Alam bagai mengerti, segala yang terjadi


Bacaan untuk semua masih ada..
Mata masih gagah walaupun berkaca..
Cuma tangan rasa goyah..
Getar..

Jangan pergi semua..
Jumpa di alam nyata nanti..

Apr 22, 2011

Ramai orang yang infiniti

Ramai orang tak sedar dengan apa yang mereka lakukan..
Ramai orang sibuk mencari kesalahan dan kesilapan orang lain untuk menonjolkan diri..
Ramai orang terlupa untuk melihat cermin sebelum berbuat sesuatu..
Ramai orang tidak kenal akan diri sendiri..
Ramai orang masih berharap supaya orang lain menolong sepenuhnya dalam segala usaha..
Ramai orang menunggu pahala selepas melakukan dosa..
Ramai orang berminat untuk menggadaikan personaliti diri..
Ramai orang tegar untuk berpaut pada daun berbanding akar..
Ramai orang selalu berjalan tanpa panduan dan haluan..
Ramai orang berkata begini "ini aku punya kawasan, kau tak suka, kau boley blah dari sini"..
Ramai orang teruja melihat fizikal berbanding mental..
Ramai orang malas berfikir..
Ramai orang suka akan kecantikan..
Ramai orang berhidung tinggi dan berbelang..
Ramai orang suka perbuatan mengampu, bercerita perihal orang lain (mengumpat), over-hypocrytos dan menyanjung kepada kesalahan..
Ramai orang curang..
Ramai orang beorientasi tidak normal..
Ramai orang malu/takut/keliru untuk berkata benar..
Ramai orang suka membazir..
Ramai orang tak cukop duit dan masa..
Ramai orang menangis,kecewa..
Ramai orang gagal untuk menyempurnakan tanggungjawab tetapi tidak mahu bertanggungjawab atas ketidaksempurnaan yang mereka cipta itu..
Ramai orang sudah pasrah dengan kehidupan..
Ramai orang tidak bersyukur..
Ramai orang dengki yang hitam pekatnya hanya tuhan saja yang tahu..
Ramai orang sanggup berbalah untuk sesuatu..
Ramai orang percaya dengan cinta pandang pertama..
Ramai orang mahukan status "glamer" sehingga mencederakan/merosakkan diri..
Ramai orang ada masalah besar dan lebih suka lari daripada menghadap masalah..
Ramai orang berlaku tidak adil..
Ramai orang cakap berblog bukan untuk duit/traffic tapi dok menjaja sane sini, troll sane sini, kecoh sane sini atas tujuan traffic/duit..
Ramai orang seronok bermain api tapi terseksa bila api semakin besar..
Ramai orang bukan manusia tetapi binatang..
Ramai orang berperangai macam babi bahkan lebih teruk dan hina daripada babi tetapi mereka merasakan mereka sangat suci..
Ramai orang mahu menjadi pemimpin tetapi tak tahu tanggungjawab untuk memimpin..
Ramai orang impikan kesenangan dengan mudah..
Ramai orang tak percaya pada takdir..
Ramai orang tunduk kepada kekuasaan dunia daripada kekuasaan pencipta..
Ramai orang lupa bahawa mereka ada tuhan..

Ramai orang.......
Ramai orang..........
Ramai orang...............



teruskan tulisan ini sehingga infiniti

Apr 20, 2011

Selamat akhirnya

Laman ini telah digodam oleh Aidan Nadia..
Entri sebelum ni adalah atas perbuatan beliau..
Tak gune punye orang utan..
Guwa dah berhabis kat lu..
Beli barang2 rasta kat lu..
Macam ni lu buat kat guwa..

Entri tu dah tak boleyh delete..
Hebat betol dia hack..
Terjejas reputasi guwa taw..
Harap2 tak jadi kecoh la..
Guwa takot ada pihak yang mintak jam tangan ohmegat kat guwa nanti..
Takpon mintak tilam tempat guwa meniduri diri sendiri..
Takpon mintak sample air putih guwa..

Ahh sudahh...
Lu orang jangan kecoh2 sangat taw..
Takot ni..

Guwa gerak dulu lah..
Nak pergi buat passport, pastu lari duk Jamaica..
Kat sana takde kecoh2 sangat kes macam ni..
Lagipon guwa boleyh sembunyi kat ladang ganja belakang rumah member guwa kat sana..
Kompom depa tak jumpa punyalah..

Oklah weyh..
Lambat dah ni..
Calow2...
tension2, maen paint, lukis natang ni..

Apr 18, 2011

scandal terbaru abgMAT...awwwwww :))

mesti semua orang tertanya-tanya siapakah yang bertakhta di hati abgMAT sekarang.


jeng
.
.
.
.
.
.
.
jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng
.
.
.
.
.
tadaaa!!!!!



hahahahahahahahahahahahahahahahahahha :))
kepada peminat-peminat abgMAT di luar sana jangan berputus asa. peluang masih terbuka kepada semua yang berminat. sekian. ;p


di hack oleh:

Apr 7, 2011

Terangkat

Memang terangkat beb [sumber]


Idea asal dari sini..

Terma itu sangatlah guwa tak boley terima..
Adik angkat..
Abang angkat..
Akak angkat..
Mak angkat..
Apak angkat..

Sebab..

Lu dah ada....
Adik kandung..
Abang kandung..
Akak kandung..
Mak kandung..
Apak kandung..

Jawatan yang wajib tu pon lu tak boley nak jaga, nak fokus, nak berkasih nak bersayang..
Kenapa perlu kejar jawatan angkat dan sebok2 nak berkasih sayang??

Nak tambah kenalan??
Nak eratkan silaturrahim sesama insan??
Sebab akak abang kat umah tak layan lu??
Sebab adik kecik lagi kat umah??
Apa lagi alasan??

Penjelasan wa tetap sama..
Lu jaga akak lu, abang lu, adik lu, mak apak lu kat umah tu dulu..
Dah puas ke berkasih sayang dengan depa suma tu??
Tipulah kalau lu cakap dah..
Lu dah puas peluk cium mak apak lu??
Pernah cakap I love you kat mak apak, abang, akak, adik lu??

Sebenarnya lu yang gedik kan??
Mengada-ngada nak adik, abang akak angkat yang comel kote lote..
Konon2 hot stuff la kan..
Nak jadik orang yang paling glamer kat sekolah..
Ngaku je lah..
Jangan nak berdolak dalih lagi..
Biasalah budak2 baru nak naik kan..
Baru akil baligh, dah rase macam brader2 sister2..

Koroe cakap macam ni ;
biasanya angkat2 ni function dia sama macam cop la. cuma budak2 tak paham.
mula2 angkat2 dulu sebab malu nak mintak kapel.
lepas dah macam oke je dengan awek tuh, apa lagi, angkat kain, masuk semak, layan.......

UTAMAKAN YANG UTAMA 

Pernah satu ketika member guwa ajak pergi program keluarga angkat..
Guwa bukanlah anti sangat ngan program macam tu..
Lantak pi lah depa nak buat apa pon kan..
Guwa cuma malas n tak minat nak join..
Tapi member guwa boley plak dok bebel kat guwa cakap guwa ni tak campor masyarakat lah hape babi lagi ntah..
Dengan lafaz basmalah, guwa memulakan sesi mentarbiyah member guwa dan member guwa tak jadi join program tu pasal dia rasa prinsip guwa pasal benda ni betol..
Guwa tersenyum manja selepas itu..

Tapi, prinsip ni tak boley diaplikasikan kepada mereka yang sebatang kara kat muka bumi ni..
Kalau anak tunggal tu, pastu mak apak plak busy kerja, cariklah kawan2 yang umur lebey tua sebagai tempat mengadu domba..
Kang gila plak sekor2 hidop kat umah..
Cari kehidupan kat luar dan berpadalah..

Ingat, hidup jangan nak gedik sangat, jangan nak glamer sangat, jangan nak over sangat..
Berpadalah untuk hidup..
Nanti ada yang tak puas hati, kan dah jadik masalah..
Bukan tak boley nak berada pada level tinggi kehidupan..
Sesuaikan keadaan untuk hidup..
Kalau mampu, teruskan..
Kalau tepu, kekalkan taraf hidup normal..

Sekian dari Ustaz Dreadlock-wanabe..

Dreadlock-wanabe??
Kompom mak apak guwa cantas kepale guwa ngan mesin rumput kalau guwa dreadlock..
Hahahaha..

Calow2..