Jul 27, 2010

Golden Skans versi Reggae

video

lagu asal : Klaxons
Telah diReggaekan oleh : Zanko/pvNova

Guwa suke style mamat Zanko ni dalam semua musik yang dia main..
Kualiti dan kreatif..
Salute!!!

Jul 24, 2010

COUNTER???

Apa sudah jadi ni Encik Tuan Tanah Kedaung Kedai???


kredit kepada Antz.
Terima kasih untuk kamera telefon jimbit bimbit anda.

Jul 21, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumahnya. Kerana bas itu sudah penuh, wanita tua itu terpaksa berdiri.


Tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata;


"Silakan duduk makcik."

"Oh, tidak perlu. Adik duduk la."


Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula. Pemuda itu duduk semula.


Tapi beberapa minit kemudian pemuda itu berdiri dan berkata lagi;

"Makcik duduk la."


Kata pemuda dengan sopan.

"Tak payah susah-susah. Terima kasih sajalah. Adik duduk lah."


Kata wanita tua itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk.

Selang beberapa minit kemudian, pemuda itu berdiri dan berkata lagi;


"Takpe la, makcik duduk la."


Kata pemuda masih bersopan santun.

Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata;

"Adik tak payah risaukan makcik. Adik duduk sajalah. Lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi."


Jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk.


Selepas itu......







Sambil melutut, pemuda itu memandang wanita tua dan berkata; masih lagi dengan nada yang sopan berbentuk rayuan;


"Tolong la makcik. Saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh. Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!!!"




Jul 17, 2010

Steven Spielberg VS Jackie Chan (Malay Version)


















Seorang pelakon popular Hong Kong/China, Jackie Chan masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan di dalam bar tersebut terdapat Steven Spielberg. Pengarah filem yang ternama. Dia melemparkan senyuman kepada Steven Spielberg tetapi beliau hanya memandang Jackie dengan penuh dendam. Jackie amat hairan tetapi hanya mengabaikannya saja.
Sedang Jackie enak menikmati minumannya, tiba-tiba Steven meluru pantas kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, Jackie menjerit;

"Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Steven berkata;

"Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Jackie membantah;

"Aku bangsa Cina laa bodoh! Apa kena mengena dengan Jepun pulak?"

Steven membalas;

"Arrghhh..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas beberapa minit. Setelah memesan sebotol beer lagi, Jackie terus meluru kepada Steven dan memberi satu tumbukan yang padu.
Steven terduduk sambil menahan sakit dan menjerit kepada Jackie;

"
Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?

Jackie menjawab;

"
Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati"


Steven membantah dengan keras;

"
Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!"

Dengan selamba Jackie membalas;

"Aaahh! Iceberg, SpielbergCarlsberg... korang semua sama aje...!"



Jul 15, 2010

Khas Buatmu SAMPAH-SAMPAH Yang Bertaburan...


Kepada SAMPAH-SAMPAH yang bertaburan dan bersepah di luar sana,
Guwa hadiahkan untuk lu orang mahligai rumah atau tempat yang paling sesuai dengan jiwa nurani lu orang..
Sila ke lokasi segera kerana di tempat lain, lu orang (baca: SAMPAH-SAMPAH) akan menyebabkan orang ramai tidak selesa..

Antara kemudahan yang disediakan adalah bekalan air secara percuma ditaja oleh SAMB (baca: Syarikat Air Melaka Bhd.)..
Permohonan elektrik boleh diusulkan kepada TNB 
(baca: Tenaga Nasional Bhd.) Melaka..
Apa-apa pertanyaan boleh diajukan kepada MBMB
(baca: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah)..

Lokasi : Kawasan RnR (baca: Rehat dan Rawat) Kg. Gangsa


Gambar rumah lu orang dari jarak kira-kira 5 meter


Pembesaran gambar untuk signboard rumah lu orang


Terima Kasih kepada EPIT untuk kamera telefon bimbit beliau..

Jul 14, 2010

Asal Usul warna Penguin

Gambar Hiasan
Peguin si Penguin


Mengapa di bahagian depan Penguin berwarna putih, manakala bahagian lain berwarna hitam???
Apakah maksud warna tersebut???





Sebab tangan Penguin pendek..
Masa beliau mandi, cume bahagian depan sahaja yang dapat beliau gosok dengan sabun..
Bahagian yang lain, tak tercapai akalku oleh tangan beliau..
Bahagian putih itu melambangkan suci bersih dan hitam adalah daki beliau..
Wakakakaka....!!!!

Kalau lu orang sume tak percaye, sila tanya Diba..


Jul 13, 2010

Barang untuk di jual!!!



Salam Perhubungan buat semua..

Kepada semua yang "gila" dengan kamera berjenis DSLR + lens, lu orang boleh cari Guwa melalui e-mail atau PM (baca: Private Message) Guwa through YM..
Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut..

http://www.mudah.my/vi/6579754.htm
http://www.mudah.my/vi/6579863.htm
http://www.mudah.my/vi/6579850.htm
http://www.mudah.my/vi/6507203.htm
http://www.mudah.my/vi/6387339.htm

Owner barang ni adalah Bro Guwa..
Boleh hubungi beliau terus kalau segan dengan Guwa..
Pastu bagitau dia, lu orang member Guwa..
Boleh dapat murah sket..

Nama : Farid @ Bulat
Contact no. : 0177160167
Lokasi : Johor Bahru, Johor

Sekian dari Guwa..

Jul 3, 2010

Tempat Makan Best Di Melaka


Sebelum apa2, Guwa kena bagi credit untuk PADIN sebab amek tajuk entri dia..
Guwa nak kongsi dengan semua satu je tempat makan kat Melaka yang tak mungkin ada kat tempat laen..
Lokasi adalah terletak di Taman Bayan, Melaka..
Menu ISTIMEWA mereka adalah Siakap Saikap Masak Pedas!!!



credit kepada Amal untuk gambar ini..


Sekian dari Guwa..
Salam Pemakanan dari Guwa..