May 27, 2011

d-major blues dalam hujan


hujan ini membuatkan ku menangis
terlantar sendiri di kerusi malas
suara radio tak menghiburkan
hampir habis rokok sebatang
hari ini membuatku bingung
terlunjur kaki ku di meja usang
siaran tv tak mengasyikkan
habis sudah rokok sebatang
tiada pernah ku bayangkan
seorang wanita itu
amat perlu bagi diriku
tiada pernah ku fikirkan
kehilangan dirinya
amat mengecewakan aku

malam ini membuatku bosan
terbaring longlai di ranjang dingin
suasana bilik tak melegakan
capai lagi rokok sebatang
tiada pernah ku bayangkan
seorang wanita itu
tiada pernah ku bayangkan
amat perlu bagi diriku
tiada pernah ku fikirkan
kehilangan dirinya
tiada pernah ku fikirkan
amat mengecewakan aku


*********************************************

~rastali~
ini band arwah Loloq

Takziah buat keluarga beliau 

9 comments:

Titel said...

lagu ni tak bagus! mcm menggalakan orang smoke untuk lepas tension!

RastaMat said...

terpulang kepada cara tafsir masing2..

bagi wa, lagu ni jujur..

DuniakuAbstrak said...

padat dengan kesuraman

Rye the X-Superpornstar said...

lirik dan lagu dicipta sebagai ekspresi dalaman penulis/penggubah watsoever..

kalau semua lagu kita nak buat jadi contoh, baik gam semua lagu cuma luluskan lagu-lagu patriotik seperti lagu bunga kebangsaan, lagu negaraku, lagu negeri kedah, lagu cintai sungai kita..etc etc..

music is a part of art..and when it comes to art, means it lantak la nak buat camna pun still consider art! bukan ada rules pun!

kan?

btw aku suka amy whinehouse - stronger than me -

lagu tu cerita gf kena buli ngan bf (or bini kena buli ngan laki) pastu dia melawan balik siap panggey laki tu GAY! kahkahkah! i like!

eh panjang plak komen aku

anyway, aku suka lagu ni! tambah part dingin longlai di ranjang tu..sexy tau! :P

RastaMat said...

@ DuniakuAbstrak

selamat mendengar..




@ Rye the X-Superpornstar


hamboi hang ni raina..
pantang ada xxx sikit..
tu perot tu bosar dah..
bawak2 berentila kejap..
kang dah kempis, hang sental la lagi..

hahahahahaha...

intan.maisarah said...

suka lagu ini

Republic Aku said...

aku kena dengar lagu pulak sekarang ni aman....

broken_nigina said...

loloq was my idol.

MindaMalay said...

Teringat kenangan lama...

Hidup dalam Blues...

Hari ni bercinta esok putus... lusa bercinta kembali lalu putus kembali...