We're Here

Aug 23, 2011

Busking

Busking itu maen gitar depan orang ramai kat tempat awam..
Kira macam pemusik jalanan la lebih kurang..
Takde ape sangat yang guwa nak cerita, cuma masukkan gambar2 member guwa busking haritu..


Si lelaki itu Ben namanya, kawan lama guwa..
Dia sekarang ni duk melepak dengan guwa, cuti panjang katanya..
Ahli perniagaan macam dia memang sibuk sikit..
Kat SINI ada maklumat lagi pasal Ben..

Si gadis itu Lea namanya..
Dia orang seni dan sangat berbakat dalam seni..
Dia tak single, rasanya la..
Kat SINI ada maklumat lain pasal Lea..


Terima kasih Anish kerana menolong guwa edit gambar..

Aug 14, 2011

Bulan - Ramadhan

Malam ni bulan penuh..
Ini bermakna dah hampir separuh bulan kita dalam Ramadhan..
Guwa nak berbelanja untuk raya nanti tapi malangnya ketidakcukupan wang untuk berbuat demikian..

Separuh bulan Ramadhan ni macam2 benda jadi..
Makin garang dugaan dalam bulan ni..
Itulah inilah, itu tak kena, ini tak boley..
Guwa bukan merungut, cuma takut..
Takut tak mampu nak teruskan hidup macam ni..

Mungkin dah jauh guwa menyimpang dari pencipta bulan sampaikan bulan pon ditarik semakin jauh..
Jauh terus-terusan menjauh..


Perjalanan masih jauh jika hidup lu masih panjang

Terus sajalah tabah untuk hidup..
Takkan nak tergolek terlentang dengan masalah..
Makan mesti cukup, minum mesti dapat..
Badan sehat dan kuat, baru boley bekerja..
Perihal makan, bulan ni jangan gagal untuk tahan nafsu makan..
Bukan tahan nafsu makan siang hari je, masa beli makanan untuk buka pon kene tahan nafsu jugak..
Waktu buka puasa bukan waktu yang sesuai untuk menelan sekaligus 3 jenis makanan utama, 2 jenis kuih, 5 jenis lauk, 3 jenis air dan lain-lain..
Tepewanjat pewot aww..!!!
Tak sampai 20 jam pon tahan makan minum tu..
Rilek2 sudah, rosak perot tu nanti..

Pernah cuba makan LAMP chop?

Semoga selamat semuanya sambut Syawal nanti..
Selamat semuanya..
Selamat semua..
Selamat..

~ Mat ~

Aug 11, 2011

Merdekakah kita???


Tajuk entri adalah tajuk puisi yang guwa tulis masa umur 15 tahun dulu..
Tapi malangnya banjir membawa semuanya pergi..
Hilang semua tak tinggal apa2..
Guwa dah tak rajin menulis puisi semua tu sebab kononnya dulu nak jadi penulis macam Usman Awang, Pak Samad dan lain-lain..
Tapi tergendala di tengah jalan..
Guwa bukan berbakat sangat pon menulis, cuma minat saja..
Akhirnya dah tak minat menulis, cuma membaca saja..
Tapi gatal2 jugak nak menulis, wujudlah blog ni walaupun bukanlah karya2 seni yang guwa masukkan..
Cuma tulisan secara rawak saja..

Merdeka?
Apa yang lu orang paham?
Secara umumnya kita bebas dari penjajah yang memegang tampuk pimpinan negara kita, negara MALAYSIA..
Tapi itu secara fizikal saja sebab mentaliti penjajah masih lagi menjadi pemimpin kepada minda rakyat negara ni termasuklah kanak-kanak, orang dewasa, remaja, pemimpin, hamba, dan semuanya..

Sebenarnya ketidakpuashatian guwa terhadap kepimpinan negara sejak kebelakangan ni agak tinggi..
Macam2 benda jadi, tak dapat nak dikawal..
Kalau Pak Menteri sendiri kelam kabut dengan hal sendiri, macam mana nak urus hal anak-anak buah?
Bukan nak menyalahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan, tapi semua rakyat dapat rasa dan mungkin bersetuju dengan guwa bila guwa cakap pemimpin yang bakal-bakal lepas ni makin lemah..
Maksudnya makin banyak kelemahan yang mereka tontonkan kepada rakyat..
Ini bukan masalah kerajaan atau pembangkang, ini soal negara kita, soal negara MALAYSIA kita..

BERSIH 2.0 : perjuangan mereka mungkin persis Bob Marley


Cuba lihat Jamaica, bagaimana pejuang-pejuang mereka melawan kuasa penjajah..
Robert Nesta Marley ; itu nama yang agung di sana..
Beliau sangat jujur bermusik untuk menyampaikan mesej keamanan kepada dunia, terutama penjajah..
Apa yang penting, jujur dalam kepimpinan..
Itu saja yang guwa pinta untuk sebenar-benar erti merdeka khas untuk negara MALAYSIA kita..
Selamatlah kita sama-sama memerdekakan negara MALAYSIA kita..