Nov 21, 2011

Pengalaman paling "rare" dalam donia

Amaran : Pengalaman ini amat mahal harganya, kau tak mampu miliki walaupun apak kau adalah Sultan negara Beringin Rendang..Sila baca sambil dengar lagu INI..

Cerita bermula dengan...

Pada suatu hari, aku lapar dan pastilah aku perlukan makanan untuk memenuhi nafsu serakah tersebut..Jadi aku pun memulakan langkah dengan memakai baju yang paling hensem dengan harapan aku dapat menawan hati tokey kedai seterusnya mendapat makanan percuma di kedai tersebut..Dalam pada mengenakan pakaian, aku mengajak kawan seangkatan untuk bersama sehala menuju ke arah puncak kekenyangan tapi malangnya mereka hanya terpana dengan godaan donia yang lain..Aku mengabaikan mereka dan terus terkinja-kinja ke arah motosikal kuasa besar (4000cc) aku kerana terlalu lapar..Bila aku lapar memang aku terkinja-kinja, semua tu adalah tindakan saka yang aku bela dalam badan ni..

Seakan beginilah aku terkinja-kinja
[klik gambar untuk kinjaan sejati]


Dengan kelajuan 320km/jam, aku terus menuju ke arah barat daya yang menunjukkan kedudukan mesin ajaib pengeluar duit..Setibanya aku di kedudukan mesin tersebut, dengan wajah yang bengis terus aku menjampi dengan ayat, "Wahai mesin ajaib, berikan aku patbelasribu sekarang!!"..Mesin tersebut meludah aku dengan panah beracun yang terlekat bersamanya sepucuk surat.. Mujur aku sempat mengelak  dan lantas membaca kandungan surat tersebut.."Duit kau tak cukup lahabau, ada tigabelasribusembilanratossembilanpulohsembilan jerr"..Mesin ni punya tegas mengalahkan along bukit beluntong, jadi aku cuma mengeluarkan doblasribu sahaja..

Melihatkan mendung yang berarak, aku terpaksa menunggang motosikal berkuasa besar aku dengan kelajuan bugati veyron, 470km/jam dan cuma mengambil masa kurang daripada 5 saat untuk sampai ke kedai makan yang aku impikan pada jarak 32 marhalah..Walaubagaimanapun, kedai tersebut tutup lantas aku berlari menekup muka ke arah batu besar di tepi jalan sambil menangis teresak-esak..Tindakan itu juga adalah daripada saka belaan aku..Tapi disebabkan saka yang menangis itu kecil lagi, maka saka yang lebih besar memujuk beliau dan terus memaksa aku untuk menggerakkan motosikal ke kedai makan yang lain..Saka dalam badan aku memang ramai, yang latest ni beranak kembar..

Aku gagahkan diri untuk sampai ke kedai makan lain pada jarak 18 marhalah daripada tempat aku menangis tadi dan berbaloi perjalanan tersebut kerana ia tersergam indah..Aku rancang untuk membawa balik saja makanan tersebut untuk santapan dengan aksi bebas di rumah..Kapasiti makanan yang aku perlukan tidak memadai duit doblasribu yang ada di tangan aku..Jadi aku cuba menggunakan ciri-ciri kehenseman aku agar brader tu baik hati menghadiahi makanan lebih untuk aku..Tapi gagal dan aku pasrah menggunakan kesemua duit tersebut seadanya..

Aku pulang dengan hati berbunga riang dan tidak sabar-sabar aku untuk menyantap hidangan tersebut walaupun pada hakikatnya tidak cukup untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah aku..Tidak mengapa, asalkan dapat aku makan dengan gaya bebas di rumah..Setibanya aku di rumah, isi perut rumah aku semuanya tiada dan kemuncaknya adalah aku tiada kunci rumah..Aku menggunakan bom c4 untuk meletupkan pintu rumah,tapi malangnya tidak berjaya kerana pintu rumah aku telah direka oleh pakar bom Rusia..Kekecewaan berganda menyeliputi diri aku, tapi semangat aku untuk beraksi bebas masih membara..Jadi aku meneruskan semuanya seperti dalam perancangan..

Aksi bebas tersebut memerlukan ketangkasan dan kecekapan tahap dubuk..Alat-alat yang diperlukan adalah motosikal berkuasa besar (4000cc), air basuh tangan dan makanan berharga doblasribu..Untuk menambah kesayuan ketika di perantauan, pastikan ada majelis kawen India di kawasan berdekatan rumah kau dan mereka perlulah berkaraoke..Ya aku ditemani nyanyian yang syahdu daripada mereka dan aku hampir hafal keseluruhan lagu kerana mereka memang suka menyanyi lagu yang sama dan didendangkan oleh orang yang sama juga..sampai sekarang, aku masih lagi terkumat-kamit menyanyikan lagu-lagu tersebut..

Inilah pengalaman paling rare pernah aku alami sepanjang 17 tahun hidup di muka bumi ciptaan Tuhan..Aku rasa Aleen Aiden macam pernah cerita pasal pengalaman rare beliau, tapi malas aku nak mencari balik..Aku pasti peminat beliau akan terkinja-kinja juga kerana menyangka aku meniru penceritaan beliau..Maafkan aku dan apa yang aku boleh katakan, cerita aku ini tidak ada kena mengena dengan beliau..Bak kata pepatah, "Jauh panggang dari punggung"..
.
.
.

Nov 17, 2011

Berkawan dengan Alam

Aku dalam perjalanan mencari Alam..

Walaupun niat aku hari tu cuma mengejar Matahari, tapi Bulan masih ada menunggu aku sebelum menghilang..

Bulan

Ya, kau cantik Bulan, sangat cantik..
Setia kau menunggu aku..
Setia kau teman aku sepanjang perjalanan..

Matahari

Dan kau Matahari, terima kasih untuk sinar kau kepada Bulan..
Tanpa kau, siapalah Bulan dan siapalah aku..

Kabus

Sayup-sayup aku hirup udara nyaman..
Berbalam-balam pandangan aku diselaputi Kabus pagi..

Dan terima kasih semuanya..

Awan

Batu

Bunga

Pokok

Terima kasih untuk semua keindahan alam yang ada..
Diri aku terbina daripada unsur alam, maka tenanglah bila aku bersama alam..
Harap aku lebih tenang bila bersemadi dengan alam suatu hari nanti..



Terima kasih Tuhan untuk keindahan alam semesta Kau..

Terima kasih kawan
.
.
.

Nov 9, 2011

Segmeng Bersama Abamat Hengseng Badang Ketak-ketak euww euuwww

Mudah saja syarat untuk segmeng nih :
  1. Aplod gambar paling euuwww maksudnya yang paling gewdikszz yang awok ada atau kata kasarnya gambar paling menjengkelkan umat manusia. Gambar dalam gym adalah digalakkan sebab selari dengan segmeng ni punya tema. Gambar paling menarik akan diletakkan di bloglist Abamat dan link-semula ke blog awok. Trafik awok musti up mencanak pasal pelawat blog Abamat ni 14ribu orang sehari. Gambar yang afdal adalah gambar bermuncung tikus dan berpipi kembung serta kamera berdarjah 45 dari paras laut.
  2. Buat satu entri bertajuk seperti di atas dan letakkan Abamat di bloglist awok sume serta tampal Abamat punya lencana comel bawah ni kat blog awok sume sekali ye..
  3. Semakin banyak hurup dabelyu (W) dalam entri semakin itteww cukeww cebab itteww raseww comeyyll cangat-cangat kalau guneww hurup dabelyu banyak-banyak awww auuww. Kalau guneww "huhu" banyak-banyak pon itteww cukeww taww cebab bileww itteww cebut "huhu" mulut itteww muncung-muncung cameww macam itteww guneww dabelyu banyak-banyak.

Ni Abamat punya lencana, comeyyll bukan??
Klik gambar untuk gambar beranimasi

Abamat harap segmeng ni dapat merapatkan ukhuwah sesama blogger huhu..
Target untuk entri ni adalah 4000 komen peminat atau lebih tepat lagi 4000 penyertaan, harap-harap Abamat berjaya menjadi blogger yang berjaya..huhu..Doakan kejayaan Abamat ok??
Abamat nak behenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa,huhu yela dengan blog ni kita boleh buat duit taw..Lagipon Abamat ni memang tadak life kat luar sana, kerja Abamat dok depan laptop jeww main blog nieww..
huhu~ ~ ~
.

.

.