Nov 17, 2011

Berkawan dengan Alam

Aku dalam perjalanan mencari Alam..

Walaupun niat aku hari tu cuma mengejar Matahari, tapi Bulan masih ada menunggu aku sebelum menghilang..

Bulan

Ya, kau cantik Bulan, sangat cantik..
Setia kau menunggu aku..
Setia kau teman aku sepanjang perjalanan..

Matahari

Dan kau Matahari, terima kasih untuk sinar kau kepada Bulan..
Tanpa kau, siapalah Bulan dan siapalah aku..

Kabus

Sayup-sayup aku hirup udara nyaman..
Berbalam-balam pandangan aku diselaputi Kabus pagi..

Dan terima kasih semuanya..

Awan

Batu

Bunga

Pokok

Terima kasih untuk semua keindahan alam yang ada..
Diri aku terbina daripada unsur alam, maka tenanglah bila aku bersama alam..
Harap aku lebih tenang bila bersemadi dengan alam suatu hari nanti..



Terima kasih Tuhan untuk keindahan alam semesta Kau..

Terima kasih kawan
.
.
.

13 comments:

theRandomcraps said...

terima kasih Tuhan.

padin said...

weh, ko bertapa kat situ dari pagi sampai malam ke nak ambil shot2 tu semua? keh3..

Anisa Hang Tuah said...

siang macam tade matahari.
malam macam tade bulan

:'(

Yuyu Ali said...

DEEP.

sangat-sangat.

Anishaway said...

perh, photographer lah plk..
kau nak bersemadi dengan pasu bunga kah.
hahaks

cimOt said...

mcm best je..duduk2 lepak2 nikmati keindahan dan kebesaran ciptaan-Nya..

april said...

p hiking ke ? huu..best tu hiking

geLaSkaCa said...

siot..

panjat gunung tak gtaw..

aku pergi balik pulau sorang2..
padan muke..
GRRR

RastaMat said...

theRandomcraps

alhamdulillah


Padin

taklah padin, aku bertapa dari malam membawak ke pagi..

lepas puas tengok matahari naik, baru aku turun..


Anisa Hang Tuah

kau cari tanah tinggi, pasti kau jumpa semua yang kau nak jumpa..


Yuyu Ali

Terima kasih Yuyu Ali..

RastaMat said...

Anishaway

aku tangkap foto tak guna gadjet manusia..aku tangkap guna gadjet yang tuhan dah bagi..fotografer tu kawan aku..
pasu bunga tak cukup tanah untuk aku..aku perlukan tanah yang lebih banyak untuk bersemadi..


cimOt

kau cubalah, baru tau best atau tak..


april

tak berapa nak hiking pon, cuma instant hiking..
lebih tepat pergi mengejar matahari..
cubalah..


gelaskaca

nanti aku naik balik pulau, kau jangan tak ikot pulak..
aku seret kau naik atas sana nanti..

cikcimi said...

weh yang ni kat mane?
gunung dato ke?

RastaMat said...

cumi dan ciki

yela..
time nawi ajak ang tamaw p..
sombong..

Anonymous said...

damai.
baru tengok fotonya aje.
kalau dapat rasai juga lagilah.

shizuka