Apr 28, 2010

Guwa Paling BENCI Pondan @ Bapok @ Mak Nyah @ yg sewaktu dengannya!!!!




Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.

Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man,

"Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.

Siti menghampiri Man perlahan....

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti.
Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut ku."
Man buat, perlahan sekali.

"Buka, stoking ku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.!!!"









Equation @ Series 6






LONGEVITY
Married men live longer than single men do;
BUT
Married men are a lot more willing to die.


Apr 24, 2010

Mood





I'll play your fav'rite song, darlin'.
We can rock it all night long, darlin'.
'Cause I've got love, darlin',
Love, sweet love, darlin'.
Mellow mood has got me,
So let the music rock me.

'Cause I've got love, darlin'.
Love, sweet love, darlin'.
Quiet as the night,
Please turn off your light.

I'll play your fav'rite song, darlin'.
We can rock it all night long, darlin'.

Strike the hammer while iron is hot.
Open up your heart.
Let love come running in, darlin',
Love, sweet love, darlin'.

Mellow mood has got me, darlin'.
Let the music rock me, darlin'.
'Cause I got your love, darlin'.
Love, sweet love, darlin'.
Love, sweet love, darlin'. 





Apr 20, 2010

Nenek kepada Ani



Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memanggil seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut di depan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.

Selesai memimpin doa, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"










~ cerita ini hanya rekaan semata-mata~
~ tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia~



Star Fruit can kill!!!





This fruit can end your life!
This is not an April Fool Joke. But a stern reminder to all my readers. We were advised to have a few servings of fruits a day in order to rep the benefits of fruits right? But obviously this is one big "no-no" fruit to be excluded from your fruity feast!

In Shenzen, more than 10 people who consumes the star fruit had died. Now a 66-year-old,
Malaysian who has been suffering from kidney ailment fell into coma after eating the start fruits.
Yes, all it takes is one fruit or 100ml of its juice and the ordinarily harmless star fruit transforms
poison in a matter of hours for kidney patients. So does this mean, people without kidney problems should be fine with star fruit!

My take: Not at all! Prevention is better right?

Universiti Malaya Medical Centre consultant nephrologist said that star fruits contain a neurotoxin which is not present in other fruits. It affects the brain and nerves. In healthy persons, the kidneys filter it out. But for those with kidney problems, this potent toxin cannot be removed and will worsen the consumers' conditions.

The symptoms of start fruit poisoning include:
~Numbness and weakness
~Feeling confused

The risk of death is high if you are having kidney ailments! But healthy individuals should beware of this fruit's potential toxin too.
It could also cripple your vitality if you are not lucky. So don't take it for granted. It's better to avoid them. So be warned.
If you have kidney impairment, DO NOT consume Starfruit or Starfruit juice.


Apr 15, 2010

Siri 5 Dollah



Pada suatu tengah malam, Dollah a.k.a Dol menghubungi pustakawan sekolahnya.
Dalam keadaan mamai, pustakawan itu menjawab panggilan telefon tersebut.

Dol : Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?

Pustakawan : Jam 9 pagi dik, apa hal yang penting sangat adik menelefon saya di tengah malam buta ni?

Dol : Tak boleh buka awal lagi ke bang?
Dol bertanya lagi dengan nada kecewa.

Pustakawan : Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!
Pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi.

Pustakawan : Penting sangat ke sampai adik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?

Dol : Siapa kata saya mahu masuk?
Kata Dol itu kesal.

Dol : SAYA MAU KELUAR!"





Apr 14, 2010

PARAH!!!




Apa pendapat anda?


Guwa rasa kepala otak si penulis ni yang rosak.
Belajar tinggi-tinggi,
tapi tak reti berbahasa.
Lokasi kejadian bukan di tepi-tepi jalan,
tapi di kawasan sekitar universiti.

Persoalannya;
Bahasa apa yang beliau gunakan?
Bagaimana pula kita mahu mentafsir ayat tersebut?

Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan masa depan Bahasa Melayu.


Tidak berniat untuk mempersenda...


Antara loghat utara dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?



Bahasa Melayu Normal :"
Dia pergi ke rumah jiran utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

Loghat Utara:"
Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

Loghat Pantai Timur:"
Dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.."



Jawapannya loghat pantai timur..

Sebab :Tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah..

Wakakaka....!!!!



Apr 11, 2010

Tips : Cara Bijak Menjawab Soalan Ketika Sesi Temuduga :



Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.


"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat..

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"



Equation @ Series 5





HAPPINESS
To be happy with a man,
you must understand him a lot and love him a little.

To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.
______________________________

Apr 10, 2010

Mati Hidup Kembali



Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan berlian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan


Bila Ramli Sarip berada di UTeM..


Salam Kemesraan..
Entri ni sangat ketinggalan sebenarnya..
Tapi aku nak pos jugak..

Rabu; 7 April 2010; Dewan Besar UTeM;

Aku tak berada di lokasi kerana sangat sibuk berjuang bersama Encik Flash, Encik VB, Encik itu dan Encik ini..
Aku cuma dapat melihat gambar dan video daripada rakan yang berada di tempat kejadian..
Aku tak masukkan ape2 gambar dalam entri ini..
Klik sini dan sini untuk melihat bukti bahawa Ramli Sarip berada di UTeM..
Aku akan cari bukti lagi di Facebook..
Lambat sikit sebab aku takde akaun Facebook sendiri..
Sehingga bertemu lagi..

Apr 5, 2010

Tabahkan Hatimu untuk menghadapi dugaan hidup ini.


Bila kau pandang segalanya dari TUHANMU,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damaila HATIMU.

ALLAH tidak mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan ALLAH tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu;
Tapi
mungkin itulah yang DIA mahukan kerana
HATI yang sebeginilah selalunya lebih mudah mendekatiNYA,
untuk merintih dan merayu padaNYA.

~untuk semua~

Apr 2, 2010

Al-Fatihah......


Salam Takziah buat keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih popular dengan panggilan Din Beramboi..
Beliau meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi di Hospital Selayang Selangor..
Sumber ini didapati daripada blog ondscene dan Diari Fanatik Ekspresi..
Klik untuk kepastian..

Al-Fatihah untuk arwah..