We're Here

Mar 24, 2011

Umur dan pengalaman

Si umur 40-an : Engkau ape tau?? Umur baru setahun jagung jangan cuba nak jadik biadab.. Jangan nak pandai2 nasihatkan aku pulak..!!! Aku lagi lama buat bisnes daripada engkau..

Si umur 20-an : Maafkan saya bang.. Saya tak berniat macam tu pun.. Saya yang salah.. Saya janji tak biadab lagi dengan abang..

****************************************

Profil si umur 40-an
  • Membesar dengan sudu emas di dalam mulut
  • Mendapat tempat dalam syarikat kerana bapanya adalah pemilik syarikat tersebut
  • Sijil pembelajaran tertinggi adalah ijazah di universiti swasta (pointer hampeh tapi sebab banyak duit, dapat naikkan pointer untuk grade) pada umur 23 tahun
  • Terus mengambil alih tempat bapanya di syarikat berkenaan kerana bapanya pencen ketika beliau berumur 25 tahun (2 tahun beliau menganggur dan berfoya-foya menghabiskan harta bapanya)
  • Bekerja sebagai pengurus syarikat yang besar dan terkemuka seantero dunia suatu masa dahulu tetapi sekarang mengalami kejatuhan di bawah kelolaan beliau
  • Umur 30 tahun masih berjaya mengekalkan reputasi syarikat kerana masih mendapat sokongan daripada orang2 lama di syarikat berkenaan
  • Umur 34 tahun, syarikat mula goyah kerana tulang belakang syarikat (orang2 lama) seorang demi seorang meletakkan jawatan dan ada antara mereka yang pencen
  • Umur 37 tahun, syarikat muflis
  • Umur 40-an ini beliau menganggur tetapi berbeza keadaannya kerana tiada lagi harta yang dapat beliau gunakan untuk berfoya-foya 


Profil si umur 20-an
  • Seawal umur 6 tahun mengikut bapanya berniaga di pasar malam
  • Umur 8 tahun menolong ibunya menganyam tikar mengkuang untuk menambah pendapatan keluarga
  • Tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya, hanya menamatkan persekolahan ketika umur 12 tahun
  • Umur 15 tahun berniaga pisang goreng di siang hari, berniaga burger di malam hari dengan bantuan kudrat bapanya yang sudah usang usianya
  • Umur 17 kehilangan bapanya dan tempat arwah diambil oleh beliau sebagai ketua keluarga untuk menyara 2 orang adiknya
  • Umur 19 tahun berjaya mendapatkan tapak berniaga secara rasmi kawasan kilang
  • Umur 20-an ini diteruskan dengan usaha bersama rakan2 membuka perniagaan di dua lagi tempat baru
 ****************************************


9 comments:

platipus said...

20 tahun tu aku la
yg 40 tu konfem kau...

Anonymous said...

umur takkan menjaminkan apa2. tak de makna langsung umur,

yang menjadikan diri kita ni berusia ialah pengalaman, sebenarnya.

eiela said...

tuh la, serba salah nak menegur diorang. kita dikatakannya biadap, tak cukup umur,,

Latest Entri :
Best Ke Blog Nih?

.drakula. said...

umur bukan ukuran kepada sesuatu kejayaan ,tak semestinya lu tua lu bagus dan lu muda lu pandai...ikut masa dan keadaan ...tapi dalam hal ni yang muda tu akan berjaya.

emak. bukan penari tiang said...

this is what we call

hierarki in dumb society!

Qiez AR said...

LOL
different situations trigger different p.o.v
macam situasi yang kau cerita nie,
memang layak lah orang tua tu disembur sekali sekala nak bagi dia ingat usul asal dia

- elina - said...

kagum betol dngn budak 20 tahun tu .

hehe

Anonymous said...

jauh nye beza. kaya-raya kemudian zero dan zero(x bape zero sebenanye kot) kemudian?? ade sesuatu di mase depan nye.

gelaskaca said...

setiap kesusahan ada manisnya..percayalah...