We're Here

Mar 11, 2011

Ceritera

Seorang bekas hacker telah bersara daripada duduk terperap dalam bilik dok mengadap komputer kerana taknak segala sistem saraf dan deria beliau rosak..
Beliau pernah kena ban daripada UM kerana hebat sangat mengalahkan lecturer..
Pernah menutup komputer lecturer dari jauh ketika dalam sesi pembelajaran kerana beliau saket hati dengan lecturer yang bebal itu sehinggalah lecturer tersebut menghentikan kelas..
Beliau terpilih mewakili Malaysia untuk mengaturcara sebuah program untuk menaikkan satelit Malaysia suatu masa dahulu..
Malangnya, beliau di reject kerana etika ketika mengaturcara program itu tidak dipatuhi (hisap rokok ketika mengaturcara program)..
Sekarang beliau berkhidmat sebagai kontraktor TM dan menyediakan khidmat terLEBIH baik untuk pelanggan..
Bos beliau sangat marah kerana beliau membuka semua port internet untuk pelanggan walaupun tindakan beliau adalah untuk kemudahan kontraktor, pelanggan dan TM itu sendiri..
Tetapi bos beliau tidak boleh memecat beliau kerana beliau sangat otai dalam bidang troubleshoot problem yang melibatkan network..



Sekarang beliau sedang lepak minom kat warung dengan budak2 kampung beliau sama seperti budak2 kampung laen yang berborak isu2 semasa..
Tak ramai yang tahu sejarah beliau sehinggalah beliau bukak cerita malam tu kerana terdapat salah seorang budak kampung yang melepak semeja sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang komputer, sama seperti beliau juga suatu masa dahulu..
Sebab itulah beliau menceritakan serba sedikit latar belakang beliau kepada budak itu untuk menaikkan semangat budak itu untuk terus belajar dan mengenal dunia sebenar..
Beliau pernah ditawarkan bekerja di Cyber Security tetapi beliau menolak serta merta walaupun gaji yang di tawarkan berganda-ganda daripada gaji seorang kontraktor TM..

Bagi beliau, biarlah gaji sebagai kontraktor TM itu digunakan untuk meneruskan kehidupan..
Karena beliau sudah dapat membayangkan tahap kebosanan yang nyata apabila sisa2 hidup beliau terpaksa dihabiskan di depan skrin komputer..
Mata rosak, tulang temulang lembik, urat saraf kaku, badan lemau..
Kene jentik sekali boley tombang oh..
Atas sebab itulah beliau memilih untuk menjadi kontraktor TM yang pada dasarnya memerlukan kecergasan fizikal yang baik selain dapat membina otot2 seperti sazali samad..

Selain itu beliau berpesan supaya anak2 muda janganlah terlalu manja untuk memilih kerja yang boley melumpuhkan segala macam urat saraf kerana perjalanan hidup masih jauh..
Beliau juga berpesan, rajen2lah bersenam kalau ade mase terluang..
Jangan dok terkangkang depan tibi sambil makan rempeyek ataupon berfoya bersama rakan2 atau aweks2 di shopping complex..
Carilah aktibiti yang berpekdah sket sementara muda ni kan..
Asyek2 jalan2 kat bandar, tengok wayang, makan kepsi, mekdi, balik umah tidor..
Tengah malam pegi cucuk bulan, mabok2 sampai abang jamil mampos..
Bawak2lah pegi memancing ke, jogging kat taman bunga ke, bercucuk tanam ke..
Kalau nak suruh pegi masjid memang tidaklah kan..

Beliau sangatlah merendah diri orangnya dan bersahaja..
Sangatlah tak disangka sangka beliau adalah seorang yang sangat hebat dalam mengendalikan kehidupan beliau..
Sekali pandang, lagak mat rempit pon ada dengan kotak dunhill senantiasa dalam genggaman..

Ini bukan mat rempit ye [sumber]

Sekian ceritera untuk hari ini..

** nama beliau terpakse dirahsiakan untuk dasar2 keselamatan (padahal     guwa tak ingat name mamat tu)
** umur beliau hampir kepada 30 tahun (28 kot) dan masih single..
** maafkan ayat tunggang terbalik guwa.. 

9 comments:

emak. bukan penari tiang said...

sila berikan alamat dan nombor telefon beliau kepada saya

terima kasih!

Anonymous said...

wow.



teringin aku nak kenal mamat ni.

*curiosity*

- koroe - said...

apa cerita ni bai ?

haha. gua rasa nanti lu la yang jadi macam ni.


orang hebat. haha

RastaMat said...

@ LadyRye

kalau hang nak, sila bayaq 8 juta kat aku..
hahaha...

@- koroe -

amin ya rabbal alamin...

Anonymous said...

sape die tu. cambest je.
ohh nak kwn dgn die. gile genius bab2 cmtu. hahahh

alexayussida said...

sapa la gamaknya org tu ek..

TUKULSABIT said...

kisah betol ghupenye...
tp ko biaq betol ni citer betol..
cakap betol betol..
betol ke?

sapelah mamat niii...otai sungguh..

gelaskaca said...

peh.
mat..
mintk number die dok..
hahaha

Unknown said...

wahhh...apik pon nak jadi hebat camtu lah