We're Here

Oct 23, 2011

Persamaan yang kabur

Kau kenal generasi Aliff iaitu Aliff Aziz dan Aliff Satar??
Aku tak pernah amek port pasal artis baru lagi sekarang ni tak kira dalam negara atau luar negara melainkan ada kawan2 yang suggest kat aku..
Jadi siapa dia dua Aliff itu aku tak kenal sehinggalah aku mendengar persamaan mereka dengan Bruno Mars..
Hebat mereka ni sehingga disamakan dengan artis yang genius dari luar negara itu..
Jadi aku pon carilah sedikit info pasal dua Aliff ini dan keputusannya aku pengsan 2 jam selepas muntah darah..



Jauh panggang dari punggung la kak oi..
Genre lagu dah tentu2 beza, cuma cara penyampaian catchy mungkin yang sama..
Bukan aku merendahkan martabat dua Aliff ini, tapi untuk disamakan dengan Bruno mungkin belum lagi..
Mereka hensem (kate kau) dan bergaya memang seperti Bruno tapi tak semestinya mereka sama dengan Bruno..
Maksud aku dua Aliff ini adalah artis yang hanya menyanyi, dan belum sampai tahap mereka diangkat menjadi orang seni..
Lagu mereka masih lagi ihsan pencipta lagu atau milik syarikat rakaman, video klip mereka pemberian orang..
Bruno berdiri dengan diri Bruno Mars dan kawan2 yang support beliau..
Itu beza yang sangat ketara..
Atau dalam erti kata lain jika mereka dicampak ke pulau yang tanpa siapa2, Bruno masih lagi mampu menghasilkan karya seni berbanding dua Aliff ini..
Kalau kau samakan Anuar Zain dengan Bruno Mars tak mengapa kerana mereka memang sama tahapnya..
Atau kau samakan Aizat dengan Bruno Mars, aku terima lagi..

Bukan masalah Bruno nyanyi lagu omputeh, tapi kekuatan lagu untuk mereka masih belum sampai..
Aku tak sekali-kali memandang rendah dua Aliff ni..
Mereka ada kekuatan sendiri, tambah2 pulak mereka hensem (kate kau) dan untuk jadi artis kat mesia ni cuma perlu hensem saja sebenarnya dan ada belekberi..
Kalau lagi 3 atau 4 tahun, mereka membesarbiak dengan baik seperti Aizat yg banyak cipta lagu sendiri tu, aku akan terima persamaan dengan Bruno Mars tu..
Sekarang ni, aku tak dapat terima 99.9999999999999% dengan persamaan tu..
Kalaulah ada fans dua Aliff yang baca tulisan ni, harap fikir betul2 sebelum kau maki aku atau kau yang bakal terima balik makian itu..

Sedikit cerita pasal Bruno Mars [more]

Aku bukan bercakap atas dasar aku ini orang yang seni keterlaluan..
Ini cuma pandangan kasar yang semua orang boley paham dan semua orang tahu..
Bagaimana artis yang mahukan duit dan bagaimana artis yang mahukan seni..
Memang sekarang ni ape pon yang kau buat perlukan duit, tapi kalau kau jadi hamba duit maka sekadar duit yang kau dapat..
Jujur sikit kalau kau cakap kau mahu jadi orang seni..
Duit itu perkara kedua..

Semakin kurang aku dapat dengar musik2 yang jujur sekarang ni..
Cuba kau dengar lagu Love daripada Pure Vibracion..




Itu jenis lagu cintan-cintun juga seperti dua Aliff punya lagu..
Tapi kau dapat rasa tak bezanya biler dengar lagu tu?
Tak dapat rasa ke kekuatan lagu tu?
Tak dapat? takpelah..
Ok selamat jalan kawan2..
Aku mahukan kesegaran udara dari puncak yang tinggi..
.
.
.

9 comments:

Padin said...

maap le Mat,
aku tak kenal dan tak penah amik port, keh3

Aliff Satar said...

i follow u, u follow me back pls :)

emak. bukan penari tiang said...

aziz sattar aku kenal ah.

Aleen Aiden said...

yelah....kau suka faizal tahir je kan?




















kah3!

Sca Ndx said...

she lop me lop me lop, mi gal lah.

tu je aku tahu purevibracion.

lain orang lain telinga lain taste.

:)

Anonymous said...

woi, bias! letak lagu reggae, hahaha

RastaMat said...

Padin

tak payah amek port padin..
kau muntah nanti susah pulak..
hahaha..


Aliff Satar (bukan sebenar)

nanti ai pollow yu balik ea..
terharunyeww ai yu pollow ai..
auuwww...


Lady Rara

Aziz Satar seniman hebat..
Tiada yang layak ganti beliau..


Aleen Aiden
hoi kau ni bagitau orang lain pulak..
janganlah bagitau yang aku SUKA DAN MINAT sangat dengan pejal tahir..


Sca Ndx

celop celop sate celop..

ye lain orang lain taste..
ada yang dengar kepop jepop pop aku senyum sambil menahan nafsu membunuh..
hahaha...


karl

mane ade bias brader..
lagu tu untuk promosi reggae secara meluas di mesia ni..
ramai sket geng2 reggae nanti..
hehehe..

RastaMat said...

zai sin syin sod dot thor zho a'in ghain fa kof kaf lam mim nun waw ha lam ALIF hamzah ya..

wassalamu..

Anonymous said...

bezanya bruno mars tak kenal pon kau. aliff satar siap follow blog kau HAHAHAHAHAHA