We're Here

Sep 15, 2013

Mimpi Basah

Orang kata mimpi tu mainan syaitan..Memang betul mimpi tu mainan syaitan tapi ada kategori dia..

Mimpi yang dikatakan mainan syaitan ni adalah mimpi di awal tidur dan akhir tidur yang menjelang waktu Subuh..Mimpi di awal tidur, roh kita masih berkeliaran tak menentu lagi, jadi dimainkan oleh syaitan dengan perkara-perkara yang tak betul sebelum roh sampai ke tempat yang tertentu..Mimpi di penghujung tidur atau menjelang subuh pula, syaitan mainkan roh supaya kita terus lena dengan tidur dan meninggalkan Solat Subuh..

Selalunya mimpi di pertengahan tidur ni kita perlu ambil sedikit perhatian kerana mungkin ada kaitan dengan kehidupan harian kita..Apabila kita tersedar, mintalah dimakbulkan mimpi tersebut jika dapat mimpi yang baik dan sebaliknya..

Aku boleh dikatakan jarang sangat mendapat mimpi..Tapi bila sekali datang mimpi tu, seminggu berturut-turut, tak kira siang malam dapat mimpi..Boleh dikatakan bermakna mimpi-mimpi tu dalam kehidupan aku..Bila aku terlalu memikirkan sesuatu perkara, maka akan terbawa-bawa ke dalam mimpi..Bila dalam dunia sedar, mimpi tu sering terkait..Entah, kalau perkara-perkara baik tu aku bersyukurkah, cuma kalau benda kurang elok tu, aku pasrah, berdoa semoga tak berulang lagi..

Pernah aku tersedar dari mimpi, dan basah..Ohh bukan aku mimpi berasmara dana..Aku mimpi menangis dan bila sedar memang mengalir air mata aku..Dia punya sedih tu power betul..Lepas tu sampai subuh aku tak boleh tidur..

Dejavu pulak, banyak kali jugak lah jadik..Aku pasti, semua orang pon pernah je kena dejavu ni..Tapi mintak dijauhkan dari voodoo spell lah atau nama melayunya, santau..Jahat benda ni, bertaubatlah siapa yang pernah terlibat tu sebelum nyawa kau orang diambil..

Ok, semoga berjaya dalam hidup masing-masing..Aku masih berfikir macam mana nak kumpul duit beli pulau sebijik..Harap-harap dapatlah masuk mimpi malam ni..

Selamat malam semua..Mohon ampun dan maaf, khuatir tak ada nyawa lagi pagi esok..
Assalamualaikum..

3 comments:

Anonymous said...

Hm.

Anonymous said...

Mimpi kena patuk ular je. Tapi sampai lah ni tak kahwin jugak. Haha.

Anonymous said...

mungkin mimpi itu petanda, masih ada lagi urusan manusia yg belum kau selesaikn..ingat kawan, dosa sesama manusia tidak diterima keampunannya oleh Allah selagi tidak mndpt kemaafan dr hati yg kau sakiti..