We're Here

Sep 9, 2013

Depresi

*Disclaimer: Ini bukan movie review, bukan tulisan ilmiah. Stick with your jurnals and legit references for facts. Sekian, hanya untuk berkongsi pandangan peribadi.

Usai menonton cerita Psiko Pencuri Hati, saya tertarik ingin mengulas tentang depresi. Tapi, bukan dari sudut ilmiah. Hanya ingin berkongsi pandangan, pendapat dan pengalaman sendiri.

A wise man once told me, Malaysia, we are lack (kurang, bukan tak ada) of psychiatrist. What we do have is psychologist. Take note that both profesions are different from each other. A psychiatrist evaluates a person for a mental disorder (roughly my understanding from various reading *cough* google *cough*). Whereas a psychologist is a person who evaluate and treat a mentally disordered person.Can you see the difference? Huge difference there my friend! Psychology is a vast subject and psychiatrist hanyalah satu daripada banyak cabang. Kira macam kalau demam, doktor bagi antibiotik dulu suruh makan tengok dua tiga hari okay ke tak banding dengan demam pergi klinik terus masuk  wad. Hah, paham?

Berbalik kepada cerita psiko pencuri hati tadi (kalau belum tengok pergi tengok!), cerita ni pada pandangan saya (ini pandangan peribadi, mungkin tak sama dengan apa yang anda faham kalau tengok cerita ni dan juga langsung tak ada rujukan ilmiah so sue me if I got any facts wrong) berkisar tentang various kinds of depression and how a person control it and channel it out.

1.Satu watak depressed sebab kekecewaan yang melampau dan dia pilih untuk berdiam diri. Refusing everything, tuning everything out, shutting down from outside world. Dia duduk dalam dunia dia sendiri, create a bubble, buat apa yang dia rasa dia perlu/nak buat sahaja. Dia rasa tak ada orang akan faham perasaan dia sebab hanya dia yang melalui pengalaman buruk tu.
-Betul, tapi dia kena belajar untuk move on. Redha lah senang cakap. Hidup mesti diteruskan somehow in some ways.

2. Satu watak depressed dan developed a what we call as an imaginary friend. It is normal in some cases where a child have an imaginary friend. But without proper treatment, ataupun cara dia dibesarkan tak kena, imaginary friend tu boleh develop into split personality. Dan ini dah masuk satu lagi cabang dalam dunia psikologi. Dan watak ni pulak warkahkan dan terjemahkan rasa-rasa dia dalam bentuk penulisan.
-Lebih kurang apa yang most of us would do now what with twidder, blogging and whatnot, tapi mostly disalah-gunakan. Konon ekspresi diri tapi kadang-kadang tak sedar jadi syok sendiri.

3. Satu watak pendam kemarahan dan satu hari dia tak dapat tahan dan terus bertindak diluar kawalan. Juga it leads to penyakit mental yang dia pendam dan tutup dengan hidup secara normal tapi ada masa dia tak dapat tahan dan penyakit gila dia tu akan keluar.
-Yang ni the most pet peeves of all. Bahaya. Lain dengan split personality sebab dia sebenarnya sedar and tahu apa yang dia buat tapi dia rasa benda tu dia patut buat and it's a right thing to do. Kita tak tahu bila dia akan bertindak diluar kawalan. Lebih bahaya lagi kalau semakin lama dia semakin mahir untuk sembunyikan perkara yang dia buat. Psiko gila.

Semua yang diatas pada saya adalah penyakit mental yang kalau dapat dikesan dari awal, diberi peluang untuk didiagnosis dan dirawat, maka dunia akan jadi seperti happytreefriend. Maknanya kita semua akan jadi lebih tenang lah hidup.

Jadi jangan pandang rendah dengan tekanan perasaan. Luahkan dengan positif. Channel it out in a way that won't harm people and especially ourselves. Macam kita orang islam (islam rupanya), yang penting kita ada tuhan yang maha mendengar dan mengasihi. Kalau omputih tu they have what they call as shrink (you can google this yourself). Psychiatrist yang saya cakap tadi lah. Yang kita duk tengok dalam movie dia baring atas kerusi pastu cakap cakap cakap dekat doktor yang angguk2, tulis nota pastu angguk lagi. It is a service where only people who can afford to pay can get. Macam kita lah, lagi-lagi minyak naik ni, mana nak afford pergi jumpa doktor psikiatri pastu duduk cerita masalah kat dia sejam lapan ribu hengget (okay ini assumption).

For me, I am living in denial, and I know it's not healthy. I believe that many of us are also living in denial, menidakkan depresi dan memakai sebuah topeng untuk terus hidup. Pada hemah saya, carilah satu tapak dimana kita boleh berpegang dengan teguh kepada dunia yang nyata. Be it God, religion or some people whom we trust our lives with. Tak salah nak pujuk hati, tapi hati-hati jangan sampai makan diri. Ada masa-masa yang kita disarankan untuk muhasarawak (hahaha sorry) muhasabah diri dan pada masa tu, mengadulah, keluarkan lah setongkol perasaan hitam, kelat, ngilu yang awak ada dalam dada tu pada sesiapa. Maybe it would help even if only a little, at least it helps.

Saya, kalau anda dah tonton cerita tu, adalah khairil. Bezanya, yang jadi mangsa saya adalah saya. :)

Here's to living life with sincerity and tranquility. Pergi tengok psiko pencuri hati!


5 comments:

RastaMat said...

1. Kita (Malaysian) kekurangan psychiatrist sebab tak ramai orang yang nak mengaku dia sedang mengalami depression..Rujuk cerita Buli arahan Afdlin Shauki..

2. Betul ke kau nak dunia ni aman macam happytreefriends tu? aku rasa happytreefriends tu adalah topeng agung psiko yang menjanjikan kegembiraan sementara..Fikirkan semula..

3. Depresi pasti ada dalam setiap diri kita, bak kata MM - pick the right "channel" to take it out from your heart..

Jika anda sudah tonton cerita Psiko Pencuri Hati, anda pasti ada dalam diri salah seorang watak tersebut sama ada Sidi, Wani, Khairil, mungkin Pak Abu atau Siti?

Hehehe..

Izzah M said...

"Pretending to be okay intensifies depression and makes it increasingly difficult to regain happiness and optimism"

Semua orang ada cerita masing-masing.

Aku tak dapat nak tengok lagi lah cerita ni!

RastaMat said...

Lebih baik tengok segera sebelum cerita ni ditamatkan tayangannya di pawagam..

Ajak satu bahtera melayan jiwa psiko ini..Sumpah tak rugi..

MM said...

Bro, gua bagi contoh mengarut je tu. Gua kan mengarut. Happytreefriend adalah antara benda yang gua harap gua tak pernah kenal. kahkahkah

IzzahM,

But everybody does that, don't they? heh

Anonymous said...

Hmmm. Pengalaman berhadapan dengan pesakit jiwa ni boleh buat kita rasa kita pun ada sakit jiwa.