We're Here

Sep 12, 2013

Keputusan

Sampai satu tahap, kau kena buat satu keputusan yang menentukan kau pergi jalan A atau jalan B..Dalam pada kau nak pilih A atau B, datang pulak C..Kau tertekan, kau cari pilihan D iaitu untuk tidak memilih A, B, atau C..Tapi persekitaran akan tekan kau dari sehari ke sehari untuk buat keputusan..Kau mesti pilih jugak yang mana satu..

Selagi kau masih hidup ni, kau tak akan boleh lari daripada membuat pilihan..Kau lari, diorang kejar sampai dapat..Takde peluang kau nak lepas..Sebab apa? Sebab sebenarnya kau yang cipta mereka sebelum ni..Kau reka cerita tentang dunia kau dan sampai satu tahap, kau kena buat pilihan..Itu tanggungjawab kau ke atas diri kau sendiri dan pasti melibatkan orang-orang disekeliling kau..

Aku ucap tahniah bagi yang berjaya buat keputusan hidup dengan jayanya, macam tembak jawapan objektif, A ; B ; C ; D ; kadang-kadang ada E..Kau pasti sangat tertekan bila tiba waktu macam ni, waktu nak buat pilihan..

Kau pilih A, kau mati..
Kau pilih B, kau mati jugak tapi kau puas hati..
Kau pilih C, kau sakit melarat terlantar..
Kau pilih D, kau hidup tapi merana..

Kau kata, hidup mesti diteruskan..Tapi kalau dah hidup segan mati tak mahu, lebih baik kau mati..Takdelah kau menyusahkan hidup orang lain..

Kau tanya aku? Aku pilih mati..Maka selesailah segala perhitungan kat alam dunia ni, hilang segala macam pilihan, kekusutan, depresi kau tu..Tapi kau kena ingat, kau kena bersoal-jawab dengan Tuhan pulak kat alam yang seterusnya..

Ahhh kau dah besar kan? Pandai-pandailah kau nak hidup..


Ohh ini cuma gambar hiasan
***Sebenarnya ni sesi monolog dalaman aku, tapi terkeluar..Kira macam Sidi dengan Man, split personality, imaginary friend..

3 comments:

Anonymous said...

Kalau aku berada di mana-mana keputusan yang kau perlu buat, anggap saja aku sebagai mimpi. Jangan susahkan diri. Mati bukan jawapan. Hanya jalan pintas.

:)

JM

Anonymous said...

Jika aku salah satu pilihan yang kau harus pilih, aku rela tidak terpilih. Agar aku tidak lihat kau terbaring kaku di sana.

Anonymous said...

jika aku juga salah satu yang harus kau pilih, ternyata sudah bukan aku yang di pilih..walau aku bukan pilihan, kau akan tetap pilihan awal dn akhir ku..