Oct 21, 2013

Nikmat

Kadang-kadang kita lupa yang nikmat dunia hanya sementara.
Sementelah semua dibentang luas didepan mata, kita naik gila dan alpa.
Kesana-sini berhu-ha hu-ha;
Tak peduli apa orang kata.

"Ahh itu antara aku dengan tuhan"

Tapi bila satu demi satu nikmat dunia, tuhan tarik,
dengan penuh amarah kita teriak.
Dengan penuh kesedihan kita meratap.
Entah pada siapa.
Padahal kita yang lupa nak berterima kasih.

Satu demi satu persoalan timbul di benak hati.
"Siapa dan apa lagi yang tuhan mahu ambil dari aku?!"
"Apa tidak ada jalan lain untuk aku sedar dari kau tarik nikmat yang kau beri padaku?"

Marah. Sedih. Kemudian, kita menyesal. Kan?

"Mungkinkah aku yang pergi selepas ini?"

Orang-orang sekeliling hanya mampu beri pandangan simpati.
Kata-kata kuat semangat tak henti-henti.
Sampai naik muak rasa di hati.

Kita selalu lupa, kan?
Lupa minta keampunan.
Lupa berterima kasih.
Lupa yang dunia ini, segala yang diatasnya, segala nikmat kita, segala-galanya termasuk kau dari hujung kaki ke hujung anak rambut;

Adalah sementara. Adalah milik dia.

Bismillahirrahmanirrahim,

"Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban" (Surah Ar-Rahman)


1 comment:

RastaMat said...

Bak kata P.Ramlee, saat yang bahagia datang sekejap saja..