Oct 1, 2013

Macam Politik

Entah kenapa aku rasa makin tertekan dengan kepimpinan negara sekarang..Memang aku ni bukan pakar dalam ekonomi, akaun, kira-kira, pentadbiran, pengurusan dan lain-lain..Tapi aku bukannya bangang..Untuk pengetahuan, bangang ni adalah jauh lebih bodoh daripada bodoh..Kiranya macam takde akal la..

Aku taknak la menggelarkan menteri-menteri kat negara ni sampai level bangang, tapi kalau dah kenyataan yang kau bagi tu mengalahkan lembu yang takde akal, apa yang kau nak harapkan dari rakyat sebenarnya? Kau nak rakyat puji kau melambung bila kau nak naikkan harga parking sampai RM40 per jam? Atas alasan nak mengelakkan kesesakan kat pusat bandar Kuala Lumpur..

Dan seperti biasa, masa untuk membanding bezakan dengan negara jiran Singapura..Parking di Singapura kurang lebih setelah diconvert kepada Ringgit Malaysia menjadi RM100-RM120..

Soalan aku yang pertama, engkau (menteri) pernah tak masuk pusat bandar tanpa driver tanpa escort?
Soalan kedua, engkau (menteri) pernah tak bayar duit parking guna duit kau sendiri setiap hari tanpa gagal selama sebulan?
Soalan ketiga, ahh malaslah aku nak tanya lagi..Kalau dah level keluar kenyataan serupa takde akal tu, mampu ke kau nak jawab soalan aku ni..

Engkau (menteri) sepatutnya tahu yang setiap rakyat sekurang-kurangnya mengeluarkan duit sebanyak RM150 sebulan untuk parking sahaja..Belum kira tol, minyak dan lain-lain..Tak cukup lagi ke duit cukai yang kerajaan kutip? Tak cukup lagi ke duit hasil minyak negara, hasil getah, hasil kelapa sawit, hasil padi, hasil tembakau, hasil itu hasil ini? Tak cukup?  Tak cukup untuk negara atau untuk duit poket kau?

Dari pagi bawak ke petang bawak ke malam rakyat bekerja macam nak mampos sebab nak hidup, nak bagi mak bapak duit, nak sara anak bini, dalam keadaan taraf hidup yang serba-serbi meningkat..Yang engkau (menteri), ke hulu ke hilir dengan escort kau tu pegi mane? Betul ke pergi buat kerja? Dah la taknak merasa duduk dalam kesesakan lalu lintas, pastu tengah sesak tu boleh pulak escort kau marah-marah suruh orang lain ke tepi sebab nak bagi kau laluan..Apa ke sial sangat perangai macam tu? Aku ni dah sangkut dekat 2 jam, kau senang-senang nak lalu? Yang aku nampak dalam kereta kau tu ada set kayu golf..Aku haramkan laluan yang aku bagi kat kau kalau kau nak pegi main golf masa tu..Pandai-pandai la cari aku kat padang mahsyar nanti..

Satu lagi hal, kalau servis pengangkutan awam kat Malaysia ni dah sebijik macam Singapura aku tak marah sangat lah..Kau letaklah harga parking doblas ribu sejam pon takpe..Kat Singapura tu punyalah tepat dan efisien dia punya bas, train, teksi..Delay 10 minit tu diorang anggap dah sangat lambat..Tu belum kat Jepun lagi, kau janji pukul 9, kau datang pukul 8.55 tu dah kira lambat..Hah point aku kat sini ialah sistem pengangkutan awam kat Malaysia ni macam haram jadah..Yang LRT rosak lain, KTM delay sampai setengah jam lain, yang nak kena berebut, bersempit macam dalam tin sardin kejadahnya..Pastu bukan semua tempat ada bas dengan train..Kekadang teksi pun malas nak masuk kalau area tu sangat sesak dan sangat ceruk..

Ahh sudahlah..Engkau (menteri) bukan nak peduli pun hal rakyat, padahal masa nak tagih undi dulu macam sial berjanji sampai Zuhal..Sekarang ni kau sibukkan sendiri punya hal..Ingat ni, aku haramkan duit yang kau makan pakai untuk kepentingan kau..Aku tuntut sampai akhirat nanti..Bab-bab macam ni memang aku dendam..Padan muka kau..


4 comments:

Anonymous said...

usahlah berdendam kerna itu bakal membuatkan dirimu hidup tak tenteram.

Cahaya Kasih said...

menjadi sunnatullah, apabila pemerintah dijatuhkan, akibatnya sangat dahsyat. sebab itu dalam hadis huzaifah, rasulullah menyebut pemimpin yg tidak mengikut petunjuk atau sunnah, atau yang merampas harta rakyat itulah hatinya hati syaitan.namun kita haruslah bersangka baik sebab susah kita nanti bila nak g cari org tu utk minta maaf..
lalu apa perintah Baginda? "DENGAR DAN PATUH."
Bukan beerti menggalakkan pemerintah berbuat begitu, tetapi petunjuk wahyu mengatakan kezaliman lebih besar akan berlaku jika manusia melakukan sebaliknya.
Wallahualam.Sila bukak kitab balik dan rujuk kepada yang lebih berilmu.
Renungkan dan baca dalam pemikiran positif dan dgn hati yg terbuka.
Selamat Beramal.
:)

Anonymous said...

Berdoalah, Allah Maha Mendengar luahanmu...

sweet.

Aleen Aiden said...

terima kasih awak, untuk hujah yang diberikan. sangat logik dan harus di ambil serius oleh mereka mereka yang berkepentingan dan berjawatan.

CC menteri menteri, exco exco, wakil rakyat dan yg seumpama dengannya.