We're Here

Aug 22, 2010

BUDIN VS KUCING

Siapa lebih handal?
Budin atau Kucing?


       Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi.
Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

       Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin. Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras. Tanpa berlengah, dia terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 kilometer lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu 'Cindai' nyanyian Atok Dato' Siti Nurhaliza.

       Akan tetapi, kegembiraan Budin hanyalah sementara. Apabila tiba di rumah, si Tompok dengan sombong dan bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin sambil menjelirkan lidahnya. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Blah la lu Budin..


       Keesokan harinya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 kilometer dari rumahnya. Tetapi seperti semalam, Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang seluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.

       Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lebih jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala selekoh habis dirempit dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja. Selang beberapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin : Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah : Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa?

Gayah keheranan.

Budin : Panggil dia!

Budin mengherdik dengan nada yang tinggi.

Gayah : Kenapa bang?

Budin . Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...

Gayah : ???


Guwa ingat, lu kene buat macam ni la Budin

15 comments:

XYZ said...

hah jht lg dgn kucen huhuhu lwk la plak bce awl pg ni huhu

Belalang hijau Perisik said...

budin ke tompok yg kucen dlm story nih?
huhuhu...

yahaya said...

hehe..nak tergelak pun ada..

RastaMat said...

Gelak..
Jangan tak gelak..
hahahaha...

Admin Buat-Duit-Lumayan said...

Lorh, xske kucing rupanya..?

Nak Dapat Komisen RM300 macam saya? &Dapatkan Ebook Percuma. TERHAD!

Nak Join saya? Sila masukkan nama & email di sini
-> www.SistemJanaDuit.com

Nurulbadiah Lai said...

hahahah..
\terbaek der

Afiq Bukhari said...

wakakakaka klako giler..tula ang dok iri hati ngn kucing tu,last2 ang yang sujud kat kaki de ekeke

iza said...

Salam....

Aku nak tergelak soalan yg belalang hijau tanya tu....hahaha (gelak guling2)...kompius....kompius...

sangilapi said...

gua terhibur dengan entry lu ni :)... di kala fikiran runsing,gua ketawa jua akhirnya

Nurul a.k.a Riko said...

Adooiii..tergelak golek baca pasal kisah Budin & Tompok nie. Terbaeeekkk...adooi besh giler!

Lagik besh biler baca komen Belalang Hijau..adoiiii..

afiff edogawa said...

ngahaha.. kucin tu berdaulat raja parsi tau... kucin tu adalah prince of persia... agagaga... jgn memain ko budin...

gelaskaca said...

haha..

ko ke budin tu mat??

gne gps la..
pe susah..

RastaMat said...

Oioi..
Guwa takde kene mengene dalam ini wayang gambar...

~fisha~ said...

wakaka!! bahaye ni.. kucin sgt la best ye bro!huhu.

Anonymous said...

keh keh keh. cilaka punya budin. lupa jalan plk.