We're Here

Jul 17, 2010

Steven Spielberg VS Jackie Chan (Malay Version)


















Seorang pelakon popular Hong Kong/China, Jackie Chan masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan di dalam bar tersebut terdapat Steven Spielberg. Pengarah filem yang ternama. Dia melemparkan senyuman kepada Steven Spielberg tetapi beliau hanya memandang Jackie dengan penuh dendam. Jackie amat hairan tetapi hanya mengabaikannya saja.
Sedang Jackie enak menikmati minumannya, tiba-tiba Steven meluru pantas kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, Jackie menjerit;

"Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Steven berkata;

"Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Jackie membantah;

"Aku bangsa Cina laa bodoh! Apa kena mengena dengan Jepun pulak?"

Steven membalas;

"Arrghhh..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas beberapa minit. Setelah memesan sebotol beer lagi, Jackie terus meluru kepada Steven dan memberi satu tumbukan yang padu.
Steven terduduk sambil menahan sakit dan menjerit kepada Jackie;

"
Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?

Jackie menjawab;

"
Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati"


Steven membantah dengan keras;

"
Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!"

Dengan selamba Jackie membalas;

"Aaahh! Iceberg, SpielbergCarlsberg... korang semua sama aje...!"



8 comments:

soniacamili said...

hahaha...gadoh3....(^_*)

afiff edogawa said...

muahahaha...
klau aku tombok ko mat, agak2 ko ape reason nye ek??

RastaMat said...

oi dak kecik..
aku rase belom sempat ko tombok aku,ko dah lebam dulu..
hahaha...

Affan Ruslan said...

erk. haha.
carlsberg tu betul lah bro. hehe

Aidan Nadia said...

haha..

TUKULSABIT said...

ahahahahahahhaah......
superb la lawak ko ni...
good job..
cepat2 la hapdate lagik ye...

lyndadyana said...

lame xdtg cini.. ape kaba?

Richardson Snow Removal said...

This is a great blogg