Tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata;
"Silakan duduk makcik."
"Oh, tidak perlu. Adik duduk la."
Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula. Pemuda itu duduk semula.
Tapi beberapa minit kemudian pemuda itu berdiri dan berkata lagi;
"Makcik duduk la."
Kata pemuda dengan sopan.
"Tak payah susah-susah. Terima kasih sajalah. Adik duduk lah."
Kata wanita tua itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk.
Selang beberapa minit kemudian, pemuda itu berdiri dan berkata lagi;
"Takpe la, makcik duduk la."
Kata pemuda masih bersopan santun.
Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata;
"Adik tak payah risaukan makcik. Adik duduk sajalah. Lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi."
Jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk.
Selepas itu......
Sambil melutut, pemuda itu memandang wanita tua dan berkata; masih lagi dengan nada yang sopan berbentuk rayuan;
"Tolong la makcik. Saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh. Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!!!"
8 comments:
ya Allah, sopannyeeeee. anak siapa lah ni mat wey
hahahhaha..
pengkes je makcik tuh..
p/s:ko tw x pengkes tu ape?hehe..
Anak pakmat tempe berlanggar motokar..
haha..
OIoi fika..natang hape pengkes tu??
ada macam pongkes ke??
hhahahah..
tak agak agak makcik tuu...
buat baik berpade2 la makcik oiiii..
hahha..
ko ni..
vocab melayu lemah jgk kan..
pengkes tu keadaan bila time ko jln..
then,
aku lunjurkan kaki aku nk ksik ko terjatuh..
tu nmenye pengkes..
-g tulis dlm kamus pkataan baru ni-
wakaka...
sengal tol....
uuu? wakakakaka... kelako2x
ko penah ke buat gini Mat? agak2, langsung ko tak bagi makcik tu duduk ek, hehe..
hehe..
Padin..aku jarang naek bas awam..
Kalau ada pon mase sekolah2 dulu..
Dalam bas,sume dak sekolah jek..
memang aku tak bagi can langsong kat diorang..
Kalau makcik2, aku bagila diorang duduk..
hehe..
Post a Comment