May 31, 2010

Pak Adi, Pengurus Bank dan "Telur" yang ditaruhkan.......




Ada seorang pak cik yang bernama Pak Adi dan beliau sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi  Pak Adi  dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000.
Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Pengurus Bank. Pengurus Bank itu pun memanggilnya ke pejabat dan bertanya.

Pengurus Bank : Setiap hari saya lihat pakcik akan menyimpan RM1000 di bank. Apa kerja pakcik?

Pak Adi : Saya ni sebenarnya tak ada kerja encik. Cuma saya suka  bertaruh.  Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Pengurus Bank : Ooo... Ini sudah cukup bagus. Tapi pakcik mungkin belum bertemu dengan orang yang hebat macam saya ni. Kalau pakcik bertaruh dengan saya, jangan haraplah nak menang.

Pak Adi : Iya ke? Kalau macam tu, mari kita bertaruh.

Pengurus Bank : Ok. Sebutkan apa saja pakcik nak bertaruh dengan saya.

Pak Adi : Macam ni... Dalam tempoh 7 hari dari sekarang, encik akan kehilangan "telur" encik.  Kalau betul, encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Pengurus Bank : Hahaha.. Tak logiklah pakcik. Tapi tak apa, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Esoknya apabila bangun pagi, pengurus itu pun meraba "telur"nya. Ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati "telur"nya masih lagi ada... Dengan suka hatinya, pengurus tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Adi.

Pengurus Bank :  Maaflah pakcik, "telur" saya masih lagi ada.

Pak Adi : Betul ke? Pakcik tak percaya. Mari sini pakcik pegang.

Lalu dipegangnya "telur" Pengurus bank itu. Sambil tersenyum Pak Adi pun berkata;

Pak Adi : Oklah. Betul kata encik. Nah ambil RM1000 ni.

Pak Adi pun  menghulurkan wang RM1000 kepada pengurus tersebut.

Pengurus Bank : Hari ni baru pakcik tahu siapa yang hebat. Maaflah pakcik. Hari ini pak cik tak dapat masukkan duit kat bank lagi laaaa. Keh.. keh... keh...

Tiba-tiba Pak Adi mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Pengurus tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Adi.

Pengurus Bank :  Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Adi : Pak cik bertaruh dengan pengawal kat luar tu tadi RM5000.

Pengurus Bank : Bertaruh apa?

Pak Adi : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur pengurus bank dan dia tidak melawan.

Pengurus Bank : @#@$%$^%#$%&*^&^**!!!  Tak guna punya orang tua!!!


7 comments:

hellioz said...

Gyahahahahahahahah~

thats...
fuckin awesome...
what a twisted mind....
gyahahahahahaah~

Ranting Bunga said...

pengurus bank tlh dinoda oleh pak adi!bhahahahah

selekeh punye org tua!!hahah

RastaMat said...

ketawa ramai2 doh!!!!
WAKAKAKAKAKAKA!!!!!!

fatin said...

bongok nye !!!!

the owner said...

telor sungkek ari tu jatuh..
ratak dah.. pastu dia makan...
lol

RastaMat said...

wakakaka..
Guwa tau..
Guwa ada di tempat kejadian..
hahahaha...

platipus said...

ini lucah..grr..tp lawak..hahahahhahahahhahahah