We're Here

Jun 4, 2010

Siri 6 Dollah


Che'gu Nasyor ditugaskan untuk mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas Dollah a.k.a Dol. Beliau memberi "assignment" kepada murid-muridnya untuk  mencari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti.

Kriiiiing!!!!!
Maka tamatlah sesi persekolahan pada hari tersebut.Dol pulang dengan rasa gundah gulana kerana risau dengan tugasan yang diberikan oleh Che'gu Nasyor.
Dalam perjalanan balik, Dol ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dol terdengar si lelaki tu menyergah "Shut up you !!".


Sampai di rumah, Dol bertanya kepada apaknya, 
"Abah, 'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Apaknya hanya mengiyakan sambil menggulung rokok daun bersama tembakau cap kuda.


Perasaan gundah gulana si Dol mula reda.

Selepas mandi dan makan, Dol menonton cerita Superman. Masa Superman nak terbang beliau berteriak "Superman !!!"



Dol tanya apaknya lagi,
"Abah, 'Superman' tu bahasa Inggeris jugak ke?"
Apaknya menjawab 'yes' sambil membelek akhbar.


"Dua perkataan dah dapat"
Desah hati Dol dengan gumbira sambil tersenyum riang.


Selepas menonton tv, Dol ke perpustakaan.
Dol ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu menjerit 'Ladies first!!' kepada lelaki itu.


Setibanya di rumah, Dol bertanya lagi kepada apaknya dengan penuh teruja dan apaknya kata itupun Bahasa Inggeris.
Hati Dol sangat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Che'gu Nasyor dengan sempurna.
Dol tidak sabar-sabar mahu menunggu hari Isnin.


Hari Isnin telah tiba.
Kelas Bahasa Inggeris pun dimulakan oleh Che'gu Nasyor.


Che'gu : "OK Dol, did you get the words?"
Dol      : "Yes, teacher".
Che'gu : "Good, what is your first word?"
Dol      :"Shut up you!!"
Che'gu : "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Dol      : "Superman !!!"
Che'gu : "Bloody fool! Get out from this class!"
Dol      : "Ladies First!!"

Che'gu : @!#$%^&*(*&&^^%#@@#$%^***!!!!!!













3 comments:

Aidan Nadia said...

ahahah..sengal ubi betul la dol ni..bhahahah

Hellioz said...

gyahahaahahaahahaha~

jadik3....
gwa gelak sorang2
gyahahahaahahahaahah~

gelaskaca said...

mat!!

haha..
ko wat aku cm org sengal senyum sorg2 mlm2 ni..

haha..
nnti aku bnje RFC..
sbb wat aku riang!!
wahahahha..