We're Here

Jan 29, 2010

Tawa dalam fikiran



Ada seorang cikgu tadika yang tak
percaya wujudnya Tuhan. Dia pun
berfikir bagaimana hendak mempengaruhi
kanak-kanak di tadika tersebut supaya
tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba,
dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak
pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan
pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian
bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan
tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana
tujuannya untuk mempengaruhi kanak-
kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam
kumpulan kanak-kanak itu ada seorang
budak yang pintar yang bernama Amin
lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu
tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.


2 comments:

Aidan Nadia said...

amin kanak2 pintar..cekgu tadika sile pegi terjun dr bangunan 10tgkt utk mbunuh diri anda.

RastaMat said...

hehe..
terjun dari menara petronas lagi masyuk!!!!