Feb 20, 2012

Momok

Seringkali anak-anak kecil dimomok-momokkan dengan perkara yang tak masuk akal..Tujuan anak-anak ini dimomok adalah untuk menyekat kelakuan atau memberhentikan perbuatan yang pada kaca mata kasar ibu bapa adalah tak betul..

Contohnya anak itu mahu berjalan ke luar rumah untuk melihat suasana keliling rumah..Ibunya menyergah ;
Hah jangan keluar, nanti kena gigit dengan miaow besar (kucing)..!!

Maka takutlah kanak-kanak itu dengan kucing sehingga dewasa..Keadaan itu semakin buruk dan sangat menjijikkan apabila ; sebenarnya si ibu itu sedang bermalasan di depan tv sambil tengok siaran ulangan AF18 buat kali ke 5..

Biarkan anak-anak main pasir, tapi pastikan anda ada di samping mereka..
Paling kiri itu anak jiran,aku tak tau nama dia..Dua lagi anak sedara aku..
Yaya (baju pink) dan Fatin (baju hitam)..

Kepada ibu bapa, pada sekian-sekian umur, anak kecil ini berada pada tahap tertinggi untuk explore keadaan sekeliling..Maka rajinkanlah diri untuk memerhatikan anak itu..Biarkan anak itu menyentuh, memegang dan merasai apa di sekitarnya asalkan tak mendatangkan mudarat dan dibawah pengawasan anda..

Memang kadang-kadang ibu bapa sangat sibuk dengan tugas harian ; contohnya si ibu sedang memasak tetapi anak kecilnya itu berkeliaran tanpa pengawasan..Maka perlulah dimomok anak itu supaya boleh dikawal batasan anak itu..Tetapi jadikanlah momokan itu sesuatu yang logik dan bermanfaat untuk anak itu aplikasikan menjelang dewasa kelak..

Aku tak dapat berikan contoh-contoh momokan yang logik setakat ini, tapi ia boleh direka dan disesuaikan mengikut keadaan..Sama-samalah kita doakan anak-anak kita supaya dapat dihidupkan dalam keadaan yang sempurna..

[sedikit ilmu]

10 comments:

amir said...

steady lah mat rasta.

puteri kayangan.. said...

Gotcha!!Terbaik la..i like this entry so much!..mcm dah byk pengalaman..bila nak timang anak sendiri?..:p

Anonymous said...

mat..
anak sedara ko comel..
sekian

*gelaskaca yang malas sign in*

Juno said...

dah nampak dah naluri keibuan kau mat.

adik aku nak main air laut maghrib2.
Abah aku kata dalam laut nanti ada hantu tetek tarik kaki.

Hantu tetek. Dalam laut.

wtf.

budak kecik ker? said...

alahai cuweetnyer...muka mereka sama macam muka ku dikala muda...haha

Khairul Antasha said...

suka tengok mata yaya tu..cantik!

betul..betul..:)

RastaMat said...

Amir

kau lagi steady amir..


Puteri Kayangan

Setakat pengalaman jaga anak-anak buah je..
Lambat lagi nak timang anak sendiri..


si pemalas gelaskaca

bapa sedara borek, anak sedara rintik..
mane tumpahnya kehenseman pakcik kalau tak ke anak buahnya..


Juno

yang sebetulnya maghrib tu kan waktu setan tukau shift..
bukan takat hantu buah dada,hantu buah lain pon banyak time macam tu..


budak kecik ker?

anda pasti?
bak mai sket gambau masa muda tu..


Khairul Antasha

terima kasih

Anishaway said...

aku belum ade anak belum tahu ape nak dimomokan.. yang pasti selepas aku ade anak nanti mungkin ayahnye yang momok! harhar

anak sedara kau sedang membuat teknik capan kah?

shizuka said...

yaya comeyyy..cara dia pndang kamera sgt2 nampak macam anak dara dah.aihhh.bukan comel,tp mcm senyuman gadis gitu.

atin senyum pnjang.comeyyyy :)

dedua comel comel.yg sorang lagi mcm chinese kan?

Hai mat ;)

aleen aiden said...

ah! mana anak sedara kau yang nama alin tu? mana?! kompem diantara yang lain alin tu lah yang paling teserlah kecomelannya. keh3