We're Here

Dec 5, 2013

Aku pelat.

Being an outspoken person nowadays are different from before. Most (i said most) of the so-called outspoken people that we have today are just a bunch of empty tins. You ketuk them kuat they bunyi kuat but inside, is empty. These people are also the ones that are always upfront in everything. They know everything, they need to know everything, they want to be in everything, they ARE everything. These people, they seldom acknowledge those whom they put lower than them. They have this mentality where they are the ones who decide the standard. 

For instance, Melah rasa orang yang mampu pakai LV ratus2 ribu tu sahaja yang valid pada pandangan dia. Satu hari, Melah jumpa si Jemah yang biasa2 je. Si Jemah pun ceritalah pasal A ni. Dah lama Jemah tahu, Jemah cakap lah pasal A dari setiap sudut, sebabnya saja nak kongsi cerita. Si Melah iyakan aja padahal dalam hati malas nak layan. Kamonlah, handbag pun 30 ringgit dia nak cakap dengan Melah yang pakai Charles and Keith ni? Melah taknak kalah pada Jemah walaupun dari sudut pengetahuan. Ahh si Jemah ni pepandai je macam bagus je nak belagak la tu. Tapi bila tiga bulan kemudian tiba-tiba Melah jumpa si Tipah. Tipah anak orang kaya. Tipah mengaji masters. Tipah drive kereta bukan buatan Malaysia. Tipah pakai jam tangan Tag Hueur.Tipah shopping di Pavi. Tipah borak pasal A. Melah pun ternganga kagum. Luas betul pengetahuan Tipah. Kagum sungguh Melah. Dia balik, dia pun canang dekat Jemah yang si Tipah cerita A ni bagus, A ni orang-orang macam Tipah punya standard. Dia lupa tiga bulan yang lepas si Jemah dah cerita dekat dia. Si Jemah iyakan aja sambil senyum simpul. Manusia, Jemah cakap dalam hati, ada banyak ragam dia. 

Itu baru satu contoh. Banyak lagi sudut lain. Orang yang tengah menulis ni pun kadang-kadang tin kosong jugak. Tapi kita kena sedar diri, sedar ruang. Kalau rasa forum perbincangan tu kita kurang pengetahuan, baik diam dari bercakap kosong semata-mata nak fit in the crowd. Sama konsep macam dalam FB, Twidder, Instagram, you name it. Bila ada seseorang timbulkan/ bukak satu topik, kita boleh nampak berapa ramai rakyat Malaysia yang tak nak kalah hebat dia. Nak jugak komen, nak jugak share. Padahal benda tu kadang-kadang kita tak tahu pun kesahihannya. 

And there's troll. My rule of thumb with trolls are easy:

They are like fairies;  if you don't believe in them, they die. You don't feed them, you don't acknowledge them. Because no matter how you react when they troll you, you are still the idiot in their perspective. So don't waste your emotions, time and wittiness, we have nothing to prove to anyone. 

And that's one of the point of this pointless rambling, we have nothing to prove to anyone, only to ourselves and God. 

*

Mentaliti Malaysians - dah nampak kebodohan merata2, masih nak tambah lagi amaun kebodohan yang dah sedia ada. Dengan alasan, it wouldn't hurt much/ dah orang lain macam tu takpe, aku nak jugak/ ah, kalau aku buat pun tak jadi apa/ bodohnya! Mari menjadi lebih bodoh dari itu! (Kemudian bila dikecam kemudian hari dia dakwa dia 'just being sarcastic'). Sarcastic my ass! If you wouldn't change yourself, be the better person/ bigger person, jangan nak harap orang lain pun sama. Disinilah dimana ilmu yang dapat dari zaman tadika ke universiti itu akhirnya akan terbukti sama ada ia berjaya atau tidak mematangkan fikiran anda. 

Ada orang hebat berfalsafah sana-sini, tapi dia bercakap hanya atas dasar bercakap di depan audiens, kerana dia mengharapkan (mungkin tidak secara nyata) orang akan pandang tinggi pada dia. Tapi, adakah dia faham akan isi percakapan dia tu? Tanya sikit dari mana dapat? Fb. Hmm. Baca dekat mana? Blog. Hmm. 

Ada jugak orang yang memang cakap berisi. Tapi orang-orang macam ni yang kita label berlagak/tunjuk pandai and so on. Sebabnya? Sebab kita tahu apa dia cakap tu betul tapi kita yang dangkal ni taknak mengaku sebab ego.

Ya, ego masyarakat sekarang ni tinggi. Baik yang atas mahupun marhaen. And the thing that irk me the most is people keep on mistaking ego as confidence. 

Kalau kau konfiden betul, tapi bila ada orang boleh prove kau salah, kau akan dengan sendirinya boleh admit kau salah.

Kalau kau ego, betul memang betul, tapi kalau ada orang prove kau salah, kau kibas-kibas bahu cakap "ah, semua orang buat salah, kita kan manusia"

Hm? 

Why don't we just keep things to ourselves? Why don't we change ourselves first? Why don't we all stop being a preacher, and instead, WE start to practise what we've been preaching? Aku, sikit demi sedikit, susah woi bukan senang, mula kurangkan bercakap benda yang aku tak tahu secara mendalam. Bila ada orang borak, aku dengar. Mencelah bila aku rasa aku tahu betul dan sahih sumber yang aku dapat. Topik biasa yang aku diamkan: politik, hal kos sara hidup, dan hal rumah tangga. Sebabnya aku tahu, walaupun aku TAHU cerita, BACA surat khabar (utusan, harakah semua aku baca. Silap tak boleh baca cina saja), DENGAR keluhan orang sekeliling dan NAMPAK dengan mata aku sendiri macam mana sahabat struggle nak hidup even gaji beribu riban, aku sedar yang masa aku belum tiba. Belum lagi sarung kasut yang ramai-ramai pakai dan jalan sendiri. Belum rasa sendiri. 

Lagi satu, memang betul tuhan nak kita sentiasa berdakwah. Tapi.. Ha yang ni aku malas nak kupas banyak. Sebabnya nanti korang ingat aku ni kurang adab. Senang cakap, bila aku nampak aib depan mata, aku hanya akan ingatkan diri sendiri supaya tak buat benda yang sama dan tak gemar sungguh aku orang yang iya-iya taburkan nasihat dengan hujahnya yang berjela. Aku tak gemar. Sebab kadang-kadang nampak kau bongkak disitu. Lagi satu, orang yang ditegur tu pun 9 dari 10 akan selalunya maki balik. Jadi? Apa kesudahannya? Nak cakap kau (penasihat) dapat pahala sebab kau dah laksanakan tanggungjawab? Tu kan kerja tuhan. Kau ada member yang jaga buku ledger pahala ke? 

Ha kan, dah cakap. So the point is, marilah kita ingatkan diri sendiri sudah. Kalau rasa nak tegur, mungkin boleh secara private supaya apa yang berlaku hanya antara dia, kita dan tuhan yang maha esa. 

Hehe. I am not a pious person. This is only my humble opinion. Feel free to bash (adalah sentiasa bash bukan batch/badge dan wateverfak) me. 

The bottom line is, always respect other people and learn to respect people's view. If we have a different view, let just  agree to disagree and keep on living in harmony. We need to learn when to speak, when to listen, and when to shut the fuck up. 

Tahu, tak semestinya perlu nak cerita. 
Bertahan sentiasa tak melawan tak semestinya suka.
You know doesn't mean you want/need to tell. 
You bear doesn't mean you want it.

Lebih baik diam dari berbicara tanpa hujung pangkal dan menyerlahkan dangkal. 

Macam lagu aku pelat-salammusik. Hehe.

End of rant.

Nov 4, 2013

Tahun Baharu Hijrah

Aku rasa ramai yang tak ingat ni tahun ke berapa Hijrah..
Masa ni lah baru nak google, nak cari kalendar Hijrah sebab sebok nak post kat pesbuk lah tuiter lah, "Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah bla bla bla..."

Ehh rileklah, aku yang sebenarnya selalu buat macam tu..Tapi kalau ada yang terasa, baguslah, kita serupa..

Lepas Maghrib hari ni dah masuk tahun ke seribu empat ratus tiga puluh lima hijrah..
Nak sambut tahun baru Hijrah ni tak payah nak berkumpul kat dataran tunggu bunga api, countdown lah konsert lah bagai, bersesak semak sume tu..
Meh aku ajau kat korang skek..

1. Puasa pada hari ini (30 Zulhijjah)
2. Baca doa akhir tahun selepas Asar/sebelum Maghrib hari ini (30 Zulhijjah)
3. Baca doa awal tahun selepas Maghrib (dalam Islam, selepas waktu Maghrib sudah dikira hari baharu)

Haaa semudah a b c bukan? Kalau nak lebih lagi, baca Al-quran selepas Maghrib..Ada jugak yang baca surah Yasin sampai tiga kali, tujuh kali, sebelas kali..Ikutlah kemampuan masing-masing..

Tapi dalam pada kita nak baca doa akhir tahun dan awal tahun ni, ada puak yang mengatakan perkara tu Bida'ah..Depa kata Nabi kita dulu tadak buat pun doa bagai ni..Pastu depa mintak pulak hadis itu ini..

Bagi aku mudah saja..Andai kata perkara-perkara tersebut Nabi kita tak pernah buat sekalipun, bila kita puasa sunat dapat pahala tak? Bila kita berdoa kat Tuhan dapat pahala tak? Bila kita baca Al-quran dapat pahala tak? Sepatutnya dapat kan? Sebab Tuhan dah kata, hang puasa sunat, hang mintak doa kat Aku, hang baca Quran, Aku bagi pahala..Nabi pun mengiyakan kata Tuhan tu..Kalau tak dapat pahala sekalipun, kita buat benda yang baik kan? Bukannya kita pi minum arak ka skodeng orang mandi ka apa ka..

Jangan hang tanya mana aku tau Tuhan dengan Nabi kata gitu, dalam Quran ada dah tulih, bukan sekali dua, banyak kali..Hang pi la cari sendiri dalam Quran..Aku memang bukan jenis manusia suka copy paste ayat Quran ka hadis suma ni..Nanti macam-macam khilaf kalau suka-suka main copy paste ni..

Aku tadak la anti sangat dengan puak-puak ni pasai depa pon semayang, puasa, baca Quran apa suma..Aku cuma anti bab depa membida'ah kan sesuka hati depa tu..Seolah-olah depa tak bagi kita nak buat pahala lebih..

Aku ni tadakla power sangat dalam beragama ni, basic je pun yang aku tau..Cuma kadang-kadang tu cemuih dengan puak-puak ni..Takpalah, hang amekla mana-mana yang elok dari aku, yang buruk tu hang jangan duk ikut pulak..Kita besaq dah kan? Pandai-pandai pilih jalan hidup sendiri, jangan ikut Jalan Pintas..
*Aku tak puasa sunat pun hari ini pasai lupa malam tadi..



1435 HIJRIAH

Nov 1, 2013

Mudah dok mung?

Aku cuma nak bagitau benda paling asas dalam hidup kita sebagai seorang Muslimin dan Muslimat supaya tak jadi macam Musibat..

Masuk rumah sila ucapkan salam..Tak kiralah itu rumah kau ke, rumah Tok Anjang kau ke, rumah Ayah Pin ke, sila beri salam..Walaupun kau duduk rumah tu dah nambelas tahun sekalipun, sila beri salam..Tak kiralah rumah tu tengah ada orang ke takde orang ke, beri salam jugak..

Alangkan Yahudi masuk rumah pun beri salam, inikan kita yang menganut sebaik-baik agama ni..Cuma diorang bagi salam cara diorang la kan..

Ada je hadis-hadis yang mewajibkan, ulang suara meWAJIBkan kita beri salam sebelum masuk ke rumah atau premis yang didiami, tapi aku taknaklah main copy paste gitu jek..Kang dikatakan aku ni cakap tak serupa bikinlah, sembang lebih lah, keyboard warrior lah, itulah inilah..Yelah, sebab perangai aku ni kekadang ngalahkan setan..Sape sangat yang nak ikut cakap setan, ye dok mung?

Dok rok cetong!

Jadi sama-samalah kita mengamalkan benda paling asas sebagai seorang Muslim..

ASSALAMUALAIKUM.....

Oct 30, 2013

Burn Bin Najib

Hidup Burn Bin Najib tak seperti yang disangka selepas mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam SPM..Beliau "struggle" untuk meneruskan kelangsungan hidupnya dan menyara adik serta ibunya di kampung..Kehidupan di Kuala Lumpur banyak memberi kejutan kepada beliau sehingga beliau tercungap-cungap bernafas dalam kesibukan metropolitan..

Burn Bin Najib mahukan hak yang tepat untuk dirinya dan terus berjuang demi menidakkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berjawatan tinggi..Namun begitu, beliau perlu melalui pelbagai proses yang sukar untuk melawan penyalahgunaan kuasa ini sehingga beliau menggunakan kekerasan sebagai jalan pintas..

Suara kecil Burn Bin Najib tidak dipedulikan oleh sesiapa pun, maka tekanan demi tekanan yang terpendam akhirnya menghasilkan keputusan yang kurang bijak untuk menyelesaikan persoalan tersebut..Kuasa Tuhan juga yang paling tinggi, Burn Bin Najib terus rebah daripada berdiri..

"Abang ni mesti orang bijak pandai..Orang bijak pandai memang duduk kat tepi tangga panas macam ni, hisap rokok sorang-sorang..Kalau Abang tak bijak, mesti abang tengah duduk dalam pejabat, ada aircond, pakai smart-smart, kan?" - Gelandangan

*****************************************

Masih ramai yang merempat dalam negara sendiri sedangkan Pak Menteri masih tenang memberi ucapan sambil berdiri..Jangan sampai rakyat bersatu hati menjadi Burn Bin Najib, diletakkan parang pisau di leher Pak Menteri..Sampai masa begitu, negara sudah haru-biru..Siapa mahu ambil jawatan? Terus saja dilepaskan..

******************************************



Burn Bin Najib merupakan watak dalam Filem Jalan Pintas arahan Namron yang diterbitkan oleh RAT Production dan Hyper Pictures..
 
 

Oct 21, 2013

Nikmat

Kadang-kadang kita lupa yang nikmat dunia hanya sementara.
Sementelah semua dibentang luas didepan mata, kita naik gila dan alpa.
Kesana-sini berhu-ha hu-ha;
Tak peduli apa orang kata.

"Ahh itu antara aku dengan tuhan"

Tapi bila satu demi satu nikmat dunia, tuhan tarik,
dengan penuh amarah kita teriak.
Dengan penuh kesedihan kita meratap.
Entah pada siapa.
Padahal kita yang lupa nak berterima kasih.

Satu demi satu persoalan timbul di benak hati.
"Siapa dan apa lagi yang tuhan mahu ambil dari aku?!"
"Apa tidak ada jalan lain untuk aku sedar dari kau tarik nikmat yang kau beri padaku?"

Marah. Sedih. Kemudian, kita menyesal. Kan?

"Mungkinkah aku yang pergi selepas ini?"

Orang-orang sekeliling hanya mampu beri pandangan simpati.
Kata-kata kuat semangat tak henti-henti.
Sampai naik muak rasa di hati.

Kita selalu lupa, kan?
Lupa minta keampunan.
Lupa berterima kasih.
Lupa yang dunia ini, segala yang diatasnya, segala nikmat kita, segala-galanya termasuk kau dari hujung kaki ke hujung anak rambut;

Adalah sementara. Adalah milik dia.

Bismillahirrahmanirrahim,

"Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban" (Surah Ar-Rahman)


Oct 8, 2013

Zainuddin Anak Tok Batin

Alkisah maka tersebutlah kisah, Zainuddin dipelawa untuk mengetuai satu pendakian ke puncak Tokwan untuk mengambil berkat bersempena peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal tiba tidak lama lagi..Melihat kepada susuk tubuh Zainuddin yang besar dan matang lebih dari usianya, dia lebih selesa dipanggil Abang Din oleh pendaki-pendaki lain walhal mereka lebih tua daripada Zainuddin..Beliau hanya tersenyum sinis..

Maka pendakian bermula kira-kira jam 4 pagi tatkala hujan renyai-renyai membasahi susuk tubuh setiap pendaki..Zainuddin kelihatan berbeza dengan pendaki lain yang mengenakan pakaian lengkap berlampu kepala, bersarung tangan..Zainuddin sangat cool dengan t-shirt lengan panjang, berseluar slack, ber-headphone jenama Beats, berkaki ayam dan tidak menggunakan lampu kepala walaupun keadaan hutan yang sangat gelap..

Zainuddin merupakan antara anak Tok Batin Kampung Sungai Sengkuang yang bijak dan menjadi pujaan setiap gadis di kampung berkenaan..Dengan bermata kaca, Zainuddin kelihatan begitu educated dan up-to-date kepada perkembangan semasa..Maklumlah baru berkenalan dengan dunia tanpa sempadan, internet..Dikatakan juga Zainuddin sedang mempelajari shapel hardstyle yang ditonton dari youtube minggu lepas..

Sepanjang pendakian, Zainuddin menyanyikan lagu Pusara Di Lebuh Raya, Lamunan Terhenti, I'm Yours, When I Was Your Man, Mirror dan lagu-lagu justin Bibiaq untuk menampakkan ke-hipster-an beliau kepada pendaki lain..Tidak lupa juga lagu-lagu Selena Gomez dan Backstreet Boys..Ada ketika yang Zainuddin bershapel sambil mendaki, mungkin sedang mendengar lagu Everyday I'm Shapelling..

Zainuddin Anak Tok Batin begitu gembira dengan kehidupannya sekarang tapi sehingga hari ini, beliau masih tiada alamat emel kerana buntu memikirkan nama yang sesuai untuk emelnya itu..

Bantulah saudara kita ni untuk membolehkan beliau menikmati kehidupan yang sejahtera seperti kita..Berikan cadangan nama emel yang sesuai dengan beliau di ruangan komen..

Oct 1, 2013

Macam Politik

Entah kenapa aku rasa makin tertekan dengan kepimpinan negara sekarang..Memang aku ni bukan pakar dalam ekonomi, akaun, kira-kira, pentadbiran, pengurusan dan lain-lain..Tapi aku bukannya bangang..Untuk pengetahuan, bangang ni adalah jauh lebih bodoh daripada bodoh..Kiranya macam takde akal la..

Aku taknak la menggelarkan menteri-menteri kat negara ni sampai level bangang, tapi kalau dah kenyataan yang kau bagi tu mengalahkan lembu yang takde akal, apa yang kau nak harapkan dari rakyat sebenarnya? Kau nak rakyat puji kau melambung bila kau nak naikkan harga parking sampai RM40 per jam? Atas alasan nak mengelakkan kesesakan kat pusat bandar Kuala Lumpur..

Dan seperti biasa, masa untuk membanding bezakan dengan negara jiran Singapura..Parking di Singapura kurang lebih setelah diconvert kepada Ringgit Malaysia menjadi RM100-RM120..

Soalan aku yang pertama, engkau (menteri) pernah tak masuk pusat bandar tanpa driver tanpa escort?
Soalan kedua, engkau (menteri) pernah tak bayar duit parking guna duit kau sendiri setiap hari tanpa gagal selama sebulan?
Soalan ketiga, ahh malaslah aku nak tanya lagi..Kalau dah level keluar kenyataan serupa takde akal tu, mampu ke kau nak jawab soalan aku ni..

Engkau (menteri) sepatutnya tahu yang setiap rakyat sekurang-kurangnya mengeluarkan duit sebanyak RM150 sebulan untuk parking sahaja..Belum kira tol, minyak dan lain-lain..Tak cukup lagi ke duit cukai yang kerajaan kutip? Tak cukup lagi ke duit hasil minyak negara, hasil getah, hasil kelapa sawit, hasil padi, hasil tembakau, hasil itu hasil ini? Tak cukup?  Tak cukup untuk negara atau untuk duit poket kau?

Dari pagi bawak ke petang bawak ke malam rakyat bekerja macam nak mampos sebab nak hidup, nak bagi mak bapak duit, nak sara anak bini, dalam keadaan taraf hidup yang serba-serbi meningkat..Yang engkau (menteri), ke hulu ke hilir dengan escort kau tu pegi mane? Betul ke pergi buat kerja? Dah la taknak merasa duduk dalam kesesakan lalu lintas, pastu tengah sesak tu boleh pulak escort kau marah-marah suruh orang lain ke tepi sebab nak bagi kau laluan..Apa ke sial sangat perangai macam tu? Aku ni dah sangkut dekat 2 jam, kau senang-senang nak lalu? Yang aku nampak dalam kereta kau tu ada set kayu golf..Aku haramkan laluan yang aku bagi kat kau kalau kau nak pegi main golf masa tu..Pandai-pandai la cari aku kat padang mahsyar nanti..

Satu lagi hal, kalau servis pengangkutan awam kat Malaysia ni dah sebijik macam Singapura aku tak marah sangat lah..Kau letaklah harga parking doblas ribu sejam pon takpe..Kat Singapura tu punyalah tepat dan efisien dia punya bas, train, teksi..Delay 10 minit tu diorang anggap dah sangat lambat..Tu belum kat Jepun lagi, kau janji pukul 9, kau datang pukul 8.55 tu dah kira lambat..Hah point aku kat sini ialah sistem pengangkutan awam kat Malaysia ni macam haram jadah..Yang LRT rosak lain, KTM delay sampai setengah jam lain, yang nak kena berebut, bersempit macam dalam tin sardin kejadahnya..Pastu bukan semua tempat ada bas dengan train..Kekadang teksi pun malas nak masuk kalau area tu sangat sesak dan sangat ceruk..

Ahh sudahlah..Engkau (menteri) bukan nak peduli pun hal rakyat, padahal masa nak tagih undi dulu macam sial berjanji sampai Zuhal..Sekarang ni kau sibukkan sendiri punya hal..Ingat ni, aku haramkan duit yang kau makan pakai untuk kepentingan kau..Aku tuntut sampai akhirat nanti..Bab-bab macam ni memang aku dendam..Padan muka kau..


Note to self

I don't know when life started to feel so gloomy to me. It's like living in Gotham City sans the Batman. But one thing for sure, whenever people that matter to me are near me, it's like sunshine peeking slowly among the dark clouds that have been hovering above me. It's a miracle how one human can affect another human. But shouldn't our life story be about us? I guess we started living as a devotee (as in religion), and continue to devote throughout our life. It's like in twitter, and facebook, you notice how these social media platforms were designed to be so personal, so about you, yet you still want to dedicate it for others. Talking about others, thinking about others, motivating others and whatnot. Why life should be about them and not you?

In my eyes, there are three types of people in social media; jerks, posers and fakers. Jerks are those who pretend they are the superior and know-it-all assholes. Prancing through the timeline and walls like they are some kind of royalty. I mean, who nominate them as so-called twitfemes or pioneer at the first place if not themselves? Jack invented twitter, not you people. Posers are those, in a simpler way, immature kiddos who also pretend like they have lived a hundred years. Come on you fucktwats, you are just 15 for god sake, love doesn't kill you, your stupidity does. Fakers, well, aren't we all?

But then this is my opinion based on my observation per see. We have our own way to interpret things.

Some of us were born lucky, and some of us weren't. But that doesn't mean they get to sit back and relax while we work our ass off. Everybody have their own deeds to pay, in their own ways. So stop whining and get your lazy ass off that chair and do things you should, want and have to do. First step is always the hardest, but be assured that it will pay off. Keep growing, keep learning. Keep trying to be the better and bigger person.

Ceh, cakap memang senang. Now give me my cancer stick and let me drown in my own bitterness.

***
(Merujuk kepada Izin Cemburu)
Malas bicara soal cinta; tiada berpenghujung.
Bagai menatap luas sawah bendang, hijau sampai ke hujung.
Tak nampak apa yang ada disebelah sana selagi kita tidak melangkah jauh.

Cemburu itu sakit, disimpan lama menjadi luka dan bernanah lalu parah.
Cinta itu sepatutnya indah.

Buat sang pencinta, teruskan bercinta.




Sep 30, 2013

Izin Cemburu

Rupanya, nak meluahkan rasa cemburu tu perlukan izin daripada si pelaku cemburu tersebut..

Contohnya macam ni, Sidi dan Wani dalam aturan berkasih-kasihan..Sidi ramai kawan perempuan dan Wani selalu cemburu walaupun dia tahu kawan-kawan perempuan Sidi tidaklah pedulikan langsung hal berkasih sayang sesama mereka..Wani selalu rasa nak marah, rasa benci, rasa tertipu dan macam-macam rasa palat sebab keadaan macam tu selalu berulang..

Secara logik solusinya, Wani perlu meminta izin Sidi untuk meluahkan kecemburuannya itu tentang perkara-perkara yang membuatkan timbul rasa itu dalam hati Wani..Jika Sidi mengizinkan, Wani perlu mengambil peluang menghamburkan kepalatan akibat rasa cemburu itu ke muka Sidi..Jika tidak mendapat keizinan atau keizinan bersyarat, terima sajalah..

Aku cemburukan ungu

Jadi kepada semua kenalan saya, izinkanlah saya meluahkan rasa cemburu terhadap kalian..Kadang-kadang saya punya luahan kecemburuan tu melibatkan kaki tangan siku lutut dihulur..Maafkan saya terlebih dahulu..

Wani, Sidi, vice versa..
Jiwa Psiko..

"Ingat kalau cemburu boleh duk sesaja nak pampang? Kalau tak selesa, mana boleh tunjuk"

Terima kasih Zai (bukan nama sebenar)..

Sep 25, 2013

Hadiah dari Tuhan

Dah berbulan, macam-macam Dia bagi ujian..satu-satu Dia tarik balik..Awal minggu ni, pagi-pagi dah terkejut dengan itu ini..Tapi, selagi yang namanya Tuhan buat kerja, Dia tahulah apa yang dia ambil, apa yang dia nak bagi..Dalam pada Dia ambil sikit-sikit, Dia kumpulkan rezeki dan bagi pada masa yang sesuai..

Takziah buat keluarga yang terlibat, saudara mara dan kenalan Muhammad Afif Samiran yang meninggalkan kita pada 17 Zulkaedah 1434 dan Zulhanafi Zamidi yang meninggalkan kita pada 18 Zulkaedah 1434..Sama-sama kita doakan mereka berada dengan tenang di alam tersebut..

Tabahlah semua, yang ditimpa bencana..Tuhan itu Maha Genius, percayalah..

Dan Tuhan berikan aku kekuatan pada hari seterusnya dengan rezekiNya..Terima kasih Tuhan..

Arwah Afif (berbaju merah, tengah)
Death knocked our door, twice. And said "I'm just around the corner"       - Nawi Fisher -

Sep 19, 2013

Ruftop


Assalamuaalaikum semua. 

Salah seorang penulis blog abang Mat sedang bermanja-manja dengan penulisan buku alternatif. Zine Ruftop ini adalah kolaborasi 8 orang penulis dan disatukan dalam 1 buku. Isi buku ini lebih kepada puisi dan cerpen dalam bahasa Melayu juga Bahasa Penjajah.

Cetakan pertama sebanyak 30 buah buku telah habis di jual di Johor Bahru Reader Writer Fest tempoh hari. Jadi cetakan kedua dalam masa terdekat ini berpandukan permintaan pembaca-pembaca sekalian. Kepada siapa yang minat membaca dan ingin penuhkan koleksi mereka bagitahu la ye. 

Terima kasih




Sep 18, 2013

Bulan Bulanan

Setiap bulan pun ada bulan mengambang..Kalau yang jenis suka membulan tu, dia tunggu tiap-tiap bulan untuk membulan..Untuk yang datang bulan pun dia tunggu jugak tiap-tiap bulan..

Suka benor aku tengok bulan penuh..

Tapi ada yang takut, ada hantu katanya..Buat apa takut hantu kalau perangai sendiri mengalahkan syaitan..

Jom membulan!



Sep 15, 2013

Mimpi Basah

Orang kata mimpi tu mainan syaitan..Memang betul mimpi tu mainan syaitan tapi ada kategori dia..

Mimpi yang dikatakan mainan syaitan ni adalah mimpi di awal tidur dan akhir tidur yang menjelang waktu Subuh..Mimpi di awal tidur, roh kita masih berkeliaran tak menentu lagi, jadi dimainkan oleh syaitan dengan perkara-perkara yang tak betul sebelum roh sampai ke tempat yang tertentu..Mimpi di penghujung tidur atau menjelang subuh pula, syaitan mainkan roh supaya kita terus lena dengan tidur dan meninggalkan Solat Subuh..

Selalunya mimpi di pertengahan tidur ni kita perlu ambil sedikit perhatian kerana mungkin ada kaitan dengan kehidupan harian kita..Apabila kita tersedar, mintalah dimakbulkan mimpi tersebut jika dapat mimpi yang baik dan sebaliknya..

Aku boleh dikatakan jarang sangat mendapat mimpi..Tapi bila sekali datang mimpi tu, seminggu berturut-turut, tak kira siang malam dapat mimpi..Boleh dikatakan bermakna mimpi-mimpi tu dalam kehidupan aku..Bila aku terlalu memikirkan sesuatu perkara, maka akan terbawa-bawa ke dalam mimpi..Bila dalam dunia sedar, mimpi tu sering terkait..Entah, kalau perkara-perkara baik tu aku bersyukurkah, cuma kalau benda kurang elok tu, aku pasrah, berdoa semoga tak berulang lagi..

Pernah aku tersedar dari mimpi, dan basah..Ohh bukan aku mimpi berasmara dana..Aku mimpi menangis dan bila sedar memang mengalir air mata aku..Dia punya sedih tu power betul..Lepas tu sampai subuh aku tak boleh tidur..

Dejavu pulak, banyak kali jugak lah jadik..Aku pasti, semua orang pon pernah je kena dejavu ni..Tapi mintak dijauhkan dari voodoo spell lah atau nama melayunya, santau..Jahat benda ni, bertaubatlah siapa yang pernah terlibat tu sebelum nyawa kau orang diambil..

Ok, semoga berjaya dalam hidup masing-masing..Aku masih berfikir macam mana nak kumpul duit beli pulau sebijik..Harap-harap dapatlah masuk mimpi malam ni..

Selamat malam semua..Mohon ampun dan maaf, khuatir tak ada nyawa lagi pagi esok..
Assalamualaikum..

Sep 12, 2013

Keputusan

Sampai satu tahap, kau kena buat satu keputusan yang menentukan kau pergi jalan A atau jalan B..Dalam pada kau nak pilih A atau B, datang pulak C..Kau tertekan, kau cari pilihan D iaitu untuk tidak memilih A, B, atau C..Tapi persekitaran akan tekan kau dari sehari ke sehari untuk buat keputusan..Kau mesti pilih jugak yang mana satu..

Selagi kau masih hidup ni, kau tak akan boleh lari daripada membuat pilihan..Kau lari, diorang kejar sampai dapat..Takde peluang kau nak lepas..Sebab apa? Sebab sebenarnya kau yang cipta mereka sebelum ni..Kau reka cerita tentang dunia kau dan sampai satu tahap, kau kena buat pilihan..Itu tanggungjawab kau ke atas diri kau sendiri dan pasti melibatkan orang-orang disekeliling kau..

Aku ucap tahniah bagi yang berjaya buat keputusan hidup dengan jayanya, macam tembak jawapan objektif, A ; B ; C ; D ; kadang-kadang ada E..Kau pasti sangat tertekan bila tiba waktu macam ni, waktu nak buat pilihan..

Kau pilih A, kau mati..
Kau pilih B, kau mati jugak tapi kau puas hati..
Kau pilih C, kau sakit melarat terlantar..
Kau pilih D, kau hidup tapi merana..

Kau kata, hidup mesti diteruskan..Tapi kalau dah hidup segan mati tak mahu, lebih baik kau mati..Takdelah kau menyusahkan hidup orang lain..

Kau tanya aku? Aku pilih mati..Maka selesailah segala perhitungan kat alam dunia ni, hilang segala macam pilihan, kekusutan, depresi kau tu..Tapi kau kena ingat, kau kena bersoal-jawab dengan Tuhan pulak kat alam yang seterusnya..

Ahhh kau dah besar kan? Pandai-pandailah kau nak hidup..


Ohh ini cuma gambar hiasan
***Sebenarnya ni sesi monolog dalaman aku, tapi terkeluar..Kira macam Sidi dengan Man, split personality, imaginary friend..

Sep 9, 2013

Depresi

*Disclaimer: Ini bukan movie review, bukan tulisan ilmiah. Stick with your jurnals and legit references for facts. Sekian, hanya untuk berkongsi pandangan peribadi.

Usai menonton cerita Psiko Pencuri Hati, saya tertarik ingin mengulas tentang depresi. Tapi, bukan dari sudut ilmiah. Hanya ingin berkongsi pandangan, pendapat dan pengalaman sendiri.

A wise man once told me, Malaysia, we are lack (kurang, bukan tak ada) of psychiatrist. What we do have is psychologist. Take note that both profesions are different from each other. A psychiatrist evaluates a person for a mental disorder (roughly my understanding from various reading *cough* google *cough*). Whereas a psychologist is a person who evaluate and treat a mentally disordered person.Can you see the difference? Huge difference there my friend! Psychology is a vast subject and psychiatrist hanyalah satu daripada banyak cabang. Kira macam kalau demam, doktor bagi antibiotik dulu suruh makan tengok dua tiga hari okay ke tak banding dengan demam pergi klinik terus masuk  wad. Hah, paham?

Berbalik kepada cerita psiko pencuri hati tadi (kalau belum tengok pergi tengok!), cerita ni pada pandangan saya (ini pandangan peribadi, mungkin tak sama dengan apa yang anda faham kalau tengok cerita ni dan juga langsung tak ada rujukan ilmiah so sue me if I got any facts wrong) berkisar tentang various kinds of depression and how a person control it and channel it out.

1.Satu watak depressed sebab kekecewaan yang melampau dan dia pilih untuk berdiam diri. Refusing everything, tuning everything out, shutting down from outside world. Dia duduk dalam dunia dia sendiri, create a bubble, buat apa yang dia rasa dia perlu/nak buat sahaja. Dia rasa tak ada orang akan faham perasaan dia sebab hanya dia yang melalui pengalaman buruk tu.
-Betul, tapi dia kena belajar untuk move on. Redha lah senang cakap. Hidup mesti diteruskan somehow in some ways.

2. Satu watak depressed dan developed a what we call as an imaginary friend. It is normal in some cases where a child have an imaginary friend. But without proper treatment, ataupun cara dia dibesarkan tak kena, imaginary friend tu boleh develop into split personality. Dan ini dah masuk satu lagi cabang dalam dunia psikologi. Dan watak ni pulak warkahkan dan terjemahkan rasa-rasa dia dalam bentuk penulisan.
-Lebih kurang apa yang most of us would do now what with twidder, blogging and whatnot, tapi mostly disalah-gunakan. Konon ekspresi diri tapi kadang-kadang tak sedar jadi syok sendiri.

3. Satu watak pendam kemarahan dan satu hari dia tak dapat tahan dan terus bertindak diluar kawalan. Juga it leads to penyakit mental yang dia pendam dan tutup dengan hidup secara normal tapi ada masa dia tak dapat tahan dan penyakit gila dia tu akan keluar.
-Yang ni the most pet peeves of all. Bahaya. Lain dengan split personality sebab dia sebenarnya sedar and tahu apa yang dia buat tapi dia rasa benda tu dia patut buat and it's a right thing to do. Kita tak tahu bila dia akan bertindak diluar kawalan. Lebih bahaya lagi kalau semakin lama dia semakin mahir untuk sembunyikan perkara yang dia buat. Psiko gila.

Semua yang diatas pada saya adalah penyakit mental yang kalau dapat dikesan dari awal, diberi peluang untuk didiagnosis dan dirawat, maka dunia akan jadi seperti happytreefriend. Maknanya kita semua akan jadi lebih tenang lah hidup.

Jadi jangan pandang rendah dengan tekanan perasaan. Luahkan dengan positif. Channel it out in a way that won't harm people and especially ourselves. Macam kita orang islam (islam rupanya), yang penting kita ada tuhan yang maha mendengar dan mengasihi. Kalau omputih tu they have what they call as shrink (you can google this yourself). Psychiatrist yang saya cakap tadi lah. Yang kita duk tengok dalam movie dia baring atas kerusi pastu cakap cakap cakap dekat doktor yang angguk2, tulis nota pastu angguk lagi. It is a service where only people who can afford to pay can get. Macam kita lah, lagi-lagi minyak naik ni, mana nak afford pergi jumpa doktor psikiatri pastu duduk cerita masalah kat dia sejam lapan ribu hengget (okay ini assumption).

For me, I am living in denial, and I know it's not healthy. I believe that many of us are also living in denial, menidakkan depresi dan memakai sebuah topeng untuk terus hidup. Pada hemah saya, carilah satu tapak dimana kita boleh berpegang dengan teguh kepada dunia yang nyata. Be it God, religion or some people whom we trust our lives with. Tak salah nak pujuk hati, tapi hati-hati jangan sampai makan diri. Ada masa-masa yang kita disarankan untuk muhasarawak (hahaha sorry) muhasabah diri dan pada masa tu, mengadulah, keluarkan lah setongkol perasaan hitam, kelat, ngilu yang awak ada dalam dada tu pada sesiapa. Maybe it would help even if only a little, at least it helps.

Saya, kalau anda dah tonton cerita tu, adalah khairil. Bezanya, yang jadi mangsa saya adalah saya. :)

Here's to living life with sincerity and tranquility. Pergi tengok psiko pencuri hati!


Sep 5, 2013

Psiko Pencuri Hati

Malisa yang sedang leka melihat rancangan masakan kegemarannya di peti televisyen tidak tersedar akan kepulangan suaminya yang sudah 10 minit berdiri di belakangnya..Azman menyapa lembut bahu isterinya itu sambil melonggarkan sedikit ikatan tali leher yang dipakai..Perbuatan itu membuatkan Malisa terkejut dan terus menepis tangan suaminya sambil menjauhkan diri dari sapaan tersebut..Malisa melihat Azman hanya tersengih sedangkan dia bagai mahu gugur jantung kerana terkejut..Malisa segera mendapatkan suaminya dan memeluknya erat..Dia meminta maaf kerana tidak menyambut suaminya itu pulang dari kerja..

Azman hanya tersenyum melihat perlakuan isterinya..Dia membalas pelukan isterinya itu dengan begitu erat sekali..Hampir 20 saat mereka berpelukan, Malisa merasakan yang pelukan suaminya itu semakin lama semakin kuat dan menyebabkannya sukar untuk bernafas..Malisa menegur perbuatan suaminya itu namun Azman hanya mendiamkan diri tidak berkata sepatah pun..Malisa mula meronta untuk melepaskan diri dari pelukan suaminya yang berbadan agak sasa, namun tubuh genit itu kelihatan sukar untuk meloloskan diri..Malisa cuba menjerit sekuat hati tetapi suaranya tersekat-sekat..

Azman mula mengendurkan dakapannya dari Malisa dan dengan pantas Malisa menjauhkan diri dari suaminya itu..Malisa melangkah kebelakang dengan tergesa-gesa sehingga terlanggar pasu bunga hiasan yang terdapat di ruang tamu rumahnya..Malisa terjatuh dan kakinya luka terpijak serpihan kaca daripada pasu tersebut..Dia segera mengeluarkan kaca yang terbenam di tapak kakinya..Dia terpaksa merentap keluar kaca tersebut dan perbuatan itu menyebabkan tapak kakinya terkoyak kira-kira dua inci..Darah terhambur keluar sambil kedengaran suara jeritan Malisa menahan kesakitan..

Azman mengeluarkan pen Parker dari poket baju kemejanya dan menggenggam seolah-olah pisau lalu menghampiri sofa yang berada di depannya, tempat di mana Malisa duduk menonton televisyen tadi..Azman menikam sofa tersebut sepenuh hati sehingga koyak rabak sofa tersebut.

Kau tak guna! Kau tak guna!
Aku sayang kau Malisa!!

Terpekik-pekik Azman seperti orang hilang pertimbangan..Malisa semakin takut dengan tindakan Azman yang semakin menggila..Dia hanya mampu menjerit, menangis ketakutan dan semakin bingung dengan keadaan yang berlaku..

Tindakan Azman terhenti apabila telefon bimbitnya berdering..Dia mengeluarkan telefon bimbitnya itu dan terus membalingnya ke arah isterinya tapi tidak tepat..Dia merenung tajam ke arah Malisa sambil tangannya masih lagi menggenggam pen Parkernya tetapi dia hanya berdiri setempat sahaja dan membatu..Suasana menjadi senyap sunyi apabila mereka terdengar beberapa buah kereta peronda Polis lalu di hadapan rumah mereka..

Azman masih lagi berdiri membatukan diri sambil merenung tajam tepat ke anak mata isterinya..Dengan keadaan kakinya yang luka itu, Malisa cuba mengesot perlahan-lahan untuk mendapatkan telefon bimbit yang terletak di ruang tengah rumahnya..Malisa memerhatikan pergerakan Azman kalau-kalau ada tindakan yang lebih agresif lagi daripada tadi..Azman perlahan-lahan bergerak ke arah sofa lalu melabuhkan punggungnya untuk berehat..Dia masih lagi tidak berkata sepatah pun, hanya keluhan berat yang terkeluar dari mulutnya..

Malisa yang telah bersedia untuk menghubungi pihak berkuasa membatalkan hasratnya itu kerana melihat Azman yang sudah reda dari tekanan..Malisa bergerak perlahan-lahan ke dapur untuk mendapatkan kit simpanan kecemasan bagi merawat kakinya yang luka tadi..Matanya masih lagi memerhati pergerakan Azman yang bersandar di sofa..

Malam itu Malisa tidur di bilik tetamu dan hanya membiarkan sahaja suaminya terlelap di atas sofa di ruang tamu sambil televisyen terus terpasang..Dia tidak dapat melelapkan mata kerana masih lagi terkejut dengan perlakuan suaminya awal malam tadi..Malisa tidak pasti adakah kelakuan ganjil itu disebabkan kesalahannya yang leka sehingga tidak tersedar kepulangan suaminya atau kerana tekanan di tempat kerja..Azman sering juga  pulang lewat ke rumah sejak akhir-akhir ini..Malisa berasa aneh kerana hari-hari sebelumnya tiada pertengkaran pun yang berlaku antara mereka, malah mereka sangat mesra kerana masih lagi dalam mood bulan madu..Perkahwinan mereka baru mencecah dua bulan dan perkara seperti ini tidak patut terjadi antara mereka..

Menjelang jam 3.00 pagi, Malisa masih lagi tidak dapat tidur..Dia risau kalau-kalau suaminya memecah masuk bilik itu walaupun sudah dikunci dari dalam dengan kunci keselamatan kedua..Mahu saja dia keluar dari bilik untuk melihat keadaan suaminya itu tetapi dengan keadaan kaki yang tercedera, Malisa mengambil keputusan untuk menunggu suaminya bangun dan keluar untuk bekerja pada awal pagi nanti..Akhirnya Malisa terlelap pada jam 5.00 pagi tetapi tersedar semula apabila mendengar azan Subuh pada jam 5.45 pagi..Dia tetap tidak mahu keluar dari bilik itu dan akan keluar setelah suaminya tiada..

Pagi itu Azman bangun dan bersiap untuk bekerja tanpa bantuan dan layanan Malisa..Dia keluar rumah pada jam 7.00 pagi meninggalkan Malisa yang masih lagi dalam kebingungan..Setelah pasti suaminya telah pergi bekerja, barulah Malisa berani untuk keluar dari bilik tersebut..Dengan terhencut-hencut, Malisa berjalan ke arah ruang tamu untuk membersihkan kesan darah dari kakinya semalam..Malisa terkejut kerana keadaan ruang tamunya sangat kemas dan dia pasti bahawa Azman telah membersihkan semuanya..Tiada kesan darah, tiada serpihan kaca pecah, sofa yang terkoyak sudah bertampal dengan pita selofan dan semuanya teratur dengan baik..

Malisa semakin bingung dengan keadaan tersebut seolah-olah dia bermimpi malam tadi..Dia duduk di ruang tengah rumah sambil memerhati keadaan rumahnya yang tertib seperti tiada apa yang berlaku semalam..Dia terpandang sekeping kertas yang terlekat pada peti sejuk rumahnya..Nota yang ditinggalkan Azman untuk Malisa..

"Sayangku Malisa, abang minta maaf kerana kejadian malam tadi..Abang berasa marah apabila Malisa begitu leka sehingga kepulangan abang malam tadi tak disedari..Abang sangkakan Malisa bersama lelaki lain di dalam rumah kerana abang melihat ada sepasang kasut yang abang tak pernah nampak pun sebelum ni..Fikiran abang berkecamuk, abang tak mampu untuk kawal emosi..Maafkan abang Malisa..Maafkan abang.."

Fikiran Malisa terus saja ke arah kasut yang dibelinya melalui internet pada dua hari lepas..Kasut itu adalah untuk hadiah hari lahir suaminya tak lama lagi..Dia terlupa untuk menyimpan semula kasut tersebut setelah dibersihkan pada petang hari itu..

Tumpuan Malisa tertumpu semula pada nota yang ditinggalkan untuknya itu..Dia mendapati ada cap ibu jari suaminya yang sengaja dibuat menggunakan darah di belakang nota tersebut..Nama Malisa tercatat di atas cap jari darah tersebut..Bulu roma Malisa meremang secara tiba-tiba dan khayalannya mula melayang memikirkan pelbagai perkara..Malisa yang tadinya sudah sedikit tenang membaca nota tersebut, semakin gelisah tak keruan..Dia tidak dapat menangkap apa yang suaminya cuba sampaikan melalui nota berdarah tersebut..

Malisa segera mencapai telefon bimbitnya lalu menghantar khidmat pesanan ringkas kepada suaminya untuk menerangkan tentang kasut dan keadaan yang berlaku semalam..Dia juga bertanya tentang kesan darah yang tertulis namanya itu..Berjela-jela dia menaip pesanan untuk Azman namun hanya dibalas "OK!!!"..Semakin kacau fikiran Malisa dengan respon daripada suaminya itu..Dalam pada kekusutan Malisa memikirkan perkara tersebut, dia akhirnya terlelap di meja makan di ruang tengah rumahnya..

Jam 2.00 petang Malisa terjaga dari tidur dan berasa sangat pening..Mungkin disebabkan Malisa belum lagi mengisi perutnya dari malam semalam..Dia bingkas untuk menukar balutan kakinya yang sudah dipenuhi darah sejak malam tadi dan terus mendapatkan makanan untuk mengisi perutnya..Dia hanya minum secawan air dan sekeping roti semata-mata untuk mengalas perutnya yang kosong itu..Hatinya tidak tenang kerana masih lagi terfikir tentang kejadian semalam dan kejadian yang akan berlaku seterusnya..

Lamunan Malisa tersentak apabila mendengar bunyi telefon bimbitnya..Satu pesanan ringkas diterima daripada Azman..

Sayang, abang balik awal hari ni..abang dah on the way..Sekejap lagi abang sampai..Sayang bersiap, kita makan luar ye hari ni..

Serta-merta telefon bimbit terlepas dari genggaman tangan Malisa, dadanya berdegup kencang..Dia masih trauma tentang kejadian semalam dan tidak bersedia lagi untuk berhadapan dengan suaminya sebentar lagi..Malisa mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama kakaknya buat sementara waktu..Dia segera bersiap, mencapai beberapa pasang pakaian dan barang-barang penting dan terus keluar dari rumah..

Sedang Malisa membuka pintu rumahnya, tiba-tiba muncul kereta Azman di depan pagar rumahnya..Malisa terpaku, tak tergerak seinci otot badannya..Melihat Azman yang leka mengemas perkakas pejabat yang bersepah di dalam kereta, cepat-cepat Malisa menutup pintu rumah dan masuk semula ke dalam..Malisa takut, terlalu takut apabila melihat kelibat Azman yang tiba-tiba saja sampai..Namun dia bernasib baik kerana tidak terserempak dengan Azman ketika dia mengendong beg pakaiannya..Segera dicampakkan beg itu ke belakang pintu..

Hon kereta Proton Waja Azman berbunyi memanggil Malisa keluar..Malisa memang sudah siap, tetapi bukan niat dia untuk keluar bersama Azman..Malisa tetap menghulurkan kepala ke luar pintu, menjenguk..Azman melambai mengajak Malisa masuk ke dalam kereta..Tiada bunyi yang lebih kencang selain degupan jantung Malisa..Degupan jantung perempuan berbaju kurung itu seirama dengan setiap langkah kakinya ke kereta Azman..

       Sayang pakai macam ni je? Tak apa lah. Kita pun dah lewat ni.
       Abang dah tempah meja untuk kita.

Malisa hanya tunduk tak membantah..Sepanjang perjalanan, Malisa hanya memikirkan rancangannya yang tak menjadi..Jika.....Hanya jika dia awal sedikit daripada suaminya tadi mungkin dia lebih selamat untuk hari ini..Azman tidak menambah..Dia lebih fokus kepada pemanduannya..Penatnya di pejabat di simpan dalam poket sebelah kiri..Nanti-nanti pula baru dikeluarkan..

Mereka sampai di sebuah restoran mewah..Restoran arab kata Azman, The Burj namanya..Melihat daripada papan tanda restoran itu pun sudah tahu makanannya pasti mahal-mahal..Malisa yakin, kebarangkalian Azman untuk bertindak ganas seperti semalam lebih tipis di tempat awam dan dia hanya mampu memanjatkan doa agar Azman tidak lagi berperilaku seperti semalam..Dia langsung tak berbicara..Azman petah menceritakan hal-hal di pejabat..Tak putus-putus..Malisa terus diam..Acah-acah berminat dengan cerita Azman..Tiap suapannya hanya secubit..Lebih lama dia di sini, lebih selamat..

Ternyata mereka tidak lama di restoran itu..Penat Azman yang disimpan dalam poketnya itu tadi sudah melimpah..Sedikit demi sedikit terkeluar..Azman mahu pulang ke rumah segera..Makanan Malisa bagai tidak disentuh..Azman memetik jari tangan kanannya tanda mahukan bil untuk dibayar..Terus dicapai kunci kereta dan mengajak Malisa pulang..Tiba-tiba saja badan Malisa menggigil kecil, seperti kesejukan dan fikirannya melayang tak tentu hala..Dia terkenangkan nasibnya malam semalam..Apakah akan berulang lagi malam ini? Tak kan mampu dia berdepan dengan suaminya yang "gila" itu lagi..

Azman memandu sedikit laju..Dia cuma mahu pulang ke rumah..Azman sudah PENAT! Penatnya sudah bersepah di setiap pelusuk badannya..Mukanya makin lesu, matanya makin kuyu..Azman cuma mahu habiskan sisa-sisa malam itu untuk tidur..Sambil memandang ke arah Malisa, Azman sudah terbayangkan tilam dan bantal yang empuk serta isteri tercinta di sisinya..

          Ni beg siapa!? Awak nak pergi mana!? 

Bentak Azman sebaik melangkah masuk ke dalam rumah..Matanya silih berganti memaku pada beg pakaian di belakang pintu dan tubuh genit isterinya itu..Rancangan Malisa awal petang tadi bukan sahaja hancur, malah diketahui oleh suaminya kerana tidak sempat menyembunyikan beg itu..Menggigil tubuh Malisa dibentak keras dengan soalan tersebut..Malisa tunduk tak menjawab..Hanya menunggu tindakan susulan suaminya..Sangkaannya tepat..Komunikasi antara otak Azman serta otot-otot tangan kanannya hanya mengambil masa 0.3 milisaat untuk satu tamparan hinggap di muka Malisa..


Malisa bersepah di sudut ruang tamu rumah mereka, bibirnya pecah dek tamparan keras Azman, kepalanya benjol kerana terhantuk di sudut kaki sofa rumahnya, telinganya berdesing, matanya berpinar-pinar..Malisa sudah hampir hilang daya untuk berbuat apa-apa..Azman membebel tak keruan..Penat-penatnya yang disimpan di poket berhamburan semuanya menjadi amarah..Poket Azman sudah kosong..Amarah ditukar menjadi perkataan..Mulut Azman terkumat-kamit menyebut perkataan 'sayang'..Itu sahaja yang Malisa dengar dalam malapetaka yang menimpanya..Azman menuju ke dapur..Perkataan 'sayang' dimulutnya masih tak putus..Bukti cinta, sayangnya Azman kepada Malisa terpancar melalui sinaran pisau dapur Victorinox..Set pisau dapur Swiss Army yang dihadiahkan rakan mereka semasa majlis perkahwinan itu digenggam erat oleh Azman..

Azman terus diam setelah menggenggam pisau, dan perlahan-lahan bergerak menuju ke arah Malisa yang terbaring lemah..Matanya bagaikan mata seorang mat ganja yang sedang khayal, memandang, merenung tajam ke arah Malisa..Azman memang khayal, khayal dengan cinta dan sayangnya kepada Malisa..Ditamparnya Malisa berulang kali berselang dengan menyebut sayang, sambil mengungkit kisah cinta mereka setahun lalu..Dibaringkan tubuh longlai isterinya itu di atas sofa..Malisa sudah terlalu lemah untuk melakukan apa-apa setelah menerima tamparan bertubi-tubi daripada Azman..Mana mampu kaum hawa yang lemah ini bertanding dengan kebinatangan Azman.

            AKU SAYANG KAU LAH! BODOH! 
            HA HA HA HA HA HA HA!

Sambil melaungkan kata sayangnya kepada Malisa, dada isterinya itu ditoreh hidup-hidup..Mana mungkin Malisa sempat mengucap dua kalimah syahadah..Menggelepar tubuh genit itu seperti ayam selepas disembelih..Darah memancut melalui arteri-arteri yang diputuskan oleh Azman..Dijilat-jilat darah Malisa yang terpercik di mukanya..Azman korek dalam-dalam dada Malisa..Jumpa! Azman sudah jumpa apa yang dicari selama ini..Hati Malisa! Ketawa Azman bersambung..Dirinya bagai dirasuk syaitan..Lencun badannya dek kerana darah Malisa yang tersembur keluar tadi..

Azman ke menuju dapur dengan tenang, seperti tiada apa yang berlaku..Dia membancuh secawan kopi sambil hati Malisa dimasukkan ke dalam pengisar, dikisarkan halus-halus..Azman menuang sedikit hancuran hati Malisa itu ke dalam cawan kopinya..Dia kembali ke ruang tamu dan membuka televisyen, mencari rancangan masak-memasak yang digemari Malisa semalam..Gelas yang berisi "kopi hati" dihirupnya sedikit demi sedikit..Senyuman terukir di bibir Azman..Dia memandang tubuh Malisa yang sudah kaku itu dengan perasaan puas, sambil diusap-usap lembut kepala Malisa seperti mendodoi isterinya itu untuk tidur..

           Terima kasih Malisa.
           Hati kau lagi sedap daripada hati Adila. 


Aug 22, 2013

Jawapan : Otak Kiri atau Kanan?

Pertama-tamanya Abang mengucapkan terima kasih kepada musibat terbaru yang menulis untuk Abang kat sini..

Lanjut kepada soalan beliau :

Orang cakap otak ada belah kanan dan belah kiri. Tapi siapa tahu otak mana yang berkaitan dengan rasa dalam hati?

Jawapan :

Otak kanan berfungsi untuk perkara yang kreatif, dan tidak rigid atau bebas..

Otak kiri berfungsi untuk simpanan data, kira-kira dan analisa..

Jadi, untuk perkara yang membabitkan hati dan perasaan, penggunaan otak kanan akan dioptimumkan..

Ini kerana otak kanan mampu digunakan untuk perkara yang melangkaui batas contohnya ilham, contengan warna, musik dan sekaligus ia melibatkan penggunaan emosi untuk perkara-perkara tersebut..

Jika hati dan perasaan kita tersentuh oleh sesuatu, contohnya rindu, sayang, dendam, marah dan sebagainya, maka otak kanan akan memproses semua maklumat tersebut..Perembesan enzim-enzim akan mempercepatkan penghantaran sel-sel maklumat untuk diinterpretasikan kepada bahasa tubuh..

*********************************

Abang rasa power rabak bila gunakan perkataan yang bombastik walaupun Abang tak tahu betul tak cara penggunaannya..Kau orang pergilah google apa fungsi otak yang benornye..Abang main tulis ikut sedap je ni..Mungkin Abang tengah guna otak kanan je sekarang sebab tak tersusun langsung tingkah-laku Abang..

Sekian.

Terima kasih daun keladi,
aiskrim keladi Abang yang punya..

Aug 20, 2013

Rastamat nak bersara?!

Title bikin gempak. Pasti ramai yang terkezutt khenn. Kehkehkeh. Ada lagi ke orang yang bukak blog ni?

Mestilah ada! Disebabkan bosan sebab bukak punya bukak, tunggu punya tunggu, saya pun buat petition dekat parlimen suruh encik mat menulis. (tipu)

Sebenarnya encik mat mintak tolong (suruh) saya bersihkan blog yang dah berhabuk ni. Siapa saya? Tidak penting bagi anda dan saya. Disebabkan saya pun memang dah tak ada kerja sangat nak buat selain makan dan tido, saya fikir, apa salahnya kan. Bukan ada orang baca pun. Kahkahkah.


Anyway, dia (macam) paksa saya tulis. Dan-dan la ni jugak dia nak.

"Skang skang" Dia cakap.

.
.
.

-__-

Dia ingat nak menulis ni boleh paksa-paksa ke? Kalau kita level Paulo Coelho ke A. Samad Said yang kompem cakap pun dalam bentuk puisi, takpe jugak.


Berak pun tak boleh paksa tau. Kalau paksa, bontot berdarah.
Menulis pun tak boleh paksa. Nanti otak berdarah.

Silap hari, terlepas tulis, ada hati berdarah, siapa nak tanggung?

*

Saya ni tak pandai langsung nak bercerita yang relevan sebab kereta api pemikiran saya ni memang out of order. Cerita saya selalu awal, akhir, pastu baru masuk yang tengah-tengah. Carca marba yang layak dicerca. Tapi saya paling pandai bertanya. Jadi saya nak bagi satu soalan. Encik mat cakap blog ni dah tak ada reader? "Bia betik?" Fikir saya. Meh kita try luck.

Orang cakap otak ada belah kanan dan belah kiri. Tapi siapa tahu otak mana yang berkaitan dengan rasa dalam hati?


Siapa boleh jawab nanti saya suruh abang mat bagi hadiah gegula.

Masih belum terlambat, Selamat Hari Raya!

-mm-



p/s: Kalau nak hantar entri yang kompem lagi best dari ni, boleh cuba nasib.

Mar 15, 2013

Permintaan

Dalam doa kita selalu minta ;
Ya Tuhan, murahkan rezeki aku ; tambahkan rezeki aku ; permudahkan rezeki aku ;
Tapi kita selalu makan tak habis.
Rezeki yang dah ada depan mata tu pun kita tak habiskan, rasa-rasa Tuhan nak tambah ke rezeki kita?

Dalam penceritaan lain, budak kecik (anak/adik) minta gula-gula sedangkan dalam mulut, tangan dia masih ada gula-gula..Agak-agak kita nak bagi gula-gula kat budak tu?

Aku bukan menyamakan sifat manusia dengan Tuhan, cuma ada logiknya di situ..

Jangan kufur nikmat..
 
 

Feb 14, 2013

Sejarah

Dasawarsa ini, kita sering melihat kelompok anak-anak yang sangat muda atau lebih tepat, anak-anak setahun jagung menceburkan diri dalam perihal politik dan permaslahatan negara..Terdapat pelbagai pandangan yang mengatakan perkara tersebut baik dan buruk..

Berkenaan politik, aku kurang peduli..Apa yang aku kisahkan adalah bagaimana guru-guru menangani anak-anak setahun jagung ini..

Baru-baru ini, aku terlihat berita di media perdana yang menyatakan tentang Mat Indera..TERlihat bermaksud tak sengaja..Mereka masih lagi menegaskan bahawa Mat Indera adalah pengkhianat negara yang terlibat dalam serangan di Balai Polis Bukit Kepong satu masa dahulu..

Aku bukannya arif sangat dengan tokoh ini, tetapi berdasarkan bacaan dan penceritaan daripada sumber-sumber lama didapati beliau ini bukanlah seperti yang diceritakan oleh media perdana..Aku tidak membenarkan atau menyokong sepenuhnya cerita yang aku dapati, cuma terfikir jika anak-anak setahun jagung ini terbaca atau tahu kisah sebenar tentang Mat Indera ini..Apabila sampai saja tajuk Mat Indera dalam pelajaran Sejarah di sekolah, pasti mereka akan bertanya dengan bersungguh-sungguh kepada guru Sejarah mereka..

Dalam keadaan begini, apa yang guru-guru boleh lakukan?

Mungkin yang bertanya itu adalah saudara-mara atau keturunan jauh kepada Mat Indera..Pastinya mereka kecewa dan berkecil hati apabila moyang mereka ini dilabelkan sebagai pengkhianat negara..

Aku tak berniat untuk mengulas panjang hal ini..Apa yang aku harapkan adalah ketelusan Kementerian Bersepadu Sekolah dalam menghasilkan buku sejarah yang berkualiti dan tepat..

Jika benar cerita itu, maka buktikanlah kebenarannya dengan bersungguh-sungguh..Kita perlu prihatin terhadap masa depan anak-anak setahun jagung ini,jangan biarkan mereka memberontak dengan perihal sejarah yang tidak jelas..Dunia anak-anak ini lebih pantas daripada zaman kanak-kanak kita..Maklumat di hujung jari katanya..

Feb 6, 2013

Pagi yang gelap kini sudah cerahnye pun adui ter berrr

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..

Yang dihormati sidang hadirin sekalian..
Berdirinya saya di sini adalah untuk mendebatkan isu yang hangat diperkatakan seluruh warga negara sejak kebelakangan ini..

Kenapa harga kertas recycle hanya 20sen sekilogram sedangkan kalau beli testpad di kedai harganya mencecah dua hingga tiga Ringgit Malaysia?

Ok kita lupakan seketika perihal kertas itu..

Cerita dia sekarang ni , kenapa kau gunakan nama gunung dalam program kau sedangkan dalam tentatif takde langsung masa untuk memanjat?
Cuma yang ada menjelajah gua sekitar kaki gunung..
Tentatif yang lain macam haram, siap ada sesi muhasabah diri,persembahan kumpulan,sesi hari lahir bla bla bla silaturrahim bla bla bla....
Kali terakhir aku ikut program macam ni masa kem motivasi sempena PMR..
Apa salahnya kau namakan program kau XPDC Menjelajah Gua Di Sekitar Kaki Gunung sambil Bermuhasabah Diri dan Kempen Pilihanraya bersama JKKKK Kampung Laut..
Takdelah aku rasa tertipu dengan program kau yang konon-konon untuk belia..
Takpelah, aku halalkan duit yuran aku sebab aku lagi sayang masa tiga hari aku berbanding yuran tu..

Selamat Tinggal Donia

Sekian, wabilahitaufikwalhidayah..
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..