We're Here

Showing posts with label ronda-ronda. Show all posts
Showing posts with label ronda-ronda. Show all posts

Oct 30, 2013

Burn Bin Najib

Hidup Burn Bin Najib tak seperti yang disangka selepas mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam SPM..Beliau "struggle" untuk meneruskan kelangsungan hidupnya dan menyara adik serta ibunya di kampung..Kehidupan di Kuala Lumpur banyak memberi kejutan kepada beliau sehingga beliau tercungap-cungap bernafas dalam kesibukan metropolitan..

Burn Bin Najib mahukan hak yang tepat untuk dirinya dan terus berjuang demi menidakkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berjawatan tinggi..Namun begitu, beliau perlu melalui pelbagai proses yang sukar untuk melawan penyalahgunaan kuasa ini sehingga beliau menggunakan kekerasan sebagai jalan pintas..

Suara kecil Burn Bin Najib tidak dipedulikan oleh sesiapa pun, maka tekanan demi tekanan yang terpendam akhirnya menghasilkan keputusan yang kurang bijak untuk menyelesaikan persoalan tersebut..Kuasa Tuhan juga yang paling tinggi, Burn Bin Najib terus rebah daripada berdiri..

"Abang ni mesti orang bijak pandai..Orang bijak pandai memang duduk kat tepi tangga panas macam ni, hisap rokok sorang-sorang..Kalau Abang tak bijak, mesti abang tengah duduk dalam pejabat, ada aircond, pakai smart-smart, kan?" - Gelandangan

*****************************************

Masih ramai yang merempat dalam negara sendiri sedangkan Pak Menteri masih tenang memberi ucapan sambil berdiri..Jangan sampai rakyat bersatu hati menjadi Burn Bin Najib, diletakkan parang pisau di leher Pak Menteri..Sampai masa begitu, negara sudah haru-biru..Siapa mahu ambil jawatan? Terus saja dilepaskan..

******************************************



Burn Bin Najib merupakan watak dalam Filem Jalan Pintas arahan Namron yang diterbitkan oleh RAT Production dan Hyper Pictures..
 
 

Oct 8, 2013

Zainuddin Anak Tok Batin

Alkisah maka tersebutlah kisah, Zainuddin dipelawa untuk mengetuai satu pendakian ke puncak Tokwan untuk mengambil berkat bersempena peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal tiba tidak lama lagi..Melihat kepada susuk tubuh Zainuddin yang besar dan matang lebih dari usianya, dia lebih selesa dipanggil Abang Din oleh pendaki-pendaki lain walhal mereka lebih tua daripada Zainuddin..Beliau hanya tersenyum sinis..

Maka pendakian bermula kira-kira jam 4 pagi tatkala hujan renyai-renyai membasahi susuk tubuh setiap pendaki..Zainuddin kelihatan berbeza dengan pendaki lain yang mengenakan pakaian lengkap berlampu kepala, bersarung tangan..Zainuddin sangat cool dengan t-shirt lengan panjang, berseluar slack, ber-headphone jenama Beats, berkaki ayam dan tidak menggunakan lampu kepala walaupun keadaan hutan yang sangat gelap..

Zainuddin merupakan antara anak Tok Batin Kampung Sungai Sengkuang yang bijak dan menjadi pujaan setiap gadis di kampung berkenaan..Dengan bermata kaca, Zainuddin kelihatan begitu educated dan up-to-date kepada perkembangan semasa..Maklumlah baru berkenalan dengan dunia tanpa sempadan, internet..Dikatakan juga Zainuddin sedang mempelajari shapel hardstyle yang ditonton dari youtube minggu lepas..

Sepanjang pendakian, Zainuddin menyanyikan lagu Pusara Di Lebuh Raya, Lamunan Terhenti, I'm Yours, When I Was Your Man, Mirror dan lagu-lagu justin Bibiaq untuk menampakkan ke-hipster-an beliau kepada pendaki lain..Tidak lupa juga lagu-lagu Selena Gomez dan Backstreet Boys..Ada ketika yang Zainuddin bershapel sambil mendaki, mungkin sedang mendengar lagu Everyday I'm Shapelling..

Zainuddin Anak Tok Batin begitu gembira dengan kehidupannya sekarang tapi sehingga hari ini, beliau masih tiada alamat emel kerana buntu memikirkan nama yang sesuai untuk emelnya itu..

Bantulah saudara kita ni untuk membolehkan beliau menikmati kehidupan yang sejahtera seperti kita..Berikan cadangan nama emel yang sesuai dengan beliau di ruangan komen..

Sep 18, 2013

Bulan Bulanan

Setiap bulan pun ada bulan mengambang..Kalau yang jenis suka membulan tu, dia tunggu tiap-tiap bulan untuk membulan..Untuk yang datang bulan pun dia tunggu jugak tiap-tiap bulan..

Suka benor aku tengok bulan penuh..

Tapi ada yang takut, ada hantu katanya..Buat apa takut hantu kalau perangai sendiri mengalahkan syaitan..

Jom membulan!



Feb 6, 2013

Pagi yang gelap kini sudah cerahnye pun adui ter berrr

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..

Yang dihormati sidang hadirin sekalian..
Berdirinya saya di sini adalah untuk mendebatkan isu yang hangat diperkatakan seluruh warga negara sejak kebelakangan ini..

Kenapa harga kertas recycle hanya 20sen sekilogram sedangkan kalau beli testpad di kedai harganya mencecah dua hingga tiga Ringgit Malaysia?

Ok kita lupakan seketika perihal kertas itu..

Cerita dia sekarang ni , kenapa kau gunakan nama gunung dalam program kau sedangkan dalam tentatif takde langsung masa untuk memanjat?
Cuma yang ada menjelajah gua sekitar kaki gunung..
Tentatif yang lain macam haram, siap ada sesi muhasabah diri,persembahan kumpulan,sesi hari lahir bla bla bla silaturrahim bla bla bla....
Kali terakhir aku ikut program macam ni masa kem motivasi sempena PMR..
Apa salahnya kau namakan program kau XPDC Menjelajah Gua Di Sekitar Kaki Gunung sambil Bermuhasabah Diri dan Kempen Pilihanraya bersama JKKKK Kampung Laut..
Takdelah aku rasa tertipu dengan program kau yang konon-konon untuk belia..
Takpelah, aku halalkan duit yuran aku sebab aku lagi sayang masa tiga hari aku berbanding yuran tu..

Selamat Tinggal Donia

Sekian, wabilahitaufikwalhidayah..
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..



Aug 13, 2012

Assalamualaikum

Jadi bersempena dengan Ramadhan yang kian ke penghujung, eloklah kiranya saya memohon seribu macam keampunan dan kemaafan dari semua yang mengenali saya secara terus atau tidak terus.. Saya sedar terlalu banyak dosa yang saya dah buat kepada semua umat manusia.. Saya sedar dengan kelakuan saya yang buruk ini dan kata-kata yang telah mencemar maruah kalian, jadi saya bersungguh-sungguh meminta maaf dari kalian agar selesailah urusan duniawi kita sebelum saya ke alam lain.. Jika ada ketidakpuashatian, hutang makan minum atau apa saja, tuntutlah dengan saya.. Lebih baik jika berhubung terus dengan saya, muka bertemu muka dan berharap semuanya selesai.. InsyaAllah.. Saya doakan kalian menyambut Syawal dengan keberkatan dan penuh rasa kesyukuran.. Walau apapun dugaan yang datang, setiap satu kejadian, hanya Tuhan pemilik segala rahsia..



harap dapat disebarkan kepada yang mengenali saya
-Mat-






Jun 28, 2012

Rencana Dan Bencana : Aku Seekor Biawak


Sedang aku melintas jalan menuju ke arah tasik seberang yang menghijau, tiba-tiba ; 'Vrooommm' berdesup laju kereta ni memecut! Mak aih! ikotkan hati aku mahu je aku kejar balik.Tapi aku sabar sebab hari ni aku pose.Aku teruskan perjalanan sambil merenung sepanjang hari dan sambil-sambil lidah terjelir menahan panasnya dunia hari ini.

Mahu tak panas! manusia manusia ni dah tak reti dok diam, asyik menebas dan meneroka.Tamak dan haloba! haa tu tak campur yang merempit lagi, patot la ramai sedare mare aku kene langgar.Tiap-tiap minggu ade yang jadi arwah atas jalan raya tu.

Jadual harianku bagaimana pun tetap sama, maklumlah aku ni sekadar biawak kampung je atau lebih dikenali sebagai 'biawak jagoan kampung'.Aku biasanya dijumpai di Sarawak, Malaysia.Ia terletak kira-kira 70.6 kilometer (44 batu) barat Kuching ibu negeri, sangat dekat dengan sempadan Kalimantan Indonesia. Tapi tu dulu la, sekarang ni bersepah sedare mare aku kat serata dunia (hasil menontong National Geogrhapic). Maaf la lambat sikit kenalkan diri.Tapi aku di sini bukan nak bercerita pasal 'History' aku sekor persekor, tapi perkongsian impian aku dan dugaan aku je.

Siapa tak sedih oi! Hidup aku ni sekadar jilat pagi makan pagi, jilat petang makan petang.Sebab tulah aku berusaha mengumpul tenaga.Siang malam aku berlatih mendaki Gunung Kinabalu tu.Naik berkematu kaki dan tangan aku ni.

Inilah yang dikatakan Jilat pagi makan pagi, Jilat petang makan petang


Hendak dijadikan Al-Kisahnya lah kan, pada satu hari tu aku telah ditangkap.Dorang cakap aku naik gunung tak dak permit! kejadah dia! Aku dikotakkan dan kemudian dibawa kesini.Dan disini aku bahagia.Kenapa?? Kerana impian aku tercapai.

Rupa-rupanya aku ditangkap sebab aku ingin dikaji dan diwartakan sebagai spesis biawak Asia yang baru. Kat sini aku bersama lagi dengan saudare mare seangkatan aku walaupun rupa mereka ni ganas sikit laa.Nama pun da macam komando bhaii! tapi aku panggil dorang komodo aje.Dorang ni baik dan menjaga persahabatan.Aku sungguh bertuah kerana dikurniakan sahabat yang baik dan jauh dari kekejaman Manusia!

Dan akhirnya aku di kepulauan Galapagos! At last Im free from human and the gang! hehe.. kecek omputih skek, name pon oversea boh!

TAMMAT

Penulis asal :  @khalis_ikhlas

May 26, 2012

Menebus Kesalahan

Pendahuluan ; Aku rasa bersalah sebab baru-baru ni aku bukak la blog aku.. Pastu aku saja nak tengok statistik blog ni, yela mana tau ada ping dari Jamaica ke.. Untung-untung anak beranak Bob Marley ada bukak blog ni, boleh mintak belanja gitar karen sebijik.. Dalam banyak-banyak post, semua tengok entri aku pasal tempat makan best kat melaka.. Padahal entri tu aku saje nak bahan owner kedai tu pasal typo.. Tak sedap pon dia masak.. Baik lagi aku masak nasik dengan kari sardin kat umah..

Perenggan kedua ; Maka terpacul rasa bersalah aku kepada mereka yang tulus dan ikhlas ingin mencari tempat makan sedap kat melaka.. Baiklah di sini aku ingin menyenaraikan dua tempat makan yang berasaskan nasi ayam.. Maksudnya peminat nasi ayam boleh la cuba kedai ni..

1. Kedai Nasi Ayam Mak Esah kat Durian Tunggal

Kedai makan ni biasa-biasa je, maksud aku keadaan kedai tu.. Warung kampung la senang kata.. Tapi kalau tengah hari tu berebut jugakla tempat duduk dengan orang lain.. Kedai ni ada cendol sekali.. Cendol Che Adi.. Boleh layan jugakla kalau kena masa panas terik tu.. Kedai ni kat simpang (corner lot) berdepan dengan Balai Polis Durian Tunggal.. Kedai ni bukak tengah hari sampai petang je.. Paling lewat pon tutup dalam pukul 8 malam gitu..

2. Kedai Nasi Ayam Pandan kat Melaka Baru

Kedai ni pon jenis warung tepi jalan jugak.. Yang pandan tu bukan nasik, tapi dia punya ayam.. Dia bungkus ayam tu dengan daun pandan, pastu goreng.. Dia punya bau kemain wangi menusuk kalbu.. bau kapor baros pon kalah tau.. Kedai ni bukak petang sampai ke tengah malam lebih kurang pukul 12 tengah malam la dia tutup.. Dia punya air barli ada lain macam sket rasa dia.. Aku tak tau dia pakai barli apa, tapi syok jugakla.. Kedai ni betul-betul depan Kilang Infeneon.. Sederet tu ada tiga kedai kalau tak silap, dia yang hujung sekali dekat dengan traffic light..

Penutup : Tapi ada yang cakap area Bachang ada nasi ayam sedap jugak.. Aku tak pernah cuba lagi kat situ..Tak tau pon yang mana satu kedai tu.. Ok lah, setakat ni je la untuk aku menebus kesilapan aku kepada mereka yang dah termasuk blog ni dan kecewa.. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh BiBiEm aku.. Ni BiBiPiN : p66Un7D3eK



Ampun maaf dipinta andai tersilap kata terkasar bahasa..

Aku rasa aku ni kelakar yang sangat kelakar.. Aku harap kalau aku masuk maharaja lawak, aku boleh bergabung dengan Amer..

Sekian terima kasih daripada aku dan Amer..


Google memberi, kita merasa







Apr 21, 2012

Sahabat dan kawan-kawan

Diam-diam..Dengar saja..


Seterusnya pilih SETELAH



Seterusnya pilih DAMAI

Mar 6, 2012

Temubual : Dendam

Satu sesi temubual secara rawak bersama beberapa orang berbangsa melayu telah dijalankan..Sama-sama kita hayati ulasan mereka..

SATU
Nama aku Azmi..Panggil aku Azmi..Aku paling susah nak lupakan apa yang orang dah buat kat aku..Ya aku memang kuat berdendam..Sangat kuat perasaan dendam tu dalam hati ni..Aku tak akan lupakan sesuatu tu sampailah aku dapat balas balik..Aku sakit, kau mesti sakit jugak..Paham??!!

Guwa : Paham..Terima kasih bang..

*********************************************

DUA 
Nama I Nora..Bukan Nora Elena..Tapi kalau U nak panggil I Nora Elena pon apa salahnya..Hiks Hiks Hiks..What? U tak kenal Nora Elena?? Kenapa la U ni kampong sangat..Ishh ishh kesian..Hah apa U tanya tadi? Dendam? U tengok muka I ni ada macam kuat dendam punya orang ke? Dah la, tak kuasa melayan orang kampong macam U ni..I busy la sekarang..

Guwa : Ok babai..

 *********************************************

TIGA
Gua Jepp..Lu buat taik dengan gua, gua rilek je..Gua memang black metal bro, tapi gua ada tuhan..Black metal gua setakat musik je, takde sampai kokak kepala kambing..Gua yakin satu hari nanti tuhan balas balik apa yang lu buat kat orang lain..So, gua rilek, gua cool..Jaga peribadi sendiri lagi bagus daripada dok berdendam bro..

Guwa : Lu memang cool brader..

*********************************************

EMPAT
Panggil aku Manan..Aku ni memang jenis susah nak lupa, lagi-lagi benda yang menyakitkan hati..Tapi aku tak sampai tahap dendam pon..cuma susah je nak lupa..Aku suka buat-buat tak ingat..Ye la daripada kau sakit hati sendiri, baik kau buat-buat lupa..Untung-untung lupa terus..Aku tak cool sangat dan aku tak hot..

Guwa : Aku hot, aku ok..

 *********************************************
  
LIMA
Hai nama kitew Suraya..Awak boleh panggil kitew Su, Sury, Aya, Suryana, Wawa, Wiwi, Wuwu, atau ape-ape la yang awak cukew..Hihihiks..Kitew niew tak cukew larh dendam-dendam niew..Buat semak kepalew jeww..Lebih baik kitew jalan-jalan kat Time Square kew, KLCC kew..Boleh amek gambar dalam toilet..Beshh cangaaaaat taww!!!! Awak ni encemm larhh..Jom teman itteww jalan-jalan nak?

Guwa : Takpelah itteww busylah..babai.....

********************************************* 

ENAM  
Wa Daud..Wa ni kaki ganja tapi wa ok..Wa kalau bab-bab dendam ni memang tolak tepi la..bukan apa, kang tetiba wa mati, tak sempat nak maafkan orang lain, kan susah jadinya..Kat SANA nanti dia nak mencari kita minta maaf apa semua..Leceh derr..Mak wa cakap, daripada berdendam, lebih baik lu doakan orang tu macam ni :

Ya, Tuhanku..Tabahkan hatinya, kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup, limpahkan maghfirah dan kasih sayangMu agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat.. Amin Ya Rabb.. 
Bro, lu nak pegi mane lepas ni? Wa ada sedapur lagi ni, nak layan sekali tak bro? Tapi wa nak Asar dulu pastu kita layan..ok?

Guwa : Erk..Ok tapi lu imam tau bro..

 *********************************************


 SEKIAN, TERIMA KASIH.. 


Jan 3, 2012

Sekilas pandang

Pada kesempatan ini aku cuma nak bagitahu bahawa aku lebih berminat sekiranya kau bersemuka dengan aku di alam sebenar..Ia pasti lebih mengujakan kerana salah satu sebab yang kukuh adalah kau dapat melihat dengan mata sebenar kau keindahan ciptaan tuhan ini. Makhluk yang menjadi pujaan setiap wanita di seluruh pelusuk Tanah Melayu..

Aku juga ingin berpesan agar janganlah mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah yang terdapat di ruangan internet ini selagi kau belum jumpa bukti yang sahih..Ini kerana jika kau sebarkan benda yang salah, dan perkara itu berlarutan maka terimalah hasil daripada saham yang kau tanam itu di sana kelak..

Selain itu aku juga suka mengingatkan agar kita berdiri di depan cermin sebelum memaki atau menghina siapa-siapa terutamanya di alam maya kerana aku pasti perbalahan-tiada-siapa-menang akan berlaku..Tambahan pula, "keyboard-warrior" adalah sangat sesuai diberikan kepada mereka yang tak ada kehidupan realiti dan mereka mungkin rabun atau berperut buncit atau kedua-duanya sekali..

MUNGKIN itu kau

Akhir sekali, aku mahu mengajak kau semua keluar atau bangun dari tempat kamu beristirahat sekarang dan pergi mencari udara segar..Keluarlah kau segera pandang alam sekitar supaya kau kenal siapa diri kau yang sebenar..Kalau kau masih tak sedar diri juga, apa kata kau tahan nafas kau selama 5 minit saja daripada sedut udara milik tuhan kau..Boleh buat? Kalau boleh maknanya kau tak perlukan tuhan, jadi pergilah cipta dunia kau sendiri..

..dan berhentilah berdendam..

Semoga berjaya dalam hidup..
.
.
.

Nov 21, 2011

Pengalaman paling "rare" dalam donia

Amaran : Pengalaman ini amat mahal harganya, kau tak mampu miliki walaupun apak kau adalah Sultan negara Beringin Rendang..Sila baca sambil dengar lagu INI..

Cerita bermula dengan...

Pada suatu hari, aku lapar dan pastilah aku perlukan makanan untuk memenuhi nafsu serakah tersebut..Jadi aku pun memulakan langkah dengan memakai baju yang paling hensem dengan harapan aku dapat menawan hati tokey kedai seterusnya mendapat makanan percuma di kedai tersebut..Dalam pada mengenakan pakaian, aku mengajak kawan seangkatan untuk bersama sehala menuju ke arah puncak kekenyangan tapi malangnya mereka hanya terpana dengan godaan donia yang lain..Aku mengabaikan mereka dan terus terkinja-kinja ke arah motosikal kuasa besar (4000cc) aku kerana terlalu lapar..Bila aku lapar memang aku terkinja-kinja, semua tu adalah tindakan saka yang aku bela dalam badan ni..

Seakan beginilah aku terkinja-kinja
[klik gambar untuk kinjaan sejati]


Dengan kelajuan 320km/jam, aku terus menuju ke arah barat daya yang menunjukkan kedudukan mesin ajaib pengeluar duit..Setibanya aku di kedudukan mesin tersebut, dengan wajah yang bengis terus aku menjampi dengan ayat, "Wahai mesin ajaib, berikan aku patbelasribu sekarang!!"..Mesin tersebut meludah aku dengan panah beracun yang terlekat bersamanya sepucuk surat.. Mujur aku sempat mengelak  dan lantas membaca kandungan surat tersebut.."Duit kau tak cukup lahabau, ada tigabelasribusembilanratossembilanpulohsembilan jerr"..Mesin ni punya tegas mengalahkan along bukit beluntong, jadi aku cuma mengeluarkan doblasribu sahaja..

Melihatkan mendung yang berarak, aku terpaksa menunggang motosikal berkuasa besar aku dengan kelajuan bugati veyron, 470km/jam dan cuma mengambil masa kurang daripada 5 saat untuk sampai ke kedai makan yang aku impikan pada jarak 32 marhalah..Walaubagaimanapun, kedai tersebut tutup lantas aku berlari menekup muka ke arah batu besar di tepi jalan sambil menangis teresak-esak..Tindakan itu juga adalah daripada saka belaan aku..Tapi disebabkan saka yang menangis itu kecil lagi, maka saka yang lebih besar memujuk beliau dan terus memaksa aku untuk menggerakkan motosikal ke kedai makan yang lain..Saka dalam badan aku memang ramai, yang latest ni beranak kembar..

Aku gagahkan diri untuk sampai ke kedai makan lain pada jarak 18 marhalah daripada tempat aku menangis tadi dan berbaloi perjalanan tersebut kerana ia tersergam indah..Aku rancang untuk membawa balik saja makanan tersebut untuk santapan dengan aksi bebas di rumah..Kapasiti makanan yang aku perlukan tidak memadai duit doblasribu yang ada di tangan aku..Jadi aku cuba menggunakan ciri-ciri kehenseman aku agar brader tu baik hati menghadiahi makanan lebih untuk aku..Tapi gagal dan aku pasrah menggunakan kesemua duit tersebut seadanya..

Aku pulang dengan hati berbunga riang dan tidak sabar-sabar aku untuk menyantap hidangan tersebut walaupun pada hakikatnya tidak cukup untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah aku..Tidak mengapa, asalkan dapat aku makan dengan gaya bebas di rumah..Setibanya aku di rumah, isi perut rumah aku semuanya tiada dan kemuncaknya adalah aku tiada kunci rumah..Aku menggunakan bom c4 untuk meletupkan pintu rumah,tapi malangnya tidak berjaya kerana pintu rumah aku telah direka oleh pakar bom Rusia..Kekecewaan berganda menyeliputi diri aku, tapi semangat aku untuk beraksi bebas masih membara..Jadi aku meneruskan semuanya seperti dalam perancangan..

Aksi bebas tersebut memerlukan ketangkasan dan kecekapan tahap dubuk..Alat-alat yang diperlukan adalah motosikal berkuasa besar (4000cc), air basuh tangan dan makanan berharga doblasribu..Untuk menambah kesayuan ketika di perantauan, pastikan ada majelis kawen India di kawasan berdekatan rumah kau dan mereka perlulah berkaraoke..Ya aku ditemani nyanyian yang syahdu daripada mereka dan aku hampir hafal keseluruhan lagu kerana mereka memang suka menyanyi lagu yang sama dan didendangkan oleh orang yang sama juga..sampai sekarang, aku masih lagi terkumat-kamit menyanyikan lagu-lagu tersebut..

Inilah pengalaman paling rare pernah aku alami sepanjang 17 tahun hidup di muka bumi ciptaan Tuhan..Aku rasa Aleen Aiden macam pernah cerita pasal pengalaman rare beliau, tapi malas aku nak mencari balik..Aku pasti peminat beliau akan terkinja-kinja juga kerana menyangka aku meniru penceritaan beliau..Maafkan aku dan apa yang aku boleh katakan, cerita aku ini tidak ada kena mengena dengan beliau..Bak kata pepatah, "Jauh panggang dari punggung"..
.
.
.

Nov 17, 2011

Berkawan dengan Alam

Aku dalam perjalanan mencari Alam..

Walaupun niat aku hari tu cuma mengejar Matahari, tapi Bulan masih ada menunggu aku sebelum menghilang..

Bulan

Ya, kau cantik Bulan, sangat cantik..
Setia kau menunggu aku..
Setia kau teman aku sepanjang perjalanan..

Matahari

Dan kau Matahari, terima kasih untuk sinar kau kepada Bulan..
Tanpa kau, siapalah Bulan dan siapalah aku..

Kabus

Sayup-sayup aku hirup udara nyaman..
Berbalam-balam pandangan aku diselaputi Kabus pagi..

Dan terima kasih semuanya..

Awan

Batu

Bunga

Pokok

Terima kasih untuk semua keindahan alam yang ada..
Diri aku terbina daripada unsur alam, maka tenanglah bila aku bersama alam..
Harap aku lebih tenang bila bersemadi dengan alam suatu hari nanti..



Terima kasih Tuhan untuk keindahan alam semesta Kau..

Terima kasih kawan
.
.
.

Oct 29, 2011

Kawan-kawan

Aku seorang peminat irama kepop jepop, penggemar cekelat daim dan pengguna belekberi..

Ada seorang kawan aku diberi nama Jamal..
Seronok aku berkawan dengan Jamal ni pasal beliau ni layan lagu-lagu kepop jepop..Seong Bang Ngang, Mang Kok kiat, Chua Boon Siew, Wong Gee Lor, Luw Chee Bhai dan lain-lain penyanyi kepop jepop ni memang kami minat sangat-sangat taw.. Kami dah like banyak-banyak kat fan page pesbuk diorang ni..
Walaupun beliau ni bapok, tapi aku suka je berkawan dengan beliau ni sebab beliau je lelaki yang minat irama jepop kepop kat unibersiti aku ni..
Yela, bapok pon beliau masih manusia taw, ada hati dan perasaan.. Tak baik kita asingkan diorang dari hidup manusia normal.. Kita kena la paham perasaan diorang si bapok-bapok ni, support diorang untuk terus hidup..
Pernah satu hari tu beliau ajak aku buat pekerjaan meniup, aku terpaku terkaku tak tahu nak buat apa dah.. Jadi aku relakan saja la apa yang dia buat, yela kan kawan aku.. tak bestlah kalau kecewakan hati kawan sendiri.. Dah la selalu sangat beliau belanja aku makan kat kedai mahal-mahal seperti setarbak, pizahak-tuih, kayepsee dan lain-lain..
Aku pasrah dan sanggup aku berkorban apa saja untuk kawan aku sebab beliau sajalah teman seirama kepop jepop aku kat unibersiti aku ni..

Aku punya kawan lagi sorang namanya Milah..
Beliau ni pula penggemar cekelat daim sama macam aku..
Aku memang taksub sangat dengan cekelat daim ni pasal dia punya rasa memang boleh buat aku khayal macam kena kapal selam..
Kami selalu ke Langkawi bersama semata-mata nak dapatkan cekelat daim kat sana walaupun jarak Langkawi dengan unibersiti kami melebihi 750 batu..
Kami sanggup tak makan apa-apa seharian asalkan dapat makan cekelat daim yang lazat itu..

Ini cekelat daim yang kami gilai


Pernah sekali tu ada seorang kawan kami ambil kami punya daim seketul tanpa pengetahuan kami, akhirnya budak tu masuk sepital sebab kami lempang budak tu dari kiri membawa ke kanan serta dari atas meleret ke bawah.. Dipercayai dagu kawan kami tu beralih ketepi seiring tingginya dengan paras hidung..
Jangan main-main dengan daim kami ok?? 

Aku suka berkawan dengan Azmi sebab beliau mempunyai belekberi torch..
Kalau aku lepak dengan beliau, dari malam membawa ke pagi pon masih melepak lagi.. Kadang-kadang tu tak bercakap apa pon, masing-masing mengadap belekberi je maen pesbuk, tuihter, bibi'em.. Kami borak dalam laman sosialan je la.. Yela henpong canggih-manggih mahal-mahal membazir la kalau tak digunakan..
Kami merupakan teman sebilik di unibersiti..
Tahap keobsessan kami dengan belekberi sampai berak jamban sebelah-menyebelah pon bibi'em, nak tanya dah abes ke belom..takkan nak jerit-jerit plak kan..kalau nak ajak keluar makan pon kami bibi'em je walaupun jarak kami sejengkal cuma.. Bukan apa, kadang2 Azmi tengah pakai teleponkepala (headphone) melayan lagu-lagu belekmetal.. Aku taknak la ganggu beliau, sebab tu aku bibi'em je beliau.. Risaw juga kalau tengah si Azmi hentak-hentak kepala layan lagu, dia kokak kepala aku..
Tahap obsess Azmi dengan belekmetal ni kadang-kadang sampai bawak balik kepala kambing dalam bilik, pasang lilin, macam nak buat ritual..
Hah kalau bab lagu memang aku pesongkan terus nilai perkawanan aku dengan beliau..Mane boleh masok jepop kepop ngan kepala kambing kan?
Jauh panggang dari punggung..


ini contoh irama kepala kambing yang asas

*nama-nama diatas tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia..
*aku diatas juga hanya rekaan semata-mata..
.
.
 

Oct 20, 2011

Signal strength - very good

Apakan daya Wireless Fidelity je kan..
Barang percuma susah nak dapat yang baik..
Sabar sajalah..




Sedangkan manusia yang sebaik-baik kejadian ni pun ada banyak salah silap..
Apatah lagi mesin-mesin atau teknologi-teknologi ciptaan manusia..
Terlalu banyak error yang ada..

Tapi Tuhan lain..
Syukurlah sekurang-kurangnya kau masih boleh bernafas percuma..
Terima kasih untuk kehidupan ini..
.
.
.

Oct 17, 2011

19 Zulkaedah 1432

Hari ini 19 Zulkaedah 1432 Hijrah
Ini tarikh keramat..
Tarikh hebat..
Terima kasih Mak!!!
Terima kasih untuk semuanya..



Esok 18 Oktober 2011 tarikh keramat juga bagi seorang sahabat..
Selamatlah kau sahabat..
Hidup baik2 saja..

23 Zulkaedah 1432 Hijrah..
Bersamaan 21 Oktober 2011..
Juga tarikh keramat buat sahabat..
Aku harap kau selamat dan sejahtera..



22 Oktober 2011 & 25 Oktober 2011 pasti tarikh bermakna buat beliau..
Semoga berjaya kelak..
Pasti ada kemanisan untuk kamu..


28 Oktober 2011 untuk mereka berdua..
Selamatlah kau berdua..
Sudah daftar mengundi??

Keesokannya 29 Oktober 2011 seorang lagi..
Hey aku baru tahu itu tarikh buat kau..
Selamat kau..

10 November 2011 dan 11 November 2011..
Ini tarikh berkembar yang cantik..
Hey kau dan kau, selamat hari kejadian..
Kau perlu gila seperti selalu untuk pastikan aku gembira..



Aku harap kamu semua dan semua kamu selamat untuk hidup..
Semoga berjaya dalam hidup di sini dan di sana..

Untuk bulan, aku minta maaf untuk purnama ini..
Cantiknya kamu tiada aku, menjadi tontonan ramai pada 12 Zulkaedah 1432 dan 27 Zulkaedah sekali lagi tanpa aku..
Aku di puncak bukit menyelesaikan permasalahan..
Tak mengapa, aku pasti ada lagi masa kita bersama, selamanya mungkin..

Ada sedikit tambahan untuk yang terlepas pandang..
27 September 2011..
Khas untuk kau yang bersusah payah menjumpakan aku dengan mahsuri..
Terima kasih dunia..
2 Oktober 2011..
Ada mengaitkan aku dan kau gay, adek beradek dan teman sepermainan..
Apa pun semua itu kau sahabat walaupun perangai kau macam musibat..
.
.
.

Sep 17, 2011

Perihal zakat

Terima kasih brader Karlboss atau apa saja nama beliau..
Guwa terbaca tulisan beliau dan teringat perihal berzakat yang rakyat negara kita amalkan..
Perihal zakat ini akan menjadi sebutan terutamanya pada hujung bulan Ramadhan..
Umat Islam berpusu-pusu mencari kaunter pembayaran zakat untuk menunaikan kewajipan tersebut..
Terbaru, bayaran zakat boleh dilakukan melalui internet atau sistem pesanan ringkas dan perkara tersebut sangat meragukan kerana akadnya menjadi gugur walaupun suatu masa dahulu mereka yang menetapkan bahawa akad itu sebahagian daripada rukun zakat..
Itu perihal lain kerana hukum ini ditentukan oleh mufti negara..
Siapalah guwa untuk mempertikaikan..

Seperti yang dikatakan brader Karlboss, kemana duit zakat yang beratus juta nilainya kerana masih lagi ada rakyat yang dianggap miskin?
Persoalan begini sering bermain dalam kepala guwa dan pada Ramadhan yang lalu, abang ipar guwa menjadi salah seorang wakil untuk mengutip wang zakat keluarga dan beliau agihkan wang zakat itu sendiri mengikut kiraan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima..
Pada Ramadhan sebelum-sebelum ini, kami sendiri berkira-kira dan menyalurkan sendiri duit zakat tersebut kepada saudara mara yang pada kami sangat berhak menerima seperti ibu tunggal dan anak yatim..

Jika ada yang berkata, mana ada fakir miskin lagi dalam negara ni kerana Felda dan orang asli telah dibantu kerajaan dengan pelbagai insentif dan bonus..
Jadi guwa sarankan supaya lu orang pergi ke Jasin, Melaka ; Tangkak, Johor ; dan perkampungan yang lokasinya di bandar besar seperti Johor Bahru, bahkan Kuala Lumpur sendiri..
Lu orang pasti berjumpa ibu tunggal yang anaknya lebih 5 orang dan bekerja sekadar cukup untuk nasi putih dan kicap dan ikan masin untuk sekali makan sehari..
Guwa pasti kerana guwa pernah jumpa..
Belum kira lagi seorang abang yang perlu menanggung 3 orang adik yang bersekolah dengan perkerjaan hanya sebagai operator kilang..
Ya, ini memang ada dalam negara Malaysia kita..
Pernah lihat bersamamu bukan?
Rancangan yang pada guwa agak hipokrit dan sama tujuannya seperti Imam Muda..





Setelah duit zakat dikutip oleh wakil-wakil yang diberi kepercayaan oleh kerajaan, duit itu dikumpulkan di pusat zakat setiap kawasan..
Lu orang pernah lihat bangunan zakat di setiap negeri?
Bagi guwa, bangunan mereka sangat gah dan mewah..
Pertikaian guwa ini mungkin salah tanggapannya, tapi guwa masih nak menyatakan bahawa bangunan itu dibina menggunakan duit zakat..
Jadi, apabila datang keraguan tersebut, keluarga guwa mengambil keputusan untuk menunaikan kewajipan tersebut secara manual dan lebih yakin dengan cara ini..
Terpulang kepada lu orang untuk menilai tulisan guwa ni..
Semoga amalan kita diterima dan tidak dimanipulasikan oleh pihak berwajib..
Amin..

Aug 23, 2011

Busking

Busking itu maen gitar depan orang ramai kat tempat awam..
Kira macam pemusik jalanan la lebih kurang..
Takde ape sangat yang guwa nak cerita, cuma masukkan gambar2 member guwa busking haritu..


Si lelaki itu Ben namanya, kawan lama guwa..
Dia sekarang ni duk melepak dengan guwa, cuti panjang katanya..
Ahli perniagaan macam dia memang sibuk sikit..
Kat SINI ada maklumat lagi pasal Ben..

Si gadis itu Lea namanya..
Dia orang seni dan sangat berbakat dalam seni..
Dia tak single, rasanya la..
Kat SINI ada maklumat lain pasal Lea..


Terima kasih Anish kerana menolong guwa edit gambar..

Aug 14, 2011

Bulan - Ramadhan

Malam ni bulan penuh..
Ini bermakna dah hampir separuh bulan kita dalam Ramadhan..
Guwa nak berbelanja untuk raya nanti tapi malangnya ketidakcukupan wang untuk berbuat demikian..

Separuh bulan Ramadhan ni macam2 benda jadi..
Makin garang dugaan dalam bulan ni..
Itulah inilah, itu tak kena, ini tak boley..
Guwa bukan merungut, cuma takut..
Takut tak mampu nak teruskan hidup macam ni..

Mungkin dah jauh guwa menyimpang dari pencipta bulan sampaikan bulan pon ditarik semakin jauh..
Jauh terus-terusan menjauh..


Perjalanan masih jauh jika hidup lu masih panjang

Terus sajalah tabah untuk hidup..
Takkan nak tergolek terlentang dengan masalah..
Makan mesti cukup, minum mesti dapat..
Badan sehat dan kuat, baru boley bekerja..
Perihal makan, bulan ni jangan gagal untuk tahan nafsu makan..
Bukan tahan nafsu makan siang hari je, masa beli makanan untuk buka pon kene tahan nafsu jugak..
Waktu buka puasa bukan waktu yang sesuai untuk menelan sekaligus 3 jenis makanan utama, 2 jenis kuih, 5 jenis lauk, 3 jenis air dan lain-lain..
Tepewanjat pewot aww..!!!
Tak sampai 20 jam pon tahan makan minum tu..
Rilek2 sudah, rosak perot tu nanti..

Pernah cuba makan LAMP chop?

Semoga selamat semuanya sambut Syawal nanti..
Selamat semuanya..
Selamat semua..
Selamat..

~ Mat ~

Jul 27, 2011

Beban yang nyata





Budak darjah 1 kena jawab soalan macam ni?
Guwa hangin betol..
Tukang buat soalan ni bebal ke hape??
Darjah 1 adalah bersamaan dengan 7 tahun..
Logik ke semua budak tahu maksud label, paham tricky question yang menggunakan perkataan bukan, kenal pokok keembung??
Dey pundek, budak umur 7 tahun, sebut keembung pon tak betol lagi tahu??
Budak umur 7 tahun, tak lancar lagi membaca tahu??
Budak umur 7 tahun yang lancar baca, tak paham semua perkataan yang diorang baca tu tahu??

Guwa cukup tak paham apasal pak menteri yang duk kat jabatan pendidikan tu boley lepaskan buku2 macam ni..Soalan exam budak umur 7 tahun pon macam celaka susah..Tak logik..
Tak belajar perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak2 ke??

Guwa ada tulis sket kat SINI..
Kalau siapa2 ada kenal pak menteri kat bahagian pendidikan negara ni, suruh dia baca apa yang guwa tulis kat sini..
Harap2 bakal che'gu dapat suarakan pendapat ke bahagian atas..
Ubahla bagi logik sket..
Masing2 belajar tinggi kan..
Buat yang terbaek che'gu!!!