Dasawarsa ini, kita sering melihat kelompok anak-anak yang sangat muda atau lebih tepat, anak-anak setahun jagung menceburkan diri dalam perihal politik dan permaslahatan negara..Terdapat pelbagai pandangan yang mengatakan perkara tersebut baik dan buruk..
Berkenaan politik, aku kurang peduli..Apa yang aku kisahkan adalah bagaimana guru-guru menangani anak-anak setahun jagung ini..
Baru-baru ini, aku terlihat berita di media perdana yang menyatakan tentang Mat Indera..TERlihat bermaksud tak sengaja..Mereka masih lagi menegaskan bahawa Mat Indera adalah pengkhianat negara yang terlibat dalam serangan di Balai Polis Bukit Kepong satu masa dahulu..
Aku bukannya arif sangat dengan tokoh ini, tetapi berdasarkan bacaan dan penceritaan daripada sumber-sumber lama didapati beliau ini bukanlah seperti yang diceritakan oleh media perdana..Aku tidak membenarkan atau menyokong sepenuhnya cerita yang aku dapati, cuma terfikir jika anak-anak setahun jagung ini terbaca atau tahu kisah sebenar tentang Mat Indera ini..Apabila sampai saja tajuk Mat Indera dalam pelajaran Sejarah di sekolah, pasti mereka akan bertanya dengan bersungguh-sungguh kepada guru Sejarah mereka..
Dalam keadaan begini, apa yang guru-guru boleh lakukan?
Mungkin yang bertanya itu adalah saudara-mara atau keturunan jauh kepada Mat Indera..Pastinya mereka kecewa dan berkecil hati apabila moyang mereka ini dilabelkan sebagai pengkhianat negara..
Aku tak berniat untuk mengulas panjang hal ini..Apa yang aku harapkan adalah ketelusan Kementerian Bersepadu Sekolah dalam menghasilkan buku sejarah yang berkualiti dan tepat..
Jika benar cerita itu, maka buktikanlah kebenarannya dengan bersungguh-sungguh..Kita perlu prihatin terhadap masa depan anak-anak setahun jagung ini,jangan biarkan mereka memberontak dengan perihal sejarah yang tidak jelas..Dunia anak-anak ini lebih pantas daripada zaman kanak-kanak kita..Maklumat di hujung jari katanya..
1 comment:
Disebabkan aku kurang pengetahuan am, aku akan gugel Mat Indera sekarang.
Post a Comment