We're Here

Showing posts with label Salam Takziah. Show all posts
Showing posts with label Salam Takziah. Show all posts

Sep 25, 2013

Hadiah dari Tuhan

Dah berbulan, macam-macam Dia bagi ujian..satu-satu Dia tarik balik..Awal minggu ni, pagi-pagi dah terkejut dengan itu ini..Tapi, selagi yang namanya Tuhan buat kerja, Dia tahulah apa yang dia ambil, apa yang dia nak bagi..Dalam pada Dia ambil sikit-sikit, Dia kumpulkan rezeki dan bagi pada masa yang sesuai..

Takziah buat keluarga yang terlibat, saudara mara dan kenalan Muhammad Afif Samiran yang meninggalkan kita pada 17 Zulkaedah 1434 dan Zulhanafi Zamidi yang meninggalkan kita pada 18 Zulkaedah 1434..Sama-sama kita doakan mereka berada dengan tenang di alam tersebut..

Tabahlah semua, yang ditimpa bencana..Tuhan itu Maha Genius, percayalah..

Dan Tuhan berikan aku kekuatan pada hari seterusnya dengan rezekiNya..Terima kasih Tuhan..

Arwah Afif (berbaju merah, tengah)
Death knocked our door, twice. And said "I'm just around the corner"       - Nawi Fisher -

May 27, 2011

d-major blues dalam hujan


hujan ini membuatkan ku menangis
terlantar sendiri di kerusi malas
suara radio tak menghiburkan
hampir habis rokok sebatang
hari ini membuatku bingung
terlunjur kaki ku di meja usang
siaran tv tak mengasyikkan
habis sudah rokok sebatang
tiada pernah ku bayangkan
seorang wanita itu
amat perlu bagi diriku
tiada pernah ku fikirkan
kehilangan dirinya
amat mengecewakan aku

malam ini membuatku bosan
terbaring longlai di ranjang dingin
suasana bilik tak melegakan
capai lagi rokok sebatang
tiada pernah ku bayangkan
seorang wanita itu
tiada pernah ku bayangkan
amat perlu bagi diriku
tiada pernah ku fikirkan
kehilangan dirinya
tiada pernah ku fikirkan
amat mengecewakan aku


*********************************************

~rastali~
ini band arwah Loloq

Takziah buat keluarga beliau 

Nov 22, 2010

Tribute to Syuhada Memali

19 November 1985, Kampung Memali, Baling, Kedah
Tarikh dan tempat yang lu orang sume kene tau dan paham..
Guwa yakin tak ramai yang tau peristiwa 25 tahun dulu..
Guwa bukan nak suruh lu orang undi kerajaan o pembangkang..
Guwa cume nak lu orang paham dengan peristiwa hitam kat negara yang lu orang sayangkan ni..
Lu orang boleh bace kat sini n sini kalau lu orang tak paham ape yang guwa nak sampaikan..
Bace sampai abes!!!

Kalau lu orang malas nak go through dat story,
lu orang tengok, dengar n pahamkan video NI..
Banyak lagi related video yang lu orang boleyh tengok..
Meremang beb guwa tengok..

Lu orang pandai2la nilai mane yang baek n burok..
Masing2 ade kepaleotak kan??
Sume masih waras lagi kan??

Bro Meor ade citer pasal kes ni jugak..
Tapi die jadikan lagu la sebab die kan pejuang musik..
Lu orang tengok kat sini..


Dari kiri : Black n Meor mase Music Fest 2009


Lu orang masok sini plak..
Blog sempena tragedi Memali ni..
Banyak lagi website o blog o else kalau lu orang google pasal Memali ni..
Guwa lambat buat entri ni sebab lupe tarikh hari ni..
Tibe2 je dah 22 haribulan plak..
Event kat Kampung Memali ni sampai 21 haribulan je..
Sigh~

Lastly, Al Fatihah untuk semua Syuhada Memali..

Apr 20, 2010

Nenek kepada Ani



Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memanggil seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut di depan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.

Selesai memimpin doa, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"










~ cerita ini hanya rekaan semata-mata~
~ tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia~



Apr 2, 2010

Al-Fatihah......


Salam Takziah buat keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih popular dengan panggilan Din Beramboi..
Beliau meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi di Hospital Selayang Selangor..
Sumber ini didapati daripada blog ondscene dan Diari Fanatik Ekspresi..
Klik untuk kepastian..

Al-Fatihah untuk arwah..

Jan 24, 2010

Sultan Iskandar VS Haji Mukhari


Same-samelah kita doakan pemergian mereka
Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi
Rahmat yang Maha Agung
InsyaALLAH
Amin

Al-Fatihah




Sultan Iskandar (22 Januari 2010)
Haji Mukhari (23 Januari 2010)