We're Here

Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Mar 15, 2013

Permintaan

Dalam doa kita selalu minta ;
Ya Tuhan, murahkan rezeki aku ; tambahkan rezeki aku ; permudahkan rezeki aku ;
Tapi kita selalu makan tak habis.
Rezeki yang dah ada depan mata tu pun kita tak habiskan, rasa-rasa Tuhan nak tambah ke rezeki kita?

Dalam penceritaan lain, budak kecik (anak/adik) minta gula-gula sedangkan dalam mulut, tangan dia masih ada gula-gula..Agak-agak kita nak bagi gula-gula kat budak tu?

Aku bukan menyamakan sifat manusia dengan Tuhan, cuma ada logiknya di situ..

Jangan kufur nikmat..
 
 

Feb 14, 2013

Sejarah

Dasawarsa ini, kita sering melihat kelompok anak-anak yang sangat muda atau lebih tepat, anak-anak setahun jagung menceburkan diri dalam perihal politik dan permaslahatan negara..Terdapat pelbagai pandangan yang mengatakan perkara tersebut baik dan buruk..

Berkenaan politik, aku kurang peduli..Apa yang aku kisahkan adalah bagaimana guru-guru menangani anak-anak setahun jagung ini..

Baru-baru ini, aku terlihat berita di media perdana yang menyatakan tentang Mat Indera..TERlihat bermaksud tak sengaja..Mereka masih lagi menegaskan bahawa Mat Indera adalah pengkhianat negara yang terlibat dalam serangan di Balai Polis Bukit Kepong satu masa dahulu..

Aku bukannya arif sangat dengan tokoh ini, tetapi berdasarkan bacaan dan penceritaan daripada sumber-sumber lama didapati beliau ini bukanlah seperti yang diceritakan oleh media perdana..Aku tidak membenarkan atau menyokong sepenuhnya cerita yang aku dapati, cuma terfikir jika anak-anak setahun jagung ini terbaca atau tahu kisah sebenar tentang Mat Indera ini..Apabila sampai saja tajuk Mat Indera dalam pelajaran Sejarah di sekolah, pasti mereka akan bertanya dengan bersungguh-sungguh kepada guru Sejarah mereka..

Dalam keadaan begini, apa yang guru-guru boleh lakukan?

Mungkin yang bertanya itu adalah saudara-mara atau keturunan jauh kepada Mat Indera..Pastinya mereka kecewa dan berkecil hati apabila moyang mereka ini dilabelkan sebagai pengkhianat negara..

Aku tak berniat untuk mengulas panjang hal ini..Apa yang aku harapkan adalah ketelusan Kementerian Bersepadu Sekolah dalam menghasilkan buku sejarah yang berkualiti dan tepat..

Jika benar cerita itu, maka buktikanlah kebenarannya dengan bersungguh-sungguh..Kita perlu prihatin terhadap masa depan anak-anak setahun jagung ini,jangan biarkan mereka memberontak dengan perihal sejarah yang tidak jelas..Dunia anak-anak ini lebih pantas daripada zaman kanak-kanak kita..Maklumat di hujung jari katanya..

Feb 20, 2012

Momok

Seringkali anak-anak kecil dimomok-momokkan dengan perkara yang tak masuk akal..Tujuan anak-anak ini dimomok adalah untuk menyekat kelakuan atau memberhentikan perbuatan yang pada kaca mata kasar ibu bapa adalah tak betul..

Contohnya anak itu mahu berjalan ke luar rumah untuk melihat suasana keliling rumah..Ibunya menyergah ;
Hah jangan keluar, nanti kena gigit dengan miaow besar (kucing)..!!

Maka takutlah kanak-kanak itu dengan kucing sehingga dewasa..Keadaan itu semakin buruk dan sangat menjijikkan apabila ; sebenarnya si ibu itu sedang bermalasan di depan tv sambil tengok siaran ulangan AF18 buat kali ke 5..

Biarkan anak-anak main pasir, tapi pastikan anda ada di samping mereka..
Paling kiri itu anak jiran,aku tak tau nama dia..Dua lagi anak sedara aku..
Yaya (baju pink) dan Fatin (baju hitam)..

Kepada ibu bapa, pada sekian-sekian umur, anak kecil ini berada pada tahap tertinggi untuk explore keadaan sekeliling..Maka rajinkanlah diri untuk memerhatikan anak itu..Biarkan anak itu menyentuh, memegang dan merasai apa di sekitarnya asalkan tak mendatangkan mudarat dan dibawah pengawasan anda..

Memang kadang-kadang ibu bapa sangat sibuk dengan tugas harian ; contohnya si ibu sedang memasak tetapi anak kecilnya itu berkeliaran tanpa pengawasan..Maka perlulah dimomok anak itu supaya boleh dikawal batasan anak itu..Tetapi jadikanlah momokan itu sesuatu yang logik dan bermanfaat untuk anak itu aplikasikan menjelang dewasa kelak..

Aku tak dapat berikan contoh-contoh momokan yang logik setakat ini, tapi ia boleh direka dan disesuaikan mengikut keadaan..Sama-samalah kita doakan anak-anak kita supaya dapat dihidupkan dalam keadaan yang sempurna..

[sedikit ilmu]