We're Here

Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Jun 27, 2016

Putera Seri

Khabarnya Putera Sang Licik menyelinap pulang ke negeri Tembangi kerana terlalu rindu akan tempat asalnya itu. Adapun Putera Sang Licik tidaklah mahu menonjolkan diri kepada jelata, hanya berkisar sekitar teratak Putera Seri sekadar melepas rindu.

Puteri Si Licin juga sudah berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain memperjudi hati. Dari Tembangi ke Jangkang ke Bukit Lajel ke Tembuloh ke serata Wilahar Lengasor.

Tanggal hari yang ke sepuluh purnama setelah terpisahnya mereka, gerak hati masing-masing membawa mereka ke Laluan Matahari; laluan utama yang menjadi penyambung negeri-negeri utama di Wilahar Lengasor.

Bertembung dua susuk tubuh yang dulunya bersatu sebelum terpisah. Menjengkelkan tabiatnya kerana terlalu lama tidak bersua. Tidak banyak yang dapat terluah dari hati masing-masing. Terhela nafas panjang menghadap bulan. Merewang fikiran, melayang angan.

Sapaan di Laluan Matahari itulah yang terakhir kalinya sebelum tercampak semula hati Sang Licik dan Si Licin ke Ulu Bangsu dan entah ke mana-mana negeri lagi...

Biar patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda ke mari

Jun 8, 2015

Ulek Mayang

Lagu nelayan.
Mengenai 7 semangat bidadari laut yang cantik. Apabila ada nelayan-nelayan dalam kesusahan dan hampir lemas, semangat ini akan menyelamatkan mereka. Semangat ini membawa nelayan-nelayan itu pulang ke dunia bunian untuk dipulihkan tetapi akhirnya mereka jatuh cinta dengan nelayan-nelayan tersebut.

Cinta yang terlarang. 
Semangat itu yang berasal dari laut, dan nelayan-nelayan dari darat.
Nelayan-nelayan itu pulang selepas disembuhkan dan semangat tersebut terpaksa melepaskan mereka.

Kutahu asal usulmu,
Nasi berwarna hamba sembahkan.
Yang laut balik ke laut, yang darat pulang ke darat.
Kutahu asal usulmu,
Nasi berwarna hamba sembahkan.

Apr 16, 2015

Sang Kapetan

Dan terbanglah Sang Kapetan berlegar-legar di awan mencari mangsa. Kalakian mangsa yang di cari perlu beranjak seorang diri dari satu tempat ke tempat yang lain.
Hatta sekilas tumpuan berpusat pada Arjuna Hayat yang memencil langkah tanpa ada teman lain. Ditangkap pergerakan Arjuna Hayat oleh sepasang mata Sang Kapetan. Menggelungsur laju membelah angin turun merendah ke bumi lalu disambar Arjuna Hayat.
Kuku bertemu kuku, tercengkam Arjuna Hayat menggelupur mencoba melolos diri. Sang Kapetan meluncur ke sarang memaut Arjuna Hayat yang separuh nyawanya.
Maka lenyap Arjuna Hayat dari pengetahuan sahabat handai.

Sep 8, 2014

Nota untuk perempuan yang ranap.

Perempuan ni, memang beban perasaan/jiwa nya besar. Sebab kita dicipta untuk serap semua kesakitan dalaman dan simpan. Sebab tu perempuan ni, kena dekat dengan tuhan. Bila nanti kita dapat anak, kita kena tengok dia sebagai kurnia dari tuhan. Kena sentiasa ingat, tuhan tu adil, tuhan tu maha besar.

Lelaki besar tanggungjawabnya. Dia yang tanggung dosa kita. Sebaik akad diterima sah, segala perbuatan kita, akan dikira sebagai tanggungjawab dia. Ada lelaki perlekeh, ambil kesempatan. Aku lelaki, aku ada hak buat apa saja. Memang, betul. Tapi lelaki yang betul2 boleh digelar khalifah takkan sanggup sakitkan hati seorang perempuan. Betapa syaitan itu merata, tapi dia tahu tuhan itu ada. Dia tahu juga harga sebuah kesetiaan seorang isteri, dia tahu hargai.

Ini kita bercakap bila sah sebuah hubungan lelaki dan perempuan. Bila lafaz, aku terima nikahnya sekian sekian sudah sah.

Jadi pada hemat aku yang tak tinggi ilmu mana, waktu berkasih, memang, kita sanggup beri apa saja, ubah apa yang dia nak kita ubah. Sebab kita perempuan, pegang pada janji dan harapan yang kita dan dia akan sampai ke tahap dia terima kita sebagai isterinya yang sah. Tapi tuhan itu maha besar, jangan lupa. Jodoh itu ditangan dia. Jadi bersederhanalah. Banyakkan bersabar, sebab kita memang susah nak buang perasaan yang dah bercambah akar dalam hati, jujur, aku pun sama. Tapi bersabarlah dan ingat, kata-kata tuhan yang lebih muktamad dari kemahuan kita. Jadi, ikhlaskan hati, kalau nak buat apa-apa, jangan diharap sangat pada balasan seorang lelaki atas nama bercinta. Ego tinggi kelangit, takkan begitu saja dia buang kelaut sebab kita. Tak ada sebab yang kukuh pun kita nak paksa dia ikut kehendak kita sebab tak ada hak dan ikatan yang sah. Dia pun sama keatas kita, jadi vice versa.

Kalau rasa sayang, dan rasa apa yang dia nak dari kita tu untuk kebaikan, apa salahnya. Kalau rasa dia yang terbaik untuk kita, kuatkan hati, tabahkan jiwa, banyakkan bersabar.

*

Seorang lelaki, bila aku utarakan yang aku hilang percaya dan tak berharap yang dia akan berubah, bilang, akan tiba masanya bila dia berubah, that is pada saat dia lafaz, aku terima nikahnya Sipolan binti Sipolan sekian-sekian Aku diam, dan senyum. On that particular moment, bahagia yang aku rasa cuma disurface sahaja. Sebab deep inside, aku tahu, susah untuk aku sendiri percaya dengan semua tu. Tapi on one side, aku tahu juga kalau betul apa yang dia kata, aku pun pada waktu lafaz itu sah, wajib terima baik dan buruknya dia, tak ada pilihan untuk lari lagi melainkan jika memudaratkan diri.

Islam itu indah, dan dalam. Muhasabah diri, dan kau akan jumpa  pada setiap yang terjadi, adalah atas pilihan sendiri. Baiknya segala ketika adalah dari Dia, buruknya adalah pilihan kita. Banyakkanlah senyum depan orang yang sakitkan kau tu. Senyum walaupun hati kau ranap. Kau patut tahu yang senyuman waktu itu yang paling berbisa buat dia. Dan berdoalah yang dia sedar yang begitu kuat kau boleh teguh setia disamping dia dan worth it untuk dia.

Bersabarlah, kata-kata tuhan itu tetap, akan ada ganjaran untuk kita di kemudiannya. God's willing.

Aug 18, 2014

Ceritera Sang Licik dan Si licin

Maka tersebutlah kisah di sebuah negeri bernama Tembangi, terbinanya sebuah teratak indah di sempadan negeri antara Tembangi ke Jangkang. Adapun teratak itu adalah milik Putera Sang Licik yang berketurunan Raja Jauhar. Teratak Putera Seri yang dihadiahi Raja Jauhar kepada anakanda tersayang Putera Sang Licik itu dijadikan tempat bersanggah kaum kerabatnya.
Dipendekkan ceritera, maka bertentanglah mata Putera Sang Licik dengan Puteri Si Licin setelah sekian lama tidak berkhabaran. Pandangan yang mendalam itu telah menggelojak hati mereka untuk lebih terpaut walaupun selama ini mereka mengenali antara satu dengan yang lain. Maka bermula dengan pantas bibit perchentaan antara mereka namun panas tidak sampai ke senja, hujan pula di tengah hari. Disangka mereka chenta ke bulan akan terus terlangkau ke lain galaksi tapi terpanah petir di tengah laman. Pasang surut air sudah terjangka, pasang surut chenta terdetik sekilas cuma.
Kendatipun, pasangan sejoli itu masih menyimpan perasaan. Kesakitan yang dialami oleh mereka amatlah mendalam cocokannya sedalam tusukan keris Anak Alang ke sarungnya, padat dan terkesan geseran ke sekeliling hulunya. 
Rasa-rasa chenta yang kembang mekar di taman terpaksa dikuburkan karena pelbagai halangan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Merpati sejoli itu terpaksa perlahan-lahan melupakan kisah manis masam masin mereka suatu ketika dulu.
"Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda"
"Adinda bersumpah, jika kekanda tidak kembali, adinda akan menyusur kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama"
"Layar berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang. Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama" 
"Cinta datang tanpa diundang, seumur masa tercipta"
"Dia datang bagai sakti, bagai menyaksi mekar, kembang pagi"
"Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda ke mari"
"Adinda anggap sebagai janji"
“Di darat bulan terang, di laut air pasang, usah ragu usah bimbang, sampai masa mata pasti bertentang”

"Bagai pungguk rindukan bulan, enggan menggapai, tidak terjadi"

"Bila mana yang hidup, pergilah kamu sejauh mana pun kelak akan kembali. Bila mana yang mati…..”

“Tidur biar diteman bulan. Biar mimpi indah. Seindah kebulan”

Terngiang-ngiang lagi madah cinta pujuk rayu tiap kali mereka kesunyian. Adapun mereka amatlah menggemari cahaya bulan purnama yang indah dan mereka sering bersama untuk menatap keindahan bulan sambil berangan-angan mahu terbang ke bulan.
Lena Putera Sang Licik tertampar dengan percikan air laut. Putera Sang Licik bingkas dari tempat peraduannya, berdiri melihat lautan di keliling yang samar-samar diterangi cahaya bulan purnama. Keadaan laut yang tenang tidaklah sepertimana hatinya yang lara; sambil terumbang ambing kapalnya dipukul ombak kecil.
Pengakhiran kisah mereka tidaklah diketahui bagaimana apabila Putera Sang Licik mengghaibkan susuk tubuhnya yang makin reput menunggu tarikh luput, dari terpandang oleh semua kenalan di Negeri Tembangi dan negeri-negeri yang berhampiran. Ada yang mengatakan bahawa Putera Sang Licik pergi belayar bebas ke lautan luas demi mendapatkan pandangan indah setiap kali Bulan mengambang. Ada juga yang mengkhabarkan Putera Sang Licik meredah belantara ke puncak tertinggi di Tanah Malaya untuk menyendiri.
TAMMAT.

Oct 30, 2013

Burn Bin Najib

Hidup Burn Bin Najib tak seperti yang disangka selepas mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam SPM..Beliau "struggle" untuk meneruskan kelangsungan hidupnya dan menyara adik serta ibunya di kampung..Kehidupan di Kuala Lumpur banyak memberi kejutan kepada beliau sehingga beliau tercungap-cungap bernafas dalam kesibukan metropolitan..

Burn Bin Najib mahukan hak yang tepat untuk dirinya dan terus berjuang demi menidakkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berjawatan tinggi..Namun begitu, beliau perlu melalui pelbagai proses yang sukar untuk melawan penyalahgunaan kuasa ini sehingga beliau menggunakan kekerasan sebagai jalan pintas..

Suara kecil Burn Bin Najib tidak dipedulikan oleh sesiapa pun, maka tekanan demi tekanan yang terpendam akhirnya menghasilkan keputusan yang kurang bijak untuk menyelesaikan persoalan tersebut..Kuasa Tuhan juga yang paling tinggi, Burn Bin Najib terus rebah daripada berdiri..

"Abang ni mesti orang bijak pandai..Orang bijak pandai memang duduk kat tepi tangga panas macam ni, hisap rokok sorang-sorang..Kalau Abang tak bijak, mesti abang tengah duduk dalam pejabat, ada aircond, pakai smart-smart, kan?" - Gelandangan

*****************************************

Masih ramai yang merempat dalam negara sendiri sedangkan Pak Menteri masih tenang memberi ucapan sambil berdiri..Jangan sampai rakyat bersatu hati menjadi Burn Bin Najib, diletakkan parang pisau di leher Pak Menteri..Sampai masa begitu, negara sudah haru-biru..Siapa mahu ambil jawatan? Terus saja dilepaskan..

******************************************



Burn Bin Najib merupakan watak dalam Filem Jalan Pintas arahan Namron yang diterbitkan oleh RAT Production dan Hyper Pictures..
 
 

Oct 8, 2013

Zainuddin Anak Tok Batin

Alkisah maka tersebutlah kisah, Zainuddin dipelawa untuk mengetuai satu pendakian ke puncak Tokwan untuk mengambil berkat bersempena peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal tiba tidak lama lagi..Melihat kepada susuk tubuh Zainuddin yang besar dan matang lebih dari usianya, dia lebih selesa dipanggil Abang Din oleh pendaki-pendaki lain walhal mereka lebih tua daripada Zainuddin..Beliau hanya tersenyum sinis..

Maka pendakian bermula kira-kira jam 4 pagi tatkala hujan renyai-renyai membasahi susuk tubuh setiap pendaki..Zainuddin kelihatan berbeza dengan pendaki lain yang mengenakan pakaian lengkap berlampu kepala, bersarung tangan..Zainuddin sangat cool dengan t-shirt lengan panjang, berseluar slack, ber-headphone jenama Beats, berkaki ayam dan tidak menggunakan lampu kepala walaupun keadaan hutan yang sangat gelap..

Zainuddin merupakan antara anak Tok Batin Kampung Sungai Sengkuang yang bijak dan menjadi pujaan setiap gadis di kampung berkenaan..Dengan bermata kaca, Zainuddin kelihatan begitu educated dan up-to-date kepada perkembangan semasa..Maklumlah baru berkenalan dengan dunia tanpa sempadan, internet..Dikatakan juga Zainuddin sedang mempelajari shapel hardstyle yang ditonton dari youtube minggu lepas..

Sepanjang pendakian, Zainuddin menyanyikan lagu Pusara Di Lebuh Raya, Lamunan Terhenti, I'm Yours, When I Was Your Man, Mirror dan lagu-lagu justin Bibiaq untuk menampakkan ke-hipster-an beliau kepada pendaki lain..Tidak lupa juga lagu-lagu Selena Gomez dan Backstreet Boys..Ada ketika yang Zainuddin bershapel sambil mendaki, mungkin sedang mendengar lagu Everyday I'm Shapelling..

Zainuddin Anak Tok Batin begitu gembira dengan kehidupannya sekarang tapi sehingga hari ini, beliau masih tiada alamat emel kerana buntu memikirkan nama yang sesuai untuk emelnya itu..

Bantulah saudara kita ni untuk membolehkan beliau menikmati kehidupan yang sejahtera seperti kita..Berikan cadangan nama emel yang sesuai dengan beliau di ruangan komen..

Mar 15, 2013

Permintaan

Dalam doa kita selalu minta ;
Ya Tuhan, murahkan rezeki aku ; tambahkan rezeki aku ; permudahkan rezeki aku ;
Tapi kita selalu makan tak habis.
Rezeki yang dah ada depan mata tu pun kita tak habiskan, rasa-rasa Tuhan nak tambah ke rezeki kita?

Dalam penceritaan lain, budak kecik (anak/adik) minta gula-gula sedangkan dalam mulut, tangan dia masih ada gula-gula..Agak-agak kita nak bagi gula-gula kat budak tu?

Aku bukan menyamakan sifat manusia dengan Tuhan, cuma ada logiknya di situ..

Jangan kufur nikmat..
 
 

Feb 6, 2013

Pagi yang gelap kini sudah cerahnye pun adui ter berrr

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..

Yang dihormati sidang hadirin sekalian..
Berdirinya saya di sini adalah untuk mendebatkan isu yang hangat diperkatakan seluruh warga negara sejak kebelakangan ini..

Kenapa harga kertas recycle hanya 20sen sekilogram sedangkan kalau beli testpad di kedai harganya mencecah dua hingga tiga Ringgit Malaysia?

Ok kita lupakan seketika perihal kertas itu..

Cerita dia sekarang ni , kenapa kau gunakan nama gunung dalam program kau sedangkan dalam tentatif takde langsung masa untuk memanjat?
Cuma yang ada menjelajah gua sekitar kaki gunung..
Tentatif yang lain macam haram, siap ada sesi muhasabah diri,persembahan kumpulan,sesi hari lahir bla bla bla silaturrahim bla bla bla....
Kali terakhir aku ikut program macam ni masa kem motivasi sempena PMR..
Apa salahnya kau namakan program kau XPDC Menjelajah Gua Di Sekitar Kaki Gunung sambil Bermuhasabah Diri dan Kempen Pilihanraya bersama JKKKK Kampung Laut..
Takdelah aku rasa tertipu dengan program kau yang konon-konon untuk belia..
Takpelah, aku halalkan duit yuran aku sebab aku lagi sayang masa tiga hari aku berbanding yuran tu..

Selamat Tinggal Donia

Sekian, wabilahitaufikwalhidayah..
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..



Oct 5, 2012

Siri 9 Dollah


Mak Dol : Dol, mari sini.. Mak ada cerita nak ceritakan pada kau..

Dol : Cerita apa mak?

Mak Dol : Tajuk cerita ni, Anak Itik yang Hodoh..Mak cerita ni sebab mak tahu kau selalu kena kutuk-kutuk kat sekolah kan..Che'gu pon pandang rendah pada kau..

Dol : Mana mak tahu?

Mak Dol : Mak kan stalker terhebat abad ni..Mestilah mak tahu..Mih Mih Mih Mih

Dol : Eh mak ni bergurau pulak..Dol sumpit kang jap lagi..Hah cepatlah cerita mak..

Mak Dol : Ok, cerita dia bermula begini..Di dalam sebuah reban, tinggal seekor Ibu itik dengan 7 ekor anaknya..Semua anak itik itu berwarna kuning kecuali seekor anak itik berwarna kelabu..Ibu itik sendiri berasa hairan, kerana anak itik berwarna kelabu itu agak besar berbanding dengan anak-anak itik yang lain..Disebabkan warna dan saiznya yang berbeza, anak itik ini sering diejek dan dipersendakan oleh anak-anak itik yang lain..Mereka memanggilnya Anak Itik Hodoh..Anak itik hodoh ini berasa sedih dan terhina..Pada suatu hari, anak itik hodoh ini melarikan diri dari reban tempat tinggalnya..Dia ingin mengetahui siapa ibu bapanya yang sebenar..Dia bertanya kepada burung-burung dan ayam siapa ibu bapanya..Burung-burung dan ayam tersebut tidak dapat memberikan jawapan..Suatu hari, setelah penat berjalan, anak itik hodoh pergi ke tepi kolam untuk minum air..Dia terkejut apabila melihat terdapat bayang-bayang seekor angsa putih di dalam kolam itu..Rupa-rupanya barulah dia sedar bahawa dia adalah seekor angsa putih, dan bukan seekor anak itik yang hodoh..Beberapa ekor angsa putih yang sedang berenang di dalam kolam itu mengajaknya berenang bersama-sama..Kini angsa putih yang cantik itu tidak berasa sedih lagi, kerana kawan-kawannya tidak akan mengejeknya lagi.

Dol dengan wajah yang bersinar-sinar pon terus menuju ke arah cermin di dalam biliknya untuk melihat wajah sebenar beliau........

Hai saya Itik [Sumber : Google]




Sep 11, 2012

Superhero #kaplam in action




*******************
Tuned by
Azam Roy
Antz Joy
Khalis Ikhlas
Rasta Mat

*******************

Jun 28, 2012

Rencana Dan Bencana : Aku Seekor Biawak


Sedang aku melintas jalan menuju ke arah tasik seberang yang menghijau, tiba-tiba ; 'Vrooommm' berdesup laju kereta ni memecut! Mak aih! ikotkan hati aku mahu je aku kejar balik.Tapi aku sabar sebab hari ni aku pose.Aku teruskan perjalanan sambil merenung sepanjang hari dan sambil-sambil lidah terjelir menahan panasnya dunia hari ini.

Mahu tak panas! manusia manusia ni dah tak reti dok diam, asyik menebas dan meneroka.Tamak dan haloba! haa tu tak campur yang merempit lagi, patot la ramai sedare mare aku kene langgar.Tiap-tiap minggu ade yang jadi arwah atas jalan raya tu.

Jadual harianku bagaimana pun tetap sama, maklumlah aku ni sekadar biawak kampung je atau lebih dikenali sebagai 'biawak jagoan kampung'.Aku biasanya dijumpai di Sarawak, Malaysia.Ia terletak kira-kira 70.6 kilometer (44 batu) barat Kuching ibu negeri, sangat dekat dengan sempadan Kalimantan Indonesia. Tapi tu dulu la, sekarang ni bersepah sedare mare aku kat serata dunia (hasil menontong National Geogrhapic). Maaf la lambat sikit kenalkan diri.Tapi aku di sini bukan nak bercerita pasal 'History' aku sekor persekor, tapi perkongsian impian aku dan dugaan aku je.

Siapa tak sedih oi! Hidup aku ni sekadar jilat pagi makan pagi, jilat petang makan petang.Sebab tulah aku berusaha mengumpul tenaga.Siang malam aku berlatih mendaki Gunung Kinabalu tu.Naik berkematu kaki dan tangan aku ni.

Inilah yang dikatakan Jilat pagi makan pagi, Jilat petang makan petang


Hendak dijadikan Al-Kisahnya lah kan, pada satu hari tu aku telah ditangkap.Dorang cakap aku naik gunung tak dak permit! kejadah dia! Aku dikotakkan dan kemudian dibawa kesini.Dan disini aku bahagia.Kenapa?? Kerana impian aku tercapai.

Rupa-rupanya aku ditangkap sebab aku ingin dikaji dan diwartakan sebagai spesis biawak Asia yang baru. Kat sini aku bersama lagi dengan saudare mare seangkatan aku walaupun rupa mereka ni ganas sikit laa.Nama pun da macam komando bhaii! tapi aku panggil dorang komodo aje.Dorang ni baik dan menjaga persahabatan.Aku sungguh bertuah kerana dikurniakan sahabat yang baik dan jauh dari kekejaman Manusia!

Dan akhirnya aku di kepulauan Galapagos! At last Im free from human and the gang! hehe.. kecek omputih skek, name pon oversea boh!

TAMMAT

Penulis asal :  @khalis_ikhlas

Nov 21, 2011

Pengalaman paling "rare" dalam donia

Amaran : Pengalaman ini amat mahal harganya, kau tak mampu miliki walaupun apak kau adalah Sultan negara Beringin Rendang..Sila baca sambil dengar lagu INI..

Cerita bermula dengan...

Pada suatu hari, aku lapar dan pastilah aku perlukan makanan untuk memenuhi nafsu serakah tersebut..Jadi aku pun memulakan langkah dengan memakai baju yang paling hensem dengan harapan aku dapat menawan hati tokey kedai seterusnya mendapat makanan percuma di kedai tersebut..Dalam pada mengenakan pakaian, aku mengajak kawan seangkatan untuk bersama sehala menuju ke arah puncak kekenyangan tapi malangnya mereka hanya terpana dengan godaan donia yang lain..Aku mengabaikan mereka dan terus terkinja-kinja ke arah motosikal kuasa besar (4000cc) aku kerana terlalu lapar..Bila aku lapar memang aku terkinja-kinja, semua tu adalah tindakan saka yang aku bela dalam badan ni..

Seakan beginilah aku terkinja-kinja
[klik gambar untuk kinjaan sejati]


Dengan kelajuan 320km/jam, aku terus menuju ke arah barat daya yang menunjukkan kedudukan mesin ajaib pengeluar duit..Setibanya aku di kedudukan mesin tersebut, dengan wajah yang bengis terus aku menjampi dengan ayat, "Wahai mesin ajaib, berikan aku patbelasribu sekarang!!"..Mesin tersebut meludah aku dengan panah beracun yang terlekat bersamanya sepucuk surat.. Mujur aku sempat mengelak  dan lantas membaca kandungan surat tersebut.."Duit kau tak cukup lahabau, ada tigabelasribusembilanratossembilanpulohsembilan jerr"..Mesin ni punya tegas mengalahkan along bukit beluntong, jadi aku cuma mengeluarkan doblasribu sahaja..

Melihatkan mendung yang berarak, aku terpaksa menunggang motosikal berkuasa besar aku dengan kelajuan bugati veyron, 470km/jam dan cuma mengambil masa kurang daripada 5 saat untuk sampai ke kedai makan yang aku impikan pada jarak 32 marhalah..Walaubagaimanapun, kedai tersebut tutup lantas aku berlari menekup muka ke arah batu besar di tepi jalan sambil menangis teresak-esak..Tindakan itu juga adalah daripada saka belaan aku..Tapi disebabkan saka yang menangis itu kecil lagi, maka saka yang lebih besar memujuk beliau dan terus memaksa aku untuk menggerakkan motosikal ke kedai makan yang lain..Saka dalam badan aku memang ramai, yang latest ni beranak kembar..

Aku gagahkan diri untuk sampai ke kedai makan lain pada jarak 18 marhalah daripada tempat aku menangis tadi dan berbaloi perjalanan tersebut kerana ia tersergam indah..Aku rancang untuk membawa balik saja makanan tersebut untuk santapan dengan aksi bebas di rumah..Kapasiti makanan yang aku perlukan tidak memadai duit doblasribu yang ada di tangan aku..Jadi aku cuba menggunakan ciri-ciri kehenseman aku agar brader tu baik hati menghadiahi makanan lebih untuk aku..Tapi gagal dan aku pasrah menggunakan kesemua duit tersebut seadanya..

Aku pulang dengan hati berbunga riang dan tidak sabar-sabar aku untuk menyantap hidangan tersebut walaupun pada hakikatnya tidak cukup untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah aku..Tidak mengapa, asalkan dapat aku makan dengan gaya bebas di rumah..Setibanya aku di rumah, isi perut rumah aku semuanya tiada dan kemuncaknya adalah aku tiada kunci rumah..Aku menggunakan bom c4 untuk meletupkan pintu rumah,tapi malangnya tidak berjaya kerana pintu rumah aku telah direka oleh pakar bom Rusia..Kekecewaan berganda menyeliputi diri aku, tapi semangat aku untuk beraksi bebas masih membara..Jadi aku meneruskan semuanya seperti dalam perancangan..

Aksi bebas tersebut memerlukan ketangkasan dan kecekapan tahap dubuk..Alat-alat yang diperlukan adalah motosikal berkuasa besar (4000cc), air basuh tangan dan makanan berharga doblasribu..Untuk menambah kesayuan ketika di perantauan, pastikan ada majelis kawen India di kawasan berdekatan rumah kau dan mereka perlulah berkaraoke..Ya aku ditemani nyanyian yang syahdu daripada mereka dan aku hampir hafal keseluruhan lagu kerana mereka memang suka menyanyi lagu yang sama dan didendangkan oleh orang yang sama juga..sampai sekarang, aku masih lagi terkumat-kamit menyanyikan lagu-lagu tersebut..

Inilah pengalaman paling rare pernah aku alami sepanjang 17 tahun hidup di muka bumi ciptaan Tuhan..Aku rasa Aleen Aiden macam pernah cerita pasal pengalaman rare beliau, tapi malas aku nak mencari balik..Aku pasti peminat beliau akan terkinja-kinja juga kerana menyangka aku meniru penceritaan beliau..Maafkan aku dan apa yang aku boleh katakan, cerita aku ini tidak ada kena mengena dengan beliau..Bak kata pepatah, "Jauh panggang dari punggung"..
.
.
.

Oct 29, 2011

Kawan-kawan

Aku seorang peminat irama kepop jepop, penggemar cekelat daim dan pengguna belekberi..

Ada seorang kawan aku diberi nama Jamal..
Seronok aku berkawan dengan Jamal ni pasal beliau ni layan lagu-lagu kepop jepop..Seong Bang Ngang, Mang Kok kiat, Chua Boon Siew, Wong Gee Lor, Luw Chee Bhai dan lain-lain penyanyi kepop jepop ni memang kami minat sangat-sangat taw.. Kami dah like banyak-banyak kat fan page pesbuk diorang ni..
Walaupun beliau ni bapok, tapi aku suka je berkawan dengan beliau ni sebab beliau je lelaki yang minat irama jepop kepop kat unibersiti aku ni..
Yela, bapok pon beliau masih manusia taw, ada hati dan perasaan.. Tak baik kita asingkan diorang dari hidup manusia normal.. Kita kena la paham perasaan diorang si bapok-bapok ni, support diorang untuk terus hidup..
Pernah satu hari tu beliau ajak aku buat pekerjaan meniup, aku terpaku terkaku tak tahu nak buat apa dah.. Jadi aku relakan saja la apa yang dia buat, yela kan kawan aku.. tak bestlah kalau kecewakan hati kawan sendiri.. Dah la selalu sangat beliau belanja aku makan kat kedai mahal-mahal seperti setarbak, pizahak-tuih, kayepsee dan lain-lain..
Aku pasrah dan sanggup aku berkorban apa saja untuk kawan aku sebab beliau sajalah teman seirama kepop jepop aku kat unibersiti aku ni..

Aku punya kawan lagi sorang namanya Milah..
Beliau ni pula penggemar cekelat daim sama macam aku..
Aku memang taksub sangat dengan cekelat daim ni pasal dia punya rasa memang boleh buat aku khayal macam kena kapal selam..
Kami selalu ke Langkawi bersama semata-mata nak dapatkan cekelat daim kat sana walaupun jarak Langkawi dengan unibersiti kami melebihi 750 batu..
Kami sanggup tak makan apa-apa seharian asalkan dapat makan cekelat daim yang lazat itu..

Ini cekelat daim yang kami gilai


Pernah sekali tu ada seorang kawan kami ambil kami punya daim seketul tanpa pengetahuan kami, akhirnya budak tu masuk sepital sebab kami lempang budak tu dari kiri membawa ke kanan serta dari atas meleret ke bawah.. Dipercayai dagu kawan kami tu beralih ketepi seiring tingginya dengan paras hidung..
Jangan main-main dengan daim kami ok?? 

Aku suka berkawan dengan Azmi sebab beliau mempunyai belekberi torch..
Kalau aku lepak dengan beliau, dari malam membawa ke pagi pon masih melepak lagi.. Kadang-kadang tu tak bercakap apa pon, masing-masing mengadap belekberi je maen pesbuk, tuihter, bibi'em.. Kami borak dalam laman sosialan je la.. Yela henpong canggih-manggih mahal-mahal membazir la kalau tak digunakan..
Kami merupakan teman sebilik di unibersiti..
Tahap keobsessan kami dengan belekberi sampai berak jamban sebelah-menyebelah pon bibi'em, nak tanya dah abes ke belom..takkan nak jerit-jerit plak kan..kalau nak ajak keluar makan pon kami bibi'em je walaupun jarak kami sejengkal cuma.. Bukan apa, kadang2 Azmi tengah pakai teleponkepala (headphone) melayan lagu-lagu belekmetal.. Aku taknak la ganggu beliau, sebab tu aku bibi'em je beliau.. Risaw juga kalau tengah si Azmi hentak-hentak kepala layan lagu, dia kokak kepala aku..
Tahap obsess Azmi dengan belekmetal ni kadang-kadang sampai bawak balik kepala kambing dalam bilik, pasang lilin, macam nak buat ritual..
Hah kalau bab lagu memang aku pesongkan terus nilai perkawanan aku dengan beliau..Mane boleh masok jepop kepop ngan kepala kambing kan?
Jauh panggang dari punggung..


ini contoh irama kepala kambing yang asas

*nama-nama diatas tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia..
*aku diatas juga hanya rekaan semata-mata..
.
.
 

Aug 23, 2011

Busking

Busking itu maen gitar depan orang ramai kat tempat awam..
Kira macam pemusik jalanan la lebih kurang..
Takde ape sangat yang guwa nak cerita, cuma masukkan gambar2 member guwa busking haritu..


Si lelaki itu Ben namanya, kawan lama guwa..
Dia sekarang ni duk melepak dengan guwa, cuti panjang katanya..
Ahli perniagaan macam dia memang sibuk sikit..
Kat SINI ada maklumat lagi pasal Ben..

Si gadis itu Lea namanya..
Dia orang seni dan sangat berbakat dalam seni..
Dia tak single, rasanya la..
Kat SINI ada maklumat lain pasal Lea..


Terima kasih Anish kerana menolong guwa edit gambar..

Jun 16, 2011

Terang bulan

Malam ini bulan terang..
Ini bukan nak cerita pasal lagu terang bulan..
Tak tau lagu terang bulan??
Pegi belajar sejarah cepat..
Taipan untuk entri ini sangatlah drastik..
Aku menaip pada lapan minit sebelum jam 12..
Bila jam 12, tarikh akan masuk ke 16.06.11..
Cantik tarikh tu macam cantiknya bulan malam ni..
Aku nak publish taipan ini sebelum jam 12 jugak..
Ada lagi 6 minit..
Apa lagi yang aku nak ceritakan??
Bulan cantik, terang, penuh..
Hati aku tenang melihat bulan walau badai melanda jiwa dan raga tatkala "kekasih-8-tahunku" sedang dirawat di "hospital"..
Aku ada 4 minit lagi..
Apa lagi ceritanya??
Cuma ucapan selamat buat semua umat manusia..
Hiduplah terus dengan cemerlang..
Perangai tu elok2 sket..
Jangan pentingkan diri sangat2, kalau sket2 tu ok la..
Lagi 3 minit..
Ok lah, selamat semuanya..
Selamat hari kelahiran kepada semua yang lahir pada tarikh cantik ini..
Aku terus menaip tanpa membaca balik apa yang ada kat atas..
Seminit lagi..
Ok, masa mencemburui kita..
Selamat, selamat semuanya..

May 17, 2011

Fenomena

Guwa melayan cerita abang dol dengan dak apis..
Ala cerita abang dol yang penggali kubur tu..
Lupa ke??
Mungkin tak ingat sangat kan??
Cerita tu tak di wayangkan sebab tu agaknya ramai yang tak ingat..
Tapi pernah jadi fenomena jugak buat beberapa ketika..
Cuma sekejap sangat fenomena tu..

Cerita adnan sempit keluar, hampir setiap baris ayat yang sam sebut tu jadik bahan bicara seluruh pelusuk bumi..
Terbaru cerita hantu kak limah, sampai sekarang ni masih disebut-sebut pasal usop wilcha tu tak kira siapa dan di galaksi mana mereka berada..
*hiperbola

Fenomena dan pengaruh cerita adnan sempit dan kak limah (lebih tepat usop wilcha) sangatlah besar sehingga pada mana-mana peringkat umur sekalipun mereka tahu tentang braDER sam dan usop WILCHA..

Apa yang guwa bimbang adalah kanak-kanak bawah umur yang kepaleotaknya belom mampu menapis mana yang baik dan buruk..
Depan mata guwa terjadi apabila seorang budak menyampok perbualan apaknya dengan ... "ayah kite bakor je kite bakor"..
Ye kita nampak seperti kelakar dengan telatah anak kecil itu..
Tapi rasionalnya, anak itu sangat biadab..
Bukan sekali dua guwa terserempak dengan perkara macam tu tapi banyak kali..
Itu belum lagi pasal seorang anak yang pada pengamatan guwa umurnya 7-8 tahun, memanggil apaknya dengan perkataan "DER"..

Sebenarnya fenomena adalah undian majoriti dan kita adalah pengundi dan penyokongnya..
Apabila ramai yang menyokong, maka bermacam provokasi dan propaganda yang akan berlaku..
Hasilnya juga kita yang tentukan..
Amat malang apabila terlalu sekejap fenomena abang dol ketika itu..
Fenomena yang baik seperti abang dol itu perlu diteruskan sebenarnya dan kita yang perlu mempromosikan..

Jadi semua mari bersama guwa ucapkan ;

Subhanallah wa Alhamdulillah wa La-ila-ha-illa-Allah
Allahuakbar 

Ucapkanlah sebanyak mana yang termampu seperti kita sering mengucapkan perkataan "DER" atau "ce cite ce cite"..

Abang dol yang tabah

Ketabahan Abang Dol menjadi pendorong kehidupan  
TERIMA KASIH ABANG DOL!!!

Apr 7, 2011

Terangkat

Memang terangkat beb [sumber]


Idea asal dari sini..

Terma itu sangatlah guwa tak boley terima..
Adik angkat..
Abang angkat..
Akak angkat..
Mak angkat..
Apak angkat..

Sebab..

Lu dah ada....
Adik kandung..
Abang kandung..
Akak kandung..
Mak kandung..
Apak kandung..

Jawatan yang wajib tu pon lu tak boley nak jaga, nak fokus, nak berkasih nak bersayang..
Kenapa perlu kejar jawatan angkat dan sebok2 nak berkasih sayang??

Nak tambah kenalan??
Nak eratkan silaturrahim sesama insan??
Sebab akak abang kat umah tak layan lu??
Sebab adik kecik lagi kat umah??
Apa lagi alasan??

Penjelasan wa tetap sama..
Lu jaga akak lu, abang lu, adik lu, mak apak lu kat umah tu dulu..
Dah puas ke berkasih sayang dengan depa suma tu??
Tipulah kalau lu cakap dah..
Lu dah puas peluk cium mak apak lu??
Pernah cakap I love you kat mak apak, abang, akak, adik lu??

Sebenarnya lu yang gedik kan??
Mengada-ngada nak adik, abang akak angkat yang comel kote lote..
Konon2 hot stuff la kan..
Nak jadik orang yang paling glamer kat sekolah..
Ngaku je lah..
Jangan nak berdolak dalih lagi..
Biasalah budak2 baru nak naik kan..
Baru akil baligh, dah rase macam brader2 sister2..

Koroe cakap macam ni ;
biasanya angkat2 ni function dia sama macam cop la. cuma budak2 tak paham.
mula2 angkat2 dulu sebab malu nak mintak kapel.
lepas dah macam oke je dengan awek tuh, apa lagi, angkat kain, masuk semak, layan.......

UTAMAKAN YANG UTAMA 

Pernah satu ketika member guwa ajak pergi program keluarga angkat..
Guwa bukanlah anti sangat ngan program macam tu..
Lantak pi lah depa nak buat apa pon kan..
Guwa cuma malas n tak minat nak join..
Tapi member guwa boley plak dok bebel kat guwa cakap guwa ni tak campor masyarakat lah hape babi lagi ntah..
Dengan lafaz basmalah, guwa memulakan sesi mentarbiyah member guwa dan member guwa tak jadi join program tu pasal dia rasa prinsip guwa pasal benda ni betol..
Guwa tersenyum manja selepas itu..

Tapi, prinsip ni tak boley diaplikasikan kepada mereka yang sebatang kara kat muka bumi ni..
Kalau anak tunggal tu, pastu mak apak plak busy kerja, cariklah kawan2 yang umur lebey tua sebagai tempat mengadu domba..
Kang gila plak sekor2 hidop kat umah..
Cari kehidupan kat luar dan berpadalah..

Ingat, hidup jangan nak gedik sangat, jangan nak glamer sangat, jangan nak over sangat..
Berpadalah untuk hidup..
Nanti ada yang tak puas hati, kan dah jadik masalah..
Bukan tak boley nak berada pada level tinggi kehidupan..
Sesuaikan keadaan untuk hidup..
Kalau mampu, teruskan..
Kalau tepu, kekalkan taraf hidup normal..

Sekian dari Ustaz Dreadlock-wanabe..

Dreadlock-wanabe??
Kompom mak apak guwa cantas kepale guwa ngan mesin rumput kalau guwa dreadlock..
Hahahaha..

Calow2..

Apr 2, 2011

Amarah panjang

[sumber]

Dua tahun lepas monitor guwa problem pada saat2 genting..
Masa tu nak siapkan projek akhir sem..
Desktop guwa pon ala-ala crash pasal windows..
Projek tu dah 80% siap..
Back-up yang guwa sempat buat masa tu cuma lebeyh kurang 30%..

Jalan penyelesaian :
Guwa pinjam safety boot member guwa yang ala-ala punker tu,
guwa bawak monitor tu pergi belakang rumah then guwa hempas kat tepi longkang..
Masa tu guwa pakai monitor CRT lagi, so letupan yang berlaku agak menjadi perhatian masyarakat setempat yang sedang lena dibuai mimpi indah mahupun mimpi basah..
Pastu guwa henyak2 natang tu sampai hancus berkecai..
Pastu sepak sampai masok longkang.. 

Petang semalam mouse guwa plak problem time saat2 genting dan paling genting ialah guwa tak banyak duit nak abiskan kat pc ni lagi..
Dua minggu sebelum ni power supply main ba-cak-ba, guwa dah tukar..
Semuanya time nak wat benda2 penting..
Time main solitaire taknak plak dia jahanam..
Tapi tuhan tu genius..
Masa macam ni lah Dia uji kita dan nak tengok kita selesaikan persoalan2 hidup ni..

Jalan penyelesaian :
Guwa pakai but bola guwa yang dah koyak tu,
guwa pergi depan rumah then hempas natang tu serta pijak dia sampai lumat sambil maki2 dalam hati..
Dengan mouse yang dah hancus berkecai tu dengan but bola tu sekali guwa buang jaoh2.. 

Guwa maki2 dalam hati jek la pasal mase tu orang ramai kat luar rumah..
Kalau terjerit-jerit kang masuk tanjung rambutan plak nanti..
Dahla masa tu guwa pakai short jek..
Baju guwa tak pakai pasal nak tunjuk body tough macam brader merong mahasuasa..
Guwa buat tak tau jek walaupon ada makcik selang dua rumah dari rumah guwa ngan budak2 kecik maen beskal tengok jek ape guwa buat..
Guwa ingat makcik tu mesti dah minat guwa, sebab tu tergamam tengok apa yang guwa buat..
Jadi guwa pon laju2 masok rumah, sapu bilik, basoh bilik air pastu terlentang terkangkang sambil mata terbeliak mengadap siling macam orang kena sampuk..

Kalau nak diceritakan segala macam permasalahan dan persoalan dalam dunia ni memang tak habis2..
Masing2 dah besar, ada kepaleotak yang disuntik dengan akal..
Gunakan sampai penuh keupayaan chipset tu..
Mana ada jual kat kedai2 pc seluruh dunia bahkan alam cakerawala ni..

Hidup = Masalah 

Tapi banyak hikmah sebenarnya..
Bersyukurlah dengan semua masalah yang datang..
Empat huruf penting yang tersusun begini ;
S >>> A >>> B >>> A >>> R


** Follower 143 guwa = Weed Boys
** Orang kata ; 143 = I love you ; jadi benarlah itu 

Mar 31, 2011

Bebas berubah

Seekor gajah sangatlah mantap paras rupanya dengan muscle yang boley menyebabkan nyawa makhluk lain melayang jika terkena lempangan beliau..
Tapi seekor tikus yang hanya berada di pinggiran bisa menyebabkan kegagahan seekor gajah bertukar menjadi negatif dan serta merta si gajah menjadi sangat pemalu..

Seorang body builder boley menolak kereta proton saga lama yang fully loaded hanya dengan menggunakan sebelah tangan sambil makan kuaci dan ditakuti ketika bertugas di kelab malam kerana pernah menyebabkan seorang pelanggan di kelab malam tersebut koma 3 hari akibat dijentik bertalu-talu di leher dan tenggorokan beliau..
Tapi seorang wanita yang comel bisa membuatkan body builder tersebut menangis teresak-esak setiap malam apabila ditinggalkan tanpa pesan (clash la)..


Takotlah badan macam ni [google]


Seorang pakar motivasi yang tiap2 hari memotivasikan orang belum tentu berada pada tahap motivasi sepenuhnya untuk diri sendiri..
Mengikut pengakuan ikhlas pakar motivasi yang dirahsiakan namanya, beliau cuma dapat bertahan beberapa tahun sahaja sebagai penceramah motivasi..
Menurut beliau ;
Apabila sampai pada satu tahap, beliau akan merasakan seolah-olah kata2 motivasi yang setiap hari beliau lontarkan itu adalah sia2..
Jika pada tahap itu beliau terdemotivasi, maka akan musnahlah karier dan nama sebagai pakar motivasi serta calarlah maruah beliau..
Menurut beliau juga, ramai pemilik nama pakar motivasi yang tidak dapat mengawal kelakuan ketika berada pada tahap tersebut dan telah mencemar duli dunia motivasi..

Bukan mudah untuk hidup ; jadi hidup bukannya mudah..
Bila2 masa hati manusia boleh berubah dengan sebarang sebab yang kadang2 tak masuk akal sebabnya..

Bak kata Matahari ;
Hati manusia rapuh, siap ada gear reverse depan belakang..

Bertahanlah...