We're Here

Aug 22, 2013

Jawapan : Otak Kiri atau Kanan?

Pertama-tamanya Abang mengucapkan terima kasih kepada musibat terbaru yang menulis untuk Abang kat sini..

Lanjut kepada soalan beliau :

Orang cakap otak ada belah kanan dan belah kiri. Tapi siapa tahu otak mana yang berkaitan dengan rasa dalam hati?

Jawapan :

Otak kanan berfungsi untuk perkara yang kreatif, dan tidak rigid atau bebas..

Otak kiri berfungsi untuk simpanan data, kira-kira dan analisa..

Jadi, untuk perkara yang membabitkan hati dan perasaan, penggunaan otak kanan akan dioptimumkan..

Ini kerana otak kanan mampu digunakan untuk perkara yang melangkaui batas contohnya ilham, contengan warna, musik dan sekaligus ia melibatkan penggunaan emosi untuk perkara-perkara tersebut..

Jika hati dan perasaan kita tersentuh oleh sesuatu, contohnya rindu, sayang, dendam, marah dan sebagainya, maka otak kanan akan memproses semua maklumat tersebut..Perembesan enzim-enzim akan mempercepatkan penghantaran sel-sel maklumat untuk diinterpretasikan kepada bahasa tubuh..

*********************************

Abang rasa power rabak bila gunakan perkataan yang bombastik walaupun Abang tak tahu betul tak cara penggunaannya..Kau orang pergilah google apa fungsi otak yang benornye..Abang main tulis ikut sedap je ni..Mungkin Abang tengah guna otak kanan je sekarang sebab tak tersusun langsung tingkah-laku Abang..

Sekian.

Terima kasih daun keladi,
aiskrim keladi Abang yang punya..

2 comments:

MM said...

Aku nak tau sebab aku nak hantuk kat dinding otak belah yang bagi rasa kat hati. Biar hati tak rasa pape dah. Ha gitu ah mat.

RastaMat said...

Jangan susahkan diri..
Aku ada drill, biar aku tebuk tempurung kepala kau hingga ke otak..
Aku masukkan hos kecil dan pam dari luar..
Agar keluarlah bisa dari benak otakmu itu..

#PsikoPencuriHati