We're Here

Showing posts with label melayu kita. Show all posts
Showing posts with label melayu kita. Show all posts

Mar 15, 2013

Permintaan

Dalam doa kita selalu minta ;
Ya Tuhan, murahkan rezeki aku ; tambahkan rezeki aku ; permudahkan rezeki aku ;
Tapi kita selalu makan tak habis.
Rezeki yang dah ada depan mata tu pun kita tak habiskan, rasa-rasa Tuhan nak tambah ke rezeki kita?

Dalam penceritaan lain, budak kecik (anak/adik) minta gula-gula sedangkan dalam mulut, tangan dia masih ada gula-gula..Agak-agak kita nak bagi gula-gula kat budak tu?

Aku bukan menyamakan sifat manusia dengan Tuhan, cuma ada logiknya di situ..

Jangan kufur nikmat..
 
 

Feb 14, 2013

Sejarah

Dasawarsa ini, kita sering melihat kelompok anak-anak yang sangat muda atau lebih tepat, anak-anak setahun jagung menceburkan diri dalam perihal politik dan permaslahatan negara..Terdapat pelbagai pandangan yang mengatakan perkara tersebut baik dan buruk..

Berkenaan politik, aku kurang peduli..Apa yang aku kisahkan adalah bagaimana guru-guru menangani anak-anak setahun jagung ini..

Baru-baru ini, aku terlihat berita di media perdana yang menyatakan tentang Mat Indera..TERlihat bermaksud tak sengaja..Mereka masih lagi menegaskan bahawa Mat Indera adalah pengkhianat negara yang terlibat dalam serangan di Balai Polis Bukit Kepong satu masa dahulu..

Aku bukannya arif sangat dengan tokoh ini, tetapi berdasarkan bacaan dan penceritaan daripada sumber-sumber lama didapati beliau ini bukanlah seperti yang diceritakan oleh media perdana..Aku tidak membenarkan atau menyokong sepenuhnya cerita yang aku dapati, cuma terfikir jika anak-anak setahun jagung ini terbaca atau tahu kisah sebenar tentang Mat Indera ini..Apabila sampai saja tajuk Mat Indera dalam pelajaran Sejarah di sekolah, pasti mereka akan bertanya dengan bersungguh-sungguh kepada guru Sejarah mereka..

Dalam keadaan begini, apa yang guru-guru boleh lakukan?

Mungkin yang bertanya itu adalah saudara-mara atau keturunan jauh kepada Mat Indera..Pastinya mereka kecewa dan berkecil hati apabila moyang mereka ini dilabelkan sebagai pengkhianat negara..

Aku tak berniat untuk mengulas panjang hal ini..Apa yang aku harapkan adalah ketelusan Kementerian Bersepadu Sekolah dalam menghasilkan buku sejarah yang berkualiti dan tepat..

Jika benar cerita itu, maka buktikanlah kebenarannya dengan bersungguh-sungguh..Kita perlu prihatin terhadap masa depan anak-anak setahun jagung ini,jangan biarkan mereka memberontak dengan perihal sejarah yang tidak jelas..Dunia anak-anak ini lebih pantas daripada zaman kanak-kanak kita..Maklumat di hujung jari katanya..

Feb 6, 2013

Pagi yang gelap kini sudah cerahnye pun adui ter berrr

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..

Yang dihormati sidang hadirin sekalian..
Berdirinya saya di sini adalah untuk mendebatkan isu yang hangat diperkatakan seluruh warga negara sejak kebelakangan ini..

Kenapa harga kertas recycle hanya 20sen sekilogram sedangkan kalau beli testpad di kedai harganya mencecah dua hingga tiga Ringgit Malaysia?

Ok kita lupakan seketika perihal kertas itu..

Cerita dia sekarang ni , kenapa kau gunakan nama gunung dalam program kau sedangkan dalam tentatif takde langsung masa untuk memanjat?
Cuma yang ada menjelajah gua sekitar kaki gunung..
Tentatif yang lain macam haram, siap ada sesi muhasabah diri,persembahan kumpulan,sesi hari lahir bla bla bla silaturrahim bla bla bla....
Kali terakhir aku ikut program macam ni masa kem motivasi sempena PMR..
Apa salahnya kau namakan program kau XPDC Menjelajah Gua Di Sekitar Kaki Gunung sambil Bermuhasabah Diri dan Kempen Pilihanraya bersama JKKKK Kampung Laut..
Takdelah aku rasa tertipu dengan program kau yang konon-konon untuk belia..
Takpelah, aku halalkan duit yuran aku sebab aku lagi sayang masa tiga hari aku berbanding yuran tu..

Selamat Tinggal Donia

Sekian, wabilahitaufikwalhidayah..
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..



Dec 17, 2012

Opick Nyebut

Mainkan musik



Tombo Ati Iku Limo Perkarane
Kaping Pisan Moco Quran Lan Maknane
Kaping Pindo Sholat Wengi Lakonono
Kaping Telu Wong Kang Sholeh Kumpulono
Kaping Papat Kudu Weteng Ingkang Luwe
Kaping Limo Dzikir Wengi Ingkang Suwe
Salah Sawijine Sopo Biso Ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah Nyembadani

Sama Makna Dengan

Obat Hati Ada Lima Perkaranya
Yang Pertama Baca Quran Dan Maknanya
Yang Kedua Solat Malam Dirikanlah
Yang Ketiga Berkumpullah Dengan Orang Soleh
Yang Keempat Perbanyaklah Berpuasa
Yang Kelima Zikir Malam Perpanjanglah
Salah Satunya Siapa Bisa Menjalani
Moga-moga (Gusti) Allah Taala Mencukupi

Dikompos oleh Sunan Bonang


Tapi tak ada satu pun yang aku ambil buat ubat untuk hati ni..
Kau ada??


Mar 6, 2012

Temubual : Dendam

Satu sesi temubual secara rawak bersama beberapa orang berbangsa melayu telah dijalankan..Sama-sama kita hayati ulasan mereka..

SATU
Nama aku Azmi..Panggil aku Azmi..Aku paling susah nak lupakan apa yang orang dah buat kat aku..Ya aku memang kuat berdendam..Sangat kuat perasaan dendam tu dalam hati ni..Aku tak akan lupakan sesuatu tu sampailah aku dapat balas balik..Aku sakit, kau mesti sakit jugak..Paham??!!

Guwa : Paham..Terima kasih bang..

*********************************************

DUA 
Nama I Nora..Bukan Nora Elena..Tapi kalau U nak panggil I Nora Elena pon apa salahnya..Hiks Hiks Hiks..What? U tak kenal Nora Elena?? Kenapa la U ni kampong sangat..Ishh ishh kesian..Hah apa U tanya tadi? Dendam? U tengok muka I ni ada macam kuat dendam punya orang ke? Dah la, tak kuasa melayan orang kampong macam U ni..I busy la sekarang..

Guwa : Ok babai..

 *********************************************

TIGA
Gua Jepp..Lu buat taik dengan gua, gua rilek je..Gua memang black metal bro, tapi gua ada tuhan..Black metal gua setakat musik je, takde sampai kokak kepala kambing..Gua yakin satu hari nanti tuhan balas balik apa yang lu buat kat orang lain..So, gua rilek, gua cool..Jaga peribadi sendiri lagi bagus daripada dok berdendam bro..

Guwa : Lu memang cool brader..

*********************************************

EMPAT
Panggil aku Manan..Aku ni memang jenis susah nak lupa, lagi-lagi benda yang menyakitkan hati..Tapi aku tak sampai tahap dendam pon..cuma susah je nak lupa..Aku suka buat-buat tak ingat..Ye la daripada kau sakit hati sendiri, baik kau buat-buat lupa..Untung-untung lupa terus..Aku tak cool sangat dan aku tak hot..

Guwa : Aku hot, aku ok..

 *********************************************
  
LIMA
Hai nama kitew Suraya..Awak boleh panggil kitew Su, Sury, Aya, Suryana, Wawa, Wiwi, Wuwu, atau ape-ape la yang awak cukew..Hihihiks..Kitew niew tak cukew larh dendam-dendam niew..Buat semak kepalew jeww..Lebih baik kitew jalan-jalan kat Time Square kew, KLCC kew..Boleh amek gambar dalam toilet..Beshh cangaaaaat taww!!!! Awak ni encemm larhh..Jom teman itteww jalan-jalan nak?

Guwa : Takpelah itteww busylah..babai.....

********************************************* 

ENAM  
Wa Daud..Wa ni kaki ganja tapi wa ok..Wa kalau bab-bab dendam ni memang tolak tepi la..bukan apa, kang tetiba wa mati, tak sempat nak maafkan orang lain, kan susah jadinya..Kat SANA nanti dia nak mencari kita minta maaf apa semua..Leceh derr..Mak wa cakap, daripada berdendam, lebih baik lu doakan orang tu macam ni :

Ya, Tuhanku..Tabahkan hatinya, kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup, limpahkan maghfirah dan kasih sayangMu agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat.. Amin Ya Rabb.. 
Bro, lu nak pegi mane lepas ni? Wa ada sedapur lagi ni, nak layan sekali tak bro? Tapi wa nak Asar dulu pastu kita layan..ok?

Guwa : Erk..Ok tapi lu imam tau bro..

 *********************************************


 SEKIAN, TERIMA KASIH.. 


Jan 3, 2012

Sekilas pandang

Pada kesempatan ini aku cuma nak bagitahu bahawa aku lebih berminat sekiranya kau bersemuka dengan aku di alam sebenar..Ia pasti lebih mengujakan kerana salah satu sebab yang kukuh adalah kau dapat melihat dengan mata sebenar kau keindahan ciptaan tuhan ini. Makhluk yang menjadi pujaan setiap wanita di seluruh pelusuk Tanah Melayu..

Aku juga ingin berpesan agar janganlah mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah yang terdapat di ruangan internet ini selagi kau belum jumpa bukti yang sahih..Ini kerana jika kau sebarkan benda yang salah, dan perkara itu berlarutan maka terimalah hasil daripada saham yang kau tanam itu di sana kelak..

Selain itu aku juga suka mengingatkan agar kita berdiri di depan cermin sebelum memaki atau menghina siapa-siapa terutamanya di alam maya kerana aku pasti perbalahan-tiada-siapa-menang akan berlaku..Tambahan pula, "keyboard-warrior" adalah sangat sesuai diberikan kepada mereka yang tak ada kehidupan realiti dan mereka mungkin rabun atau berperut buncit atau kedua-duanya sekali..

MUNGKIN itu kau

Akhir sekali, aku mahu mengajak kau semua keluar atau bangun dari tempat kamu beristirahat sekarang dan pergi mencari udara segar..Keluarlah kau segera pandang alam sekitar supaya kau kenal siapa diri kau yang sebenar..Kalau kau masih tak sedar diri juga, apa kata kau tahan nafas kau selama 5 minit saja daripada sedut udara milik tuhan kau..Boleh buat? Kalau boleh maknanya kau tak perlukan tuhan, jadi pergilah cipta dunia kau sendiri..

..dan berhentilah berdendam..

Semoga berjaya dalam hidup..
.
.
.

Oct 29, 2011

Kawan-kawan

Aku seorang peminat irama kepop jepop, penggemar cekelat daim dan pengguna belekberi..

Ada seorang kawan aku diberi nama Jamal..
Seronok aku berkawan dengan Jamal ni pasal beliau ni layan lagu-lagu kepop jepop..Seong Bang Ngang, Mang Kok kiat, Chua Boon Siew, Wong Gee Lor, Luw Chee Bhai dan lain-lain penyanyi kepop jepop ni memang kami minat sangat-sangat taw.. Kami dah like banyak-banyak kat fan page pesbuk diorang ni..
Walaupun beliau ni bapok, tapi aku suka je berkawan dengan beliau ni sebab beliau je lelaki yang minat irama jepop kepop kat unibersiti aku ni..
Yela, bapok pon beliau masih manusia taw, ada hati dan perasaan.. Tak baik kita asingkan diorang dari hidup manusia normal.. Kita kena la paham perasaan diorang si bapok-bapok ni, support diorang untuk terus hidup..
Pernah satu hari tu beliau ajak aku buat pekerjaan meniup, aku terpaku terkaku tak tahu nak buat apa dah.. Jadi aku relakan saja la apa yang dia buat, yela kan kawan aku.. tak bestlah kalau kecewakan hati kawan sendiri.. Dah la selalu sangat beliau belanja aku makan kat kedai mahal-mahal seperti setarbak, pizahak-tuih, kayepsee dan lain-lain..
Aku pasrah dan sanggup aku berkorban apa saja untuk kawan aku sebab beliau sajalah teman seirama kepop jepop aku kat unibersiti aku ni..

Aku punya kawan lagi sorang namanya Milah..
Beliau ni pula penggemar cekelat daim sama macam aku..
Aku memang taksub sangat dengan cekelat daim ni pasal dia punya rasa memang boleh buat aku khayal macam kena kapal selam..
Kami selalu ke Langkawi bersama semata-mata nak dapatkan cekelat daim kat sana walaupun jarak Langkawi dengan unibersiti kami melebihi 750 batu..
Kami sanggup tak makan apa-apa seharian asalkan dapat makan cekelat daim yang lazat itu..

Ini cekelat daim yang kami gilai


Pernah sekali tu ada seorang kawan kami ambil kami punya daim seketul tanpa pengetahuan kami, akhirnya budak tu masuk sepital sebab kami lempang budak tu dari kiri membawa ke kanan serta dari atas meleret ke bawah.. Dipercayai dagu kawan kami tu beralih ketepi seiring tingginya dengan paras hidung..
Jangan main-main dengan daim kami ok?? 

Aku suka berkawan dengan Azmi sebab beliau mempunyai belekberi torch..
Kalau aku lepak dengan beliau, dari malam membawa ke pagi pon masih melepak lagi.. Kadang-kadang tu tak bercakap apa pon, masing-masing mengadap belekberi je maen pesbuk, tuihter, bibi'em.. Kami borak dalam laman sosialan je la.. Yela henpong canggih-manggih mahal-mahal membazir la kalau tak digunakan..
Kami merupakan teman sebilik di unibersiti..
Tahap keobsessan kami dengan belekberi sampai berak jamban sebelah-menyebelah pon bibi'em, nak tanya dah abes ke belom..takkan nak jerit-jerit plak kan..kalau nak ajak keluar makan pon kami bibi'em je walaupun jarak kami sejengkal cuma.. Bukan apa, kadang2 Azmi tengah pakai teleponkepala (headphone) melayan lagu-lagu belekmetal.. Aku taknak la ganggu beliau, sebab tu aku bibi'em je beliau.. Risaw juga kalau tengah si Azmi hentak-hentak kepala layan lagu, dia kokak kepala aku..
Tahap obsess Azmi dengan belekmetal ni kadang-kadang sampai bawak balik kepala kambing dalam bilik, pasang lilin, macam nak buat ritual..
Hah kalau bab lagu memang aku pesongkan terus nilai perkawanan aku dengan beliau..Mane boleh masok jepop kepop ngan kepala kambing kan?
Jauh panggang dari punggung..


ini contoh irama kepala kambing yang asas

*nama-nama diatas tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia..
*aku diatas juga hanya rekaan semata-mata..
.
.
 

Jun 22, 2011

Imam Muda itu palsu . . . .


Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia

read more

********************

Malas nak mengulas, cuma nak tanya, pernah dengar ayat ni tak??
Ikhlas tu macam seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di tengah pekat malam
Jadi saya nak sambung tajuk entri saya ; Imam Muda itu palsu macam bulu mata palsu..

Sekian, terima kasih..

Jun 12, 2011

Takutnya!!!

Jadi, saya meminta jasa baik mereka yang rajin untuk menolong saya menukar template blog saya ini menjadi yang lain..
Ini adalah kerana blog ini mempunyai  warna MEREKA..
Saya takut disaman..
Saya tidak mempunyai wang..
Kalau mereka mahukan saya duduk bersama mereka untuk minum secawan teh dan meminta maaf, juga wang saya tak mencukupi untuk secawan teh itu dan untuk perjalanan pergi balik..
Tolong saya, saya takut!!!

Tulisan istimewa :
1. Orang Bijak
2. Bijak-bijak





rilek2 layan lagu bob marley lagi bagus

Mar 24, 2011

Umur dan pengalaman

Si umur 40-an : Engkau ape tau?? Umur baru setahun jagung jangan cuba nak jadik biadab.. Jangan nak pandai2 nasihatkan aku pulak..!!! Aku lagi lama buat bisnes daripada engkau..

Si umur 20-an : Maafkan saya bang.. Saya tak berniat macam tu pun.. Saya yang salah.. Saya janji tak biadab lagi dengan abang..

****************************************

Profil si umur 40-an
  • Membesar dengan sudu emas di dalam mulut
  • Mendapat tempat dalam syarikat kerana bapanya adalah pemilik syarikat tersebut
  • Sijil pembelajaran tertinggi adalah ijazah di universiti swasta (pointer hampeh tapi sebab banyak duit, dapat naikkan pointer untuk grade) pada umur 23 tahun
  • Terus mengambil alih tempat bapanya di syarikat berkenaan kerana bapanya pencen ketika beliau berumur 25 tahun (2 tahun beliau menganggur dan berfoya-foya menghabiskan harta bapanya)
  • Bekerja sebagai pengurus syarikat yang besar dan terkemuka seantero dunia suatu masa dahulu tetapi sekarang mengalami kejatuhan di bawah kelolaan beliau
  • Umur 30 tahun masih berjaya mengekalkan reputasi syarikat kerana masih mendapat sokongan daripada orang2 lama di syarikat berkenaan
  • Umur 34 tahun, syarikat mula goyah kerana tulang belakang syarikat (orang2 lama) seorang demi seorang meletakkan jawatan dan ada antara mereka yang pencen
  • Umur 37 tahun, syarikat muflis
  • Umur 40-an ini beliau menganggur tetapi berbeza keadaannya kerana tiada lagi harta yang dapat beliau gunakan untuk berfoya-foya 


Profil si umur 20-an
  • Seawal umur 6 tahun mengikut bapanya berniaga di pasar malam
  • Umur 8 tahun menolong ibunya menganyam tikar mengkuang untuk menambah pendapatan keluarga
  • Tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya, hanya menamatkan persekolahan ketika umur 12 tahun
  • Umur 15 tahun berniaga pisang goreng di siang hari, berniaga burger di malam hari dengan bantuan kudrat bapanya yang sudah usang usianya
  • Umur 17 kehilangan bapanya dan tempat arwah diambil oleh beliau sebagai ketua keluarga untuk menyara 2 orang adiknya
  • Umur 19 tahun berjaya mendapatkan tapak berniaga secara rasmi kawasan kilang
  • Umur 20-an ini diteruskan dengan usaha bersama rakan2 membuka perniagaan di dua lagi tempat baru
 ****************************************


Mar 21, 2011

Gay yang bijak agama

[sumber]

Terbaca entri NI..
Teringat kata2 di bawah ni yang ditujukan khas untuk guwa dalam satu sesi bicara :
I don't give a damn on karma as rasulullah tak pernah ajar tentang karma (karma tu hindu la bongok).. Hanya Takdir dan qada & qadar je yang aku pegang (semua ni walau allah dah tentukan tapi kalau umatNye usaha insyaAllah makbul).. So be it.. And i don't need advise from.. As long as that girl hancur, i'm satisfied.. I already gave her chance and i'm not let her go just like that.. who ever u are, u don't know how far can i go.. But thanks for sharing betapa dengkelnye agama ko untuk suruh aku ikut karma.. Shame on u..
Si penutur bicara tersebut adalah gay yang sangat bahalol..
Agak panjang sesi bicara yang menunjukkan kebahalolan beliau tetapi terpaksa ditapis untuk menjaga sensitiviti semua pihak..
Jangan tanya kenapa guwa benci dan anti dengan puak seumpama mereka ini kerana kebencian tu boley menyebabkan guwa benci lu orang yang banyak tanya pasal puak mereka ni..
Guwa cume boley jawab ;
Gay itu babi, mungkin lebih teruk daripada babi!!!
Kalau lu orang rase annoying sebab guwa rebel ni, pergi maen jaoh2..


[sumber]

Oh karma..
Lu orang punye pendapat sendiri pasal karma..
Sendiri pahamla kan..
Lebih baik berhenti sebelum mati..
Semoga roh mereka dirahmati, amin ~
Calow2..

Mar 9, 2011

Sila buang masa anda selama 6 minit 16 saat

Guwa jumpe video ni mase bace blog Husna kat entri NI..




Relevan lagi ke kata2 Hang To'ah ni ;
Takkan Melayu hilang di dunia  
Lu orang klik sini, bace komen2 video ni..
Kalau rase suke, LIKE banyak2 kali la eh..
Guwa malas nak mencarot marot mengulas pasal Melayu kita ni..
Banyak sangat hal..
Betol tak??

Beberapa entri lepas ni guwa ade citer pasal Melayu kita..
Hari ni jumpa plak video yang paling best kat dunia ni..
Tak tahulah gaye hape plak yang jadik kat Melayu kita lepas ni..
Harap ade pihak berwajib yang amek berat pasal kaum Melayu ni..
Sebab Melayu cuma tinggal name je sebenarnye..
Adat, bahasa, peninggalan sejarah dan lain2 sume dah diketepikan..
Berapa kerat je marhaen yang di luar bidang kuasa mereka cuba mengembalikan kegemilangan Melayu kita ni..
Tapi malangnya mereka tak mampu karena pelbagai dakyah politik diutamakan terlebih dahulu daripada isu Melayu yang hampir pupus ni..
Kesimpulannya, Melayu ini hampir kepada kepupusan seperti Platipus..
Nama pernah dengar, gambar pernah tengok, tapi realitinya bagaimana??
Cuba pahamkan ayat M.Nasir ni ;
Anak-anak kita kah yang berlari telanjang dibawah mentari sumbing 
Dengar lagu anak-anak kita ni dan fikir dalam2 sampai lebam..

Sekian daripada wacana perdana guwa..


** special link to Platipus

Mar 4, 2011

Si Jumud terus menjumudkan diri mereka

Sambungan entri NI..

Nak dijadikan cerita adalah sorang member guwa ni budak kelantan..
Dia ni pon melayan reggae n minat rasta style punya barang..
Doolu2 selalu gak shopping ngan dia, lepak2..
Sekarang kami dah clash duk umah sewa masing2..

Balik kat cerita, cuti sem dia balik kelantan..
Dia kuar lepak2 ngeteh kat area umah dia bersama rakan2..
Tiba2 beliau ditarik oleh sekumpulan mamat jumud yang ada melepak disitu..
Member guwa ni buat2 tak panik la pasal tak buat salah pon..
Tapi panik jugakla kan tiba2 kene keliling..
Mamat2 jumud ni macam biasa bertanyakan soalan2 dari kumpulan mereka yang hebat itu..
Member guwa pon melayan dan mengiyakan je la..
Malas nak pikir agaknya..
Oh mase tu dia pakai sling bag tiga kaler dan terpampang besar2 muka bob marley..
Geng2 jumud ni rabun malam agaknya sebab tengok muka bob marley macam muka apakanda mereka..

Satu kebodohan yang nyata apabila member guwa ni kencing je cite pasal geng2 ni kononnya dia pon join gak kat mlaker claker dan tidak pulak kantoi di situ..
Hah nampak tak permainan dia??
Dan sangat jelas bahawa geng2 jumud ini sangatlah bebal sebab kena kencing sampai basah oleh member guwa ni..
Padahal dia maen petik je ntah name sape2 yang jadik apakanda, abang long, abang ngah, achik, ucu, alang, tok wan, tok ngah dan mak lijah..
Dalam organisasi mesti ada pompuan gak kan..
Boley buat lepas nafsu..
LOL!!!

Berdekah tak hengat dunia guwa gelak biler dapat tau citer tu..
Konon2 adek beradek, tapi tak kenal pon sesame adek beradek..
Itu namenye adek beradek pundek pundek..
Wakakakaka...
Bila kawan ramai keliling kita ; cakap besar ; tunjuk belang ; tapi bila sorang2 ; pengecut, pemalu ; macam semua orang

Betollah kate2 loque ; butterfingers dalam lagu Tentang-tentang..
Dah ramai yang guwa jumpe si bebal ni sekor2 kat luar, senyap membisu lapan ribu bahasa..
Kalau ramai2 tu bukan maen lantang lancau lagi perangai sekor2..


Agak2 ni abang ngah ke abang long [sumber]

Cukoplah bercerita pasal mereka..
Banyak lagi peristiwa bersama mamat2 jumud ini yang guwa dah jumpa..
Lu orang pon mesti ada yang pernah jumpa kan..
Doakanlah mereka supaya sedar diri sket lepas ni dan ingatlah bahawa kuasa kat dunia ni sume kejap sangat Tuhan bagi pinjam..
Firaun pon tak lame mane dia dapat jadik tuhan dunia ni kan..

Salam Keamanan dari Guwa..
Calow2..

Mar 3, 2011

Melayu Jumud

Sedang guwa asyek mencuci mata, memilih makanan mane yang bernasib baik untuk disumbat dalam tembolok guwa, tiba2 ;

Si bebal : Bro, adek beradek jugak ke?

Guwa toleh kiri kanan dan pastikan guwa adalah orang terpilih untuk jawab soalan berkenaan..

Guwa : Hah???
Si bebal : Cantik topi lu bro..
Guwa : ???
Si bebal : Siap tiga kaler lagi tu..

Guwa jeling topi yang bertakhta kat atas kepale guwa dan teringat bahawa guwa pakai topi yang guwa beli kat kedai rasta tempohari..
Dalam kepala hotak guwa dah tau ape yang lahabau tu cuba untuk sampaikan..
Guwa tak layan dan blah tanpa sepatah kata bak angin sepoi2 bahasa bertiup sewaktu petang yang dingin..

Si bebal : Oi bro, lu pehal kerek beb?? Adek beradek pon lu nak tarik muka.. Lu area mane weyh?? bla bla bla......sampai abang jamil mampos............

***************

Si bebal tu guwa rase umur dah 35, anak 3 orang..
Jarak guwa dengan si bebal tu mase mule2 die tegur guwa adalah lebih kurang 5 meter..
Lebih kurang 10 hingga 15 orang dapat mendengar dengan jelas ape yang si bebal tu terjerit-jerit kat guwa mase tu..
Lokasi adalah di pasar malam..

***************

Member2 yang guwa dah lame tak jumpe akan menegur guwa dengan kate2 yang kadang2 guwa tak paham..
Ade yang hulur tangan salam ngan guwa terbelit sane terbelit sini..
Antara soalan cepumas yang guwa dapat :
lu join 3line jugak ke bro??
Area mane??
Jawapan guwa akan sama setiap kali soalan berjenis itu sampai ke halwa telinga guwa ;
Guwa pekida tapi register kat jamaica.. 
Punca utama guwa diajukan soalan berbentuk lazim itu adalah karena guwa pakai topi atau baju atau sling bag atau selipar atau ape2 aksesori yang tercoret 3 kaler ini ; 

MERAH KUNING HIJAU 

Kesimpulan yang guwa berjaya buat ;
Di Malaysia, sesiapa yang mempunyai barangan atau apa saja yang berada bersamanya yang melibatkan 3 kaler yang dinyatakan di atas adalah pekida @ 3line @ ape2 lagi yang guwa sendiri pon tak tau istilahnya..
Ia adalah termasuk mekanik yang sedang repair lampu isyarat, rosnah yang pakai baju kelawar 3 kaler, mak jah yang pakai kain batik 3 kaler, dol yang sedang makan aiskrim "traffic light" kat kedai ah seng, tokey kedai cat yang sedang display kaler kat kedai beliau, nigger yang pakai baju bob marley, budak2 yang maen block cube susun2 jadik tiga kaler, tokey kedai rasta di dataran pahlawan, cine jual gelang2 hand-made kat jonker walk, dan pakcik jual cendol kat durian tunggal..

Cukoplah adek beradek guwa..
Dah cukop ramai rasenye..
Serabotlah ramai sangat adek beradek ni..
Penin palehotak berjimbit nih.. 

Adakah orang utan kat sidebar guwa ni adalah pekida??

** Guwa ingat dah hilang kaum primitif ni, rupenye ade yang tersisa lagi.. 
** Kata2 "Takkan Melayu hilang di dunia" dah hampir tak relevan sebab Melayu hampir pupus akibat bertarung sesama sendiri di Tanah Melayu..

Sambung kat sini

Feb 28, 2011

Tolonglah Bangkit wahai Melayu

Macam2 lagu yang orang2 Melayu lama up bagi menaikkan semangat keMelayuan di negara milik orang Melayu ni..
Guwa paling suke lagu NI..
Bukan versi asal die, tapi guwa suke yang versi tu..
Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi... ~ ~ ~
Sangat PERFECT lagu ni..
Cukop semua rencah, mantap, padu, berlemak, 180% !!!
Tapi malangnye tak sape pon yang feel lagu tu..
Cume dengar untuk menggegarkan gegendang telinga dengan musik..
Tak paham sepatah haram maksud lagu tu..

Rugi..
Sangat2 rugi ye kawan2..
Dan mengikut pemahaman guwa, lagu ni lebih ditujukan untuk para pembesar, pemimpin negara Melayu ni..
Tapi berapa kerat je pemimpin kita yang dapat buang mase untuk dengar n paham benda2 yang macam ni??
Salah satu komen kat video tu ade tulis macam ni ;
org bwhn melalak lagu ni + nangis menghayati lagu ni.. org kat atas?? sedap mkn duit rakyat.. kroni sana sini...
Selain lagu tu, guwa suke lagu warisan yang arwah Sudirman nyanyi..
Lagu brader Aris NI pon layan gak..
Biler guwa dengar lagu2 macam ni mesti ada yang tak puas hati n seolah-olah pelik..
Orang muda, jiwa muda macam guwa ni (baca : 17 tahun) dengar lagu nasionalisma..
Donia oh donia..

Cukopla guwa tulis sampai sini..
Banyak sangat isu2 Melayu ni..
Tak habes kalau nak cite satu2..
Yang paling guwa ralat, gadoh kat alam maya ni..
Dok maki sana kutok sini..
Padahal yang maki tu pon same dengan jek..
Macam cakap depan cermin sebenarnya..
Adoilaaa...

Pandai2la lu orang bawak diri dan guwa pasti lu orang pon banyak sangat benda nak cerita pasal Melayu kita ni kan..
Kalau nak komen, jangan ganas2 sangat, sopan2 je eh..
Jangan sampai boley bawak gadoh..
Sebab harini guwa rase sangat sopan dan menepati ciri2 seorang lelaki Melayu sambil dengar lagu masri manis..
Guwa taknak buat dosa percuma dengan makian berirama asli tulus dari hati ini..


** guwa minat Siti time album cindai n yang awal2 je..pastu dah tak berapa nak minat pasal die dah out of control dengan bisikan manager untuk sembah duit..
** Duit adalah antara punca Melayu berpecah..