We're Here

Showing posts with label bulan. Show all posts
Showing posts with label bulan. Show all posts

Aug 18, 2014

Ceritera Sang Licik dan Si licin

Maka tersebutlah kisah di sebuah negeri bernama Tembangi, terbinanya sebuah teratak indah di sempadan negeri antara Tembangi ke Jangkang. Adapun teratak itu adalah milik Putera Sang Licik yang berketurunan Raja Jauhar. Teratak Putera Seri yang dihadiahi Raja Jauhar kepada anakanda tersayang Putera Sang Licik itu dijadikan tempat bersanggah kaum kerabatnya.
Dipendekkan ceritera, maka bertentanglah mata Putera Sang Licik dengan Puteri Si Licin setelah sekian lama tidak berkhabaran. Pandangan yang mendalam itu telah menggelojak hati mereka untuk lebih terpaut walaupun selama ini mereka mengenali antara satu dengan yang lain. Maka bermula dengan pantas bibit perchentaan antara mereka namun panas tidak sampai ke senja, hujan pula di tengah hari. Disangka mereka chenta ke bulan akan terus terlangkau ke lain galaksi tapi terpanah petir di tengah laman. Pasang surut air sudah terjangka, pasang surut chenta terdetik sekilas cuma.
Kendatipun, pasangan sejoli itu masih menyimpan perasaan. Kesakitan yang dialami oleh mereka amatlah mendalam cocokannya sedalam tusukan keris Anak Alang ke sarungnya, padat dan terkesan geseran ke sekeliling hulunya. 
Rasa-rasa chenta yang kembang mekar di taman terpaksa dikuburkan karena pelbagai halangan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Merpati sejoli itu terpaksa perlahan-lahan melupakan kisah manis masam masin mereka suatu ketika dulu.
"Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda"
"Adinda bersumpah, jika kekanda tidak kembali, adinda akan menyusur kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama"
"Layar berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang. Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama" 
"Cinta datang tanpa diundang, seumur masa tercipta"
"Dia datang bagai sakti, bagai menyaksi mekar, kembang pagi"
"Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda ke mari"
"Adinda anggap sebagai janji"
“Di darat bulan terang, di laut air pasang, usah ragu usah bimbang, sampai masa mata pasti bertentang”

"Bagai pungguk rindukan bulan, enggan menggapai, tidak terjadi"

"Bila mana yang hidup, pergilah kamu sejauh mana pun kelak akan kembali. Bila mana yang mati…..”

“Tidur biar diteman bulan. Biar mimpi indah. Seindah kebulan”

Terngiang-ngiang lagi madah cinta pujuk rayu tiap kali mereka kesunyian. Adapun mereka amatlah menggemari cahaya bulan purnama yang indah dan mereka sering bersama untuk menatap keindahan bulan sambil berangan-angan mahu terbang ke bulan.
Lena Putera Sang Licik tertampar dengan percikan air laut. Putera Sang Licik bingkas dari tempat peraduannya, berdiri melihat lautan di keliling yang samar-samar diterangi cahaya bulan purnama. Keadaan laut yang tenang tidaklah sepertimana hatinya yang lara; sambil terumbang ambing kapalnya dipukul ombak kecil.
Pengakhiran kisah mereka tidaklah diketahui bagaimana apabila Putera Sang Licik mengghaibkan susuk tubuhnya yang makin reput menunggu tarikh luput, dari terpandang oleh semua kenalan di Negeri Tembangi dan negeri-negeri yang berhampiran. Ada yang mengatakan bahawa Putera Sang Licik pergi belayar bebas ke lautan luas demi mendapatkan pandangan indah setiap kali Bulan mengambang. Ada juga yang mengkhabarkan Putera Sang Licik meredah belantara ke puncak tertinggi di Tanah Malaya untuk menyendiri.
TAMMAT.

Sep 18, 2013

Bulan Bulanan

Setiap bulan pun ada bulan mengambang..Kalau yang jenis suka membulan tu, dia tunggu tiap-tiap bulan untuk membulan..Untuk yang datang bulan pun dia tunggu jugak tiap-tiap bulan..

Suka benor aku tengok bulan penuh..

Tapi ada yang takut, ada hantu katanya..Buat apa takut hantu kalau perangai sendiri mengalahkan syaitan..

Jom membulan!



Nov 17, 2011

Berkawan dengan Alam

Aku dalam perjalanan mencari Alam..

Walaupun niat aku hari tu cuma mengejar Matahari, tapi Bulan masih ada menunggu aku sebelum menghilang..

Bulan

Ya, kau cantik Bulan, sangat cantik..
Setia kau menunggu aku..
Setia kau teman aku sepanjang perjalanan..

Matahari

Dan kau Matahari, terima kasih untuk sinar kau kepada Bulan..
Tanpa kau, siapalah Bulan dan siapalah aku..

Kabus

Sayup-sayup aku hirup udara nyaman..
Berbalam-balam pandangan aku diselaputi Kabus pagi..

Dan terima kasih semuanya..

Awan

Batu

Bunga

Pokok

Terima kasih untuk semua keindahan alam yang ada..
Diri aku terbina daripada unsur alam, maka tenanglah bila aku bersama alam..
Harap aku lebih tenang bila bersemadi dengan alam suatu hari nanti..



Terima kasih Tuhan untuk keindahan alam semesta Kau..

Terima kasih kawan
.
.
.

Oct 17, 2011

19 Zulkaedah 1432

Hari ini 19 Zulkaedah 1432 Hijrah
Ini tarikh keramat..
Tarikh hebat..
Terima kasih Mak!!!
Terima kasih untuk semuanya..



Esok 18 Oktober 2011 tarikh keramat juga bagi seorang sahabat..
Selamatlah kau sahabat..
Hidup baik2 saja..

23 Zulkaedah 1432 Hijrah..
Bersamaan 21 Oktober 2011..
Juga tarikh keramat buat sahabat..
Aku harap kau selamat dan sejahtera..



22 Oktober 2011 & 25 Oktober 2011 pasti tarikh bermakna buat beliau..
Semoga berjaya kelak..
Pasti ada kemanisan untuk kamu..


28 Oktober 2011 untuk mereka berdua..
Selamatlah kau berdua..
Sudah daftar mengundi??

Keesokannya 29 Oktober 2011 seorang lagi..
Hey aku baru tahu itu tarikh buat kau..
Selamat kau..

10 November 2011 dan 11 November 2011..
Ini tarikh berkembar yang cantik..
Hey kau dan kau, selamat hari kejadian..
Kau perlu gila seperti selalu untuk pastikan aku gembira..



Aku harap kamu semua dan semua kamu selamat untuk hidup..
Semoga berjaya dalam hidup di sini dan di sana..

Untuk bulan, aku minta maaf untuk purnama ini..
Cantiknya kamu tiada aku, menjadi tontonan ramai pada 12 Zulkaedah 1432 dan 27 Zulkaedah sekali lagi tanpa aku..
Aku di puncak bukit menyelesaikan permasalahan..
Tak mengapa, aku pasti ada lagi masa kita bersama, selamanya mungkin..

Ada sedikit tambahan untuk yang terlepas pandang..
27 September 2011..
Khas untuk kau yang bersusah payah menjumpakan aku dengan mahsuri..
Terima kasih dunia..
2 Oktober 2011..
Ada mengaitkan aku dan kau gay, adek beradek dan teman sepermainan..
Apa pun semua itu kau sahabat walaupun perangai kau macam musibat..
.
.
.

Aug 14, 2011

Bulan - Ramadhan

Malam ni bulan penuh..
Ini bermakna dah hampir separuh bulan kita dalam Ramadhan..
Guwa nak berbelanja untuk raya nanti tapi malangnya ketidakcukupan wang untuk berbuat demikian..

Separuh bulan Ramadhan ni macam2 benda jadi..
Makin garang dugaan dalam bulan ni..
Itulah inilah, itu tak kena, ini tak boley..
Guwa bukan merungut, cuma takut..
Takut tak mampu nak teruskan hidup macam ni..

Mungkin dah jauh guwa menyimpang dari pencipta bulan sampaikan bulan pon ditarik semakin jauh..
Jauh terus-terusan menjauh..


Perjalanan masih jauh jika hidup lu masih panjang

Terus sajalah tabah untuk hidup..
Takkan nak tergolek terlentang dengan masalah..
Makan mesti cukup, minum mesti dapat..
Badan sehat dan kuat, baru boley bekerja..
Perihal makan, bulan ni jangan gagal untuk tahan nafsu makan..
Bukan tahan nafsu makan siang hari je, masa beli makanan untuk buka pon kene tahan nafsu jugak..
Waktu buka puasa bukan waktu yang sesuai untuk menelan sekaligus 3 jenis makanan utama, 2 jenis kuih, 5 jenis lauk, 3 jenis air dan lain-lain..
Tepewanjat pewot aww..!!!
Tak sampai 20 jam pon tahan makan minum tu..
Rilek2 sudah, rosak perot tu nanti..

Pernah cuba makan LAMP chop?

Semoga selamat semuanya sambut Syawal nanti..
Selamat semuanya..
Selamat semua..
Selamat..

~ Mat ~

Jun 16, 2011

Terang bulan

Malam ini bulan terang..
Ini bukan nak cerita pasal lagu terang bulan..
Tak tau lagu terang bulan??
Pegi belajar sejarah cepat..
Taipan untuk entri ini sangatlah drastik..
Aku menaip pada lapan minit sebelum jam 12..
Bila jam 12, tarikh akan masuk ke 16.06.11..
Cantik tarikh tu macam cantiknya bulan malam ni..
Aku nak publish taipan ini sebelum jam 12 jugak..
Ada lagi 6 minit..
Apa lagi yang aku nak ceritakan??
Bulan cantik, terang, penuh..
Hati aku tenang melihat bulan walau badai melanda jiwa dan raga tatkala "kekasih-8-tahunku" sedang dirawat di "hospital"..
Aku ada 4 minit lagi..
Apa lagi ceritanya??
Cuma ucapan selamat buat semua umat manusia..
Hiduplah terus dengan cemerlang..
Perangai tu elok2 sket..
Jangan pentingkan diri sangat2, kalau sket2 tu ok la..
Lagi 3 minit..
Ok lah, selamat semuanya..
Selamat hari kelahiran kepada semua yang lahir pada tarikh cantik ini..
Aku terus menaip tanpa membaca balik apa yang ada kat atas..
Seminit lagi..
Ok, masa mencemburui kita..
Selamat, selamat semuanya..

May 19, 2011

Jarak bulan dengan bumi (GMT -08:00)

Hari ni 15 Jamadilakhir 1432 dan pasti ini cerita tentang bulan..
Bulan itu kita nampak cantik bercahaya..
Kita pandang bulan itu seperti berada beberapa langkah dari tempat kita berada tapi hakikatnya nun jauh di sana..
Guwa selalu sangat berharap, berangan supaya bulan itu boleyh sentiasa disentuh dipegang dipeluk dicium..
Tapi itu harapan, angan sahaja..
Bulan itu jauh, nun jauh di sana..
Cuma doa yang guwa panjatkan supaya bulan itu terus cantik bersinar..
Nun jauh di sana..


care of moon


hujan lebat mencurah kini..
maknanya bulan takde..
hilang terang terbit gelap..

Mar 18, 2011

Merajuk

Semalam I call U, U tak angse..
Hari ni I call U pon U tak angse jugak..
Oh bukan2..
Semalam I carik bulan..
Time2 macam ni I suke carik bulan sebab bulan chanteq taw..
I tunggu punye tunggu, bulan tak timbul-timbul..
Sedey taw I..
Dah la hati I sedang berduka lara bermuram durja..

Semalam punye semalam pon I carik jugak..
Tak jumpe2 jugak si bulan..
I pon nyanyila lagu oh bulan jangan layan diriku lagi..
Hari ni bulan betol2 tak layan I taw..
Hujan lebat..
Betol2 punye lebat, tak maen2 taw..

Sekarang ni dah reda sket hujan..
I pon ushar2 la carik beliau..
Mane tau beliau muncul tibe2 kan..
Malangnya beliau maen cak ba cak plak..
Bukan cak kun cak lagu M.Nasir ngan SM Salim tu..
Nampak beliau sipi2 je..
Eh bergurau plak beliau ni..
Tapi ok la kan..
Sekurang-kurangnya I nampak la jugak beliau yang berselindung di balik awan mendung..
Terubat jugak rindu yang menusuk kalbu dan sanubari ni..

Sayup2 je beliau kat sane [sumber]

Sepurnama yang lalu senang je I ketemu sama si bulan..
Bahagia rasanya dapat ketemu sama beliau..
Punyelah bahagia sampai I tak nukilkan pon cerita beliau kat sini..
Mungkin sebab tu si bulan merajuk..

Tapi kalau senang sangat ketemu, tak thrill plak..
Purnama yang ini ada sedikit halangan..
I kene la berusaha sket kan..
Semua benda nak senang, tak dapat jack..
Bila usaha tu membuahkan hasil, fuhhh puas hati taw..
Bermakna sangat2 dan barulah ada nilai penghargaan kan..

Ok lah U olls..
I olls saje nak menconteng arang kat sini..
I olls calow2 la ye..

** calow2 tu bukan soley2 taw..
** INI cerita tentang bulan 

Jan 21, 2011

Merah

Laen macam plak guwa tengok bulan malam ni..
Jam 830 malam guwa kuar umah nak pegi memberi ilmu kat anak didik
Guwa nampak bulan rendah je..
Kaler merah oren2 plak tu
Seram jugak guwa tengok..

Tibe2 guwa rase meremang je segala bulu yang ade kat tubuh badan guwa..
Punggung guwa gatal2, tibe2 tumbuh ekor..
Secara tak semena-mena guwa berubah.......

Guwa berteriak sebegitu rupa

Tibe2 guwa dengar suare member guwa kat belakang..
Tanye ape ntah..
Rupenye guwa berangan je..
Guwa meneruskan perjalanan menaiki kuda tua guwa..
Oi, tua2 jangan sebut..
Merajok lagi nanti baru padan muke guwa..
Makin tua makin banyak nak makan duit guwa..
Cesss...

Indah betol ciptaan Tuhan..
Malam semalam bulan penuh terang benderang..
Macam bulan lepas..
Tapi tadi kul 10 guwa carik bulan..
Jauh die sembunyik di balik awan..

Owh petang tadi guwa jumpe satu blog NI..
Guwa rase mamat ni memang suke layan youtube..
Video2 yang die layan memang guwa pon boley layan..
Terbaek beb..
Guwa baru jumpe video NI dari blog die..
Puas syal guwa gelak..
Sampai merah mate guwa mengalirkan airmata darah..
Hilang sume sesak kat paleotak ni jap..
Thanks bro..
Owh ye, guwa pon minat mini coop..
Nanti guwa nak buat kaler merah pastu design2 sket..
Dah lame berangan tapi belom mampu lagi..

Jan 19, 2011

Penuh lagi

Hidup ni memang susah..
Hidup ni kompleks..
Hidup ni lu kene usaha..
Jangan give up untuk terus hidup..
Guwa sendiri kadang2 kecewa dengan hidup guwa..
Hidup macam ni..
Ye, hidup macam ni..
Tapi takkan la guwa nak give up..
Looser namenye..


Mase guwa backstab orang. Stim syal!!!

Guwa kene backstab..
Saket syal..
Sumpah saket..
Tapi mase guwa backstab orang, guwa puas sangat...

Sume benda tak suke guwa..
Sudu..
Zip..
Kipas processor..
Heatsink..
Keyboard..
Hp..
Speaker..
Rubix cube..
Line internet..
Tiang wardrobe..
Port line in audio jack..
n etc..

Tu baru kire benda..
Kalau orang??
Tak abes2 guwa taip kat sini..

Oh facebook..
Cepat2la shutdown..
Menyampah la..

Oh bulan malam ni..
Penuh lagi..
Indahnya ciptaan Tuhan..
Dah sepurnama guwa mengembara..
Banyak benda guwa belajar..
Banyak benda guwa jumpe..
Banyak benda guwa kenal..
Pengalaman..

Sabar..
Ye sabar tu penting..
S.A.B.A.R.
5 huruf je tapi nak capai tahap tu kene ade 5ratosribujuta++ dugaan cabaran halangan dan lain2..
Bace NI..
Bace NI..
Oh kene sabar ye..

**Ade sape2 nak quote "life is simple" ??

Dec 22, 2010

Penuh



Malam ni bulan mengambang..
Cantik..
Cepat pegi tengok..
Terang je jalan walaupon takde lampu..
Tenang sket hati yang sedang gundah gulana ni..
Ye hati guwa tengah risaw pasal sesuatu..

Guwa suke tengok natural beauty..
Lagi2 biler susah hati macam ni..
Contohnye air laut yang biru2 kehijauan, ombak membelah pantai, jernih air sungai,pelangi petang, matahari terbenam, matahari timbul, awek comey tak pakai mekap, amoi pakai suar pendek yang peloh2 baru lepas jogging, dan lain2..

Guwa suke bau hujan, bau rumput basah kene embun pagi2, bau air laut, bau herba, dan lain2..

Sume2 yang natural la senang cakap..

Natural is beautiful beb..
Going into nature..
Lets the nature take its part..
So long....