We're Here

Showing posts with label 18SG. Show all posts
Showing posts with label 18SG. Show all posts

Oct 30, 2013

Burn Bin Najib

Hidup Burn Bin Najib tak seperti yang disangka selepas mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam SPM..Beliau "struggle" untuk meneruskan kelangsungan hidupnya dan menyara adik serta ibunya di kampung..Kehidupan di Kuala Lumpur banyak memberi kejutan kepada beliau sehingga beliau tercungap-cungap bernafas dalam kesibukan metropolitan..

Burn Bin Najib mahukan hak yang tepat untuk dirinya dan terus berjuang demi menidakkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berjawatan tinggi..Namun begitu, beliau perlu melalui pelbagai proses yang sukar untuk melawan penyalahgunaan kuasa ini sehingga beliau menggunakan kekerasan sebagai jalan pintas..

Suara kecil Burn Bin Najib tidak dipedulikan oleh sesiapa pun, maka tekanan demi tekanan yang terpendam akhirnya menghasilkan keputusan yang kurang bijak untuk menyelesaikan persoalan tersebut..Kuasa Tuhan juga yang paling tinggi, Burn Bin Najib terus rebah daripada berdiri..

"Abang ni mesti orang bijak pandai..Orang bijak pandai memang duduk kat tepi tangga panas macam ni, hisap rokok sorang-sorang..Kalau Abang tak bijak, mesti abang tengah duduk dalam pejabat, ada aircond, pakai smart-smart, kan?" - Gelandangan

*****************************************

Masih ramai yang merempat dalam negara sendiri sedangkan Pak Menteri masih tenang memberi ucapan sambil berdiri..Jangan sampai rakyat bersatu hati menjadi Burn Bin Najib, diletakkan parang pisau di leher Pak Menteri..Sampai masa begitu, negara sudah haru-biru..Siapa mahu ambil jawatan? Terus saja dilepaskan..

******************************************



Burn Bin Najib merupakan watak dalam Filem Jalan Pintas arahan Namron yang diterbitkan oleh RAT Production dan Hyper Pictures..
 
 

Oct 1, 2013

Macam Politik

Entah kenapa aku rasa makin tertekan dengan kepimpinan negara sekarang..Memang aku ni bukan pakar dalam ekonomi, akaun, kira-kira, pentadbiran, pengurusan dan lain-lain..Tapi aku bukannya bangang..Untuk pengetahuan, bangang ni adalah jauh lebih bodoh daripada bodoh..Kiranya macam takde akal la..

Aku taknak la menggelarkan menteri-menteri kat negara ni sampai level bangang, tapi kalau dah kenyataan yang kau bagi tu mengalahkan lembu yang takde akal, apa yang kau nak harapkan dari rakyat sebenarnya? Kau nak rakyat puji kau melambung bila kau nak naikkan harga parking sampai RM40 per jam? Atas alasan nak mengelakkan kesesakan kat pusat bandar Kuala Lumpur..

Dan seperti biasa, masa untuk membanding bezakan dengan negara jiran Singapura..Parking di Singapura kurang lebih setelah diconvert kepada Ringgit Malaysia menjadi RM100-RM120..

Soalan aku yang pertama, engkau (menteri) pernah tak masuk pusat bandar tanpa driver tanpa escort?
Soalan kedua, engkau (menteri) pernah tak bayar duit parking guna duit kau sendiri setiap hari tanpa gagal selama sebulan?
Soalan ketiga, ahh malaslah aku nak tanya lagi..Kalau dah level keluar kenyataan serupa takde akal tu, mampu ke kau nak jawab soalan aku ni..

Engkau (menteri) sepatutnya tahu yang setiap rakyat sekurang-kurangnya mengeluarkan duit sebanyak RM150 sebulan untuk parking sahaja..Belum kira tol, minyak dan lain-lain..Tak cukup lagi ke duit cukai yang kerajaan kutip? Tak cukup lagi ke duit hasil minyak negara, hasil getah, hasil kelapa sawit, hasil padi, hasil tembakau, hasil itu hasil ini? Tak cukup?  Tak cukup untuk negara atau untuk duit poket kau?

Dari pagi bawak ke petang bawak ke malam rakyat bekerja macam nak mampos sebab nak hidup, nak bagi mak bapak duit, nak sara anak bini, dalam keadaan taraf hidup yang serba-serbi meningkat..Yang engkau (menteri), ke hulu ke hilir dengan escort kau tu pegi mane? Betul ke pergi buat kerja? Dah la taknak merasa duduk dalam kesesakan lalu lintas, pastu tengah sesak tu boleh pulak escort kau marah-marah suruh orang lain ke tepi sebab nak bagi kau laluan..Apa ke sial sangat perangai macam tu? Aku ni dah sangkut dekat 2 jam, kau senang-senang nak lalu? Yang aku nampak dalam kereta kau tu ada set kayu golf..Aku haramkan laluan yang aku bagi kat kau kalau kau nak pegi main golf masa tu..Pandai-pandai la cari aku kat padang mahsyar nanti..

Satu lagi hal, kalau servis pengangkutan awam kat Malaysia ni dah sebijik macam Singapura aku tak marah sangat lah..Kau letaklah harga parking doblas ribu sejam pon takpe..Kat Singapura tu punyalah tepat dan efisien dia punya bas, train, teksi..Delay 10 minit tu diorang anggap dah sangat lambat..Tu belum kat Jepun lagi, kau janji pukul 9, kau datang pukul 8.55 tu dah kira lambat..Hah point aku kat sini ialah sistem pengangkutan awam kat Malaysia ni macam haram jadah..Yang LRT rosak lain, KTM delay sampai setengah jam lain, yang nak kena berebut, bersempit macam dalam tin sardin kejadahnya..Pastu bukan semua tempat ada bas dengan train..Kekadang teksi pun malas nak masuk kalau area tu sangat sesak dan sangat ceruk..

Ahh sudahlah..Engkau (menteri) bukan nak peduli pun hal rakyat, padahal masa nak tagih undi dulu macam sial berjanji sampai Zuhal..Sekarang ni kau sibukkan sendiri punya hal..Ingat ni, aku haramkan duit yang kau makan pakai untuk kepentingan kau..Aku tuntut sampai akhirat nanti..Bab-bab macam ni memang aku dendam..Padan muka kau..


Sep 5, 2013

Psiko Pencuri Hati

Malisa yang sedang leka melihat rancangan masakan kegemarannya di peti televisyen tidak tersedar akan kepulangan suaminya yang sudah 10 minit berdiri di belakangnya..Azman menyapa lembut bahu isterinya itu sambil melonggarkan sedikit ikatan tali leher yang dipakai..Perbuatan itu membuatkan Malisa terkejut dan terus menepis tangan suaminya sambil menjauhkan diri dari sapaan tersebut..Malisa melihat Azman hanya tersengih sedangkan dia bagai mahu gugur jantung kerana terkejut..Malisa segera mendapatkan suaminya dan memeluknya erat..Dia meminta maaf kerana tidak menyambut suaminya itu pulang dari kerja..

Azman hanya tersenyum melihat perlakuan isterinya..Dia membalas pelukan isterinya itu dengan begitu erat sekali..Hampir 20 saat mereka berpelukan, Malisa merasakan yang pelukan suaminya itu semakin lama semakin kuat dan menyebabkannya sukar untuk bernafas..Malisa menegur perbuatan suaminya itu namun Azman hanya mendiamkan diri tidak berkata sepatah pun..Malisa mula meronta untuk melepaskan diri dari pelukan suaminya yang berbadan agak sasa, namun tubuh genit itu kelihatan sukar untuk meloloskan diri..Malisa cuba menjerit sekuat hati tetapi suaranya tersekat-sekat..

Azman mula mengendurkan dakapannya dari Malisa dan dengan pantas Malisa menjauhkan diri dari suaminya itu..Malisa melangkah kebelakang dengan tergesa-gesa sehingga terlanggar pasu bunga hiasan yang terdapat di ruang tamu rumahnya..Malisa terjatuh dan kakinya luka terpijak serpihan kaca daripada pasu tersebut..Dia segera mengeluarkan kaca yang terbenam di tapak kakinya..Dia terpaksa merentap keluar kaca tersebut dan perbuatan itu menyebabkan tapak kakinya terkoyak kira-kira dua inci..Darah terhambur keluar sambil kedengaran suara jeritan Malisa menahan kesakitan..

Azman mengeluarkan pen Parker dari poket baju kemejanya dan menggenggam seolah-olah pisau lalu menghampiri sofa yang berada di depannya, tempat di mana Malisa duduk menonton televisyen tadi..Azman menikam sofa tersebut sepenuh hati sehingga koyak rabak sofa tersebut.

Kau tak guna! Kau tak guna!
Aku sayang kau Malisa!!

Terpekik-pekik Azman seperti orang hilang pertimbangan..Malisa semakin takut dengan tindakan Azman yang semakin menggila..Dia hanya mampu menjerit, menangis ketakutan dan semakin bingung dengan keadaan yang berlaku..

Tindakan Azman terhenti apabila telefon bimbitnya berdering..Dia mengeluarkan telefon bimbitnya itu dan terus membalingnya ke arah isterinya tapi tidak tepat..Dia merenung tajam ke arah Malisa sambil tangannya masih lagi menggenggam pen Parkernya tetapi dia hanya berdiri setempat sahaja dan membatu..Suasana menjadi senyap sunyi apabila mereka terdengar beberapa buah kereta peronda Polis lalu di hadapan rumah mereka..

Azman masih lagi berdiri membatukan diri sambil merenung tajam tepat ke anak mata isterinya..Dengan keadaan kakinya yang luka itu, Malisa cuba mengesot perlahan-lahan untuk mendapatkan telefon bimbit yang terletak di ruang tengah rumahnya..Malisa memerhatikan pergerakan Azman kalau-kalau ada tindakan yang lebih agresif lagi daripada tadi..Azman perlahan-lahan bergerak ke arah sofa lalu melabuhkan punggungnya untuk berehat..Dia masih lagi tidak berkata sepatah pun, hanya keluhan berat yang terkeluar dari mulutnya..

Malisa yang telah bersedia untuk menghubungi pihak berkuasa membatalkan hasratnya itu kerana melihat Azman yang sudah reda dari tekanan..Malisa bergerak perlahan-lahan ke dapur untuk mendapatkan kit simpanan kecemasan bagi merawat kakinya yang luka tadi..Matanya masih lagi memerhati pergerakan Azman yang bersandar di sofa..

Malam itu Malisa tidur di bilik tetamu dan hanya membiarkan sahaja suaminya terlelap di atas sofa di ruang tamu sambil televisyen terus terpasang..Dia tidak dapat melelapkan mata kerana masih lagi terkejut dengan perlakuan suaminya awal malam tadi..Malisa tidak pasti adakah kelakuan ganjil itu disebabkan kesalahannya yang leka sehingga tidak tersedar kepulangan suaminya atau kerana tekanan di tempat kerja..Azman sering juga  pulang lewat ke rumah sejak akhir-akhir ini..Malisa berasa aneh kerana hari-hari sebelumnya tiada pertengkaran pun yang berlaku antara mereka, malah mereka sangat mesra kerana masih lagi dalam mood bulan madu..Perkahwinan mereka baru mencecah dua bulan dan perkara seperti ini tidak patut terjadi antara mereka..

Menjelang jam 3.00 pagi, Malisa masih lagi tidak dapat tidur..Dia risau kalau-kalau suaminya memecah masuk bilik itu walaupun sudah dikunci dari dalam dengan kunci keselamatan kedua..Mahu saja dia keluar dari bilik untuk melihat keadaan suaminya itu tetapi dengan keadaan kaki yang tercedera, Malisa mengambil keputusan untuk menunggu suaminya bangun dan keluar untuk bekerja pada awal pagi nanti..Akhirnya Malisa terlelap pada jam 5.00 pagi tetapi tersedar semula apabila mendengar azan Subuh pada jam 5.45 pagi..Dia tetap tidak mahu keluar dari bilik itu dan akan keluar setelah suaminya tiada..

Pagi itu Azman bangun dan bersiap untuk bekerja tanpa bantuan dan layanan Malisa..Dia keluar rumah pada jam 7.00 pagi meninggalkan Malisa yang masih lagi dalam kebingungan..Setelah pasti suaminya telah pergi bekerja, barulah Malisa berani untuk keluar dari bilik tersebut..Dengan terhencut-hencut, Malisa berjalan ke arah ruang tamu untuk membersihkan kesan darah dari kakinya semalam..Malisa terkejut kerana keadaan ruang tamunya sangat kemas dan dia pasti bahawa Azman telah membersihkan semuanya..Tiada kesan darah, tiada serpihan kaca pecah, sofa yang terkoyak sudah bertampal dengan pita selofan dan semuanya teratur dengan baik..

Malisa semakin bingung dengan keadaan tersebut seolah-olah dia bermimpi malam tadi..Dia duduk di ruang tengah rumah sambil memerhati keadaan rumahnya yang tertib seperti tiada apa yang berlaku semalam..Dia terpandang sekeping kertas yang terlekat pada peti sejuk rumahnya..Nota yang ditinggalkan Azman untuk Malisa..

"Sayangku Malisa, abang minta maaf kerana kejadian malam tadi..Abang berasa marah apabila Malisa begitu leka sehingga kepulangan abang malam tadi tak disedari..Abang sangkakan Malisa bersama lelaki lain di dalam rumah kerana abang melihat ada sepasang kasut yang abang tak pernah nampak pun sebelum ni..Fikiran abang berkecamuk, abang tak mampu untuk kawal emosi..Maafkan abang Malisa..Maafkan abang.."

Fikiran Malisa terus saja ke arah kasut yang dibelinya melalui internet pada dua hari lepas..Kasut itu adalah untuk hadiah hari lahir suaminya tak lama lagi..Dia terlupa untuk menyimpan semula kasut tersebut setelah dibersihkan pada petang hari itu..

Tumpuan Malisa tertumpu semula pada nota yang ditinggalkan untuknya itu..Dia mendapati ada cap ibu jari suaminya yang sengaja dibuat menggunakan darah di belakang nota tersebut..Nama Malisa tercatat di atas cap jari darah tersebut..Bulu roma Malisa meremang secara tiba-tiba dan khayalannya mula melayang memikirkan pelbagai perkara..Malisa yang tadinya sudah sedikit tenang membaca nota tersebut, semakin gelisah tak keruan..Dia tidak dapat menangkap apa yang suaminya cuba sampaikan melalui nota berdarah tersebut..

Malisa segera mencapai telefon bimbitnya lalu menghantar khidmat pesanan ringkas kepada suaminya untuk menerangkan tentang kasut dan keadaan yang berlaku semalam..Dia juga bertanya tentang kesan darah yang tertulis namanya itu..Berjela-jela dia menaip pesanan untuk Azman namun hanya dibalas "OK!!!"..Semakin kacau fikiran Malisa dengan respon daripada suaminya itu..Dalam pada kekusutan Malisa memikirkan perkara tersebut, dia akhirnya terlelap di meja makan di ruang tengah rumahnya..

Jam 2.00 petang Malisa terjaga dari tidur dan berasa sangat pening..Mungkin disebabkan Malisa belum lagi mengisi perutnya dari malam semalam..Dia bingkas untuk menukar balutan kakinya yang sudah dipenuhi darah sejak malam tadi dan terus mendapatkan makanan untuk mengisi perutnya..Dia hanya minum secawan air dan sekeping roti semata-mata untuk mengalas perutnya yang kosong itu..Hatinya tidak tenang kerana masih lagi terfikir tentang kejadian semalam dan kejadian yang akan berlaku seterusnya..

Lamunan Malisa tersentak apabila mendengar bunyi telefon bimbitnya..Satu pesanan ringkas diterima daripada Azman..

Sayang, abang balik awal hari ni..abang dah on the way..Sekejap lagi abang sampai..Sayang bersiap, kita makan luar ye hari ni..

Serta-merta telefon bimbit terlepas dari genggaman tangan Malisa, dadanya berdegup kencang..Dia masih trauma tentang kejadian semalam dan tidak bersedia lagi untuk berhadapan dengan suaminya sebentar lagi..Malisa mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama kakaknya buat sementara waktu..Dia segera bersiap, mencapai beberapa pasang pakaian dan barang-barang penting dan terus keluar dari rumah..

Sedang Malisa membuka pintu rumahnya, tiba-tiba muncul kereta Azman di depan pagar rumahnya..Malisa terpaku, tak tergerak seinci otot badannya..Melihat Azman yang leka mengemas perkakas pejabat yang bersepah di dalam kereta, cepat-cepat Malisa menutup pintu rumah dan masuk semula ke dalam..Malisa takut, terlalu takut apabila melihat kelibat Azman yang tiba-tiba saja sampai..Namun dia bernasib baik kerana tidak terserempak dengan Azman ketika dia mengendong beg pakaiannya..Segera dicampakkan beg itu ke belakang pintu..

Hon kereta Proton Waja Azman berbunyi memanggil Malisa keluar..Malisa memang sudah siap, tetapi bukan niat dia untuk keluar bersama Azman..Malisa tetap menghulurkan kepala ke luar pintu, menjenguk..Azman melambai mengajak Malisa masuk ke dalam kereta..Tiada bunyi yang lebih kencang selain degupan jantung Malisa..Degupan jantung perempuan berbaju kurung itu seirama dengan setiap langkah kakinya ke kereta Azman..

       Sayang pakai macam ni je? Tak apa lah. Kita pun dah lewat ni.
       Abang dah tempah meja untuk kita.

Malisa hanya tunduk tak membantah..Sepanjang perjalanan, Malisa hanya memikirkan rancangannya yang tak menjadi..Jika.....Hanya jika dia awal sedikit daripada suaminya tadi mungkin dia lebih selamat untuk hari ini..Azman tidak menambah..Dia lebih fokus kepada pemanduannya..Penatnya di pejabat di simpan dalam poket sebelah kiri..Nanti-nanti pula baru dikeluarkan..

Mereka sampai di sebuah restoran mewah..Restoran arab kata Azman, The Burj namanya..Melihat daripada papan tanda restoran itu pun sudah tahu makanannya pasti mahal-mahal..Malisa yakin, kebarangkalian Azman untuk bertindak ganas seperti semalam lebih tipis di tempat awam dan dia hanya mampu memanjatkan doa agar Azman tidak lagi berperilaku seperti semalam..Dia langsung tak berbicara..Azman petah menceritakan hal-hal di pejabat..Tak putus-putus..Malisa terus diam..Acah-acah berminat dengan cerita Azman..Tiap suapannya hanya secubit..Lebih lama dia di sini, lebih selamat..

Ternyata mereka tidak lama di restoran itu..Penat Azman yang disimpan dalam poketnya itu tadi sudah melimpah..Sedikit demi sedikit terkeluar..Azman mahu pulang ke rumah segera..Makanan Malisa bagai tidak disentuh..Azman memetik jari tangan kanannya tanda mahukan bil untuk dibayar..Terus dicapai kunci kereta dan mengajak Malisa pulang..Tiba-tiba saja badan Malisa menggigil kecil, seperti kesejukan dan fikirannya melayang tak tentu hala..Dia terkenangkan nasibnya malam semalam..Apakah akan berulang lagi malam ini? Tak kan mampu dia berdepan dengan suaminya yang "gila" itu lagi..

Azman memandu sedikit laju..Dia cuma mahu pulang ke rumah..Azman sudah PENAT! Penatnya sudah bersepah di setiap pelusuk badannya..Mukanya makin lesu, matanya makin kuyu..Azman cuma mahu habiskan sisa-sisa malam itu untuk tidur..Sambil memandang ke arah Malisa, Azman sudah terbayangkan tilam dan bantal yang empuk serta isteri tercinta di sisinya..

          Ni beg siapa!? Awak nak pergi mana!? 

Bentak Azman sebaik melangkah masuk ke dalam rumah..Matanya silih berganti memaku pada beg pakaian di belakang pintu dan tubuh genit isterinya itu..Rancangan Malisa awal petang tadi bukan sahaja hancur, malah diketahui oleh suaminya kerana tidak sempat menyembunyikan beg itu..Menggigil tubuh Malisa dibentak keras dengan soalan tersebut..Malisa tunduk tak menjawab..Hanya menunggu tindakan susulan suaminya..Sangkaannya tepat..Komunikasi antara otak Azman serta otot-otot tangan kanannya hanya mengambil masa 0.3 milisaat untuk satu tamparan hinggap di muka Malisa..


Malisa bersepah di sudut ruang tamu rumah mereka, bibirnya pecah dek tamparan keras Azman, kepalanya benjol kerana terhantuk di sudut kaki sofa rumahnya, telinganya berdesing, matanya berpinar-pinar..Malisa sudah hampir hilang daya untuk berbuat apa-apa..Azman membebel tak keruan..Penat-penatnya yang disimpan di poket berhamburan semuanya menjadi amarah..Poket Azman sudah kosong..Amarah ditukar menjadi perkataan..Mulut Azman terkumat-kamit menyebut perkataan 'sayang'..Itu sahaja yang Malisa dengar dalam malapetaka yang menimpanya..Azman menuju ke dapur..Perkataan 'sayang' dimulutnya masih tak putus..Bukti cinta, sayangnya Azman kepada Malisa terpancar melalui sinaran pisau dapur Victorinox..Set pisau dapur Swiss Army yang dihadiahkan rakan mereka semasa majlis perkahwinan itu digenggam erat oleh Azman..

Azman terus diam setelah menggenggam pisau, dan perlahan-lahan bergerak menuju ke arah Malisa yang terbaring lemah..Matanya bagaikan mata seorang mat ganja yang sedang khayal, memandang, merenung tajam ke arah Malisa..Azman memang khayal, khayal dengan cinta dan sayangnya kepada Malisa..Ditamparnya Malisa berulang kali berselang dengan menyebut sayang, sambil mengungkit kisah cinta mereka setahun lalu..Dibaringkan tubuh longlai isterinya itu di atas sofa..Malisa sudah terlalu lemah untuk melakukan apa-apa setelah menerima tamparan bertubi-tubi daripada Azman..Mana mampu kaum hawa yang lemah ini bertanding dengan kebinatangan Azman.

            AKU SAYANG KAU LAH! BODOH! 
            HA HA HA HA HA HA HA!

Sambil melaungkan kata sayangnya kepada Malisa, dada isterinya itu ditoreh hidup-hidup..Mana mungkin Malisa sempat mengucap dua kalimah syahadah..Menggelepar tubuh genit itu seperti ayam selepas disembelih..Darah memancut melalui arteri-arteri yang diputuskan oleh Azman..Dijilat-jilat darah Malisa yang terpercik di mukanya..Azman korek dalam-dalam dada Malisa..Jumpa! Azman sudah jumpa apa yang dicari selama ini..Hati Malisa! Ketawa Azman bersambung..Dirinya bagai dirasuk syaitan..Lencun badannya dek kerana darah Malisa yang tersembur keluar tadi..

Azman ke menuju dapur dengan tenang, seperti tiada apa yang berlaku..Dia membancuh secawan kopi sambil hati Malisa dimasukkan ke dalam pengisar, dikisarkan halus-halus..Azman menuang sedikit hancuran hati Malisa itu ke dalam cawan kopinya..Dia kembali ke ruang tamu dan membuka televisyen, mencari rancangan masak-memasak yang digemari Malisa semalam..Gelas yang berisi "kopi hati" dihirupnya sedikit demi sedikit..Senyuman terukir di bibir Azman..Dia memandang tubuh Malisa yang sudah kaku itu dengan perasaan puas, sambil diusap-usap lembut kepala Malisa seperti mendodoi isterinya itu untuk tidur..

           Terima kasih Malisa.
           Hati kau lagi sedap daripada hati Adila.