We're Here

Nov 21, 2011

Pengalaman paling "rare" dalam donia

Amaran : Pengalaman ini amat mahal harganya, kau tak mampu miliki walaupun apak kau adalah Sultan negara Beringin Rendang..Sila baca sambil dengar lagu INI..

Cerita bermula dengan...

Pada suatu hari, aku lapar dan pastilah aku perlukan makanan untuk memenuhi nafsu serakah tersebut..Jadi aku pun memulakan langkah dengan memakai baju yang paling hensem dengan harapan aku dapat menawan hati tokey kedai seterusnya mendapat makanan percuma di kedai tersebut..Dalam pada mengenakan pakaian, aku mengajak kawan seangkatan untuk bersama sehala menuju ke arah puncak kekenyangan tapi malangnya mereka hanya terpana dengan godaan donia yang lain..Aku mengabaikan mereka dan terus terkinja-kinja ke arah motosikal kuasa besar (4000cc) aku kerana terlalu lapar..Bila aku lapar memang aku terkinja-kinja, semua tu adalah tindakan saka yang aku bela dalam badan ni..

Seakan beginilah aku terkinja-kinja
[klik gambar untuk kinjaan sejati]


Dengan kelajuan 320km/jam, aku terus menuju ke arah barat daya yang menunjukkan kedudukan mesin ajaib pengeluar duit..Setibanya aku di kedudukan mesin tersebut, dengan wajah yang bengis terus aku menjampi dengan ayat, "Wahai mesin ajaib, berikan aku patbelasribu sekarang!!"..Mesin tersebut meludah aku dengan panah beracun yang terlekat bersamanya sepucuk surat.. Mujur aku sempat mengelak  dan lantas membaca kandungan surat tersebut.."Duit kau tak cukup lahabau, ada tigabelasribusembilanratossembilanpulohsembilan jerr"..Mesin ni punya tegas mengalahkan along bukit beluntong, jadi aku cuma mengeluarkan doblasribu sahaja..

Melihatkan mendung yang berarak, aku terpaksa menunggang motosikal berkuasa besar aku dengan kelajuan bugati veyron, 470km/jam dan cuma mengambil masa kurang daripada 5 saat untuk sampai ke kedai makan yang aku impikan pada jarak 32 marhalah..Walaubagaimanapun, kedai tersebut tutup lantas aku berlari menekup muka ke arah batu besar di tepi jalan sambil menangis teresak-esak..Tindakan itu juga adalah daripada saka belaan aku..Tapi disebabkan saka yang menangis itu kecil lagi, maka saka yang lebih besar memujuk beliau dan terus memaksa aku untuk menggerakkan motosikal ke kedai makan yang lain..Saka dalam badan aku memang ramai, yang latest ni beranak kembar..

Aku gagahkan diri untuk sampai ke kedai makan lain pada jarak 18 marhalah daripada tempat aku menangis tadi dan berbaloi perjalanan tersebut kerana ia tersergam indah..Aku rancang untuk membawa balik saja makanan tersebut untuk santapan dengan aksi bebas di rumah..Kapasiti makanan yang aku perlukan tidak memadai duit doblasribu yang ada di tangan aku..Jadi aku cuba menggunakan ciri-ciri kehenseman aku agar brader tu baik hati menghadiahi makanan lebih untuk aku..Tapi gagal dan aku pasrah menggunakan kesemua duit tersebut seadanya..

Aku pulang dengan hati berbunga riang dan tidak sabar-sabar aku untuk menyantap hidangan tersebut walaupun pada hakikatnya tidak cukup untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah aku..Tidak mengapa, asalkan dapat aku makan dengan gaya bebas di rumah..Setibanya aku di rumah, isi perut rumah aku semuanya tiada dan kemuncaknya adalah aku tiada kunci rumah..Aku menggunakan bom c4 untuk meletupkan pintu rumah,tapi malangnya tidak berjaya kerana pintu rumah aku telah direka oleh pakar bom Rusia..Kekecewaan berganda menyeliputi diri aku, tapi semangat aku untuk beraksi bebas masih membara..Jadi aku meneruskan semuanya seperti dalam perancangan..

Aksi bebas tersebut memerlukan ketangkasan dan kecekapan tahap dubuk..Alat-alat yang diperlukan adalah motosikal berkuasa besar (4000cc), air basuh tangan dan makanan berharga doblasribu..Untuk menambah kesayuan ketika di perantauan, pastikan ada majelis kawen India di kawasan berdekatan rumah kau dan mereka perlulah berkaraoke..Ya aku ditemani nyanyian yang syahdu daripada mereka dan aku hampir hafal keseluruhan lagu kerana mereka memang suka menyanyi lagu yang sama dan didendangkan oleh orang yang sama juga..sampai sekarang, aku masih lagi terkumat-kamit menyanyikan lagu-lagu tersebut..

Inilah pengalaman paling rare pernah aku alami sepanjang 17 tahun hidup di muka bumi ciptaan Tuhan..Aku rasa Aleen Aiden macam pernah cerita pasal pengalaman rare beliau, tapi malas aku nak mencari balik..Aku pasti peminat beliau akan terkinja-kinja juga kerana menyangka aku meniru penceritaan beliau..Maafkan aku dan apa yang aku boleh katakan, cerita aku ini tidak ada kena mengena dengan beliau..Bak kata pepatah, "Jauh panggang dari punggung"..
.
.
.

16 comments:

Padin said...

alahai,makan atas moto jek.. macamnya dah jatuh di timpa tangga plak, kih3.. moto kita sama jenis Mat, tak sangka aku pon ade moto 4000cc wakakakakaka

Anisa Hang Tuah said...

pengalaman paling manis tu mat.

cimi said...

HAHA. aku tak macam nak gelak guling3 plak kan.

RastaMat said...

Padin

bak kata pepatah ; sudah sejuk disimbah air pula..memang menggigil bhai!!
hahaha..
nanti kite lumba padin..
tengok takat mana moto kau boley pegi..


Anisa Hang Tuah

sangat manis beb..
seperti manisnya mayonis beger yang aku makan tu..
hahaha...


Cik Cimi dan Cuki

kau tak payah nak gelak guling2 sangatlah..
aku gulingkan kau kat broga kang,
kenal lah kau erti kehidupan sejagat..

hackshitam said...

trueee betoll..
kekekeke

Padin said...

moto aku tu Mat, dah banyak kuda mati, hahah.. takat jalan dekat2 nak beli nasi bolehla, jalan jauh sikit rasanya roboh enjin tuh..

Aleen Aiden said...

perangai kau juga macam india.org makan bace doa,kau kumat kamit nyanyi lagu padayappa.puiiii!sebenarnye sengaja xbawak kunci rumah kan??kau punye taste kan memang jenis anak dara anak dara india....kah3!

Jack St. Honour said...

hawam jadar r bero nih~~
hahaha...

cuteyes said...

hahahahaha sian abamat!

RastaMat said...

Hackshitam

bak kata kurt angle,
yeah it's true it's true..

Padin

mentang2 kau dah bermotokar,
kau tinggalkan beliau keseekoran ye padin..
kesian beliau..


aleen aiden

orang baca doa sebelum makan,doa apa yang aku nak baca masa tengah makan??
siapa india sekarang ni??
kau sebenarnya jeles bila aku ada skandal dengan wanita india persis preity zinta kan??
blah la kau..


Perc Rockett

awww abam tamaw arrr takap itteww macam tuewww..
caketnyeww ati itteww!!!
mencik mencik!!!!


cuteyes

cian kan kat itteeww??
wuwuwuuu.. ~ ~ ~~~

Umie Nadhirah said...

hoh hoh hoh. tragisss.
weii aku siap tekan link sambil angguk2 kepala baca entry kau ni hahaha.

RastaMat said...

Umie Artoqiemie

tragis tak tragis sangatlah..
aku ni hebak tahap dubuk..
kalau mereka yang biasa2, memang dah terjun kb mall kalau kena peristiwa macam aku ni..
hahahaha...

Yuyu Ali said...

ada ayat start dengan "walaubagaimanapun" laaa.




*teruja fahmi. ehh teruja fahami nya.

ismanasir said...

aku suka cerita ini. ayat menarik. HAHA

specsy said...

kau nak tiru aleen aiden pon takde hal. aku bagi keizinan. hahaha

Unknown said...

aku pun, bagi keizinan.