We're Here

Sep 17, 2011

Perihal zakat

Terima kasih brader Karlboss atau apa saja nama beliau..
Guwa terbaca tulisan beliau dan teringat perihal berzakat yang rakyat negara kita amalkan..
Perihal zakat ini akan menjadi sebutan terutamanya pada hujung bulan Ramadhan..
Umat Islam berpusu-pusu mencari kaunter pembayaran zakat untuk menunaikan kewajipan tersebut..
Terbaru, bayaran zakat boleh dilakukan melalui internet atau sistem pesanan ringkas dan perkara tersebut sangat meragukan kerana akadnya menjadi gugur walaupun suatu masa dahulu mereka yang menetapkan bahawa akad itu sebahagian daripada rukun zakat..
Itu perihal lain kerana hukum ini ditentukan oleh mufti negara..
Siapalah guwa untuk mempertikaikan..

Seperti yang dikatakan brader Karlboss, kemana duit zakat yang beratus juta nilainya kerana masih lagi ada rakyat yang dianggap miskin?
Persoalan begini sering bermain dalam kepala guwa dan pada Ramadhan yang lalu, abang ipar guwa menjadi salah seorang wakil untuk mengutip wang zakat keluarga dan beliau agihkan wang zakat itu sendiri mengikut kiraan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima..
Pada Ramadhan sebelum-sebelum ini, kami sendiri berkira-kira dan menyalurkan sendiri duit zakat tersebut kepada saudara mara yang pada kami sangat berhak menerima seperti ibu tunggal dan anak yatim..

Jika ada yang berkata, mana ada fakir miskin lagi dalam negara ni kerana Felda dan orang asli telah dibantu kerajaan dengan pelbagai insentif dan bonus..
Jadi guwa sarankan supaya lu orang pergi ke Jasin, Melaka ; Tangkak, Johor ; dan perkampungan yang lokasinya di bandar besar seperti Johor Bahru, bahkan Kuala Lumpur sendiri..
Lu orang pasti berjumpa ibu tunggal yang anaknya lebih 5 orang dan bekerja sekadar cukup untuk nasi putih dan kicap dan ikan masin untuk sekali makan sehari..
Guwa pasti kerana guwa pernah jumpa..
Belum kira lagi seorang abang yang perlu menanggung 3 orang adik yang bersekolah dengan perkerjaan hanya sebagai operator kilang..
Ya, ini memang ada dalam negara Malaysia kita..
Pernah lihat bersamamu bukan?
Rancangan yang pada guwa agak hipokrit dan sama tujuannya seperti Imam Muda..





Setelah duit zakat dikutip oleh wakil-wakil yang diberi kepercayaan oleh kerajaan, duit itu dikumpulkan di pusat zakat setiap kawasan..
Lu orang pernah lihat bangunan zakat di setiap negeri?
Bagi guwa, bangunan mereka sangat gah dan mewah..
Pertikaian guwa ini mungkin salah tanggapannya, tapi guwa masih nak menyatakan bahawa bangunan itu dibina menggunakan duit zakat..
Jadi, apabila datang keraguan tersebut, keluarga guwa mengambil keputusan untuk menunaikan kewajipan tersebut secara manual dan lebih yakin dengan cara ini..
Terpulang kepada lu orang untuk menilai tulisan guwa ni..
Semoga amalan kita diterima dan tidak dimanipulasikan oleh pihak berwajib..
Amin..

7 comments:

me your nightmare. said...

tp aritu ade dgr berita..pasal undang2 baru
berbunyik "sape x byar zakat akan didenda/dihukum"...lebih kurg mcm tu lah...

sebabnye ade beberape pratus org yg x byar zakat kat mlaysia nih...

mungkin sebab tu kot still ade org miskin..en..en..en.

RastaMat said...

Secara kasarnya, jika lebih 30% orang yang tidak membayar zakat sekalipun, duit kutipan itu sepatutnya lebih dari cukup untuk menampung kemiskinan negara kita..
Jika dan hanya jika duit kutipan itu disalurkan untuk keperluan lain atau disimpan saja, maka kemiskinan masih berleluasa di negara kita..
Wallahuallam..

Aleen Aiden said...

heh~
aku selalu je xboleh nak berkate2 lepas bace en3 kau.

ini menyeksakan tahu?!

pembayar zakat tegar. said...

setiap bulan gaji aku akn di potong sebanyak RM42.30 tanpa GAGAL!
utk pusat zakat negeri Selangor..
walaupun aku anak jati JOHOR
aku x kesahlah..
bukan nak mengungkit
utk melaksanakan rukun islam yg ke 4 ini..
tp bukan aku sorang kuli berjaya di sini..
kalau 1 company ni ada 100 org kuli berjaya mcm aku,
jumlah sebulan yg wang yg di zakatkan oleh company ini adalah RM4,230.00
kalau ada 10 company yg membayar zakat sebulan?
jumlahnye sudah menjadi RM 42,300.00
huh..
aku tegaskan sekali lagi...
TANPA GAGAL utk membayarnya!

sape nak jelaskan mane perginya wang zakat tersebut??

sesungguhnya apa yg di luar pengetahuan kita,tak mungkin terlepas dari pengetahun Ya Rabbi.
kita sudah melakukan kan kebaikan..
harapkan jugalah kebaikan balasannya..

panjang aku memebebel..
maaf ye.

RastaMat said...

aleen aiden

pasti ada sebenarnya cetusan hati..
cuba luahkan..



Anishaway

jika asnaf yang wajib pon mereka masih gagal untuk agihkan wang zakat, maka anda perlu sedar bahawa jauh sekali anda dapat menikmati duit itu..



pembayar zakat tegar

terima kasih untuk bukti itu..
banyak lagi bukti dari syarikat2 besar negara..
jika didedahkan semuanya, pasti ramai yang terkejut..

blog-tips-kurus said...

Bersamamu-percaya tak salah seorang individu yg dipaparkan kisah sedihnya itu sebenarnya kaki minum.. macam mane lah depa cari..?
(tak ingat tahun bila..)

RastaMat said...

blog-tips-kurus

bagi guwa, rancangan tu sekadar mainan politik mereka yang berharta..
tapi kita siapa untuk mempertikaikan kesahihan rancangan tersebut..
semoga amalan mereka diterima Yang Maha Esa..

Amin...