Sedang aku melintas jalan menuju ke arah tasik seberang yang
menghijau, tiba-tiba ; 'Vrooommm' berdesup laju kereta ni memecut! Mak aih!
ikotkan hati aku mahu je aku kejar balik.Tapi aku sabar sebab hari ni aku
pose.Aku teruskan perjalanan sambil merenung sepanjang hari dan sambil-sambil
lidah terjelir menahan panasnya dunia hari ini.
Mahu
tak panas! manusia manusia ni dah tak reti dok diam, asyik menebas dan
meneroka.Tamak dan haloba! haa tu tak campur yang merempit lagi, patot la ramai
sedare mare aku kene langgar.Tiap-tiap minggu ade yang jadi arwah atas jalan raya
tu.
Jadual
harianku bagaimana pun tetap sama, maklumlah aku ni sekadar biawak kampung je
atau lebih dikenali sebagai 'biawak jagoan kampung'.Aku biasanya dijumpai di
Sarawak, Malaysia.Ia terletak kira-kira 70.6 kilometer (44 batu) barat Kuching
ibu negeri, sangat dekat dengan sempadan Kalimantan Indonesia. Tapi tu dulu la,
sekarang ni bersepah sedare mare aku kat serata dunia (hasil menontong National
Geogrhapic). Maaf la lambat sikit kenalkan diri.Tapi aku di sini bukan nak
bercerita pasal 'History' aku sekor persekor, tapi perkongsian impian aku dan
dugaan aku je.
Siapa
tak sedih oi! Hidup aku ni sekadar jilat pagi makan pagi, jilat petang makan
petang.Sebab tulah aku berusaha mengumpul tenaga.Siang malam aku berlatih
mendaki Gunung Kinabalu tu.Naik berkematu kaki dan tangan aku ni.
Inilah yang dikatakan Jilat pagi makan pagi, Jilat petang makan petang |
Hendak
dijadikan Al-Kisahnya lah kan, pada satu hari tu aku telah ditangkap.Dorang
cakap aku naik gunung tak dak permit! kejadah dia! Aku dikotakkan dan kemudian
dibawa kesini.Dan disini aku bahagia.Kenapa?? Kerana impian aku tercapai.
Rupa-rupanya
aku ditangkap sebab aku ingin dikaji dan diwartakan sebagai spesis biawak Asia
yang baru. Kat sini aku bersama lagi dengan saudare mare seangkatan aku
walaupun rupa mereka ni ganas sikit laa.Nama pun da macam komando bhaii! tapi
aku panggil dorang komodo aje.Dorang ni baik dan menjaga persahabatan.Aku
sungguh bertuah kerana dikurniakan sahabat yang baik dan jauh dari kekejaman
Manusia!
Dan
akhirnya aku di kepulauan Galapagos! At last Im free from human and the gang!
hehe.. kecek omputih skek, name pon oversea boh!
TAMMAT
Penulis asal : @khalis_ikhlas
5 comments:
matt
lama betul tak dgr khabar kau
heehe
minta sedikit waktu kau utk mendengar lagu buatan ku mat
http://www.hemisferanis.blogspot.com/2012/06/janji-dengan-guatolong.html
thanks mat =)
aku geli tengok biawak tu hahaha
biawak rupanya. aku mati2 ingat manusia awal2 tu.
pak mat update la ceghita! hatoiinye punn..
najwa jenis tak baca title.
hmph.
Okay. Entri ni ada unsur ilmiah.
Post a Comment