We're Here

Showing posts with label DOL. Show all posts
Showing posts with label DOL. Show all posts

Oct 5, 2012

Siri 9 Dollah


Mak Dol : Dol, mari sini.. Mak ada cerita nak ceritakan pada kau..

Dol : Cerita apa mak?

Mak Dol : Tajuk cerita ni, Anak Itik yang Hodoh..Mak cerita ni sebab mak tahu kau selalu kena kutuk-kutuk kat sekolah kan..Che'gu pon pandang rendah pada kau..

Dol : Mana mak tahu?

Mak Dol : Mak kan stalker terhebat abad ni..Mestilah mak tahu..Mih Mih Mih Mih

Dol : Eh mak ni bergurau pulak..Dol sumpit kang jap lagi..Hah cepatlah cerita mak..

Mak Dol : Ok, cerita dia bermula begini..Di dalam sebuah reban, tinggal seekor Ibu itik dengan 7 ekor anaknya..Semua anak itik itu berwarna kuning kecuali seekor anak itik berwarna kelabu..Ibu itik sendiri berasa hairan, kerana anak itik berwarna kelabu itu agak besar berbanding dengan anak-anak itik yang lain..Disebabkan warna dan saiznya yang berbeza, anak itik ini sering diejek dan dipersendakan oleh anak-anak itik yang lain..Mereka memanggilnya Anak Itik Hodoh..Anak itik hodoh ini berasa sedih dan terhina..Pada suatu hari, anak itik hodoh ini melarikan diri dari reban tempat tinggalnya..Dia ingin mengetahui siapa ibu bapanya yang sebenar..Dia bertanya kepada burung-burung dan ayam siapa ibu bapanya..Burung-burung dan ayam tersebut tidak dapat memberikan jawapan..Suatu hari, setelah penat berjalan, anak itik hodoh pergi ke tepi kolam untuk minum air..Dia terkejut apabila melihat terdapat bayang-bayang seekor angsa putih di dalam kolam itu..Rupa-rupanya barulah dia sedar bahawa dia adalah seekor angsa putih, dan bukan seekor anak itik yang hodoh..Beberapa ekor angsa putih yang sedang berenang di dalam kolam itu mengajaknya berenang bersama-sama..Kini angsa putih yang cantik itu tidak berasa sedih lagi, kerana kawan-kawannya tidak akan mengejeknya lagi.

Dol dengan wajah yang bersinar-sinar pon terus menuju ke arah cermin di dalam biliknya untuk melihat wajah sebenar beliau........

Hai saya Itik [Sumber : Google]




May 17, 2011

Fenomena

Guwa melayan cerita abang dol dengan dak apis..
Ala cerita abang dol yang penggali kubur tu..
Lupa ke??
Mungkin tak ingat sangat kan??
Cerita tu tak di wayangkan sebab tu agaknya ramai yang tak ingat..
Tapi pernah jadi fenomena jugak buat beberapa ketika..
Cuma sekejap sangat fenomena tu..

Cerita adnan sempit keluar, hampir setiap baris ayat yang sam sebut tu jadik bahan bicara seluruh pelusuk bumi..
Terbaru cerita hantu kak limah, sampai sekarang ni masih disebut-sebut pasal usop wilcha tu tak kira siapa dan di galaksi mana mereka berada..
*hiperbola

Fenomena dan pengaruh cerita adnan sempit dan kak limah (lebih tepat usop wilcha) sangatlah besar sehingga pada mana-mana peringkat umur sekalipun mereka tahu tentang braDER sam dan usop WILCHA..

Apa yang guwa bimbang adalah kanak-kanak bawah umur yang kepaleotaknya belom mampu menapis mana yang baik dan buruk..
Depan mata guwa terjadi apabila seorang budak menyampok perbualan apaknya dengan ... "ayah kite bakor je kite bakor"..
Ye kita nampak seperti kelakar dengan telatah anak kecil itu..
Tapi rasionalnya, anak itu sangat biadab..
Bukan sekali dua guwa terserempak dengan perkara macam tu tapi banyak kali..
Itu belum lagi pasal seorang anak yang pada pengamatan guwa umurnya 7-8 tahun, memanggil apaknya dengan perkataan "DER"..

Sebenarnya fenomena adalah undian majoriti dan kita adalah pengundi dan penyokongnya..
Apabila ramai yang menyokong, maka bermacam provokasi dan propaganda yang akan berlaku..
Hasilnya juga kita yang tentukan..
Amat malang apabila terlalu sekejap fenomena abang dol ketika itu..
Fenomena yang baik seperti abang dol itu perlu diteruskan sebenarnya dan kita yang perlu mempromosikan..

Jadi semua mari bersama guwa ucapkan ;

Subhanallah wa Alhamdulillah wa La-ila-ha-illa-Allah
Allahuakbar 

Ucapkanlah sebanyak mana yang termampu seperti kita sering mengucapkan perkataan "DER" atau "ce cite ce cite"..

Abang dol yang tabah

Ketabahan Abang Dol menjadi pendorong kehidupan  
TERIMA KASIH ABANG DOL!!!

Feb 11, 2011

Siri 8 Dollah

Cuti sekolah sempena tahun baru cina btol2 membuatkan Dol bosan..
Dia bertekad ingin mempelajari bagaimana mahu menunggang motosikal walaupon pada hakikatnya dia masih blom mahir menunggang basikal..
Keesokan harinya, Dol pergi ke rumah Salim dan menyuruh Salim mengajarnya menunggang motosikal..
Salim merupakan mat rempit kampung yang paling hebat antara kawan2 sebaya dengannya..
Setelah setengah hari menuntut, Dol sudah mampu menggerakkan motosikal..
Dol ingin mencuba untuk menunggang motosikal di jalan besar kerana ingin menunjuk kepada awek2 kampung bahawa dia telah pandai menunggang motosikal..

Sedang elok dol menunggang motosikal honda c70 milik atok Salim dengan kelajuan yang lebih sket dari siput babi berlari marathon, tiba2 seorang pegawai polis menahan Dol..
Dol tergamam dan tak mampu berbuat ape2......

Polis : Assalamualaikum dik..

Dol : ........

Polis : Adik ade lesen memandu ke ni??
Dol : ........

Polis : Bahaya adik bawak moto kat jalan besar ni.. Kalau jadik ape2 susah nanti.. Dahla tak pakai helmet..

Dol : ...................

Polis : Adik ni nape??

Dol : ............

Polis : Bisu ke??

Dol : ........  ( sambil mengangguk laju2 )

Polis : Owh ye ke.. Takpela adik balik la.. Lepas ni jangan bawak moto kat jalan besar ni lagi.. Bahaye sangat dik..

Dol : .......... Terima kasih encik...

Polis : ??????

Dol berlalu tanpa segan silu....



Dol suatu hari nanti

Oct 10, 2010

Siri 7 Dollah




Che'gu Nasyor bertanyakan cita-cita kepada semua anak muridnya bermula dengan Nora, Latip, Sarip, Rugayah dan lain-lain..
Ada yang mahu menjadi Polis, Bomba, Askar, Arkitek, Che'gu, Jurutera dan lain-lain..
Memang sangat hebat cita-cita semua anak murid Che'gu Nasyor..

Dol tidak mahu kalah dengan kawan-kawannya..
Tiba-tiba dia teringat tentang berita di televisyen semalam tentang angkasawan Malaysia yang naik ke angkasa lepas..
Dia mendapat idea untuk menjadi seperti itu apabila dewasa nanti..
Akhirnya tibalah giliran Dollah a.k.a Dol.. 

Che'gu Nasyor : Ok Dol, sekarang giliran awak pula..

Dol : Ye che'gu..

Che'gu Nasyor : Apa cita-cita awak?

Dol : Saya nak menjadi seorang ANGSAKAWAN che'gu..

Kawan-kawan dalam kelas : WAKAKAKAKAKAKAKA...!!!

Che'gu Nasyor : wakakakakaka...!!!
(gelak dalam hati)

Dol : ????

Jun 4, 2010

Siri 6 Dollah


Che'gu Nasyor ditugaskan untuk mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas Dollah a.k.a Dol. Beliau memberi "assignment" kepada murid-muridnya untuk  mencari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti.

Kriiiiing!!!!!
Maka tamatlah sesi persekolahan pada hari tersebut.Dol pulang dengan rasa gundah gulana kerana risau dengan tugasan yang diberikan oleh Che'gu Nasyor.
Dalam perjalanan balik, Dol ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dol terdengar si lelaki tu menyergah "Shut up you !!".


Sampai di rumah, Dol bertanya kepada apaknya, 
"Abah, 'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Apaknya hanya mengiyakan sambil menggulung rokok daun bersama tembakau cap kuda.


Perasaan gundah gulana si Dol mula reda.

Selepas mandi dan makan, Dol menonton cerita Superman. Masa Superman nak terbang beliau berteriak "Superman !!!"



Dol tanya apaknya lagi,
"Abah, 'Superman' tu bahasa Inggeris jugak ke?"
Apaknya menjawab 'yes' sambil membelek akhbar.


"Dua perkataan dah dapat"
Desah hati Dol dengan gumbira sambil tersenyum riang.


Selepas menonton tv, Dol ke perpustakaan.
Dol ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu menjerit 'Ladies first!!' kepada lelaki itu.


Setibanya di rumah, Dol bertanya lagi kepada apaknya dengan penuh teruja dan apaknya kata itupun Bahasa Inggeris.
Hati Dol sangat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Che'gu Nasyor dengan sempurna.
Dol tidak sabar-sabar mahu menunggu hari Isnin.


Hari Isnin telah tiba.
Kelas Bahasa Inggeris pun dimulakan oleh Che'gu Nasyor.


Che'gu : "OK Dol, did you get the words?"
Dol      : "Yes, teacher".
Che'gu : "Good, what is your first word?"
Dol      :"Shut up you!!"
Che'gu : "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Dol      : "Superman !!!"
Che'gu : "Bloody fool! Get out from this class!"
Dol      : "Ladies First!!"

Che'gu : @!#$%^&*(*&&^^%#@@#$%^***!!!!!!













Apr 15, 2010

Siri 5 Dollah



Pada suatu tengah malam, Dollah a.k.a Dol menghubungi pustakawan sekolahnya.
Dalam keadaan mamai, pustakawan itu menjawab panggilan telefon tersebut.

Dol : Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?

Pustakawan : Jam 9 pagi dik, apa hal yang penting sangat adik menelefon saya di tengah malam buta ni?

Dol : Tak boleh buka awal lagi ke bang?
Dol bertanya lagi dengan nada kecewa.

Pustakawan : Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!
Pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi.

Pustakawan : Penting sangat ke sampai adik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?

Dol : Siapa kata saya mahu masuk?
Kata Dol itu kesal.

Dol : SAYA MAU KELUAR!"





Mar 15, 2010

Siri 4 Dollah



Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, che'gu

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu.

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

Dol : Untuk membungkus nasi lemak, che'gu...

Che'gu Nasyor : Uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

Dol : ???




Mar 14, 2010

Siri 3 Dollah





Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Dol, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?

Dol : Itu senang saja cikgu.. Ayatnya ialah.... Emak sedang membuat kek di dapur.

Che'gu : Mana tepungnya??

Dol : Tepung kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

Che'gu : !@#$%^^&%@#$%!!!


Mar 10, 2010

Siri 2 Dollah




Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Dol lalu Che'gu Nasyor pun berkata,

Che'gu : Dol, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?


Dol : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah. Jangan pergi mana-mana.





Mar 5, 2010

Siri 1 Dollah



Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Dollah@Dol.

"Woiiii Dol, apa sebab kau berhenti ni hah"

"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."