We're Here

Sep 30, 2013

Izin Cemburu

Rupanya, nak meluahkan rasa cemburu tu perlukan izin daripada si pelaku cemburu tersebut..

Contohnya macam ni, Sidi dan Wani dalam aturan berkasih-kasihan..Sidi ramai kawan perempuan dan Wani selalu cemburu walaupun dia tahu kawan-kawan perempuan Sidi tidaklah pedulikan langsung hal berkasih sayang sesama mereka..Wani selalu rasa nak marah, rasa benci, rasa tertipu dan macam-macam rasa palat sebab keadaan macam tu selalu berulang..

Secara logik solusinya, Wani perlu meminta izin Sidi untuk meluahkan kecemburuannya itu tentang perkara-perkara yang membuatkan timbul rasa itu dalam hati Wani..Jika Sidi mengizinkan, Wani perlu mengambil peluang menghamburkan kepalatan akibat rasa cemburu itu ke muka Sidi..Jika tidak mendapat keizinan atau keizinan bersyarat, terima sajalah..

Aku cemburukan ungu

Jadi kepada semua kenalan saya, izinkanlah saya meluahkan rasa cemburu terhadap kalian..Kadang-kadang saya punya luahan kecemburuan tu melibatkan kaki tangan siku lutut dihulur..Maafkan saya terlebih dahulu..

Wani, Sidi, vice versa..
Jiwa Psiko..

"Ingat kalau cemburu boleh duk sesaja nak pampang? Kalau tak selesa, mana boleh tunjuk"

Terima kasih Zai (bukan nama sebenar)..

Sep 25, 2013

Hadiah dari Tuhan

Dah berbulan, macam-macam Dia bagi ujian..satu-satu Dia tarik balik..Awal minggu ni, pagi-pagi dah terkejut dengan itu ini..Tapi, selagi yang namanya Tuhan buat kerja, Dia tahulah apa yang dia ambil, apa yang dia nak bagi..Dalam pada Dia ambil sikit-sikit, Dia kumpulkan rezeki dan bagi pada masa yang sesuai..

Takziah buat keluarga yang terlibat, saudara mara dan kenalan Muhammad Afif Samiran yang meninggalkan kita pada 17 Zulkaedah 1434 dan Zulhanafi Zamidi yang meninggalkan kita pada 18 Zulkaedah 1434..Sama-sama kita doakan mereka berada dengan tenang di alam tersebut..

Tabahlah semua, yang ditimpa bencana..Tuhan itu Maha Genius, percayalah..

Dan Tuhan berikan aku kekuatan pada hari seterusnya dengan rezekiNya..Terima kasih Tuhan..

Arwah Afif (berbaju merah, tengah)
Death knocked our door, twice. And said "I'm just around the corner"       - Nawi Fisher -

Sep 19, 2013

Ruftop


Assalamuaalaikum semua. 

Salah seorang penulis blog abang Mat sedang bermanja-manja dengan penulisan buku alternatif. Zine Ruftop ini adalah kolaborasi 8 orang penulis dan disatukan dalam 1 buku. Isi buku ini lebih kepada puisi dan cerpen dalam bahasa Melayu juga Bahasa Penjajah.

Cetakan pertama sebanyak 30 buah buku telah habis di jual di Johor Bahru Reader Writer Fest tempoh hari. Jadi cetakan kedua dalam masa terdekat ini berpandukan permintaan pembaca-pembaca sekalian. Kepada siapa yang minat membaca dan ingin penuhkan koleksi mereka bagitahu la ye. 

Terima kasih




Sep 18, 2013

Bulan Bulanan

Setiap bulan pun ada bulan mengambang..Kalau yang jenis suka membulan tu, dia tunggu tiap-tiap bulan untuk membulan..Untuk yang datang bulan pun dia tunggu jugak tiap-tiap bulan..

Suka benor aku tengok bulan penuh..

Tapi ada yang takut, ada hantu katanya..Buat apa takut hantu kalau perangai sendiri mengalahkan syaitan..

Jom membulan!



Sep 15, 2013

Mimpi Basah

Orang kata mimpi tu mainan syaitan..Memang betul mimpi tu mainan syaitan tapi ada kategori dia..

Mimpi yang dikatakan mainan syaitan ni adalah mimpi di awal tidur dan akhir tidur yang menjelang waktu Subuh..Mimpi di awal tidur, roh kita masih berkeliaran tak menentu lagi, jadi dimainkan oleh syaitan dengan perkara-perkara yang tak betul sebelum roh sampai ke tempat yang tertentu..Mimpi di penghujung tidur atau menjelang subuh pula, syaitan mainkan roh supaya kita terus lena dengan tidur dan meninggalkan Solat Subuh..

Selalunya mimpi di pertengahan tidur ni kita perlu ambil sedikit perhatian kerana mungkin ada kaitan dengan kehidupan harian kita..Apabila kita tersedar, mintalah dimakbulkan mimpi tersebut jika dapat mimpi yang baik dan sebaliknya..

Aku boleh dikatakan jarang sangat mendapat mimpi..Tapi bila sekali datang mimpi tu, seminggu berturut-turut, tak kira siang malam dapat mimpi..Boleh dikatakan bermakna mimpi-mimpi tu dalam kehidupan aku..Bila aku terlalu memikirkan sesuatu perkara, maka akan terbawa-bawa ke dalam mimpi..Bila dalam dunia sedar, mimpi tu sering terkait..Entah, kalau perkara-perkara baik tu aku bersyukurkah, cuma kalau benda kurang elok tu, aku pasrah, berdoa semoga tak berulang lagi..

Pernah aku tersedar dari mimpi, dan basah..Ohh bukan aku mimpi berasmara dana..Aku mimpi menangis dan bila sedar memang mengalir air mata aku..Dia punya sedih tu power betul..Lepas tu sampai subuh aku tak boleh tidur..

Dejavu pulak, banyak kali jugak lah jadik..Aku pasti, semua orang pon pernah je kena dejavu ni..Tapi mintak dijauhkan dari voodoo spell lah atau nama melayunya, santau..Jahat benda ni, bertaubatlah siapa yang pernah terlibat tu sebelum nyawa kau orang diambil..

Ok, semoga berjaya dalam hidup masing-masing..Aku masih berfikir macam mana nak kumpul duit beli pulau sebijik..Harap-harap dapatlah masuk mimpi malam ni..

Selamat malam semua..Mohon ampun dan maaf, khuatir tak ada nyawa lagi pagi esok..
Assalamualaikum..

Sep 12, 2013

Keputusan

Sampai satu tahap, kau kena buat satu keputusan yang menentukan kau pergi jalan A atau jalan B..Dalam pada kau nak pilih A atau B, datang pulak C..Kau tertekan, kau cari pilihan D iaitu untuk tidak memilih A, B, atau C..Tapi persekitaran akan tekan kau dari sehari ke sehari untuk buat keputusan..Kau mesti pilih jugak yang mana satu..

Selagi kau masih hidup ni, kau tak akan boleh lari daripada membuat pilihan..Kau lari, diorang kejar sampai dapat..Takde peluang kau nak lepas..Sebab apa? Sebab sebenarnya kau yang cipta mereka sebelum ni..Kau reka cerita tentang dunia kau dan sampai satu tahap, kau kena buat pilihan..Itu tanggungjawab kau ke atas diri kau sendiri dan pasti melibatkan orang-orang disekeliling kau..

Aku ucap tahniah bagi yang berjaya buat keputusan hidup dengan jayanya, macam tembak jawapan objektif, A ; B ; C ; D ; kadang-kadang ada E..Kau pasti sangat tertekan bila tiba waktu macam ni, waktu nak buat pilihan..

Kau pilih A, kau mati..
Kau pilih B, kau mati jugak tapi kau puas hati..
Kau pilih C, kau sakit melarat terlantar..
Kau pilih D, kau hidup tapi merana..

Kau kata, hidup mesti diteruskan..Tapi kalau dah hidup segan mati tak mahu, lebih baik kau mati..Takdelah kau menyusahkan hidup orang lain..

Kau tanya aku? Aku pilih mati..Maka selesailah segala perhitungan kat alam dunia ni, hilang segala macam pilihan, kekusutan, depresi kau tu..Tapi kau kena ingat, kau kena bersoal-jawab dengan Tuhan pulak kat alam yang seterusnya..

Ahhh kau dah besar kan? Pandai-pandailah kau nak hidup..


Ohh ini cuma gambar hiasan
***Sebenarnya ni sesi monolog dalaman aku, tapi terkeluar..Kira macam Sidi dengan Man, split personality, imaginary friend..

Sep 9, 2013

Depresi

*Disclaimer: Ini bukan movie review, bukan tulisan ilmiah. Stick with your jurnals and legit references for facts. Sekian, hanya untuk berkongsi pandangan peribadi.

Usai menonton cerita Psiko Pencuri Hati, saya tertarik ingin mengulas tentang depresi. Tapi, bukan dari sudut ilmiah. Hanya ingin berkongsi pandangan, pendapat dan pengalaman sendiri.

A wise man once told me, Malaysia, we are lack (kurang, bukan tak ada) of psychiatrist. What we do have is psychologist. Take note that both profesions are different from each other. A psychiatrist evaluates a person for a mental disorder (roughly my understanding from various reading *cough* google *cough*). Whereas a psychologist is a person who evaluate and treat a mentally disordered person.Can you see the difference? Huge difference there my friend! Psychology is a vast subject and psychiatrist hanyalah satu daripada banyak cabang. Kira macam kalau demam, doktor bagi antibiotik dulu suruh makan tengok dua tiga hari okay ke tak banding dengan demam pergi klinik terus masuk  wad. Hah, paham?

Berbalik kepada cerita psiko pencuri hati tadi (kalau belum tengok pergi tengok!), cerita ni pada pandangan saya (ini pandangan peribadi, mungkin tak sama dengan apa yang anda faham kalau tengok cerita ni dan juga langsung tak ada rujukan ilmiah so sue me if I got any facts wrong) berkisar tentang various kinds of depression and how a person control it and channel it out.

1.Satu watak depressed sebab kekecewaan yang melampau dan dia pilih untuk berdiam diri. Refusing everything, tuning everything out, shutting down from outside world. Dia duduk dalam dunia dia sendiri, create a bubble, buat apa yang dia rasa dia perlu/nak buat sahaja. Dia rasa tak ada orang akan faham perasaan dia sebab hanya dia yang melalui pengalaman buruk tu.
-Betul, tapi dia kena belajar untuk move on. Redha lah senang cakap. Hidup mesti diteruskan somehow in some ways.

2. Satu watak depressed dan developed a what we call as an imaginary friend. It is normal in some cases where a child have an imaginary friend. But without proper treatment, ataupun cara dia dibesarkan tak kena, imaginary friend tu boleh develop into split personality. Dan ini dah masuk satu lagi cabang dalam dunia psikologi. Dan watak ni pulak warkahkan dan terjemahkan rasa-rasa dia dalam bentuk penulisan.
-Lebih kurang apa yang most of us would do now what with twidder, blogging and whatnot, tapi mostly disalah-gunakan. Konon ekspresi diri tapi kadang-kadang tak sedar jadi syok sendiri.

3. Satu watak pendam kemarahan dan satu hari dia tak dapat tahan dan terus bertindak diluar kawalan. Juga it leads to penyakit mental yang dia pendam dan tutup dengan hidup secara normal tapi ada masa dia tak dapat tahan dan penyakit gila dia tu akan keluar.
-Yang ni the most pet peeves of all. Bahaya. Lain dengan split personality sebab dia sebenarnya sedar and tahu apa yang dia buat tapi dia rasa benda tu dia patut buat and it's a right thing to do. Kita tak tahu bila dia akan bertindak diluar kawalan. Lebih bahaya lagi kalau semakin lama dia semakin mahir untuk sembunyikan perkara yang dia buat. Psiko gila.

Semua yang diatas pada saya adalah penyakit mental yang kalau dapat dikesan dari awal, diberi peluang untuk didiagnosis dan dirawat, maka dunia akan jadi seperti happytreefriend. Maknanya kita semua akan jadi lebih tenang lah hidup.

Jadi jangan pandang rendah dengan tekanan perasaan. Luahkan dengan positif. Channel it out in a way that won't harm people and especially ourselves. Macam kita orang islam (islam rupanya), yang penting kita ada tuhan yang maha mendengar dan mengasihi. Kalau omputih tu they have what they call as shrink (you can google this yourself). Psychiatrist yang saya cakap tadi lah. Yang kita duk tengok dalam movie dia baring atas kerusi pastu cakap cakap cakap dekat doktor yang angguk2, tulis nota pastu angguk lagi. It is a service where only people who can afford to pay can get. Macam kita lah, lagi-lagi minyak naik ni, mana nak afford pergi jumpa doktor psikiatri pastu duduk cerita masalah kat dia sejam lapan ribu hengget (okay ini assumption).

For me, I am living in denial, and I know it's not healthy. I believe that many of us are also living in denial, menidakkan depresi dan memakai sebuah topeng untuk terus hidup. Pada hemah saya, carilah satu tapak dimana kita boleh berpegang dengan teguh kepada dunia yang nyata. Be it God, religion or some people whom we trust our lives with. Tak salah nak pujuk hati, tapi hati-hati jangan sampai makan diri. Ada masa-masa yang kita disarankan untuk muhasarawak (hahaha sorry) muhasabah diri dan pada masa tu, mengadulah, keluarkan lah setongkol perasaan hitam, kelat, ngilu yang awak ada dalam dada tu pada sesiapa. Maybe it would help even if only a little, at least it helps.

Saya, kalau anda dah tonton cerita tu, adalah khairil. Bezanya, yang jadi mangsa saya adalah saya. :)

Here's to living life with sincerity and tranquility. Pergi tengok psiko pencuri hati!


Sep 5, 2013

Psiko Pencuri Hati

Malisa yang sedang leka melihat rancangan masakan kegemarannya di peti televisyen tidak tersedar akan kepulangan suaminya yang sudah 10 minit berdiri di belakangnya..Azman menyapa lembut bahu isterinya itu sambil melonggarkan sedikit ikatan tali leher yang dipakai..Perbuatan itu membuatkan Malisa terkejut dan terus menepis tangan suaminya sambil menjauhkan diri dari sapaan tersebut..Malisa melihat Azman hanya tersengih sedangkan dia bagai mahu gugur jantung kerana terkejut..Malisa segera mendapatkan suaminya dan memeluknya erat..Dia meminta maaf kerana tidak menyambut suaminya itu pulang dari kerja..

Azman hanya tersenyum melihat perlakuan isterinya..Dia membalas pelukan isterinya itu dengan begitu erat sekali..Hampir 20 saat mereka berpelukan, Malisa merasakan yang pelukan suaminya itu semakin lama semakin kuat dan menyebabkannya sukar untuk bernafas..Malisa menegur perbuatan suaminya itu namun Azman hanya mendiamkan diri tidak berkata sepatah pun..Malisa mula meronta untuk melepaskan diri dari pelukan suaminya yang berbadan agak sasa, namun tubuh genit itu kelihatan sukar untuk meloloskan diri..Malisa cuba menjerit sekuat hati tetapi suaranya tersekat-sekat..

Azman mula mengendurkan dakapannya dari Malisa dan dengan pantas Malisa menjauhkan diri dari suaminya itu..Malisa melangkah kebelakang dengan tergesa-gesa sehingga terlanggar pasu bunga hiasan yang terdapat di ruang tamu rumahnya..Malisa terjatuh dan kakinya luka terpijak serpihan kaca daripada pasu tersebut..Dia segera mengeluarkan kaca yang terbenam di tapak kakinya..Dia terpaksa merentap keluar kaca tersebut dan perbuatan itu menyebabkan tapak kakinya terkoyak kira-kira dua inci..Darah terhambur keluar sambil kedengaran suara jeritan Malisa menahan kesakitan..

Azman mengeluarkan pen Parker dari poket baju kemejanya dan menggenggam seolah-olah pisau lalu menghampiri sofa yang berada di depannya, tempat di mana Malisa duduk menonton televisyen tadi..Azman menikam sofa tersebut sepenuh hati sehingga koyak rabak sofa tersebut.

Kau tak guna! Kau tak guna!
Aku sayang kau Malisa!!

Terpekik-pekik Azman seperti orang hilang pertimbangan..Malisa semakin takut dengan tindakan Azman yang semakin menggila..Dia hanya mampu menjerit, menangis ketakutan dan semakin bingung dengan keadaan yang berlaku..

Tindakan Azman terhenti apabila telefon bimbitnya berdering..Dia mengeluarkan telefon bimbitnya itu dan terus membalingnya ke arah isterinya tapi tidak tepat..Dia merenung tajam ke arah Malisa sambil tangannya masih lagi menggenggam pen Parkernya tetapi dia hanya berdiri setempat sahaja dan membatu..Suasana menjadi senyap sunyi apabila mereka terdengar beberapa buah kereta peronda Polis lalu di hadapan rumah mereka..

Azman masih lagi berdiri membatukan diri sambil merenung tajam tepat ke anak mata isterinya..Dengan keadaan kakinya yang luka itu, Malisa cuba mengesot perlahan-lahan untuk mendapatkan telefon bimbit yang terletak di ruang tengah rumahnya..Malisa memerhatikan pergerakan Azman kalau-kalau ada tindakan yang lebih agresif lagi daripada tadi..Azman perlahan-lahan bergerak ke arah sofa lalu melabuhkan punggungnya untuk berehat..Dia masih lagi tidak berkata sepatah pun, hanya keluhan berat yang terkeluar dari mulutnya..

Malisa yang telah bersedia untuk menghubungi pihak berkuasa membatalkan hasratnya itu kerana melihat Azman yang sudah reda dari tekanan..Malisa bergerak perlahan-lahan ke dapur untuk mendapatkan kit simpanan kecemasan bagi merawat kakinya yang luka tadi..Matanya masih lagi memerhati pergerakan Azman yang bersandar di sofa..

Malam itu Malisa tidur di bilik tetamu dan hanya membiarkan sahaja suaminya terlelap di atas sofa di ruang tamu sambil televisyen terus terpasang..Dia tidak dapat melelapkan mata kerana masih lagi terkejut dengan perlakuan suaminya awal malam tadi..Malisa tidak pasti adakah kelakuan ganjil itu disebabkan kesalahannya yang leka sehingga tidak tersedar kepulangan suaminya atau kerana tekanan di tempat kerja..Azman sering juga  pulang lewat ke rumah sejak akhir-akhir ini..Malisa berasa aneh kerana hari-hari sebelumnya tiada pertengkaran pun yang berlaku antara mereka, malah mereka sangat mesra kerana masih lagi dalam mood bulan madu..Perkahwinan mereka baru mencecah dua bulan dan perkara seperti ini tidak patut terjadi antara mereka..

Menjelang jam 3.00 pagi, Malisa masih lagi tidak dapat tidur..Dia risau kalau-kalau suaminya memecah masuk bilik itu walaupun sudah dikunci dari dalam dengan kunci keselamatan kedua..Mahu saja dia keluar dari bilik untuk melihat keadaan suaminya itu tetapi dengan keadaan kaki yang tercedera, Malisa mengambil keputusan untuk menunggu suaminya bangun dan keluar untuk bekerja pada awal pagi nanti..Akhirnya Malisa terlelap pada jam 5.00 pagi tetapi tersedar semula apabila mendengar azan Subuh pada jam 5.45 pagi..Dia tetap tidak mahu keluar dari bilik itu dan akan keluar setelah suaminya tiada..

Pagi itu Azman bangun dan bersiap untuk bekerja tanpa bantuan dan layanan Malisa..Dia keluar rumah pada jam 7.00 pagi meninggalkan Malisa yang masih lagi dalam kebingungan..Setelah pasti suaminya telah pergi bekerja, barulah Malisa berani untuk keluar dari bilik tersebut..Dengan terhencut-hencut, Malisa berjalan ke arah ruang tamu untuk membersihkan kesan darah dari kakinya semalam..Malisa terkejut kerana keadaan ruang tamunya sangat kemas dan dia pasti bahawa Azman telah membersihkan semuanya..Tiada kesan darah, tiada serpihan kaca pecah, sofa yang terkoyak sudah bertampal dengan pita selofan dan semuanya teratur dengan baik..

Malisa semakin bingung dengan keadaan tersebut seolah-olah dia bermimpi malam tadi..Dia duduk di ruang tengah rumah sambil memerhati keadaan rumahnya yang tertib seperti tiada apa yang berlaku semalam..Dia terpandang sekeping kertas yang terlekat pada peti sejuk rumahnya..Nota yang ditinggalkan Azman untuk Malisa..

"Sayangku Malisa, abang minta maaf kerana kejadian malam tadi..Abang berasa marah apabila Malisa begitu leka sehingga kepulangan abang malam tadi tak disedari..Abang sangkakan Malisa bersama lelaki lain di dalam rumah kerana abang melihat ada sepasang kasut yang abang tak pernah nampak pun sebelum ni..Fikiran abang berkecamuk, abang tak mampu untuk kawal emosi..Maafkan abang Malisa..Maafkan abang.."

Fikiran Malisa terus saja ke arah kasut yang dibelinya melalui internet pada dua hari lepas..Kasut itu adalah untuk hadiah hari lahir suaminya tak lama lagi..Dia terlupa untuk menyimpan semula kasut tersebut setelah dibersihkan pada petang hari itu..

Tumpuan Malisa tertumpu semula pada nota yang ditinggalkan untuknya itu..Dia mendapati ada cap ibu jari suaminya yang sengaja dibuat menggunakan darah di belakang nota tersebut..Nama Malisa tercatat di atas cap jari darah tersebut..Bulu roma Malisa meremang secara tiba-tiba dan khayalannya mula melayang memikirkan pelbagai perkara..Malisa yang tadinya sudah sedikit tenang membaca nota tersebut, semakin gelisah tak keruan..Dia tidak dapat menangkap apa yang suaminya cuba sampaikan melalui nota berdarah tersebut..

Malisa segera mencapai telefon bimbitnya lalu menghantar khidmat pesanan ringkas kepada suaminya untuk menerangkan tentang kasut dan keadaan yang berlaku semalam..Dia juga bertanya tentang kesan darah yang tertulis namanya itu..Berjela-jela dia menaip pesanan untuk Azman namun hanya dibalas "OK!!!"..Semakin kacau fikiran Malisa dengan respon daripada suaminya itu..Dalam pada kekusutan Malisa memikirkan perkara tersebut, dia akhirnya terlelap di meja makan di ruang tengah rumahnya..

Jam 2.00 petang Malisa terjaga dari tidur dan berasa sangat pening..Mungkin disebabkan Malisa belum lagi mengisi perutnya dari malam semalam..Dia bingkas untuk menukar balutan kakinya yang sudah dipenuhi darah sejak malam tadi dan terus mendapatkan makanan untuk mengisi perutnya..Dia hanya minum secawan air dan sekeping roti semata-mata untuk mengalas perutnya yang kosong itu..Hatinya tidak tenang kerana masih lagi terfikir tentang kejadian semalam dan kejadian yang akan berlaku seterusnya..

Lamunan Malisa tersentak apabila mendengar bunyi telefon bimbitnya..Satu pesanan ringkas diterima daripada Azman..

Sayang, abang balik awal hari ni..abang dah on the way..Sekejap lagi abang sampai..Sayang bersiap, kita makan luar ye hari ni..

Serta-merta telefon bimbit terlepas dari genggaman tangan Malisa, dadanya berdegup kencang..Dia masih trauma tentang kejadian semalam dan tidak bersedia lagi untuk berhadapan dengan suaminya sebentar lagi..Malisa mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama kakaknya buat sementara waktu..Dia segera bersiap, mencapai beberapa pasang pakaian dan barang-barang penting dan terus keluar dari rumah..

Sedang Malisa membuka pintu rumahnya, tiba-tiba muncul kereta Azman di depan pagar rumahnya..Malisa terpaku, tak tergerak seinci otot badannya..Melihat Azman yang leka mengemas perkakas pejabat yang bersepah di dalam kereta, cepat-cepat Malisa menutup pintu rumah dan masuk semula ke dalam..Malisa takut, terlalu takut apabila melihat kelibat Azman yang tiba-tiba saja sampai..Namun dia bernasib baik kerana tidak terserempak dengan Azman ketika dia mengendong beg pakaiannya..Segera dicampakkan beg itu ke belakang pintu..

Hon kereta Proton Waja Azman berbunyi memanggil Malisa keluar..Malisa memang sudah siap, tetapi bukan niat dia untuk keluar bersama Azman..Malisa tetap menghulurkan kepala ke luar pintu, menjenguk..Azman melambai mengajak Malisa masuk ke dalam kereta..Tiada bunyi yang lebih kencang selain degupan jantung Malisa..Degupan jantung perempuan berbaju kurung itu seirama dengan setiap langkah kakinya ke kereta Azman..

       Sayang pakai macam ni je? Tak apa lah. Kita pun dah lewat ni.
       Abang dah tempah meja untuk kita.

Malisa hanya tunduk tak membantah..Sepanjang perjalanan, Malisa hanya memikirkan rancangannya yang tak menjadi..Jika.....Hanya jika dia awal sedikit daripada suaminya tadi mungkin dia lebih selamat untuk hari ini..Azman tidak menambah..Dia lebih fokus kepada pemanduannya..Penatnya di pejabat di simpan dalam poket sebelah kiri..Nanti-nanti pula baru dikeluarkan..

Mereka sampai di sebuah restoran mewah..Restoran arab kata Azman, The Burj namanya..Melihat daripada papan tanda restoran itu pun sudah tahu makanannya pasti mahal-mahal..Malisa yakin, kebarangkalian Azman untuk bertindak ganas seperti semalam lebih tipis di tempat awam dan dia hanya mampu memanjatkan doa agar Azman tidak lagi berperilaku seperti semalam..Dia langsung tak berbicara..Azman petah menceritakan hal-hal di pejabat..Tak putus-putus..Malisa terus diam..Acah-acah berminat dengan cerita Azman..Tiap suapannya hanya secubit..Lebih lama dia di sini, lebih selamat..

Ternyata mereka tidak lama di restoran itu..Penat Azman yang disimpan dalam poketnya itu tadi sudah melimpah..Sedikit demi sedikit terkeluar..Azman mahu pulang ke rumah segera..Makanan Malisa bagai tidak disentuh..Azman memetik jari tangan kanannya tanda mahukan bil untuk dibayar..Terus dicapai kunci kereta dan mengajak Malisa pulang..Tiba-tiba saja badan Malisa menggigil kecil, seperti kesejukan dan fikirannya melayang tak tentu hala..Dia terkenangkan nasibnya malam semalam..Apakah akan berulang lagi malam ini? Tak kan mampu dia berdepan dengan suaminya yang "gila" itu lagi..

Azman memandu sedikit laju..Dia cuma mahu pulang ke rumah..Azman sudah PENAT! Penatnya sudah bersepah di setiap pelusuk badannya..Mukanya makin lesu, matanya makin kuyu..Azman cuma mahu habiskan sisa-sisa malam itu untuk tidur..Sambil memandang ke arah Malisa, Azman sudah terbayangkan tilam dan bantal yang empuk serta isteri tercinta di sisinya..

          Ni beg siapa!? Awak nak pergi mana!? 

Bentak Azman sebaik melangkah masuk ke dalam rumah..Matanya silih berganti memaku pada beg pakaian di belakang pintu dan tubuh genit isterinya itu..Rancangan Malisa awal petang tadi bukan sahaja hancur, malah diketahui oleh suaminya kerana tidak sempat menyembunyikan beg itu..Menggigil tubuh Malisa dibentak keras dengan soalan tersebut..Malisa tunduk tak menjawab..Hanya menunggu tindakan susulan suaminya..Sangkaannya tepat..Komunikasi antara otak Azman serta otot-otot tangan kanannya hanya mengambil masa 0.3 milisaat untuk satu tamparan hinggap di muka Malisa..


Malisa bersepah di sudut ruang tamu rumah mereka, bibirnya pecah dek tamparan keras Azman, kepalanya benjol kerana terhantuk di sudut kaki sofa rumahnya, telinganya berdesing, matanya berpinar-pinar..Malisa sudah hampir hilang daya untuk berbuat apa-apa..Azman membebel tak keruan..Penat-penatnya yang disimpan di poket berhamburan semuanya menjadi amarah..Poket Azman sudah kosong..Amarah ditukar menjadi perkataan..Mulut Azman terkumat-kamit menyebut perkataan 'sayang'..Itu sahaja yang Malisa dengar dalam malapetaka yang menimpanya..Azman menuju ke dapur..Perkataan 'sayang' dimulutnya masih tak putus..Bukti cinta, sayangnya Azman kepada Malisa terpancar melalui sinaran pisau dapur Victorinox..Set pisau dapur Swiss Army yang dihadiahkan rakan mereka semasa majlis perkahwinan itu digenggam erat oleh Azman..

Azman terus diam setelah menggenggam pisau, dan perlahan-lahan bergerak menuju ke arah Malisa yang terbaring lemah..Matanya bagaikan mata seorang mat ganja yang sedang khayal, memandang, merenung tajam ke arah Malisa..Azman memang khayal, khayal dengan cinta dan sayangnya kepada Malisa..Ditamparnya Malisa berulang kali berselang dengan menyebut sayang, sambil mengungkit kisah cinta mereka setahun lalu..Dibaringkan tubuh longlai isterinya itu di atas sofa..Malisa sudah terlalu lemah untuk melakukan apa-apa setelah menerima tamparan bertubi-tubi daripada Azman..Mana mampu kaum hawa yang lemah ini bertanding dengan kebinatangan Azman.

            AKU SAYANG KAU LAH! BODOH! 
            HA HA HA HA HA HA HA!

Sambil melaungkan kata sayangnya kepada Malisa, dada isterinya itu ditoreh hidup-hidup..Mana mungkin Malisa sempat mengucap dua kalimah syahadah..Menggelepar tubuh genit itu seperti ayam selepas disembelih..Darah memancut melalui arteri-arteri yang diputuskan oleh Azman..Dijilat-jilat darah Malisa yang terpercik di mukanya..Azman korek dalam-dalam dada Malisa..Jumpa! Azman sudah jumpa apa yang dicari selama ini..Hati Malisa! Ketawa Azman bersambung..Dirinya bagai dirasuk syaitan..Lencun badannya dek kerana darah Malisa yang tersembur keluar tadi..

Azman ke menuju dapur dengan tenang, seperti tiada apa yang berlaku..Dia membancuh secawan kopi sambil hati Malisa dimasukkan ke dalam pengisar, dikisarkan halus-halus..Azman menuang sedikit hancuran hati Malisa itu ke dalam cawan kopinya..Dia kembali ke ruang tamu dan membuka televisyen, mencari rancangan masak-memasak yang digemari Malisa semalam..Gelas yang berisi "kopi hati" dihirupnya sedikit demi sedikit..Senyuman terukir di bibir Azman..Dia memandang tubuh Malisa yang sudah kaku itu dengan perasaan puas, sambil diusap-usap lembut kepala Malisa seperti mendodoi isterinya itu untuk tidur..

           Terima kasih Malisa.
           Hati kau lagi sedap daripada hati Adila.