We're Here

Mar 31, 2010

project D @ 2




~Ejan~

Ketua "project D"

*credit*
*credit*
*credit*

Equation @ Series 4






GENERAL EQUATIONS & STATISTICS

A woman worries about the future until she gets a husband.

A man never worries about the future until he gets a wife.

A successful man is one who makes more money than his wife can spend.

A successful woman is one who can find such a man.
_____________________________


Mar 30, 2010

Kenapa dan Mengapa?!





Sekali imbas pandang dan jeling sambil menunggang motosikal memang tak perasaan..
Tersenyum kali kedua..
Berfikir kali ketiga..
Kenapa sampai jadi macam ni taukeh??
Awak tu berniaga..
Kalau tiba-tiba kakitangan DBP datang beli "topap" kat sini, tak ke haru biru hijau kuning merah jadinye??
Sesiapa yang ada kuasa, tolonglah betulkan mereka ye..
Bahaya ni..
Kalaulah budak sekolah darjah 2 tengok, "kompom" dia eja telekomunikasi ikut kedai tu..
Berdosa tu..
Hahaha..
Okai..
Laen kali ada aku tunjuk lagi..
Aku nak ronda-ronda..
Terima kasih kepada Amal @ Akmal Hakim untuk sumber ini..
Salam Berbahasa Ibunda untuk semua..


Mar 24, 2010

Ibnu Marzuki Al-Firdaus was Here!!!


Kawan2, rasenye Guwa ni bukan seorang Blogger terkebal dan tegar seperti Bro Mas, Hazrey, Zara, Bro Sham dan lain2..
Tapi Guwa pelik, macam mane anak Pak Marzuki ni bley sampai kat blog Guwa..
Guwa ingat ape benda la yg die nak komen, rupenye die meracau lagi..
Mesti dah berbuih2 mulot die..
Kalau tak ada orang yg sumbat stoking kat mulot die, kompom tergigit lidah..
SAWAN KHINZIR beb.....
Kesian Pak Marzuki..
Ada anak, tapi x betol..
Mesti banyak modal nak kuar utk bela anak die ni..
Guwa doa2 supaya anak Pak Marzuki ni kembali normal dan hidup seperti manusia biasa..
Lu orang tengokla ape yg die meracau kat post Guwa ni..
Tengok kat bahagian komen eh..
Maaf, Guwa bz sket..
Tak sempat nak update dengan lengkap..
Salam Kejayaan buat semua...


Equation @ Series 3




SHOPPING MATH

A man will pay $20 for a $10 item he needs

A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need

_____________________________


Amazing Babe!!!





  • key-in the first 3 digit of your handphone number (not the 01x number) into the calculator
  • multiply by 80
  • add 1
  • multiply by 250
  • plus last four digit of phone number
  • plus last four digit of phone number again
  • minus 250
  • divide by 2 at last

Is it your handphone number????
AMAZING ISN'T IT !!!


~HAVE A NICE DAY~

Mar 22, 2010

How To Have A BIG Life


Sometimes it is easy to find your unique talent, like a child who starts playing the violin perfectly.


But For most of us it is much harder to identify our unique talent.

We need to follow and listen to our feelings so that we can find our unique talent.

This can be made much harder by people around us to follow their idea of what our unique talent is.

These can be people close to us like our friends, family and spouses as well as our colleagues and peer group.

TO FIND A UNIQUE TALENT YOU NEED TO BELIEVE IN YOURSELF!!!

I WANT YOU TO BELIEVE IN YOURSELF!!!

And to believe in yourself you need to LOVE yourself.

Love
Trust
Value . .MYSELF. .
Honour
Respect

This isn't always easy as sometimes we hear a little voice in our heads telling us we are worthless and can't do certain things.

This voice like to think it is your boss and if you don't know how to deal with it, it try everything to stop you from living a BIG Life.


The Boss Voice

~part 1~

Fakta Datang Lagi...!!!

.
.
.

Gambar dilampirkan ini adalah satu bahan yang digunakan untuk satu kajian stress, di hospital St Marry, Birmingham , London. Lihat kedua dua dolphin yang melompat dari air tersebut, kedua-dua dolphin tersebut sebenarnya serupa , penyelidik mendapati, jika seseorang itu mendapati kedua-dua dolphin tersebut berbeza, bermakna ia telah stress!!! Lagi banyak perbezaan dilihat, lagi berat stress yang ada pada mereka.

Jadi sesiapa yang melihat terlalu banyak perbezaanya, dinasihatkan kemas barang , shutdown komputer dan berehat..........................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Mar 19, 2010

Introduction (How to have a BIG Life)



We are all unique individuals.
No two people are the same even the twins.



We all have unique TALENTS.
We all have STRENGTHS and WEAKNESSES.



When we focus on our STRENGTHS,
we find our unique TALENTS.

When we find our unique TALENT,
we find our purpose in life
and
have a BIG Life.



How to have a BIG Life?

~intro~


Mar 17, 2010

Mentari Merah di Ufuk Timur




Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal....
...AKU...

~search~

Mar 15, 2010

Equation @ Series 2



OFFICE ARITHMETIC

Smart boss + smart employee = profit

Smart boss + dumb employee = production

Dumb boss + smart employee = promotion

Dumb boss + dumb employee = overtime
_____________________________




Siri 4 Dollah



Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, che'gu

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu.

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

Dol : Untuk membungkus nasi lemak, che'gu...

Che'gu Nasyor : Uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

Dol : ???




Mar 14, 2010

Siri 3 Dollah





Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Dol, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?

Dol : Itu senang saja cikgu.. Ayatnya ialah.... Emak sedang membuat kek di dapur.

Che'gu : Mana tepungnya??

Dol : Tepung kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

Che'gu : !@#$%^^&%@#$%!!!


Mar 13, 2010

Equation @ Series 1


ROMANCE MATHEMATICS

Smart man + smart woman = romance

Smart man + dumb woman = affair

Dumb man + smart woman = marriage

Dumb man + dumb woman = pregnancy
______________________________



TOLONG Guwa!!! (Perlukan Pendapat Kamu Semua)



Bayangkan anda baru sahaja memiliki sebuah kereta sport idaman anda. Tak kiralah ferrari ke, mercs s-class ke, jaguar ke.
Sesampai je kereta baru tersebut di rumah, anda terus mencapai kunci dan membawa kereta itu keluar ke rumah utk bersiar-siar dgn muka yang bangga(maklumla kereta lawa).

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnye, lebat sgt sampai pokok2 kat tepi jalan pun tumbang. Anda pun terus memecut laju ke rumah tanpa memikirkan benda lain. Setelah hampir 15 minit memecut, anda baru sedar yang anda telah sesat.

Anda pun mencari jalan yg sepatutnya dalam keaadan terkebil-kebil memandangkan hujan masih lebat. Semasa mencari jalan tersebut, anda melalui sebuah perhentian bas dan anda mendapati ada 3 orang sedang duduk disitu menggigil dalam kesejukan. Anda pun menghampiri 3 org tersebut dan anda terperanjat mendapati ketiga- tiga org tersebut anda kenal.
Mereka ialah.....

1.Wanita kesayangan anda yang telah lama anda idam-idamkan untuk memilikinya. ...

2.Doktor bedah yang pernah menyelamatkan nyawa anda....

3.Guru sekolah lama anda yang sedang sakit tenat dan memerlukan rawatan segera di hospital....

Jadi, siapakah yg akan anda tumpangkan memandangkan kereta sport baru anda hanya boleh memuatkan 2 org shj dan kenape anda memilih dia.



-tiada jwpn khas utk soalan ini-


contoh kereta sport idaman anda



Apit nak ikuttt........!!!!!!




Di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.
Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si Mama.
"sayang, abang nak lagi, yang".
"Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?" Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak.
"Pit... dah tidur kau pit?."
"belum Papa... tengah baca buku."
"Sudah... esok saja, dah malam, tidur!!!!"
Kira kira 10 minit lagi, si Papa teriak lagi.
"Pit... . dah tidur kau Pit?."
"Belum... ." Si Papa marah dan memukul si Apit.
"Disuruh tidur... .tidurlah!!!" sehingga kening si Apit benjol.
Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol dikeningnya.

Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit
"Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja... .ya."
"Ya... .cikgu". jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya.
"Sayang, abang nak lagi."
"Ya bang... ..tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum"
"Pit... ..dah tidur kau Pit?.
Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.
"Apit... .dah tidur kau Pit?" ulang Papanya. Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita. Si Apit ketakutan setengah mati,tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya. Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit.Tak lama kemudian dia dengar suara Papanya.

"Yang... abang nak keluar ni",
"Ya... .bang kita keluar sama-sama", dia dengar suara Mamanya menjawab.
Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak "Apit nak ikutt..Apit nak ikuttt"
Esoknya... .APIT BENJOL LAGI... ...




sekadar gambar hiasan


Mar 10, 2010

Aku dan Engkau, Semua...




Terkenang
Terbayang
Tak dapat aku lupakan
Tapi sayang
Semuanya tinggal kenangan
Temanku
Ku ingin seperti dulu
Bersama menjelajah dunia
Kemananya
Teman setia
Kemana perginya
Teman-teman setia
Yang tinggal
Hanya
Kisah hidup bersama



Petikan "Bersama Semula" (ACAB)

KEPADA (BAKAL B1N1 AKU atau KEPADA SESIAPA YANG BERANGAN NAK JADI B1N1 AKU) SILA BACA!!!



AKU : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, Abang logged in."

B1N1 : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

AKU : Bad command or filename.

B1N1 : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

AKU : Errorneous syntax. Abort?

B1N1 : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Haa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

AKU : Variable not found...

B1N1 : Abang nih memang tak boleh harap la. Bagi kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

AKU : Sharing Violation. Access denied...

B1N1 : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

AKU : Too many parameters.. .

B1N1 : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

AKU : Data type mismatch.

B1N1 : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

AKU : It's by Default.

B1N1: Macamana pula dengan gaji abang?

AKU : File in use ... Try later.

B1N1 : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

AKU : Unknown Virus. "




seorang programmer


Siri 2 Dollah




Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Dol lalu Che'gu Nasyor pun berkata,

Che'gu : Dol, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?


Dol : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah. Jangan pergi mana-mana.





Mar 5, 2010

Kisah Benar!!!


Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebiji hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman. Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja. Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: "Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?" Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya. Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " Tidak terima kasih.." Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?" Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi... ... ... .giliran saya selepas datuk... ..!



3 soalan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-


1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud tuhan

kepada saya.


2.Apakah yang dinamakan takdir?


3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan

ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?




Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.