We're Here

Sep 26, 2011

Instrumentalis satu (muat turun)

 

************************
Pemetik gitar adalah Apis
Video diambil tanpa dirancang maka jauh sekali untuk di-edit..
Maafkan noise yang ada..
Disarankan menggunakan earphone/headphone untuk bunyi yang lebih jelas..
Klik di SINI untuk muat turun dan dengar dengan lebih jelas menggunakan pemain musik anda.. 

Sep 17, 2011

Perihal zakat

Terima kasih brader Karlboss atau apa saja nama beliau..
Guwa terbaca tulisan beliau dan teringat perihal berzakat yang rakyat negara kita amalkan..
Perihal zakat ini akan menjadi sebutan terutamanya pada hujung bulan Ramadhan..
Umat Islam berpusu-pusu mencari kaunter pembayaran zakat untuk menunaikan kewajipan tersebut..
Terbaru, bayaran zakat boleh dilakukan melalui internet atau sistem pesanan ringkas dan perkara tersebut sangat meragukan kerana akadnya menjadi gugur walaupun suatu masa dahulu mereka yang menetapkan bahawa akad itu sebahagian daripada rukun zakat..
Itu perihal lain kerana hukum ini ditentukan oleh mufti negara..
Siapalah guwa untuk mempertikaikan..

Seperti yang dikatakan brader Karlboss, kemana duit zakat yang beratus juta nilainya kerana masih lagi ada rakyat yang dianggap miskin?
Persoalan begini sering bermain dalam kepala guwa dan pada Ramadhan yang lalu, abang ipar guwa menjadi salah seorang wakil untuk mengutip wang zakat keluarga dan beliau agihkan wang zakat itu sendiri mengikut kiraan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima..
Pada Ramadhan sebelum-sebelum ini, kami sendiri berkira-kira dan menyalurkan sendiri duit zakat tersebut kepada saudara mara yang pada kami sangat berhak menerima seperti ibu tunggal dan anak yatim..

Jika ada yang berkata, mana ada fakir miskin lagi dalam negara ni kerana Felda dan orang asli telah dibantu kerajaan dengan pelbagai insentif dan bonus..
Jadi guwa sarankan supaya lu orang pergi ke Jasin, Melaka ; Tangkak, Johor ; dan perkampungan yang lokasinya di bandar besar seperti Johor Bahru, bahkan Kuala Lumpur sendiri..
Lu orang pasti berjumpa ibu tunggal yang anaknya lebih 5 orang dan bekerja sekadar cukup untuk nasi putih dan kicap dan ikan masin untuk sekali makan sehari..
Guwa pasti kerana guwa pernah jumpa..
Belum kira lagi seorang abang yang perlu menanggung 3 orang adik yang bersekolah dengan perkerjaan hanya sebagai operator kilang..
Ya, ini memang ada dalam negara Malaysia kita..
Pernah lihat bersamamu bukan?
Rancangan yang pada guwa agak hipokrit dan sama tujuannya seperti Imam Muda..





Setelah duit zakat dikutip oleh wakil-wakil yang diberi kepercayaan oleh kerajaan, duit itu dikumpulkan di pusat zakat setiap kawasan..
Lu orang pernah lihat bangunan zakat di setiap negeri?
Bagi guwa, bangunan mereka sangat gah dan mewah..
Pertikaian guwa ini mungkin salah tanggapannya, tapi guwa masih nak menyatakan bahawa bangunan itu dibina menggunakan duit zakat..
Jadi, apabila datang keraguan tersebut, keluarga guwa mengambil keputusan untuk menunaikan kewajipan tersebut secara manual dan lebih yakin dengan cara ini..
Terpulang kepada lu orang untuk menilai tulisan guwa ni..
Semoga amalan kita diterima dan tidak dimanipulasikan oleh pihak berwajib..
Amin..

Sep 13, 2011

Singgah sebentar

..cuma mahu bertanya khabar kamu semua..
Jadi, perkhabaran apa kamu semua?

Kalau kamu bertanya pada aku, aku akan menjawab "LUAR BIASA BAIK"

"THOUGHTS BECOME THINGS"
   
"Law of attraction" atau "Hukum Tarikan" ini sama saja konsepnya dengan "Kata-kata adalah doa"..
Cuma yang membezakan adalah bahasa dan gaya penyampaian..
Sama juga dengan "Karma", tak perlu bergaduh tentang maksudnya atau agama mereka..
Noktah
Jadi aku berdoa untuk sentiasa menjadi yang luar biasa baiknya..



Salam Aman dari sini untuk semua di sana..




... 
Boleh jadikan "The Secret", "Law of Attraction", "How to use your subconscious mind" dan yang berkaitan dengannya sebagai bacaan masa senggang kamu..