We're Here

Nov 25, 2015

Ilusi

Sampai bila cerita begini akan dicanang? Jika benar, kita akan ambil pengajaran. Jika sebaliknya? Tuhan akan kerjakan kita sehabisnya. Semoga kita sempat kembali.

Oct 23, 2015

Che'gu

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang 1979.

Oct 21, 2015

Perewangan

Goncang-goncang dadaku,
gempo peso soaraku.
Macan gembong raiku,
suhwangketali rantae ojo wani-wani karo aku...
Mojo teko karo kalimah Laillaa ha illAllah.

Jul 4, 2015

Cheers







Selamat hari dilahirkan.
Semoga sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat dari yang esa.

Keep flying high.

Jun 8, 2015

Ulek Mayang

Lagu nelayan.
Mengenai 7 semangat bidadari laut yang cantik. Apabila ada nelayan-nelayan dalam kesusahan dan hampir lemas, semangat ini akan menyelamatkan mereka. Semangat ini membawa nelayan-nelayan itu pulang ke dunia bunian untuk dipulihkan tetapi akhirnya mereka jatuh cinta dengan nelayan-nelayan tersebut.

Cinta yang terlarang. 
Semangat itu yang berasal dari laut, dan nelayan-nelayan dari darat.
Nelayan-nelayan itu pulang selepas disembuhkan dan semangat tersebut terpaksa melepaskan mereka.

Kutahu asal usulmu,
Nasi berwarna hamba sembahkan.
Yang laut balik ke laut, yang darat pulang ke darat.
Kutahu asal usulmu,
Nasi berwarna hamba sembahkan.

May 9, 2015

Nota Hati.

Dan semua orang kian tinggi, kau tinggal sendiri.
Dan semua orang kian jauh, kau masih perlahan kayuh.

Perlahan-lahan kau menapak.
Makin lama, makin tak nampak.

The ground has changed, or have you?
The people changed, or have you ?

Bangun pagi lihat cermin lihat diri.
Masih sedia untuk lari.

Kadang angan terlalu tinggi, tak tergapai dek tangan.
Lantas kau menapak satu persatu tangga kehidupan,
Harapan kau sampai sana biar ada yang tunggu disebalik awan.
Tapi hidup tak selalu ada teman.
Yang ada, hanya tuhan.

Monolog dalaman.
0126 am 25/4/2015
Luar beranda hadap ke bulan.

Apr 16, 2015

Sang Kapetan

Dan terbanglah Sang Kapetan berlegar-legar di awan mencari mangsa. Kalakian mangsa yang di cari perlu beranjak seorang diri dari satu tempat ke tempat yang lain.
Hatta sekilas tumpuan berpusat pada Arjuna Hayat yang memencil langkah tanpa ada teman lain. Ditangkap pergerakan Arjuna Hayat oleh sepasang mata Sang Kapetan. Menggelungsur laju membelah angin turun merendah ke bumi lalu disambar Arjuna Hayat.
Kuku bertemu kuku, tercengkam Arjuna Hayat menggelupur mencoba melolos diri. Sang Kapetan meluncur ke sarang memaut Arjuna Hayat yang separuh nyawanya.
Maka lenyap Arjuna Hayat dari pengetahuan sahabat handai.

Jan 14, 2015

Teori untuk hidup

Tak salah kau hidup berasaskan teori yang kau sendiri cipta. Sebab teori yang kau wujudkan tu adalah berdasarkan pengalaman hidup kau. Kau yang kaji, kau yang rasa, kau yang sedap, kau yang sakit.

Tapi kau kena ingat, bukan kau sorang ada akal ada hati ada rasa. Sampai satu tahap kau abaikan rasa orang lain semata-mata kau nak puaskan emosi kolot kau yang kononnya kau saja faham. Kau terus hanyut dengan teori kehidupan kau.

Kau angkat diri kau tinggi melangit, kau bongkak dengan pengalaman hidup kau yang kononnya kau sorang saja tahu serba-serbi.

Itu semua Tuhan bagi, boleh jadi untuk uji kau sampai kau jatuh terperosok. Dia nak kau kembalikan fitrah hidup kau sebagai hamba Dia. Tapi malang sekali bila kau dah bangun semula, kau tolak kedudukan kau sebagai Hamba. Kau lupa, kau tinggalkan semua petunjuk yang kau dapat masa kau jatuh dulu.

Tuhan; bila-bila, mana-mana, Dia boleh bagi kau duduk atas bawah kiri kanan. 

Masa terbang kau susah nak pandang tanah, kau terus angkat muka tinggi-tinggi.

Enggang sama pipit pun dah boleh terbang satu aras, apa sangatlah kau yang sifat fizikalnya sama saja dengan manusia lain.

Minta pada Tuhan supaya hidup kau lebih kemas dengan cara untuk langsaikan ujian dari Dia. Bukan merayu sesama manusia untuk puaskan nafsu kau.

Sajak Hassan Ayat

Tajuk : Seorang Lelaki Tua Yang Sedang Bermeditasi Di Tepi Sebatang Sungai


Ada sebatang sungai,
yang menghubungi dua air terjun,
dari dua puncak gunung yang berlainan,

Ada seorang lelaki tua,

yang sedang bermeditasi,
ditepi sungai itu,
pada pagi yang dingin,

Aku menghampiri lelaki itu,

lalu duduk di sebelahnya,
tanpa menoleh padaku,
lelaki itu berkata,
"tengas yang berjaya melompat keluar dari sungai
akan menjadi naga",

Aku terlelap seketika,

dalam mimpiku,
aku bermimpi 10 orang lelaki bertopeng menyerangku,
dengan pedang bekilau tajam,
serangan mereka aku patahkan,
dan topeng kubuka satu-persatu,
wajah-wajah lelaki itu,
mirip wajah tampanku,

Aku terjaga dari lena,

lelaki itu masih disebelahku,
tanpa menoleh padanya,
lelaki tampan ini berkata,
"sebenarnya musuh sejati kita adalah diri kita sendiri!"


Karya : Hassan Ayat, Sg Merab, 20 Nov 2008



**********************************


Semoga Hassan Ayat dalam keadaan baik sahaja.
Aku teringin berjumpa dengan kau.