We're Here

Jan 14, 2015

Sajak Hassan Ayat

Tajuk : Seorang Lelaki Tua Yang Sedang Bermeditasi Di Tepi Sebatang Sungai


Ada sebatang sungai,
yang menghubungi dua air terjun,
dari dua puncak gunung yang berlainan,

Ada seorang lelaki tua,

yang sedang bermeditasi,
ditepi sungai itu,
pada pagi yang dingin,

Aku menghampiri lelaki itu,

lalu duduk di sebelahnya,
tanpa menoleh padaku,
lelaki itu berkata,
"tengas yang berjaya melompat keluar dari sungai
akan menjadi naga",

Aku terlelap seketika,

dalam mimpiku,
aku bermimpi 10 orang lelaki bertopeng menyerangku,
dengan pedang bekilau tajam,
serangan mereka aku patahkan,
dan topeng kubuka satu-persatu,
wajah-wajah lelaki itu,
mirip wajah tampanku,

Aku terjaga dari lena,

lelaki itu masih disebelahku,
tanpa menoleh padanya,
lelaki tampan ini berkata,
"sebenarnya musuh sejati kita adalah diri kita sendiri!"


Karya : Hassan Ayat, Sg Merab, 20 Nov 2008



**********************************


Semoga Hassan Ayat dalam keadaan baik sahaja.
Aku teringin berjumpa dengan kau.





No comments: