We're Here

Sep 8, 2014

Nota untuk perempuan yang ranap.

Perempuan ni, memang beban perasaan/jiwa nya besar. Sebab kita dicipta untuk serap semua kesakitan dalaman dan simpan. Sebab tu perempuan ni, kena dekat dengan tuhan. Bila nanti kita dapat anak, kita kena tengok dia sebagai kurnia dari tuhan. Kena sentiasa ingat, tuhan tu adil, tuhan tu maha besar.

Lelaki besar tanggungjawabnya. Dia yang tanggung dosa kita. Sebaik akad diterima sah, segala perbuatan kita, akan dikira sebagai tanggungjawab dia. Ada lelaki perlekeh, ambil kesempatan. Aku lelaki, aku ada hak buat apa saja. Memang, betul. Tapi lelaki yang betul2 boleh digelar khalifah takkan sanggup sakitkan hati seorang perempuan. Betapa syaitan itu merata, tapi dia tahu tuhan itu ada. Dia tahu juga harga sebuah kesetiaan seorang isteri, dia tahu hargai.

Ini kita bercakap bila sah sebuah hubungan lelaki dan perempuan. Bila lafaz, aku terima nikahnya sekian sekian sudah sah.

Jadi pada hemat aku yang tak tinggi ilmu mana, waktu berkasih, memang, kita sanggup beri apa saja, ubah apa yang dia nak kita ubah. Sebab kita perempuan, pegang pada janji dan harapan yang kita dan dia akan sampai ke tahap dia terima kita sebagai isterinya yang sah. Tapi tuhan itu maha besar, jangan lupa. Jodoh itu ditangan dia. Jadi bersederhanalah. Banyakkan bersabar, sebab kita memang susah nak buang perasaan yang dah bercambah akar dalam hati, jujur, aku pun sama. Tapi bersabarlah dan ingat, kata-kata tuhan yang lebih muktamad dari kemahuan kita. Jadi, ikhlaskan hati, kalau nak buat apa-apa, jangan diharap sangat pada balasan seorang lelaki atas nama bercinta. Ego tinggi kelangit, takkan begitu saja dia buang kelaut sebab kita. Tak ada sebab yang kukuh pun kita nak paksa dia ikut kehendak kita sebab tak ada hak dan ikatan yang sah. Dia pun sama keatas kita, jadi vice versa.

Kalau rasa sayang, dan rasa apa yang dia nak dari kita tu untuk kebaikan, apa salahnya. Kalau rasa dia yang terbaik untuk kita, kuatkan hati, tabahkan jiwa, banyakkan bersabar.

*

Seorang lelaki, bila aku utarakan yang aku hilang percaya dan tak berharap yang dia akan berubah, bilang, akan tiba masanya bila dia berubah, that is pada saat dia lafaz, aku terima nikahnya Sipolan binti Sipolan sekian-sekian Aku diam, dan senyum. On that particular moment, bahagia yang aku rasa cuma disurface sahaja. Sebab deep inside, aku tahu, susah untuk aku sendiri percaya dengan semua tu. Tapi on one side, aku tahu juga kalau betul apa yang dia kata, aku pun pada waktu lafaz itu sah, wajib terima baik dan buruknya dia, tak ada pilihan untuk lari lagi melainkan jika memudaratkan diri.

Islam itu indah, dan dalam. Muhasabah diri, dan kau akan jumpa  pada setiap yang terjadi, adalah atas pilihan sendiri. Baiknya segala ketika adalah dari Dia, buruknya adalah pilihan kita. Banyakkanlah senyum depan orang yang sakitkan kau tu. Senyum walaupun hati kau ranap. Kau patut tahu yang senyuman waktu itu yang paling berbisa buat dia. Dan berdoalah yang dia sedar yang begitu kuat kau boleh teguh setia disamping dia dan worth it untuk dia.

Bersabarlah, kata-kata tuhan itu tetap, akan ada ganjaran untuk kita di kemudiannya. God's willing.

Aug 18, 2014

Ceritera Sang Licik dan Si licin

Maka tersebutlah kisah di sebuah negeri bernama Tembangi, terbinanya sebuah teratak indah di sempadan negeri antara Tembangi ke Jangkang. Adapun teratak itu adalah milik Putera Sang Licik yang berketurunan Raja Jauhar. Teratak Putera Seri yang dihadiahi Raja Jauhar kepada anakanda tersayang Putera Sang Licik itu dijadikan tempat bersanggah kaum kerabatnya.
Dipendekkan ceritera, maka bertentanglah mata Putera Sang Licik dengan Puteri Si Licin setelah sekian lama tidak berkhabaran. Pandangan yang mendalam itu telah menggelojak hati mereka untuk lebih terpaut walaupun selama ini mereka mengenali antara satu dengan yang lain. Maka bermula dengan pantas bibit perchentaan antara mereka namun panas tidak sampai ke senja, hujan pula di tengah hari. Disangka mereka chenta ke bulan akan terus terlangkau ke lain galaksi tapi terpanah petir di tengah laman. Pasang surut air sudah terjangka, pasang surut chenta terdetik sekilas cuma.
Kendatipun, pasangan sejoli itu masih menyimpan perasaan. Kesakitan yang dialami oleh mereka amatlah mendalam cocokannya sedalam tusukan keris Anak Alang ke sarungnya, padat dan terkesan geseran ke sekeliling hulunya. 
Rasa-rasa chenta yang kembang mekar di taman terpaksa dikuburkan karena pelbagai halangan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Merpati sejoli itu terpaksa perlahan-lahan melupakan kisah manis masam masin mereka suatu ketika dulu.
"Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda"
"Adinda bersumpah, jika kekanda tidak kembali, adinda akan menyusur kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama"
"Layar berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang. Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama" 
"Cinta datang tanpa diundang, seumur masa tercipta"
"Dia datang bagai sakti, bagai menyaksi mekar, kembang pagi"
"Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda ke mari"
"Adinda anggap sebagai janji"
“Di darat bulan terang, di laut air pasang, usah ragu usah bimbang, sampai masa mata pasti bertentang”

"Bagai pungguk rindukan bulan, enggan menggapai, tidak terjadi"

"Bila mana yang hidup, pergilah kamu sejauh mana pun kelak akan kembali. Bila mana yang mati…..”

“Tidur biar diteman bulan. Biar mimpi indah. Seindah kebulan”

Terngiang-ngiang lagi madah cinta pujuk rayu tiap kali mereka kesunyian. Adapun mereka amatlah menggemari cahaya bulan purnama yang indah dan mereka sering bersama untuk menatap keindahan bulan sambil berangan-angan mahu terbang ke bulan.
Lena Putera Sang Licik tertampar dengan percikan air laut. Putera Sang Licik bingkas dari tempat peraduannya, berdiri melihat lautan di keliling yang samar-samar diterangi cahaya bulan purnama. Keadaan laut yang tenang tidaklah sepertimana hatinya yang lara; sambil terumbang ambing kapalnya dipukul ombak kecil.
Pengakhiran kisah mereka tidaklah diketahui bagaimana apabila Putera Sang Licik mengghaibkan susuk tubuhnya yang makin reput menunggu tarikh luput, dari terpandang oleh semua kenalan di Negeri Tembangi dan negeri-negeri yang berhampiran. Ada yang mengatakan bahawa Putera Sang Licik pergi belayar bebas ke lautan luas demi mendapatkan pandangan indah setiap kali Bulan mengambang. Ada juga yang mengkhabarkan Putera Sang Licik meredah belantara ke puncak tertinggi di Tanah Malaya untuk menyendiri.
TAMMAT.

Apr 9, 2014

Au revoir

I must have known you like forever.
Because I can still smell you from here.

Let the wind blows hard, but may our bond never falter.

Memories etched forever.

Love, is friendship. Friendship, is love in disguise. 

Au revoir.

Jan 31, 2014

Jalan dulu...

Umur dah kurang lebih suku abad, apa lagi kau nak tunggu? Jalan cepat-cepat, buat anak, bina hidup elok-elok, bahagia, tua dengan waris yang elok, mati dengan muka tersenyum..

Huh kau ingat order je terus dapat ke hape? Hahaha...

Mudah je bila bercakap, hakikatnya kau tonggang-langgang tergolek terlontang macam kongkang..

Apa guna ada Tuhan, mintaklah dengan Dia..Tapi bukan mintak gitu-gitu jek, usaha musti mari sekali..

Lepas sorang, sorang lagi bikin majelis..Hah jalan dulu, aku lambat sikit..

Dah berdua tu kau jangan ingat dapat hidup macam kau masa bujang dulu..Lupakan je lah kengkawan kau tu..Alangkan masa bercinta pun dah macam ber-anak lapan, tak sempat jenguk kengkawan..

Mak aku selalu pesan, "Kawan kau tu dah ada anak binik, tak payahlah ajak melepak sampai tengah malam lagi"

Jadi anggaplah aku tak kenal kau, kalau nak jumpa kasi telepon, ngeteh setengah jam, pastu kau balik cepat-cepat, duduk bawah ketiak laki/binik..Hahahaha....

Sebenarnya aku nak ucap tahniah pada kengkawan yang dah jalan majelis, yang bakal jalan majelis dan yang sedang berkira-kira nak jalan majelis..Tak lupa juga yang bakal ditunangi, yang bakal dinikahi, yang bakal meminang dan bakal menikah..Benda baik, cepat-cepat bikin sampai jadi..Aku doakan semua berjaya melayari alam yang baru..Mintak mahap sebab tak dapat pergi semua majelis atas tuntutan tanggungjawab untuk diri sendiri..

Semoga berjaya kelak..
Abang pergi dulu....