We're Here

Jan 14, 2015

Teori untuk hidup

Tak salah kau hidup berasaskan teori yang kau sendiri cipta. Sebab teori yang kau wujudkan tu adalah berdasarkan pengalaman hidup kau. Kau yang kaji, kau yang rasa, kau yang sedap, kau yang sakit.

Tapi kau kena ingat, bukan kau sorang ada akal ada hati ada rasa. Sampai satu tahap kau abaikan rasa orang lain semata-mata kau nak puaskan emosi kolot kau yang kononnya kau saja faham. Kau terus hanyut dengan teori kehidupan kau.

Kau angkat diri kau tinggi melangit, kau bongkak dengan pengalaman hidup kau yang kononnya kau sorang saja tahu serba-serbi.

Itu semua Tuhan bagi, boleh jadi untuk uji kau sampai kau jatuh terperosok. Dia nak kau kembalikan fitrah hidup kau sebagai hamba Dia. Tapi malang sekali bila kau dah bangun semula, kau tolak kedudukan kau sebagai Hamba. Kau lupa, kau tinggalkan semua petunjuk yang kau dapat masa kau jatuh dulu.

Tuhan; bila-bila, mana-mana, Dia boleh bagi kau duduk atas bawah kiri kanan. 

Masa terbang kau susah nak pandang tanah, kau terus angkat muka tinggi-tinggi.

Enggang sama pipit pun dah boleh terbang satu aras, apa sangatlah kau yang sifat fizikalnya sama saja dengan manusia lain.

Minta pada Tuhan supaya hidup kau lebih kemas dengan cara untuk langsaikan ujian dari Dia. Bukan merayu sesama manusia untuk puaskan nafsu kau.

Sajak Hassan Ayat

Tajuk : Seorang Lelaki Tua Yang Sedang Bermeditasi Di Tepi Sebatang Sungai


Ada sebatang sungai,
yang menghubungi dua air terjun,
dari dua puncak gunung yang berlainan,

Ada seorang lelaki tua,

yang sedang bermeditasi,
ditepi sungai itu,
pada pagi yang dingin,

Aku menghampiri lelaki itu,

lalu duduk di sebelahnya,
tanpa menoleh padaku,
lelaki itu berkata,
"tengas yang berjaya melompat keluar dari sungai
akan menjadi naga",

Aku terlelap seketika,

dalam mimpiku,
aku bermimpi 10 orang lelaki bertopeng menyerangku,
dengan pedang bekilau tajam,
serangan mereka aku patahkan,
dan topeng kubuka satu-persatu,
wajah-wajah lelaki itu,
mirip wajah tampanku,

Aku terjaga dari lena,

lelaki itu masih disebelahku,
tanpa menoleh padanya,
lelaki tampan ini berkata,
"sebenarnya musuh sejati kita adalah diri kita sendiri!"


Karya : Hassan Ayat, Sg Merab, 20 Nov 2008



**********************************


Semoga Hassan Ayat dalam keadaan baik sahaja.
Aku teringin berjumpa dengan kau.