We're Here

Aug 11, 2011

Merdekakah kita???


Tajuk entri adalah tajuk puisi yang guwa tulis masa umur 15 tahun dulu..
Tapi malangnya banjir membawa semuanya pergi..
Hilang semua tak tinggal apa2..
Guwa dah tak rajin menulis puisi semua tu sebab kononnya dulu nak jadi penulis macam Usman Awang, Pak Samad dan lain-lain..
Tapi tergendala di tengah jalan..
Guwa bukan berbakat sangat pon menulis, cuma minat saja..
Akhirnya dah tak minat menulis, cuma membaca saja..
Tapi gatal2 jugak nak menulis, wujudlah blog ni walaupun bukanlah karya2 seni yang guwa masukkan..
Cuma tulisan secara rawak saja..

Merdeka?
Apa yang lu orang paham?
Secara umumnya kita bebas dari penjajah yang memegang tampuk pimpinan negara kita, negara MALAYSIA..
Tapi itu secara fizikal saja sebab mentaliti penjajah masih lagi menjadi pemimpin kepada minda rakyat negara ni termasuklah kanak-kanak, orang dewasa, remaja, pemimpin, hamba, dan semuanya..

Sebenarnya ketidakpuashatian guwa terhadap kepimpinan negara sejak kebelakangan ni agak tinggi..
Macam2 benda jadi, tak dapat nak dikawal..
Kalau Pak Menteri sendiri kelam kabut dengan hal sendiri, macam mana nak urus hal anak-anak buah?
Bukan nak menyalahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan, tapi semua rakyat dapat rasa dan mungkin bersetuju dengan guwa bila guwa cakap pemimpin yang bakal-bakal lepas ni makin lemah..
Maksudnya makin banyak kelemahan yang mereka tontonkan kepada rakyat..
Ini bukan masalah kerajaan atau pembangkang, ini soal negara kita, soal negara MALAYSIA kita..

BERSIH 2.0 : perjuangan mereka mungkin persis Bob Marley


Cuba lihat Jamaica, bagaimana pejuang-pejuang mereka melawan kuasa penjajah..
Robert Nesta Marley ; itu nama yang agung di sana..
Beliau sangat jujur bermusik untuk menyampaikan mesej keamanan kepada dunia, terutama penjajah..
Apa yang penting, jujur dalam kepimpinan..
Itu saja yang guwa pinta untuk sebenar-benar erti merdeka khas untuk negara MALAYSIA kita..
Selamatlah kita sama-sama memerdekakan negara MALAYSIA kita..

20 comments:

Anisa Hang Tuah said...

gua dah mencapai akil baligh.

so

gua dah merdeka

emak. bukan penari tiang said...

aku dah lepas pantang



AKU MERDEKA!

Umie Nadhirah said...

gua dah abis blaja



so


MERDEKO la jawabnye.

emak. bukan penari tiang said...

huhuhuuhuuuuuuuu


aku diapit

hang memang TERBAEK, mat!

u are my hero! kahkahkah!

apislerr said...

sbbnya? umarak menentang ulamak.
asal nak wat ceramah agama kena serbu.
tapi asal wat sure heboh, joget2, mari menari di siang ari xda lak di sekat...tuih sial la

Bob Merley said...

pemimpin kita perangai macam penjajah. apa yg merdeka?

RastaMat said...

Apis

itu benar



Bob Merley

itu yang sebenarnya..

.drakula. said...

kalau di sini mmg mudah kita berkata2 apa kata ceburkan diri terus ke dalam parti...di situ baru tahu siapa yang jaguh...cerita panjang pun tiada faedahnya...tidak kira apa parti pun ...semua sama ...mahu berkuasa dan harta!

tetapi caranya itu yg jelas berbeza...parti politik tetap parti politik orang politik tetap orang politik walau dari mana asalnya!

apislerr said...

lah..kalau sama yg mane satu jantan yg mane satu betina?

RastaMat said...

Republik Aku

Tak ada kena mengena dengan politik..
Ini cuma tentang tahap kepimpinan pemimpin negara kita saja..

Mereka mahu berpolitik?
Wa tak peduli..
Silakan, tapi yang penting ialah tanggungjawab memimpin dahulu kerana kita negara merdeka..
Yang dahulu perlu didahulukan..
Yang lain itu kemudian..

Farah Awang said...

"Tapi malangnya banjir membawa semuanya pergi."

gua rasa dejavu sekarang
bru semalam boipren gua cite album gmbr dia masa kecik2 hanyut dibawa banjir
korg satu tempat kot eh?
:P

.drakula. said...

aku kurang jelas apa yg cuba kau sampaikan...bagi aku faham sikit...boleh...keh3...

shizuka said...

merdeka tu terlalu besar maknanya.bukan senang nak capai kan.aku fhm ape yg cuba dimaksudkan kt sini:)

Aleen Aiden said...

aku...aku kelu.


seriyes!

RastaMat said...

Farah Awang

alamak, sape plak lu punya laki tu?
Lu pon wa tak kenal weyh..

Tapi dunia ni tak besar mana pon..
mungkinkah....


Republik Aku

Rasanya dah cukup ringkas tulisan itu untuk kau faham..
Aku bercerita tentang kewibawaan pemimpin negara kita sejak kebelakangan ni..
Mereka lebih fokus kepada menunjukkan kelemahan masing2 daripada bekerja utk memimpin..
Tak ada kene mengena langsung ttg aktiviti politik atau parti..


shizuka

Terima kasih sebab faham..

tapi kenapa delete komen sebelum ni?


aleen aiden

biar kelu asal tahu dan faham tentang semua ni..

shizuka said...

huu...adelah kenapa.sempat baca tak?

RastaMat said...

shizuka

semua komen anda telah terpacul di dalam email..
walaupun anda telah delete, ia tetap tersergam indah di sana..

kalau anda benar, maka berani sajalah..
tenang..

shizuka said...

bukan tidak berani.tapi berfikir-fikir malas la ade judgemnt yg tidak elok dari pengkomen-pengkomen lain..kalau kamu sudah bc baguslah.:)

Belalang hijau Perisik said...

hidung tinggi lepas merdeka,
sedarkah kau masih di jajah,
bukan pakaian tetapi minda,
lantas merebak seluruh jiwa...

aisey termenyanyi pulak...
dah la tu, lirik x kena ngan topik pulak...sori2...ngee

Waqheh said...

gua baru sudah baca entri lu. tapi gua belum merdeka. hutang banyak tak setel..

salam der